Friday, June 25, 2010

Selamat Datang Ke UiTM Kepada Semua Mahasiswa Baru UiTM.

Pada 26, 27 dan 28 Jun 2010 ini UiTM akan menerima mahasiswa baru diseluruh sistem UiTM (Kampus Induk dan seluruh cawangan). Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Akademik sedang sibuk dengan pelbagai persiapan teknikal dan tektikal untuk menerima mahasiswa baru. Dijangkakan seramai 50,000 orang mahasiswa baru akan mendaftar pada tarikh tersebut diseluruh kampus UiTM.

Diantara sistem ICT yang terlibat disepanjang tempoh pendaftaran tersebut ialah 1. Sistem Rangkaian (Network) 2. Database Oracle SIMS 3. Application Server SIMS - Sistem Pengambilan Pelajar, Sistem Akademik, Sistem Hal Ehwal Pelajar dan Sistem Student Portal 4. Sistem Kad Pelajar 5. FAIS - Sistem Semakan dan Bayaran Yuran 6. Sistem Integrasi 7. Sistem PC Untuk Pendaftaran dan akhir sekali sistem sokongan bekalan elektrik dan penghawa dingin didalam server farm dimana semua server-server utama aplikasi yang terdapat di UiTM ditempatkan.

Selamat menjadi warga UiTM kepada semua mahasiswa baru. Gunakan peluang belajar di UiTM ini dengan sebaiknya.

Peruntukan universiti bergantung KPI

KUALA LUMPUR 23 Jun - Penyediaan peruntukan kepada sesebuah universiti pada masa hadapan akan bergantung kepada faktor sejauh mana graduan yang dilahirkan oleh universiti berkenaan diterima oleh pihak industri.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut sebahagian pendekatan kerajaan untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi agar dapat memenuhi kehendak pasaran.

"Bagi meningkatkan kompetensi graduan, faktor penerimaan graduan oleh pasaran akan dijadikan satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sesebuah universiti.

"Penyediaan peruntukan kewangan kepada universiti juga bergantung kepada sejauh mana universiti mencapai KPI ditetapkan termasuklah penerimaan oleh pasaran," katanya.

Beliau menggulung usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) kementerian tersebut di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia 24 Jun 2010.