"....semua makhluk ciptaan Tuhan samada manusia,binatang,tumbuhan, alam semulajadi dan sebagainya,saling perlu memerlukan,saling bantu-membantu kerana mereka berkait,terikat antara satu sama lain dalam satu kitaran yang berhubungan. Justeru, jangan diputuskan ikatan itu, kelak, seluruh kitaran akan musnah..." Ahmad Rais Johari
Friday, March 16, 2012
About Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS) Prime Minister Office.
Friday, January 13, 2012
CONCEPT AND BACKGROUND TO PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP (PPP) / PRIVATE FINANCE INITIATIVE (PFI)
Sunday, November 13, 2011
Soalan Lazim PFI
PPP Soalan 1: Dalam konteks Malaysia. Apakah PPP? Jawapan: Pembiayaan Inisiatif Swasta (PFI) atau Perkongsian Awam-Swasta (PPP) yang telah diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMke-9) merupakan satu lagi kaedah perolehan projek Kerajaan. Ia merujuk kepada pemindahan tangggungjawab pembiayaan dan pengurusan pelaburan modal dan perkhidmatan seperti pembinaan, pengurusan, penyenggaraan, pembaikan dan penggantian aset-aset Kerajaan seperti bangunan, infrastruktur, peralatan dan kemudahan lain kepada sektor swasta yang mana ia akan mewujudkan stand-alone business. Sebaga balasan, sektor awam akan membayar bagi perkhidmatan yang diberikan oleh sektor swasta. Dalam sesetengah projek PPP, pembayaran dibuat sendiri oleh pengguna kepada penyedia perkhidmatan. Terma PFI dan PPP digunakan saling bertukar ganti, namun dalam konteks Malaysia, PFI adalah subset kepada PPP.
Soalan 2: Bagaimanakah pembayaran dibuat kepada sektor swasta di bawah kaedah PPP? Jawapan: Pembayaran dibuat berdasarkan prestasi penyampaian perkhidmatan syarikat yang mana Kerajaan akan hanya membuat bayaran sekiranya sesuatu perkhidmatan yang disampaikan itu menepati tahap perkhidmatan yang telah dipersetujui (pre-agreed service level) atau Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator- KPI) yang telah ditetapkan.
Soalan 3: Bagaimanakah sekiranya saya ingin mengemukakan cadangan projek untuk pertimbangan? Jawapan: Sebarang cadangan projek haruslah dikemukakan terus kepada kementerian/agensi yang berkaitan.
Soalan 4: Apakah kriteria syarikat yang ingin terlibat dalam projek PPP? Jawapan: Antara kriteria yang diperlukan adalah syarikat peneraju perlu mempunyai kedudukan kewangan yang mantap serta mempunyai sumber kepakaran pengurusan dan teknikal yang berkaitan. Di samping itu syarikat SPV terbabit perlu mempunyai nilai modal berbayar sekurang-kurangnya 10% daripada nilai projek.
Soalan 5: Mengapakah Kerajaan menubuhkan satu lagi Unit PPP di bawah Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini? Adakah sebarang tujuan tertentu penubuhan Unit baru ini? Jawapan: Penubuhan Unit ini membuktikan kesungguhan Kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian dalam bentuk proses, prosedur berkaitan kejayaan pelaksanaan projek PPP. Dengan wujudnya Unit ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, aspek kawalan dan perundangan dalam projek PPP akan lebih diberi tumpuan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek PPP. Ia juga menunjukkan bahawa Kerajaan serius dalam membantu perniagaan menerusi peningkatan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian awam dan penghargaan Kerajaan terhadap peningkatan peranan sektor swasta dalam ekonomi negara.
Soalan 6: Apakah yang dimaksudkan Value For Money (VFM) dalam perolehan melalui kaedah PPP? Jawapan: VFM merujuk kepada kombinasi yang optima kos sepanjang hayat (whole life cycle cost) dan kualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan dan bukan merupakan pilihan perkhidmatan berdasarkan kos yang terendah.
Soalan 7: Bagaimanakah Value For Money (VFM) dapat dicapai melalui PPP? Jawapan: VFM dapat dicapai melalui agihan risiko yang optima di antara sektor awam dan sektor swasta, kontrak jangka panjang yang merangkumi kos sepanjang hayat (life cycle costing), penggunaan spesifikasi output yang menggalakkan inovasi, persaingan yang kompetitif, mekanisme pembayaran berdasarkan pencapaian dan kemahiran serta kepakaran sektor swasta yang terlibat.
Soalan 8: Apakah yang dimaksudkan dengan pengagihan risiko yang optima dalam perolehan melalui kaedah PPP? Jawapan: Pengagihan risiko yang optima bermaksud risiko bagi sesuatu projek diperuntukkan kepada pihak yang dapat menguruskannya dengan cara paling baik. Sebagai contoh, risiko reka bentuk dan pembinaan adalah diperuntukkan kepada sektor swasta dan pembayaran hanya dibuat oleh sektor awam apabila sesuatu perkhidmatan itu telah tersedia (available).
Soalan9: Adakah projek berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sesuai dilaksanakan melalui kaedah PPP? Jawapan: Projek yang berkaitan ICT tidak sesuai dilaksanakan melalui kaedah PPP kerana perubahan yang kerap dan dalam masa pendek teknologi berkenaan.
Soalan 10: Apakah perbezaan di antara kaedah perolehan secara konvensional, PPP dan penswastaan? Jawapan: Perbezaan di antara ketiga-tiga kaedah perolehan berkaitan adalah seperti di Jadual berikut:
| |||||||||||||||||||||||
Wednesday, June 22, 2011
PFI - Taychi Copex n Opex kerajaan kpd swasta.
Tuesday, June 21, 2011
Managing Service Performance ( Key Performance Indicator) - PFI
- construction,
- management,
- maintenance,
- refurbishment and replacement of government assets and inventory
- commensurate with the level, quality and timeliness of service provision
- where the asset and facilities will be transferred to the government at the expiry of the concession period
- What KPI parameter to be monitor and measure? Down time, Up Time,
- What is the fundamental of KPI? Energy consumption, communication Efficiency
- What tool to be used for measuring performance? FMS.
- construction - development progress,project management
- management - coordinating with end user.
- maintenance - inventory, assets and space.
- refurbishment and replacement of government assets and inventory according to schedule
Tuesday, March 2, 2010
UiTM bina enam kampus baru - kaedah PFI
PUTRAJAYA 2 Mac - Pembinaan enam buah kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di enam lokasi akan dibuat menerusi kaedah inisiatif pembiayaan swasta bagi memenuhi sasaran penempatan 200,000 pelajar.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, enam lokasi itu ialah di Pasir Gudang, Johor, Jasin (Melaka), Seremban 3 (Negeri Sembilan) Samarahan (Sarawak), Puncak Alam (Selangor) dan Tapah (Perak).
"Setiap satu kampus itu membabitkan kos sebanyak RM300 juta dan mampu menempatkan 5,000 pelajar. Kesemua projek itu dijangka dapat beroperasi dalam tempoh setahun setengah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Mohamed Khaled menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Konsesi Asrama Secara Penswastaan antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan Pengurusan Konsesi Asrama Sdn Bhd (Peka). - Bernama
(Sumber - Utusan Malaysia Online - Terkini)