Wednesday, January 9, 2019

Biografi Ringkas Badiuzzaman Said Nursi


Secara ringkasnya nama penuh Said Nursi ialah Badiuzzaman Said Nursi Bin Mirza. Beliau dilahirkan pada tahun 1877 Masihi bersamaan 1294 Hijrah. Meskipun begitu, tarikh ini tidak disepakati oleh kebanyakan penulis buku. Menurut Wan Jaffree Wan Sulaiman, penulis buku ‘Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said Nursi’ menyatakan bahawa tokoh Islam ini lahir pada tahun 1873 Masihi bersamaan 1290 Hijrah. Sementara menurut pendapat lain Nursi di katakan lahir pada era 1877 Masihi bersamaan 1293 Hijrah. Bagaimanapun, kebanyakan penulis menggunakan tarikh 1877M/1294H dalam penulisan karya mereka. Nursi dilahirkan disebuah kampung bernama Nurs, sebuah perkampungan kecil di daerah Khizan (Hizan) dalam wilayah Bitlis di Timur Turki.

Beliau juga terkenal dengan panggilan ‘Said al - Nursi’ merujuk kepada tempat kelahirannya (desa Nurs) Badiuzzaman” pula merujuk kepada panggilan atau gelaran terhormat yang diberikan oleh syeikh muktabar kepada beliau atas keupayaan luar biasa beliau dalam menghafal dan mengingati sesebuah buku dalam masa yang singkat, di samping kemahiran berfikir serta kekayaan ilmu yang ada pada diri beliau. Nursi dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dan sederhana.

Beliau berketurunan Kurdi yang mulia dan berpengaruh. Ayahnya bernama Sufi Mirza dan ibunya bernama Nuriyyah. Kedua ibubapa Nursi dikatakan berasal daripada salasilah keturunan ahli al – bayt iaitu Mirza berasal dari keturunan Hasan b. Ali sementara Nuriyyah pula dari keturunan Husayn Nursi merupakan anak keempat dari tujuh orang adik beradik, iaitu Durriyah, Khanim (Hanim), Abdulllah, Said (Nursi), Muhammad, Abdul al-Majid, dan Marjan. Abangnya Abd al-Majid adalah yang paling terkenal dalam kalangan adik beradik Nursi selepas Nursi. Beliau pernah menjadi guru bahasa Arab di Sekolah Tentera di Diyarbakr. Selep as itu, dilantik menjadi mufti di Urgup untuk beberapa tahun. Beliau pernah menterjemahkan beberapa karya - karya Nursi dari bahasa Arab ke dalam bahasa Turki
.

No comments: