Persaingan terjadi dimana-mana, di UiTM kami mengambil pelajar berdasarkan merit, maksudnya, hanya pelajar yang memenuhi syarat kemasukan minimum atau lebih baik diterima masuk ke UiTM. Justeru para lepasan SPM perlu bersaing diantara satu sama lain, hanya mereka yang terbaik diterima masuk menjadi mahasiswa UiTM.
Dalam dunia perniagaan persaingan sering berlaku dan terjadi. Demikian juga dalam politik. Kebaikan persaingan ialah pengguna terakhir (end user) akan mendapat manfaat kerana hasil persaingan tersebut pelanggan akan ditawarkan dengan harga yang lebih kompetatif dan produk yang lebih berkualiti.
Dalam politik pun begitu, selepas Pilihanraya ke-12, menyaksikan persaingan yang kuat diantara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk memenangi hati rakyat, hasilnya rakyat mendapat manfaat apabila kedua-dua pihak mengambil berat terhadap masalah rakyat. Contohnya, semasa berlaku banjir batu 14, Cheras, Hulu Langat baru-baru ini, kedua-dua pihak menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Di UiTM, Info Tech iaitu sebuah jabatan yang bertanggungjawab terhadap sistem ICT termasuk sistem rangkaian (network) di UiTM diseluruh negara menetapkan hanya satu jenama produk rangkaian (network) digunakan didalam UiTM dan mereka menjalinkan kerjasama dengan vendor tersebut untuk memudahkan mereka menyelenggara sistem rangkaian (networking system) seluruh UiTM. Dengan kerjasama tersebut, semua masalah teknikal dapat diatasi dengan mudah. Malahan semua kakitangan teknikal dihantar berkursus dan didedahkan dengan tatacara menyelenggara sistem rangkaian produk berjenama tersebut. Hasilnya berlakulah monopoli namun semua masalah teknikal dan penyelenggaraan mudah diselesaikan jika ia berlaku.
Saya tertanya-tanya pendekatan manakah yang lebih baik, bersaing atau berkerjasama. Saya berpendapat pendekatan terbaik ialah bergantung kepada keadaan. Pada masa-masa tertentu kita perlu mewujudkan persaingan dan dimasa yang lain, kita perlu mewujudkan kerjasama. Segalanya bergantung kepada keadaan. Tidak semestinya outcome persaingan menguntungkan end-user dan begitu jugalah sebaliknya dengan kerjasama.
No comments:
Post a Comment