Wednesday, October 15, 2008

Program Pentauliahan Profesional (3P) Untuk Mahasiswa UiTM Dari FITQS, FIM dan FOMT

Program diatas atau lebih dikenali sebagai 3P akan berlangsung pada cuti semester ini, program profesional yang ditawarkan ialah Microsoft Certified Application Developer (MCAD), EC Council Network Security Administrator (ENSA), CompTIA A+ & Network +, CompTIA A+ & EC Council Project Management (EPM & A+), EC Council Project Management & ITIL (EPM& ITIL) dan IT Infrastructure Library (ITIL). Dianggarkan lebih 350 orang mahasiswa akan menyertai 3P kali ini.


Saya bertindak sebagai penyelaras bagi pihak Bahagian Hal Ehwal Akademik untuk berkerjasama dengan semua penyelaras 3P diperingkat fakulti. Program ini akan dikendalikan oleh Prestariang Sistems Sdn. bhd. dengan usahasama Kementerian Pengajian Tinggi.

OK, now OpenOffice is definitely good enough..!

There is a reason that the OpenOffice.org 3.0 servers are struggling to keep up with demand. OO.org 3.0 really is a serious upgrade over version 2.4 and makes NeoOffice irrelevant for Mac OS X users (previously, OpenOffice only worked within X11; While NeoOffice did a great job porting OO.org to native OS X, OO.org 3.0 works out of the box in OS X as a native Aqua application).

Last week I asked if OpenOffice was good enough. The general consensus? OO.org is good enough to start a flame war, but we’re not really sure if it’s good enough to be a serious competitor to MS Office.

Now that OO.org 3.0 is out, I’m having a much tougher time seeing both sides of the issue here (I actually like Office 2007/2008, by the way; I think they’re slick, well-polished, and highly functional). I had never liked the OpenOffice equation editor; this version brings a very nice graphical and text-based hybrid editor to us math teachers. Mail merge was clunky in OO.org; this version brings a mail merge wizard and improved label templates. Outline numbering tended to be a bit kludgy for notetaking in OO; this version improves the stability and interface of outlining.

Annotations are now incredibly easy to add (Insert, Note) and Office 2007/2008 formats are supported across the board. While Microsoft has dumped VBA support in Office 2008, OO.org users can run Visual Basic scripting, as well as Python and Javascript.

I’m not actually bashing MS Office here. It’s a great suite and they still have something that OpenOffice lacks: Publisher. However, Publisher was lacking on the Mac platform anyway and *nix users haven’t had access to MS Office (including Publisher) without some serious Wine work. Speaking of Access, OpenOffice continues to bring a solid database offering to all platforms. Is it as powerful as Access? I don’t think so (let’s face it - Access 2007 rocks). However, Mac, *nix, and Windows users can all interchange databases and use OO.org Base as a front end to a variety of data sources (including MySQL).

OpenOffice.org is not a clone of Office 2007 (good call, Sun). It’s a full-featured suite that gives us everything we need from MS Office and the world of productivity software while keeping the bottom line quite a bit more reasonable (you don’t get any more reasonable than free).

Yes, OO.org has been good enough for a long time; the latest release should leave little doubt for any users who had been on the fence.

Christopher Dawson


Christopher Dawson is the technology director for the Athol-Royalston School District in northern Massachusetts. See his full profile and disclosure of his industry affiliations.

Tuesday, October 14, 2008

Jadilah Mahasiswa dan Mahasiswi UiTM Yang Budiman..!

Mahasiswa budiman ialah mahasiswa yang mempunyai budi pekerti yang mulia, bersifat sopan santun, sentiasa menghormati pensyarah, selalu menghargai rakan seperjuangan, sering membantu rakan yang kesusahan, suka menolong orang yang memerlukan, sentiasa berbaik sangka dengan semua rakan seperjuangan, pensyarah dan kakitangan universiti dan mempunyai hati yang bersih dan jernih. Mahasiswa yang budiman ialah mahasiswa yang selalu memberi manfaat kepada orang lain dan memberi faedah kepada universiti, ibubapa, keluarga dan persekitaran.

Jika sekarang anda telah mempunyai CGPA yang baik, sesungguhnya itu bukanlah hasil usaha anda seorang, ia juga adalah berkat hasil usaha pensyarah anda, guru-guru anda semasa bersekolah dulu, ayahanda, bonda, rakan-rakan seperjuangan anda di universiti dan persekitaran pembelajaran dan pengajaran di universiti dan pelbagai lagi faktor lain.

Justeru itu, kejayaan yang saudara kecapi pada hari ini adalah juga hasil daripada pengorbanan orang-orang yang berada disekeliling saudara, oleh yang demikian maka sewajarnyalah anda sentiasa membantu sesama insan dan menjadi mahasiswa yang budiman. Bantulah rakan-rakan anda yang CGPA nya lebih rendah daripada anda dalam pelajaran. Jadilah seperti semut yang saling bantu membantu untuk menjayakan kesinambungan sebuah kehidupan bangsanya.

Yakinlah, bahawa Allah S.W.T akan selalu menolong hambaNya sepanjang seorang hambaNya itu gemar menolong orang lain, sifat suka tolong menolong sesama insan akan menjadikan rezeki anda melimpah ruah, sebaik-baik pemberian adalah yang ditunaikan sebelum ada permintaan. Hari ini anda menolong orang lain, esok orang lain akan menolong anda. Ia akan menyemaikan tali persaudaraan dan membuahkan jalinan persahabatan. Kesimpulannya, jadilah mahasiswa yang BUDIMAN kerana disebalik sifat BUDIMAN tersebut tersembunyi rahmat Allah S.W.T yang infiniti.

Monday, October 13, 2008

Jadilah Mahasiswa dan Mahasiswi UiTM Yang Mencintai Ilmu Pengetahuan....!

Saudara dan saudari telah berada dilandasan yang betul bila saudara/i mengambil keputusan memohon untuk melanjutkan pelajaran di UiTM suatu masa dahulu, kini, saudara dan saudari telah pun bergelar mahasiswa atau mahasiswi UiTM. Kalian telah berada dalam kancah pergelutan menimba ilmu pengetahuan. Disini, di UiTM anda telah dan akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran, pengetahuan dan latihan disepanjang melalui tempoh pengajaran dan pembelajaran dalam kursus yang anda ikuti. Semua bidang pengajian yang ditawarkan oleh UiTM melalui 24 buah fakultinya adalah fardhu kifayah. UiTM mengharapkan anda boleh dan berupaya menguasai bidang yang anda pelajari dan ceburi, seterusnya menjadi pemimpin yang menerajui bidang pengajian yang anda ikuti atau ceburi.

Objektif utama anda menjadi mahasiswa UiTM adalah untuk menuntut ilmu dan menjadi mahasiswa yang berjaya dalam bidang yang anda ikuti, justeru itu, tanamkanlah dalam diri anda sifat menyintai ilmu pengetahuan. UiTM mahu anda menjadi mahasiswa yang boleh BERFIKIR dan memahami sesuatu yang tersurat dan tersirat disebalik pemahaman sesuatu ilmu, UiTM mendidik anda supaya mampu menganalisa data dan maklumat untuk membuat keputusan yang tepat dan betul, menilai fakta bagi memantapkan hujah dan menghuraikan formula menjadi persamaan-persamaan yang boleh dileraikan, menyepadukan teori dan praktikal menjadi modus operandi. UiTM mahu anda memahami bahawa rahsia disebalik penemuan sesuatu ilmu pengetahuan itu tersembunyi sifat Rahman dan Rahim Allah S.W.T. Justeru itu, jadilah mahasiswa yang menyintai ilmu pengetahuan.

Jadilah Mahasiswa dan Mahasiswi UiTM yang Berakhlak Mulia....!

Semua orang ingin bersahabat dengan orang yang berakhlak mulia, seorang lelaki inginkan seorang wanita yang berakhlak mulia sebagai pasangan hidupnya, seorang mahasiswa atau mahasiswi inginkan pensyarah yang berakhlak mulia sebagai gurunya, seorang ayah inginkan anak yang berakhlak mulia, seorang ibu inginkan anak yang berakhlak mulia, begitulah seterusnya. Rahsia risalah kenabian adalah akhlak. Rasululah diutuskan dimukabumi ini adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak, justeru itu, kesempurnaan akhlak adalah asas kepada pembangunan insan dan modal insan.

Saya ingin menekankan persoalan mengenai akhlak pergaulan lelaki dan perempuan, lelaki dan perempuan dijadikan oleh Tuhan dengan sebaik-baik bentuk, kedua-duanya sama-sama manusia, namun terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam beberapa aspek. Contohnya dari segi fizikal, mental dan emosi. Lelaki lebih kuat, perempuan pula lebih lemah dan lembut. Kedua-duanya jika digabungkan boleh membina sinergi yang enigertik. Mereka saling lengkap melengkapi. Islam telah menetapkan salur galur dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, kita diajar untuk menjaga pandangan antara lelaki dan perempuan, kita juga diajar menjaga aurat dan tidak bersentuhan jika bukan muhrim. Inilah prinsip asas yang wajar dipegang dalam etika perhubungan antara mahasiswa dan mahasiswi. Jika prinsip ini tidak dipelihara dikuatiri kita boleh terjebak dalam lembah kemaksiatan yang akan merosakan generasi manusia seterusnya.

Sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident saya selalu menerima aduan daripada Jawatankuasa Perwakilan Penduduk tentang akhlak mahasiswi dan mahasiswa NR UiTM, ada yang memberikan persepsi yang positif dan ada yang sebaliknya. Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya disekitar Shah Alam semasa menjalankan tugas sebagai PPPNR masih terdapat mahasiswa dan mahasiswi kita yang tidak menjaga adab dalam perhubungan lelaki dan perempuan sebagaimana yang dianjurkan oleh agama. Fenomena ini merisaukan saya kerana ia boleh menyebabkan masalah sosial yang lain seperti pergaulan bebas tanpa sempadan, kerosakan akhlak dan sebagainya berlaku.

Justeru itu, saya menyeru semua mahasiswa dan mahasiswi NR dan bukan NR supaya menjaga adab dalam perhubungan lelaki dan perempuan, jaga pandangan, jaga aurat dan jaga etika perhubungan sebagaimana yang dianjurkan agama.

Sunday, October 12, 2008

Pemantauan Mahasiswa NR di Seksyen 7, Shah Alam.

Saya membuat rondaan sambil memantau, memerhati gelagat mahasiswa dan mahasiswi NR UiTM di seluruh kawasan seksyen 7, Shah Alam bermula daripada jam 10.30 malam sehingga 5.00 pagi. Saya masih tidak faham kenapa masih terdapat ramai mahasiswa dan mahasiswi NR UiTM menghabiskan masa di kedai mamak sambil minum teh tarik sehingga lewat pagi, sedangkan musim peperiksaan semakin hampir. Lagi pun, perbuatan tersebut akan mendedahkan diri anda kepada jenayah seperti ragut, rompakan dan sebagainya.

Saya ingin menasihatkan semua mahasiswa samada NR atau bukan NR supaya menghargai masa, ia amat berharga dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Masa diberikan secara percuma oleh Allah S.W.T kepada kita, pun demikian, kita akan dalam kerugian jika tidak menggunakan masa dengan sebaiknya kerana masa yang berlalu hanya akan menjadi sejarah dan kenangan dalam hidup kita, jadi gunakan masa dengan sebaiknya. MASA AMAT BERHARGA, JUSTERU ITU, HARGAI MASA.

Saturday, October 11, 2008

PROGRAM KARNIVAL GEGAR NON-RESIDENT 2008 - MERIAH...

