Tuesday, March 17, 2020

SEJARAH PEMBENTUKAN PARTI KOMUNIS

BILA menyebut komunis atau Parti Komunis sebahagian besar daripada kita mempunyai anggapan bahawa komunis itu ialah gerombolan pengganas yang memikul senjata dan bergerak di hutan, menyerang, membunuh dan memusnahkan harta rakyat yang tidak berdosa.

Gerombolan komunis di hutan belantara itu adalah alat komunis. Mereka adalah lasykar komunis, lasykar daripada satu organisasi parti politik yang bersifat internasional yang mempunyai cita-cita tertentu untuk menukar wajah dunia atau menukar sistem pemerintahan dunia kepada apa yang dinamakan komunis sejagat, satu corak pemerintahan di mana kebebasan bersuara, beragama dan kebebasan individu tidak wujud.

Sekarang ini, komunis menjadi musuh dunia, musuh dari negara-negara yang mengamalkan dasar demokrasi berparlimen, musuh dari negara-negara yang mengamalkan kebebasan memilih kerajaan menerusi pilihan raya terbuka atas dasar satu undi, satu suara, ertinya rakyat bebas memilih parti yang mereka suka untuk mentadbir negara bagi satu tempoh 5 tahun

Dalam negara komunis, sistem kebebasan memilih itu tidak ada. Yang ada ialah cara pemerintahan diktator, di mana rakyat dipaksa menerima apa yang diatur oleh kerajaan, dengan nyawa di hujung muncung senjata, manusia hanyalah menjadi patung atau robot sahaja.

Matlamat akhir komunis internasional ialah menuju kepada tahap penaklukan komunis di seluruh dunia, iaitu mereka bercita-cita menjadikan seluruh negara di dunia berada di bawah panji-panji komunisme.

Perjuangan komunis internasional bermula selepas Parti Komunis berjaya merampas kuasa di Rusia dengan menggulingkan pemerintahan Kaiser Rusia dalam satu pemberontakan bersenjata pada bulan Oktober, 1917. Sejak dari tarikh tersebut Rusia menjadi pangkalan untuk melanjutkan cita-cita komunis bagi menakluki dunia.

Stalin dalam sebuah buku (edisi tahun 1954) yang berjudul Problems of Leninism antara lain menjelaskan bahawa matlamat komunis selepas revolusi bulan Oktober ialah untuk mengukuhkan kuasa pemerintahan diktator prolitariat (pemerintahan kuku besi kaum pekerja) dalam sebuah negara (Rusia) untuk dijadikan sebagai pangkalan untuk menewaskan kaum imperialisme di seluruh negara di dunia.

Dari situlah mereka bercadang mengembangkan revolusi ke seluruh negara di dunia. Dari detik
itulah bermulanya zaman revolusi komunis di dunia. Pada umumnya strategi yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Soviet dalam perjuangan mereka menentang negara-negara bukan komunis di dunia adalah berpandukan kepada sebuah buku yang ditulis oleh Lenin dalam tahun 1916 berjudul Imperialism The Highest Stage of Capitalism.

Dalam buku tersebut Lenin cuba membuktikan bahawa ekonomi kuasa-kuasa barat sebenarnya bergantung kepada negara-negara Asia yang kaya dengan sumber-sumber alam (barang-barang mentah), sumber tenaga manusia dan pasaran yang luas di negara-negara kurang maju, tanpa negara-negara ini kuasa-kuasa barat akan runtuh.

Atas fakta itulah, maka negara-negara Asia dan negara paling lama dan rakyat kemudiannya bebas pula memilih parti lain jika mereka mendapati parti yang mereka pilih itu gagal menegakkan kemakmuran, keadilan dan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

Oleh kerana kedudukan Malaya (Malaysia) sebagai sebuah negara yang strategik di Asia Tenggara maka Malaysia dianggap sebagai sebuah negara penting oleh Soviet untuk menyebarkan pengaruh komunis. Sebagai sebuah negara yang menjadi idaman Moscow, Koumintang dengan tidak melengahkan masa telah bekerja keras mengirimkan ejen-ejennya ke sini. Sebaik saja persetujuan kerjasama tercapai di antara Soviet dengan Kuomintang dalam tahun 1923, penghasut-penghasut politik komunis telah diseludupkan berselindung di sebalik nama Kuomintang.

Pada ketika itu Kuomintang wujud sebagai parti politik yang halal di Persekutuan Tanah Melayu hingga bulan Julai, 1923. Rombongan pertama ejen-ejen komunis yang menyamar sebagai orang-orang Kuomintang itu dikirim secara langsung dari negeri China. Mereka bergerak menyebarkan ajaran-ajaran komunis di sekolah-sekolah malam Cina Hailam, kumpulan-kumpulan kecil kesatuan sekerja dan dalam kelab-kelab kerjatangan Cina. Dalam bulan Mei 1926, mereka telah berjaya menubuhkan organisasi komunis yang pertama yang diberi nama Nanyang.

General Labour Union atau Kesatuan Buruh Umum Nanyang. Pertubuhan itu dengan sendiri mencerminkan kejayaan yang telah mereka capai dalam meresapkan fahaman komunis di
kalangan setengah-setengah kaum pekerja Cina. Organisasi seumpama itu juga telah ditubuhkan di Singapura di bawah kuasa Parti Komunis China.

Bila kerjasama Soviet Kuomintang dibubarkan dalam tahun 1927, maka ia dengan sendiri tidak memungkinkan lagi ejen-ejen Komintern bergerak dengan menggunakan topeng Kuomintang Malaya, pihak Biro Timur Jauh komunis terpaksalah mengatur langkah yang lain. Untuk tujuan ini satu perwakilan lima orang Parti Komunis China telah dihantar ke Malaya pada penghujung tahun 1927. Perwakilan ini telah membentuk satu organisasi baru yang dikenal sebagai Nanyang Communist Party yang dikuasai oleh Parti Komunis China, manakala Kesatuan Buruh Umum Nanyang terus digerakkan, negara kurang maju menjadi tumpuan Soviet dan pemimpin-pemimpin Soviet sentiasa berikhtiar untuk melepaskan negara-negara Asia daripada ikatan dengan negara-negara barat dan meletakkan negara-negara itu di bawah penaklukan Soviet. Memang itulah satu-satunya jalan bagi Soviet untuk melemahkan kuasa-kuasa barat sebagai kuasa yang sebenarnya menghalang cita-cita penaklukan komunis di dunia.

Dalam perjuangannya menakluki dunia, pemimpin-pemimpin Soviet menggunakan berbagai-bagai taktik untuk disesuaikan dengan keadaan, ada masanya pemimpin-pemimpin Soviet menggalakkan kegiatan-kegiatan bersenjata, pada masa yang lain menggunakan muslihat politik dan pada satu ketika yang lain pula pemimpin-pemimpin Soviet berpura-pura menunjukkan dasar kompromi dan tolak-ansur. Dalam hubungkait mengenai perkara ini, Stalin pernah berkata: "Pada peringkat melanjutkan revolusi, taktik perjuangan berubah sebanyak mungkin bergantung kepada arus yang bergolak, sama ada naik atau menurun tetapi bagaimanapun strategi perjuangan tetap kekal."

Dalam hubungan ini juga, negara-negara Asia Tenggara adalah negara yang paling penting dalam rancangan pengembangan kuasa atau pengaruh Soviet. Negara-negara Asia disifatkan oleh Soviet sebagai negara-negara anak jajahan atau negara separuh jajahan, malah negara yang bukan tanah jajahan juga dianggap oleh Soviet tidak bebas kerana menurut anggapan mereka (pemimpin-pemimpin Soviet) politik dan ekonomi negara-negara tersebut dikuasai oleh barat, hanya negara-negara di bawah pimpinan komunis yang menumpahkan taat setia kepada Moscow sajalah dianggap sebagai bebas dan merdeka.

Dalam rancangan untuk mengembangkan penguasaan pengaruh Soviet, sebuah organisasi yang dipanggil Komunis Internasional (Komintern) telah ditubuhkan di Moscow dalam tahun 1919. Pertubuhan ini bertanggungjawab menyelaraskan semua dasar dan kegiatan komunis di seluruh dunia terutama di kalangan negara-negara Asia Tenggara, menentang Jepun yang popular ini memberikan kesempatan yang sebaiknya kepada Parti Komunis Malaya untuk memulihkan pengaruhnya di kalangan kaum buruh, khususnya kaum Cina.

Dalam bulan Mac 1948, satu perjumpaan jawatankuasa pusat Parti Komunis Malaya telah diadakan. Dalam sidang tersebut Moscow mengeluarkan arahan supaya satu pemberontakan bersenjata dilancarkan. Keganasan pun bermula. Keganasan itu dimulakan dengan beberapa pemogokan buruh di Singapura pada bulan April dan Mei kemudian merebak ke Persekutuan Tanah Melayu.

Mogok-mogok itu disertai dengan perbuatan-perbuatan jenayah seperti membakar kilang getah dan membunuh kontraktor-kontraktor, pengurus-pengurus serta mereka yang dicap oleh komunis sebagai kambing hitam.

Dalam masa setengah bulan pertama bulan Jun tahun 1948, sembilan belas kes bunuh dan cuba membunuh telah berlaku dan tiga belas kes membakar, manakala pada setengah bulan yang kedua bulan Jun, 26 kejadian bunuh, 22 cuba bunuh, 2 kes bakar telah berlaku ke atas balai-balai polis yang terpencil, kesemua kejadian itu dilakukan oleh "Pasukan Bergerak", satu unit yang dibentuk secara rahsia dari pasukan Bintang Tiga atau MPAJA.

Akhirnya pada tengah malam 20 Jun, 1948, kuatkuasa undang-undang darurat telah diisytiharkan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu tetapi sayangnya pada ketika itu juga semua pemimpin penting komunis telah lari ke hutan.

