Friday, June 25, 2010

Peruntukan universiti bergantung KPI

KUALA LUMPUR 23 Jun - Penyediaan peruntukan kepada sesebuah universiti pada masa hadapan akan bergantung kepada faktor sejauh mana graduan yang dilahirkan oleh universiti berkenaan diterima oleh pihak industri.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut sebahagian pendekatan kerajaan untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi agar dapat memenuhi kehendak pasaran.

"Bagi meningkatkan kompetensi graduan, faktor penerimaan graduan oleh pasaran akan dijadikan satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sesebuah universiti.

"Penyediaan peruntukan kewangan kepada universiti juga bergantung kepada sejauh mana universiti mencapai KPI ditetapkan termasuklah penerimaan oleh pasaran," katanya.

Beliau menggulung usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) kementerian tersebut di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia 24 Jun 2010.

No comments: