Showing posts with label Alumni UiTM. Show all posts
Showing posts with label Alumni UiTM. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Temubual bersama Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad - Alumni UiTM.

Dimaklumkan Radio UFM bakal mengadakan temubual bersama Yg. Bhg. Dato' Dr. Kamarul Rashdan Salleh, Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad berkenaan Skim Rumah Pertamaku. Berikut adalah maklumat program:


Program : Bicara Tokoh


Tarikh : 10 April 2012 (SELASA)


Masa : 3.00 petang – 4.00 petang




Program temubual berkenaan boleh diikuti secara langsung menerusi Frekuensi 93.6 (Sekitar Lembah Kelang Sahaja) dan juga menerusi Internet di laman sesawang www.ufm.uitm.edu.my/ . Bagi para pendengar yang ingin mengemukakan soalan atau memberikan pendapat, ianya boleh disalurkan melalui panggilan telefon di talian 03-55443687 dan juga menerusi laman Facebook iaitu www.facebook.com/pages/UFM-Radio/69950746934. Menerusi temubual berkenaan diharapkan akan dapat memberikan input-input terkini dan menjawab persoalan berkaitan dengan Skim Rumah Pertamaku.

Wednesday, February 8, 2012

UiTM Melaka terima RM3 juta


Ali Rustam (dua dari kanan) menyaksikan Musa Hitam (dua dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Sahol Hamid Abu Bakar di Universiti Teknologi Mara Cawangan Alor Gajah, Melaka, kelmarin.


ALOR GAJAH 19 Jan. - Yayasan Sime Darby (YSD) memberikan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka bagi membantu pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke universiti itu menerusi program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Pengerusinya, Tun Musa Hitam berkata, sumbangan itu akan digunakan bagi menampung perbelanjaan pengajian 1,764 pelajar yang terpilih ke UiTM menerusi program MDAB tahun ini.

Menurutnya, pelajar terbabit terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan memperoleh merit yang tidak mencukupi untuk memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT).

"Penajaan ini merupakan dua teras utama YSD iaitu pendidikan dan pembangunan komuniti khususnya bagi mereka yang kurang bernasib baik dari segi pencapaian akademik dan kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan itu di UiTM Cawangan Alor Gajah, di sini kelmarin.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Sementara itu, Sahol berkata melalui program MDAB, pelajar akan diberi pengecualian yuran pengajian, disediakan tempat penginapan, diberi elaun makan dan sara diri serta dibiayai tambang perjalanan ke pusat pengajian.

Menurutnya, UiTM bersedia menawarkan 5,000 tempat kepada pelajar di bawah program MDAB setiap semester bagi membantu golongan berkenaan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

"Melalui program MDAB, pelajar ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat pra diploma sains dan pra diploma perdagangan dan sehingga kini terdapat 11,000 pelajar di bawah program berkenaan," katanya.

(Sumber - http://www.utusan.com.my)


Monday, January 2, 2012

Alumni UiTM Datuk Salleh Majid Kembali Kerahmatullah.

Al-Fatihah : Datuk Salleh Majid Bekas Presiden Bursa Malaysia Meninggal




Bekas Presiden Bursa Malaysia dan pakar ekonomi tersohor Datuk Salleh Majid telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.20 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat penyakit kanser usus dan buah pinggang.


Jenazah allahyarham akan bawa ke rumah bondanya di 1055 Jalan Hj Mokhtar, Kg Pasir, Ulu Kelang dan disolatkan di Masjid Kg.Pasir, Ulu Kelang-2/1/2012 BERITA LANJUT MENYUSUL


http://www.utusan.com.my/