"Pameran Trafik oleh Pasukan Polis Trafik Diraja Malaysia"


"Pameran Bergerak Jabatan Bomba Malaysia"


" Kuiz Lalulintas Oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya"


"Sukaneka menarik minat kanak-kanak menyertainya"


"Penyampaian hadiah oleh En. Ahmad Rais Johari kepada pemenang sukaneka diiringi oleh Cued"

Program di atas yang diadakan pada 11 Okt. 2008 bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang berjaya mencapai objektifnya dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat setempat di seksyen 7, Shah Alam, malahan ia berjaya menarik minat penyertaan masyarakat india yang tinggal di blok berhampiran dengan tapak program melalui penglibatan mereka dalam semua aktiviti yang dilaksanakan seperti sukaneka, fear factor dan pelbagai lagi.

Walaubagaimanapun terdapat ruang penambahbaikan yang perlu dilaksanakan pada masa akan datang supaya menarik minat lebih ramai mahasiswa NR dan masyarakat setempat menyertai program tersebut. Apa pun tahniah kepada semua AJK yang terlibat kerana berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya walaupun hujan turun agak lebat disebelah petang.

Friday, October 10, 2008

Kesesakan Lalulintas Terburuk Di Dalam Kawasan UiTM

"Keadaan lalulintas menuju ke K. Perindu daripada K. Delima"

"Keadaan lalulintas di hadapan K.Delima 1"

"Pemandangan Keadaan lalulintas di hadapan K.Delima 2"

"Keadaan lalulintas di persimpangan Pejabat Pengurusan Fasiliti menuju ke pintu masuk utama"


"Keadaan lalulintas di Persimpangan Pejabat Pengurusan Fasiliti menuju ke pintu masuk utama"

Pada jam 6.00 petang hari ini saya bertolak dari Dataran Delima untuk mengambil anak saya di sekolah kebangsaan Raja Muda Seksyen 4, Shah Alam yang akan balik dari sekolah pada jam 6.10 pm, secara kebetulan pada hari ini sekolah anak saya menganjurkan Majlis Hari Raya dimana semua murid sekolah perlu memakai baju melayu dan bersongkok.

Dari Dataran Delima, saya perhatikan kesesakan lalulintas berlaku pada kedua-dua arah daripada Kolej Delima ke Kolej Teratai dan daripada Kolej Delima ke Kolej Perindu, akibat kesesakan tersebut saya sampai ke sekolah anak saya pada jam 6.50 petang. Dalam keadaan biasa perjalanan dari Kolej Delima ke sekolah anak saya hanyalah 10-15 minit. Keadaan kesesakan mulai reda sekitar jam 7.10 petang.

Saya sebenarnya tidak pasti apakah punca utama penyumbang kepada masalah kesesakan hari ini, selalunya kesesakan tidak seteruk sebagaimana hari ini, tetapi, yang saya pasti terdapat kelemahan dalam kita menguruskan kecemasan di UiTM, proses kita bertindak untuk membantu kereta-kereta yang tersadai ditengah jalan akibat masalah overheated mengambil masa terlalu lama, kita perlu belajar daripada peristiwa ini untuk membuat penambahbaikan. UiTM perlu mempunyai formula untuk menangani krisis secara berkesan, terancang dan sistematik.

Majlis Hari Raya dan Perpisahan En. Burn, Penolong Pengurus Asrama, Unit Pengurusan Non-Resident

"En. Burn menerima cenderahati penghargaan daripada En. Amizar"

"En. Burn semasa memberikan ucapan semasa majlis Perpisahan"

Hari ini pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi bertempat di Unit Pengurusan NR, Kompleks Teratai diadakan majlis Hari Raya dan majlis perpisahan dimana En. Abu Bakar Mahmud Penolong Asrama NR atau lebih dikenali En. Burn akan berpindah ke Kolej Jati berkuatkuasa 15 Oktober 2008, walaubagimanapun beliau masih menjadi Pegawai Pembangunan Pelajar NR. Pihak Unit Pengurusan NR mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En. Burn di atas sumbangan dan komitmen beliau semasa berkhidmat di Unit Pengurusan NR.

PROGRAM KARNIVAL GEGAR NON-RESIDENT 2008

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar NR UiTM Malaysia akan menganjurkan program tersebut pada 11 Okt. 2008 (Sabtu) bertempat di Padang Rekriasi Seksyen 7, Shah Alam (Berhampiran Tapak Pasar Malam Seksyen 7) bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Semua warga Shah Alam dan mahasiswa NR UiTM dan semua IPTS disekitar Shah Alam dijemput untuk memeriahkan program di atas.

Diantara aktiviti yang akan berlangsung ialah derma darah, senamrobik, Jog for heart, Futsal Challenge 2008, program berbasikal, sukaneka, pameran daripada agensi kerajaan, pertandingan mewarna, bazaar street, gerai penaja, pameran pemotoran dan pelbagai lagi.

ANDA DIJEMPUT UNTUK MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM DI ATAS....!


Thursday, October 9, 2008

Maklumbalas Permasalahan Mahasiswa Non-Resident Semua Universiti (IPTA dan IPTS) Di Shah Alam

Pihak kami sedang menjalankan satu kajian mengenai permasalahan yang dihadapi oleh semua mahasiswa samada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) di sekitar Shah Alam semasa belajar dan menjadi mahasiswa dimana-mana IPTA atau IPTS di Shah Alam.

Contohnya, kadar sewa untuk penginapan mahasiswa, pengangkutan awam, sikap dan penerimaan masyarakat tempatan terhadap mahasiswa dan sebagainya. Anda boleh luahkan sebarang masalah yang anda hadapi sepanjang belajar di IPTA atau IPTS di Shah Alam.

Apa yang perlu anda lakukan ialah menulis masalah anda pada komen yang terdapat pada post ini. Kerjasama anda untuk memberi pandangan dan menyuarakan permasalahan saudara/i amat dihargai. Sekian, Terima Kasih.


Ahmad Rais Johari
Pegawai Pembangunan Pelajar Non Resident UiTM Malaysia
Shah Alam, Selangor.

Tetamu Syawal - Mahasiswa UiTM Beraya di Rumah Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Delima 3



Malam tadi, sekumpulan anak murid isteri saya yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi yang menginap di kolej dan Non-Resident dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi menziarahi kami sekeluarga di kolej delima 3 untuk berhari raya. Saya mengambil peluang itu untuk mempromosikan program Gegar NR yang akan diadakan pada 11 Okt. 2008 bertempat di Padang Rekreasi SS 7 Shah Alam kepada semua tetamu yang hadir untuk berhari raya di rumah saya (bukan rumah saya, rumah UiTM).

Wednesday, October 8, 2008

Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Non-Resident - Penyelarasan Projek Gegar NR 2008



Pada 6 hb. Oktober 2008 pada jam 9.00 malam di Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur saya menghadiri mesyuarat bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar NR untuk membincangkan aktiviti Gegar NR yang akan diadakan di seksyen 7, Shah Alam berhampiran dengan Padang Rekreasi Seksyen 7 Shah Alam.

Objektif utama program ini ialah untuk merapatkan perhubungan mahasiswa NR UiTM dengan masyarakat setempat di seksyen 7. Program ini akan dilaksanakan pada 11 Okt. 2008. Semoga program ini mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan dan semua mahasiswa NR sekelian.

Krisis Ekonomi Melanda USA dan Eropah yang akan menyebabkan berlakunya KRISIS EKONOMI DUNIA terburuk abad ini - BUKTI KEGAGALAN SISTEM RIBA KAPITALIS

APA ITU SUBPRIME MORTGAGE?

Subprime mortgage atau dalam bahasa Malaysia kita sebut "peluang kedua pinjaman". Ia adalah sejenis pinjaman wang yang diberikan kepada segolongan pengguna miskin yang masih belum papa kedana, golongan ini tidak menepati kriteria peminjam yang BOLEH diluluskan jika dilihat dari piawaian sesebuah bank.

Mereka dikategorikan sebagai golongan yang mempunyai 'credit rating' yang rendah. Mereka ini biasanya terdiri daripada golongan yang mempunyai pendapatan rendah, mempunyai sejarah dan rekod kegagalan bayaran hutang yang tinggi, atau 'rekod merah', mereka yang beban hutangnya telah melebih kemampuan mendapatannya, para spekulator yang tidak mempunyai wang tetapi ingin membeli untuk tujuan pelaburan dan mendapat keuntungan yang cepat.

Walaupun begitu, mereka telah diberikan peluang kedua untuk membuat pinjaman. Perlu diingat, ia bukannya dibuat atas dasar ingin membantu tetapi berpunca dari sifat tamak pihak kapitalis dalam perolehan untung, mereka juga tidak menghiraukan samada kumpulan miskin dan bermasalah serta terdesak tadi akan semakin tertindas atau tidak.

Apa yang penting buat mereka adalah untuk mengambil peluang meraih untung sebanyak mungkin, apabila pinjaman diberikan kepada mereka yang berpotensi untuk gagal membayar balik, risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan 'event of default' akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank, jika risikonya tinggi maka lagi tinggilah kadar riba 'interest' yang akan dikenakan terhadap peminjam.

Menurut faktanya, apabila lebih 100 buah syarikat yang memberi pinjaman jenis subprime seperti New Century Financial Corporation memfailkan bankruptcy akibat gagal memperolehi pulangan berserta riba yang dikehendakinya, kegawatan mula kelihatan. Kegagalan ini membawa kerugian sebanyak USD 6.5 trillion dan memberikan kesan negatif kepada seluruh industri jual beli rumah, perbankan dan ekonomi USA.

Isu ini mula menggugat ekonomi Amerika mulai tahun 2007 dan berterusan kesannya sehinggalah apa yang berlaku kepada kebrankupan dan kerugian besar syarikat gergasi di Bursa Saham Wall Street seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch, AIG dll. Ia bakal membawa kesan domino atau kesan bertali kepada mana-mana syarikat yang mempunyai ikatan dengan mereka yang rugi ini.

Ia bermula apabila sektor perumahan di USA menjadi bubble. Erti bubble dalam konteks ini adalah apabila nilai valuasi rumah meningkat sehingga mencapai tahap unsustainable iaitu tidak mampu lagi ditanggung jika dilihat kepada purata pendapatan penduduk. Hasilnya, bilangan peminjam yang gagal ia disebut 'defaulters' menjadi semakin tinggi. Keadaan ini merebak sehingga berlakunya krisis kegawatan pada bulan Ogos 2007 yang lalu.

APA KISAH CADANGAN KERAJAAN US UNTUK BAILOUT USD 700 BILION?


Apabila ini terjadi, nilai rumah tiba-tiba menjadi jatuh merudum pula sehingga banyak pihak yang telah membeli dan memegang rumah dan hartanah tidak lagi mendapat untung dari aset yang mereka pegang.
Kerugian pun menjelma dan memberikan kesan kepada seluruh sektor kredit, perbankan dan ekonomi dunia.

Pihak bank akan ditimpa Non Performing Loans (NPL) atau hutang tertunggak yang tinggi, selain itu ia juga memberi kesan rugi kepada seluruh sektor pembinaan, pembekal dan banyak lagi. Ia juga bakal membawa keruntuhan, hasilnya Presiden USA, George Bush telah memperuntukan 'bail-out plan' dengan harga antara USD 700 billion ke USD 1 trillion untuk membeli aset pinjaman tertunggak yang merosakkan tersebut.

Pihak US merancang, setelah membeli semua aset tadi, mereka akan menjualnya semula dan memperolehi keuntungan pula darinya. Namun terdapat pakar pelaburan seperti Warren Buffet dan ramai lagi yang menganggap lebih bijak jika kerajaan membiarkan sebahagian sekuriti tenat dan tertunggak ini dijual di pasaran terbuka kepada sektor private dan bukannya dibeli oleh kerajaan.

Secara ringkasnya isunya adalah :-

a) Apa yang menjadi isu dengan kes bail out terbaru ini adalah, jumlah besar itu adalah wang hasil kutipan dari pembayaran cukai dari seluruh warga USA. Namun malangnya wang cukai yang bayar mereka akan digunakan untuk menyelamatkan beberapa buah syarikat gergasi di Wall Street, sedangkan ramai yang tidak terlibat dengan aktiviti saham dan tidak mendapat faedah secara langsung dari bail-out ini. Inilah yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Duit mereka digunakan untuk menyelamatkan si kaya manakala syarikat kecil dan sederhana tiada sebarang bantuan.

b) Selain itu, untuk mejayakan tujuan ini, kerajaan US terpaksa mencetak lebih banyak wang dan ini akan meningkat kadar inflasi iaitu nilai USD akan jatuh merudum.

c) Sebahagian pakar ekonomi menamakannya sebagai hyperinflation atau inflasi di luar kawalan. Selain itu purchasing power mereka turut jatuh. Contoh hyperinflation adalah apa yang berlaku kepada Germany pada tahun 1923 apabila kadar tukarannya adalah Marks (Matawang German) 4,200,000,000,000 (4.2 billion) adalah sama dengan USD 1 sahaja!. Yang terbaru adalah Zimbabwe di mana nilai duit Zimbabwe sebanyak 688 bilion adalah sama dengan USD 1. Ini juga bermakna semua peminjam-peminjam di bank US terpaksa mencari sumber wang lain untuk membayar balik hutang mereka disebabkan nilai matawang mereka menjadi kecil. Kalau dulu USD 1000 mereka boleh membayar pinjaman perumahan bulanan, namum akibat bail-out ini, nilai USD 1000 itu sudah jatuh kepada USD 900.

d) Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai bencana ekonomi seperti berlakunya penyorokan barang pengguna kerana menunggu harga meningkat.

e) Hutang US juga pasti akan meningkat tinggi , dijangkakan hutang US akan meningkat kepada USD 11.3 trillion daripada jumlah sekarang iaitu USD 10.6 trillion.

231 ahli akademik yang merupakan pakar ekonomi di univeristi seluruh USA membantah tindakan ini dalam satu surat yang ditandatangani bersama oleh mereka. Mereka menegaskan :-

"Investors who took risks to earn profits must also bear the losses. [...] The government can ensure a well-functioning financial industry [...] without bailing out particular investors and institutions whose choices proved unwise."

Untuk analogi mudah lagi ringkas, ia adalah seperti berikut:-

Encik David berhutang sebanyak RM 1 juta dari Encik Lingam. Encik David dikehendaki membayar semula hutangnya sebanyak RM 1.5 juta dalam 5 tahun. Ini bermakna Encik Lingam mengenakan RM 500,000 riba ke atas Encik David. Tiba-tiba selepas dua bulan, atas sebab tertentu, Encik Lingam perlukan wang tunai dengan segera, untuk menyegerakan perolehan tunai, Encik Lingam telah menjual hutang Encik David tadi kepada En Chua dengan harga yang lebih rendah iaitu RM 1.3 juta. Walaupun harganya lebih rendah namun Encik Lingam puas hati kerana ia memperolehinya secara cash atau tunai.

(Inilah yang dimaksudkan jualan hutang secara diskaun, dan ia dianggap riba oleh Ulama antarabangsa kerana wang ditukar dengan wang syaratnya mestilah sama nilai)

Di hujung transaski, Encik Lingam berjaya perolehi wang tunai segera namun sedikit berkurangan dari jumlah yang patut diperolehinya jika dia sanggup menunggu selama 5 tahun.

Dan risiko menunggu bayaran hutang penuh oleh Encik David kini sudah dipindah kepada En Chua, namun En Chua bakal menerima untung riba sebanyak RM 200,000 pula dengan mudah.

Encik David tetap perlu membayar seperti biasa. Berkemungkinan En Chua akan menjualkannya kepada Encik Mutu pula dengan harga RM 1.2 juta.

Untuk memahami isu yang sedang dibincang, anda hanya menukarnya seperti berikut:-

Encik David - Peminjam miskin dan tidak cukup syarat

Encik Lingam - Syarikat pemberi hutang seperti New Century Financial Corporation

Encik Chua - Lehman Brothers dan lain-lain.

Encik Mutu - Semua bank yang membeli MBS ini dari Lehman, Merrill Lynch dan lain-la

Maka apabila encik David gagal membayar hutang, semua pihak akan terancam. Inilah yang berlaku. Inilah namanya discounted debt trading, ini dikenalpasti berlaku dalam kes subprime. Iaitu apabila pihak bank pelaburan membeli MBS yang mewakili hutang perumahan tadi, mereka telah membayar sejumlah wang yang besar, dan kini mereka bergantung kepada bayaran hutang oleh peminjam-peminjam berisiko tadi. Tiba-tiba peminjam gagal membayar dan sebahagiannya diisytiharkan bankrupt meningkat, menyebabkan keuntungan yang pihak bank jangkakan tidak kunjung tiba, sebaliknya kerugian pula menjelma.

KESAN TERBARU DI WALL STREET

Inilah yang berlaku kepada Lehman Brothers, sebuah syarikat gergasi di Wall Street yang diasaskan oleh Lehman berbangsa Yahudi, ia mempunyai nilai aset sekitar USD 600 billion (RM 2.4 trillion), syarikat ini juga mempunyai 25,000 pekerja di seluruh dunia. Tunjang bisnesnya adalah trading fixed-income assets, penyelidikan, pengurusan pelaburan and private equity.

Syarikat ini runtuh kerana Riba, tamak dan sistem jualan hutang riba 'debt trading'. Lehman brothers adalah dealer yang terbesar dalam fixed interest security (iaitu pelaburan pulangan tetap - riba) yang terbesar di pasaran Wall Street dan mereka telah melabur dengan begitu besar dalam sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada US Subprime mortagage market. Namun ia gagal menjual lower rate MBS dari subprime yang dipegangnya.

Dalam suku kedua tahun 2008 sahaja menyaksikan Lehman kerugian USD 2.8 billion dan terpaksa menjual asetnya bernilai USD 6 billion. Seterusnya kerugiannya sebelum brankrup mencecah USD 7.8 billion, dan masih terdedah kepada kerugian USD 54 billion dari pegangan mortgage backed securities yang masih dimilikinya. Hasilnya, nilai sahamnya telah jatuh lebih dari 95%.

Akhirnya pada 15 September 2008, bank ini telah memfailkan bankruptcy chapter 11, ketika itu statistik mencatatkan Lehman mempunyai hutang sebanyak USD 613 billion, USD 155 billion lagi hutang dalam bentuk bond atau MBS tadi, dan asset keseluruhan mereka adalah bernilai USD 639 billion. Pada 22 September 2008 mereka telah 'ditelan' atau dibeli oleh sebuah lagi gergasi lain iaitu Barclays Bank PLC yang mempunyai asset sebanyak USD 2.7 trillion (lebih kurang RM 9.18 trillion). Namun, Barclays hanya membeli tunjang bisnes dan pentadbiran Lehman dengan harga USD 1.35 billion yang merangkumi ibu pejabat Lehman yang bernilai USD 960 juta dan beberapa yang lain.

Untuk memahami betapa besarnya mereka, bandingkan dengan Aset Maybank Group yang hanya sekitar RM 260 billion.

Selain itu, hasil dari masalah pinjaman riba tadi juga turut menyaksikan kejatuhan gergasi bank iaitu Merrill Lynch, sebuah bank pelaburan terkenal yang terpaksa dijual kepada Bank of America dengan harga USD 50 Billion untuk menyelamatkan dirinya.

Seperti Lehman Brother, Bank Merrill Lynch juga mengalami kerugian teruk akibat sijil-sijil pinjaman yang dipegangnya mengalami kejatuhan nilai setiap hari, menyebabkan pelaburnya kebimbangan.
Semuanya hasil ketamakan dan kini bala dari industri RIBA sudah tiba. Bertali arus dari isu ini juga, sebuah gergasi insuran iaitu AIG turut menderita sekarang dan memerlukan suntikan wang segera bernilai berbillion dolar.

Mereka telah memohon pinjaman kecemasan dari kerajaan Amerika yang dilaporkan bernilai USD 40 Billion. Sebenarnya, setiap MBS yang dipegang oleh bank-bank pelaburan ini telah mendapat jaminan tidak akan berlaku default atau kegagalan pembayaran dari pihak peminjam, jaminan ini diberikan oleh dua syarikat tajaan kerajaan (Government Support Enterprises) yang besar iaitu Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) dan Federal Home Loan Mortgage Corporation (Freddie Mac), yang mana mereka menjamin US mortgage market dengan nilai USD 6 trillion dari keseluruhan USD 12 trillion industri pinjaman perumahan US.

Namun akhirnya, mereka turut 'gulung tikar' dan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan US. Selain dari nama-nama yang disebut tadi, banyak lagi bank-bank pelaburan gergasi di Wall Street seperti Bear Stearns, Goldman Sachs, dan Morgan Stanley terlibat dalam perniagaan sekuriti hutang. Justeru gergasi-gergasi ini juga sedang berpeluh kerisauan tentunya.

KESAN KEPADA KITA?


Benar, anda tiada buku bank dan cek di bank-bank yang disebut tadi kerana mereka adalah bank pelaburan dan hanya berurusan dengan transaksi kewangan atas angin yang bernilai billion dan ratus jutaan dollar. Kebanyakan financial instruments yang di gunakan oleh mereka untuk menghasilkan keuntungan juga jatuh merudum seperti
derivatives.

Selaku individu biasa, anda memang tidak merasa kesannya secara langsung, namun ia akan datang secara tidak langsung. Paling tidak, kejatuhan Lehman yang begitu besar memberikan kesan automatik kepada kejatuhan pasaran saham, harga saham-saham lain juga turut terkesan disebabkan pelbagai faktor sampingan lain seperti kepanikan pelabur yang dengan segera menjual saham-saham mereka.

Selain itu, oleh kerana Lehman adalah sebuah bank yang cukup besar, banyak bank-bank yang lebih kecil berurusan dengannya samada sebagai pelabur dan penyimpan.

Semua bank-bank ini akan turut merasa kepanasannya. Telah dinyatakan tadi, gergasi insuran konvensional Riba iaitu AIG juga sedang bermasalah, jika ini gagal diselesaikan, semua syarikat di seluruh dunia yang punyai bisnes dengan AIG bakal merasai bencananya dan memburukkan lagi seluruh sistem ekonomi kapitalis ini.

Selain itu, setiap bank yang ada berurusan dengan Lehman Brothers juga mendapat tamparan secara langsung, lebih teruk lagi, bank-bank ini bakal gagal menunaikan janji mereka kepada para depositor di bank mereka, terutamanya bagi produk-produk fixed deposit. Pihak bank akan gagal memberikan kadar bunga yang dijanjikan. Lebih teruk dari itu, wang orang arami juga boleh hilang terus, tatkala itu syarikat insuran akan 'bungkus' juga.

Di United Kingdom, jika anda menyimpan di bank-bank tempatan, sekiranya terdapat mana-mana bank di UK lingkup akibat kesan di USA, simpanan yang terjamin selamat hanyalah £ 50,000 sahaja.

Demikian tegas The Financial Services Authority (FSA). Sebagai contoh, Jika anda punyai simpanan sebanyak £ 120,000, kemudian jika bank di UK jatuh bankrupt, semua wang simpanan akan hilang kecuali £ 50,000 sahaja yang akan dibayar semula kepada penyimpan. Selain itu, semua kesan yang akan berlaku kepada Amerika bakal member kesan kepada ekonomi mana-mana negara yang banyak bergantung kepadanya, termasuk Malaysia. Jika benar berlaku hyperinflation di Amerika, kita akan dapat melihat betapa banyak kesannya kepada Malaysia termasuk anda dan saya juga.

(Rujukan utama http://www.zaharuddin.net)

Tuesday, October 7, 2008

PROGRAM UNTUK MAHASISWA NON-RESIDENT UiTM MALAYSIA SEPANJANG OKTOBER 2008

PROGRAM UNTUK MAHASISWA NON-RESIDENT UiTM MALAYSIA SEPANJANG OKTOBER 2008

BIL
NAMA AKTIVITI
TARIKH
MASA
TEMPAT
1. KARNIVAL GEGAR NR DAN KARNIVAL PERMOTORAN 11 OKT 2008 8.00 PAGI – 7.00 PTG Tapak Pasar Malam Sek. 7 Dan Padang Bola Sepak (Belakang S.J.K Tamil Sek. 7)
2. PROGRAM NON-RESIDENT IMARAHKAN SURAU
TAZKIRAH: IBADAT PASCA RAMADHAN- HALATUJU DAN PENGHAYATAN
14 Okt 2008 7.30 mlm – 8.30 mlm
(Selepas solat Maghrib)
Surau Al Mawaddah Jalan Platinum Sek 7 (Hadapan Apartment Danau Mas)
3. MUNAJAT MENJELANG PEPERIKSAAN
(Bacaan Yaasin dan Solat Hajat)
23 Okt 2008 7.00 mlm – 9.00 mlm
(Selepas solat Maghrib)
Surau Al Mustaqimah Jalan Plumbum Sek 7
(Bersebelahan tapak pasar malam Sek 7)

Di keluarkan oleh Unit Pengurusan Non-Resident, Bhg. HEP UiTM

Monday, October 6, 2008

Selamat Kembali Bertugas Selepas Bercuti Aidil Fitri

Selamat kembali untuk bertugas dan menyambung aktiviti rutin harian pekerjaan kepada semua warga UiTM dan semua mahasiswa UiTM khususnya selepas bercuti sempena menyambut Aidil Fitri.

Saya tidak mengemaskini blog saya sepanjang bercuti hari raya. Dalam tempoh tersebut pelbagai peristiwa berlaku, pada 29 September 2008 yang lalu, ayahanda kepada bapa mertua saya (datuk isteri saya) kembali kerahmatullah di Batu Pahat kerana sakit tua, kami sekeluarga berangkat ke Batu Pahat, Johor untuk menziarahi jenazah Allahyarham. Saya terus berada di Batu Pahat sehingga 1 Syawal, selepas menunaikan solat sunat aidil fitri, saya terus berangkat ke Taiping, Perak.

Dalam perjalanan ke Taiping, saya singgah sebentar di kolej Delima, UiTM, Shah Alam, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, saya masuk ke dalam UiTM pada Hari Raya pertama (1 syawal). Suasana di dalam UiTM senyap sepi dan lengang, hanya pengawal keselamatan dan Pegawai Penting yang bertugas sahaja yang ada ketika itu.

Thursday, September 25, 2008

The Poem of Hamzah Fansuri - by G.W.J Drewes and L.F. Brakel

Aho segala kita anak Adam
Jangan lupa akan Shahi Alam
Pada bahr al-dhunub jangan terkaram
Supaya 'ashiq siang dan malam

Oh my fellow-Adamites
Do not forsake the Ruler of the universe
Do not get drowned in the ocean of sin
So that you may be lovers all day long


Ashiqmu itu jangan bercawang
Meninggalkan dunia jangan kepalang
Suluh Muhammad yogya kau pasang
Pada Rabb al-alamin supaya kau datang

Let your love be undivided
And your renunciation of the world not half-hearted
Light the torch of Muhammad
In order to come to the Lord of the world


Shariat Muhammad terlalu amiq
Cahayanya terang di bayt al-atiq
Tandanya ghalib lagi sempurna tariq
Banyaklah kafir menjadi rafiq

Muhammad's religion is very profound
It brightly irradiates the ancient shrine
Indicative of its superiority and the perfection of its way
Is that it turned countless unbelievers into follower


Bayt al-atiq bernama Ka'bah
Ibadat di dalamnya tiada berlelah
Tempatnya ma'lum di tanah Mekah
Akan qiblat Islam menyembah Allah

The ancient shrine is known as the Ka'ba
The site of unflagging worship
As is well known it is located on Meccan soil
To serve as the direction to which Islam turns in prayer


Aho kita segala yang membawa iman
Jangan berwaqtu mengaji Quran
Halal dan haram terlalu bayan
Jalan kepada Tuhan dalamnya 'iyan

Oh all ye who are believers
Do not recite the Quran at set times only
What is lawful and what is forbidden are most plainly revealed there
Clearly marking the road towards god


Quran itu ambil akan dalil
Pada mizan Allah supaya thaqil
Jika kau ambil syariat akan wakil
Pada kedua alam engkaulah jamil

Take the Quran for your guide
So that you may turn God's balance in your favour
With the Law for your advocate
You will fare well in both world


Kerjakan salat lagi dan saim
Inilah ma'na bernama qa'im
Pada segala malam kurangkan naim
Napikan alam kerjakan da'im

Perform the ritual prayer and practice fasting
The explanation of qaim is this
Reduce your sleep every night
Be constantly occupied with renouncing the world


Ukhrujkan dirimu daripada sayyi'at
Jangan taqsir mengerjakan hasanat
Tuntut oleh mu hakikat salat
Supaya wasil adamu dengan Dhat

Get rid of your sins
Do not be lacking in carrying out of good works
Strive after the essence of ritual prayer
So that your being may attain with the Divine Essence


Salat itu terlalu kamal
Di dalamnya liqa' lagi dan wisal
Apabila lenyaplah daripada waham dan khayal
Engkaulah sultan yang tiada bermithal

