Monday, February 22, 2010

195 Kematian Sepanjang Ops Sikap-21

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Ops Sikap Ke-21 sempena Tahun Baru Cina yang akan berakhir esok menyaksikan 12 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam.Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian yang dicatatkan kini meningkat kepada 195 orang.

Daripada jumlah itu, penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu sembilan orang.

Tiga lagi kematian, katanya, masing-masing membabitkan pengguna motokar, lori dan jip.

Beliau berkata, 847 kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara semalam.

"Jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu sebanyak 393 kes, diikuti 207 kes di jalan Persekutuan, jalan negeri (146), lebuh raya (64) dan jalan-jalan lain (37)".

"Sepanjang tempoh 24 jam semalam, lapan kemalangan maut dicatatkan di jalan negeri dan masing-masing dua kematian berlaku di jalan Persekutuan dan bandaran," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz, jumlah saman yang dikeluarkan pihaknya menunjukkan penurunan apabila hanya 5,586 saman yang dikeluarkan semalam. Ops Sikap ke-21 yang bermula pada 7 Februari lalu, berakhir hari ini.

(Sumber : Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri)

No comments: