Tuesday, September 23, 2008

Selamat Menyambut Aidil Fitri, Mohon Kemaafan Dengan Suci Hati, Angkara Anggota dan Rasa Hati, Semoga Bersama Kita Diberkati

Selamat menyambut Aidil Fitri
Hari kemenangan muslim semua
Tangan disusun sepuluh jari
Tanda kemaafan kita bersama

Selamat meraikan Aidil Fitri
Hari besar muslim semua
Salah silap mohon dimaafi
Angkara hati juga anggota

Sempena Kedatangan Aidil Fitri
Mari kita satukan minda
Bersama kita membersihkan hati
Supaya rohani sentiasa mulia

Selamat bergembira di Aidil Fitri
Zakat fitrah jangan dilupa
Supaya harta lebih diberkati
Baru bahagia ikatan keluarga

Selamat bercuti menyambut Aidil Fitri
Kerja ditangan jangan dilupa
Esok nanti selepas cuti
Kerja menunggu bertimpa-timpa

Balik kampung menyambut Aidil Fitri
Ingin bertemu ayahanda dan bonda
Pandu kereta berhati-hati
Supaya selamat ahli keluarga


"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN"



Daripada Ahmad Rais Johari dan Keluarga
Pembantu Teknik
Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB)
Unit Rangkaian, UiTM Malaysia.
Merangkap Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident UiTM Malaysia.

4 comments:

hisyamchemat said...

Selamat Raya AidilFitri. Maaf Zahir & Batin

Ahmad Rais Johari said...

Sesama la kita, 0-0.

Anonymous said...

aku bukanye nak cakap pasai raya tapi nak habaq skit pasai internet ni. awat la i.e kat tempat aku slow nak mampos. cuba la hang pi check apa yg berlaku. dah 2 weeks dah aku rasa,nak surf pun dah maleh. hang buat la sesuatu. aku bgtau kat mamat yg jaga lab tapi dia pun xtau.
aku habaq ni kat sek 6.

Ahmad Rais Johari said...

Salah platform ni..tapi tak apa la...saya akan minta network administrator untuk ambil tindakan sewajarnya..