The ritual prayer is sublime
Encompassing both meeting and union
If you get rid of delusions and fancies
You will be a ruler without compare


Malak al-mawt terlalu garang
Tiada berwaqtu iya akan datang
suluh Muhammad yogya kau pasang
Supaya mudah pulang ke sarang

The angel of death acts most indiscriminately
His coming is unpredictable
Light the torch of Muhammad
So that you may readily return to the nest


Hikmat dan khayal jangan kau cari
Supaya jangan menjadi 'asi
Kerjanya itu sifat nafsani
Tiada dapat sampai kepada rabbani

Do not go in for worldly wisdom and fancies
Lest you lapse into sin
Being given to these is characteristic of self-assertion
And bars the road to knowledge from the Lord


Hikmat dan khayal tinggalkan bapai
Supaya engkau jangan terlalai
ma'rifat dan haqiqat yogya kau pakai
Itulah amal yang tiada berbagai

Leave alone worldly wisdom and fancies
Lest you become negligent
Rather turn to gnosis and Reality
For this ia a work of incomparable value


Hamzah nin asalnya Fansuri
mendapat Wujud di tanah Shahrnawi
Beroleh khilafat ilmu yang 'ali
Daripada 'Abd al-Qadir Jilani

Hamzah, hailing from Fansur
Found the Being in the territory of Shahr-inau
His license to transmit the august science
Trace back to 'Abd al-Qadir the sayyid from Jilan

Tuesday, September 23, 2008

Selamat Menyambut Aidil Fitri, Mohon Kemaafan Dengan Suci Hati, Angkara Anggota dan Rasa Hati, Semoga Bersama Kita Diberkati

Selamat menyambut Aidil Fitri
Hari kemenangan muslim semua
Tangan disusun sepuluh jari
Tanda kemaafan kita bersama

Selamat meraikan Aidil Fitri
Hari besar muslim semua
Salah silap mohon dimaafi
Angkara hati juga anggota

Sempena Kedatangan Aidil Fitri
Mari kita satukan minda
Bersama kita membersihkan hati
Supaya rohani sentiasa mulia

Selamat bergembira di Aidil Fitri
Zakat fitrah jangan dilupa
Supaya harta lebih diberkati
Baru bahagia ikatan keluarga

Selamat bercuti menyambut Aidil Fitri
Kerja ditangan jangan dilupa
Esok nanti selepas cuti
Kerja menunggu bertimpa-timpa

Balik kampung menyambut Aidil Fitri
Ingin bertemu ayahanda dan bonda
Pandu kereta berhati-hati
Supaya selamat ahli keluarga


"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN"



Daripada Ahmad Rais Johari dan Keluarga
Pembantu Teknik
Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB)
Unit Rangkaian, UiTM Malaysia.
Merangkap Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident UiTM Malaysia.

Monday, September 22, 2008

Saat-Saat Rasullullah Menghembuskan Nafasnya Yang Terakhir..

Pada pagi yang hening itu, walaupun langit telah mulai menguning kecerah-cerahan akibat pancaran mentari pagi yang bakal menjengukkan wajahnya, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap seakan memahami sesuatu yang besar akan berlaku. Rasulullah dengan suara terbatas menyampaikan khutbahnya "Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap para sahabatnya satu persatu.


Abu Bakar menatap mata itu dengan matanya yang bersinar-sinar, Umar menahan naik turun nafas dan sedihnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya penuh khusyuk dalam-dalamnya. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat dikala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda keberangkatannya ke alam selepas kehidupan semakin nyata dan menyerlah.


Semasa Ali dan Fadhal dengan pantas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu dan menghentikan perjalanan masa. Matahari naik kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam sambil berkata "Bolehkah saya masuk ke dalam?" tanyanya. Fatimah membuka pintu dan berkata kepada orang itu "Maafkanlah, ayahku sedang demam,". Fatimah tidak mengizinkannya masuk, dan terus membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah orang itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya, aku tidak pernah melihatnya sebelum ini," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang yang penuh kasih sayang dan menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Sesungguhnya, ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


Malaikat maut pun datang menghampiri Rasulullah, tapi Rasulullah bertanya kepada malaikat maut kenapa Jibril tidak ikut bersamanya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Wahai Jibril, jelaskan kepada ku apakah hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah kepada Jibril. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," balas Jibril. Tapi jawaban itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan kuwatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," sambung Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengeluh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat yang menyampaikan wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengeluh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. Ya Allah, "dahsyat bahana maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku jangan pada umatku. ".


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya menghampiri mulut Rasullulah "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", maksudnya, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kepucatan "Ummatii, ummatii, ummatiii?"..."Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.


Disaat-saat terakhir itu, Rasululuah masih mengenangkan umatnya. Baginda masih memikirkan tentang umatnya. Baginda begitu mengasihi dan menyintai umatnya. Persoalannya, mampukah kita umat islam mengasihi dan mencintai Rasulululah sebagaimana baginda mengasihi dan mencintai kita umatnya.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Sahabat Lama Masa Belajar Di UiTM Dulu

Semalam (21/9/2008) Asmidar dan keluarga, Azmi dan keluarga berbuka puasa dirumah saya diKolej Delima Tiga, setelah hampir 15 tahun meninggalkan UiTM kami bertemu semula, terkenangkan masa-masa lalu yang telah kami lalui sebagai mahasiswa UiTM, pada masa saya menjadi YDP JPP sesi 91/92.

Asmidar dan Azmi atau lebih dikenali dengan nickname Girrr adalah diantara orang kuat saya semasa kempen pilihanraya JPP, merekalah yang bertungkus lumus menampal poster saya sehingga lewat pagi hingga dikejar oleh Pak Guard. Asmidar telah mempunyai 4 orang anak manakala Girr mempunyai 3 orang anak tapi saya masih lagi seorang anak. Belum ada rezeki untuk menambah anak lagi.