Friday, May 21, 2010

Value Management (Pengurusan Nilai) - Sebuah Pendekatan Praktikal Dalam Perlaksanaan Projek Kerajaan.

Saya berpeluang untuk menghadiri bengkel pengurusan nilai yang dianjurkan secara usahasama diantara UiTM (Pejabat Pembangunan) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) terhadap sebuah projek pembangunan yang bakal dilaksanakan di UiTM Shah Alam bermula pada 16 Mei 2010 sehingga 19 Mei 2010. Hasil daripada bengkel tersebut kami (UiTM dan EPU) berjaya membuat penjimatan sebanyak 7% daripada kos keseluruhan projek dan dalam masa yang sama kami berjaya mengoptimakan kehendak dan keperluan pengguna ke tahap maksima.

Bengkel tersebut dihadiri sendiri oleh Datin Hajah Ir. Mariyam Ismail, Pengarah Seksyen Pengurusan Nilai, Ir. Kharizan Timbalan Pengarah I, En. Mohd. Hazrin, Timbalan Pengarah II dan juga En. Che Izam Abu Noh, Pengarah Pejabat Pembangunan,UiTM dan En. Alias Taib, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM. Disepanjang berlangsungnya bengkel tersebut, ia berlaku dalam suasana harmoni walaupun terdapat beberapa ketika berlaku perdebatan dan perbahasan yang panas dalam mempertahankan idea dan pendapat masing-masing.

Kesimpulannya, bengkel ini boleh dikatakan berjaya dan saya mencadangkan kepada EPU untuk melaksanakan Value Management untuk semua projek yang diluluskan oleh EPU kerana ia banyak menguntungkan kerajaan, rakyat dan pengguna. Tahniah diucapkan kepada urusetia kerana berjaya melaksanakan bengkel tersebut dengan jayanya walaupun terpaksa meninggalkan keluarga sehingga lewat malam.

4 comments:

E.T said...

Thank u for the information given. saya salah seorang pelajar yang akan mengkaji Value Management dlm projek Sarjana saya. saya harap , sedara tak keberatan nak bantu saya nanti. saya harap boleh quote statement sedara dlm blog ni kalau diizinkan

Ahmad Rais Johari said...

E.T you student UiTM ke? Saya tiada halangan untuk membantu saudari. Sila hubungi saya menggunakan email saya ahmadraisj@gmail.com Isyaallah saya akan membantu.

E.T said...

terima kasih. saya student UTHM. sekarang ni nak apply untuk geran penyelidikan bawah MOHE. Maaf sebab lambat reply sebab gmail saya letak comment blogger dlm spam mail.

najnasir said...

salam en rais..
saya student fac civil uitm..saya mengambil topic value mgt sbgai final year project dan harap en rais dpt bantu.topic saya sem ni implementation value mgt in malaysian construction industry tp sem dpn saya bercadang untuk kecilkn scope.nk buat implentation value mgt kt uitm.jd mohon bntuan en rais sedikit
1.adakah value mgt digunakan dalam project uitm?
2.unit manakah yg bertanggungjawab terhadap aplikasi value mgt dlm uitm?
terima kasih