Friday, September 5, 2008

Bahagian A : Pengurusan Kalbu Untuk Meraih Kejayaan Abadi - Berakhlak Mulia

2. BERAKHLAK BAIK DAN MULIA SEPANJANG MASA.


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ

Asalamuu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji hanya kepada Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada yang berhak yang dipuji kecuali pujian itu hanya untuk Allah. Apapun pujian yang datang kepada kita adalah sepenuhnya pujian bagi Allah pemilik alam ini. Semoga kita menjadi orang-orang yang terpelihara dan bebas daripada perangkap pujian. Orang yang seperti inilah adalah orang yang berakhlak baik dan mulia.

Akhlak yang baik dan terpuji adalah sesuatu yang mahal dan amat dirindui, rakyat inginkan pemimpin yang berakhlak baik dan mulia, Naib Canselor inginkan para pensyarah dan mahasiswa universiti yang dipimpinnya mempunyai akhlak yang baik dan mulia, para mahasiswa inginkan pensyarah yang baik akhlaknya, seorang suami menginginkan isteri yang baik akhlaknya dan begitulah seterusnya.

Apapun kedudukan atau jawatan kita samada dalam organisasi atau masyarakat, elok kiranya kita bertanya kepada diri kita sendiri 'adakah kita mempunyai akhlak yang baik terhadap orang lain?'. Seorang usahawan yang sopan dan jujur akan lebih disukai oleh para pembelinya, bukan sahaja barang dagangannya yang laris dan laku tetapi kehadirannya juga ditunggu dan dinanti-nantikan. Demikian juga jika kita adalah pembeli, tawar menawar dalam membeli sesuatu adalah tidak dilarang tetapi jangan sampai kita menyusahkan usahawan atau pedagang.

Rahsia risalah kenabian adalah akhlak. Rasulullah diutuskan ke mukabumi ini untuk menyerpurnakan kemuliaan akhlak. Rasulullah S.A.W sendiri adalah contoh teladan kemuliaan akhlak. Siti Aisyah R.A ketika ditanya apakah akhlak baginda Rasullulah, Siti Aisyah R.A menjawab akhlak baginda adalah Al-Quran.

Secara sederhana akhlak definasikan sebagai respon spontan. Akhlak kita akan terlihat ketika kita memberikan respon terhadap sesuatu masalah, akhlak kita akan terlihat ketika kita memberi respon terhadap nikmat, musibah,kesusahan, pujian atau kritikan yang kita terima. Akhlak pun dapat terlihat ketika kita sakit,takut dan lain sebagainya.

Setelah kita beribadah ikhlas kerana Allah, beribadah dengan benar, ini adalah kunci kejayaan abadi kedua, iaitu berakhlak baik dan mulia, disebabkan akhlak dapat dilihat semasa kita memberikan respon terhadap sesuatu, oleh itu, responlah segala sesuatu dengan sikap kita yang terbaik.

Tujuan kita berakhlak baik bukanlah untuk membuat orang lain suka kepada kita melainkan akhlak baik itu merupakan kekayaan hidup kita. Di tempat gelap ataupun terang, akhlak baik akan tetap menjadi akhlak baik jika kita memang benar-benar ikhlas. Ciri pertama yang dapat diketahui dari orang yang berakhlak baik ialah dia berani melihat kekurangannya sendiri.

Manusia yang kalah ialah manusia yang merasakan bahawa dirinya terlalu warak dan surga seolah-olah melambai-lambaikan tangan memanggilnya, dia merasakan dirinya 100 peratus akan masuk syurga, Orang seperti ini sebenarnya, akan jauh daripada rahmat Allah sebab dia telah meletakan ruang kesombongan didalam hatinya. Pada hal kesombongan adalah perhiasan yang layak disandang oleh Allah yang Maha Agung, yang sememangnya layak untuk itu.

Hidup manusia akan mulia selama dia berpelaku fitrah, iaitu memelihara sikap-sikap insaniah murni. Sikap insaniah itu adalah akhlak, corak perilaku yang mencerminkan ketinggian martabat hidup manusia. Manusia adalah makhluk mulia, lebih mulia daripada binatang. Akhlaklah yang menjadi pembeda antara manusia dan binatang.

Diantara contoh akhlak mulia yang perlu diamalkan oleh mahasiswa ialah menghormati orang yang lebih tua, menghormati para pensyarah, menghormati rakan seperjuangan, dengar pesan bonda dan patuh nasihat ayah dan sebagainya. Berlaku baik terhadap ibu bapa adalah salah satu tuntutan akhlak islam yan terbesar. Firman Allah "Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya" (QS al-Ahqaf:15)

Akhlak juga merangkumi akhlak sesama manusia, akhlak sesama bukan manusia seperti malaikat, jin, haiwan ternakan, haiwan-haiwan bukan ternakan, alam raya dan sebagainya. Akhlak yang baik amat penting dalam kehidupan kita untuk mencapai kejayaan abadi.

No comments: