Tahniah dan sekalung penghargaan kepada Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, UiTM kerana menganjurkan program Iftar (Berbuka Puasa Sunat Isnin dan Khamis) di Masjid Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam bermula pada semester ini. Ia terbuka kepada semua warga UiTM termasuk para pelajar.
Program ini bertujuan untuk menggalakan warga UiTM berpuasa sunat sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga kepada kita disamping mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
Dengan berpuasa sunat ia juga mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka, ia juga membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi. Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan program yang julung kalinya dianjurkan oleh Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam ini.
No comments:
Post a Comment