Manakala pemimpin-pemimpin parti komunis di Singapura juga sempat menghilangkan diri setelah keadaan darurat dikuatkuasakan di Singapura pasa 24 Jun, 1948. Pada 23 Julai, 1948, kerajaan Singapura dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu serentak mengharamkan Parti Komunis Malaya dan badan-badan yang bergabung dengannya, sebagai "Organisasi Rakyat" untuk melaksanakan arahan dari badan yang baru dibentuk itu atau Parti Komunis Nanyang.

Badan Parti Komunis yang baru itu mempunyai bidang tanggungjawab yang luas. la bukan saja bertanggungjawab dengan kerja-kerja komunis di Malaya tetapi juga merangkumi kerja-kerja komunis Thailand, Indo China dan Hindia Timur, dan kepulauan Indonesia.

Dalam tahun 1929, Komintern telah mengambil keputusan menyusun semula Parti Komunis Nanyang dan mengarahkan satu perhimpunan perwakilan diadakan di Singapura pada awal
tahun 1930. Sidang tersebut yang dikenal sebagai sidang perwakilan ketiga mengambil keputusan membubarkan Parti Komunis Nanyang dan Kesatuan Buruh Umum Nanyang untuk memberi jalan kepada penubuhan Parti Komunis Malaya dan Kesatuan Buruh Umum Malaya.

Pertubuhan ini berkembang terutama sekali bila pecah perang China — Jepun dalam bulan Julai tahun 1937, semangat, Pada umumnya, di dunia hari ini terdapat dua blok komunis yang besar iaitu Soviet Union dan Republik Rakyat China. Sungguhpun dua kuasa besar ini pada dasarnya menganut ideologi yang sama tetapi mereka sering tidak sekata atau sependapat dalam beberapa perkara terutama dari segi strategi dan taktik perjuangan.

Sejak beberapa abad yang lalu, dua kuasa besar ini saling rebut-merebut pengaruh untuk menyebar ideologinya. Dalam perjuangannya itu mereka saling menggunakan taktik untuk menanamkan jarumnya bagi meresapi pengaruh mereka di negara-negara kecil untuk masuk ke perangkap mereka. Komunisme menurut V. Thompson bererti: "suatu fahaman yang menentang elit atau establishment (golongan pemerintah) yang tradisional, feudalis dan imperialis dengan cara kekerasan (militant) untuk menggulingkan mereka dan menggantikannya dengan sebuah pemerintahan yang menganut ideologi sosialis."

Semenanjung Tanah Melayu adalah salah sebuah negara di Asia Tenggara yang menjadi idaman blok komunis itu. Selepas Jepun menyerah kalah, mereka mempergiatkan usaha mereka untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya menguasai Tanah Melayu. Cita-cita dan impian mereka musnah. Pergerakan mereka dari hutan-hutan dapat ditumpaskan oleh pihak tentera yang sentiasa berwaspada dan melancarkan operasi demi operasi.

Secara rasminya zaman darurat di Tanah Melayu bermula pada 16 Jun, 1948 dan berakhir pada 31 Julai, 1960. Di bawah undang-undang ini, kerajaan berusaha untuk melumpuhkan kegiatan komunis di hutan-hutan dengan menyekat saluran makanan, bantuan dan sebagainya. Operasi-operasi sering dijalankan untuk menggempur mereka. Dalam masa darurat, pertempuran-pertempuran sering berlaku di hutan-hutan. Ramai terkorban sama ada di pihak musuh mahupun di pihak pasukan keselamatan. Hutan belantara Tanah Melayu adalah di antara hutan-hutan yang tebal di dunia ini.

Tuesday, March 3, 2020

PESANAN KEPADA KERAJAAN PN: WALAUPUN KEKAL SEHARI, BUAT YANG BETUL Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

Kedudukan Kerajaan PN sangat rapuh. Jika undi tidak percaya dilakukan terhadap TS Muhyiddin apabila Parlimen bersidang, kita tidak tahu beliau boleh mendapat sokongan majoriti atau tidak.

Isu yang paling utama ialah adanya UMNO dalam kerajaan itu. PH tahu tanpa UMNO, kerajaan itu akan tumbang. Modal besar PH terhadap UMNO ialah UMNO parti corrupt. Penyertaannya dalam Kerajaan PN menjadikan kerajaan itu sebuah kerajaan corrupt.

Perhatian khusus akan diberi kepa DS Zahid, sama ada beliau akan diberi jawatan dalam cabinet. Jika beliau diberi jawatan Menteri, apatah lagi Timbalan Perdana Menteri, terus terang saya katakan, TS Muyiddin akan kalah undi tidak percaya dan Kerajaan PN akan tumbang.

Bukan itu sahaja, orang ramai yang menyokong Kerajaan PN, termasuk saya, akan menarik balik sokongan mereka, dan berkecuali. Mereka akan mengambil sikap “Mampus pi lah” kerana mereka telah terlalu bosan dengan ahli politik yang hanya menjaga perut masing-masing.

Maka, sebelum dilakukan undi tidak percaya, pemimpin parti-parti komponen PN perlulah bermesyuarat, mengambil pendirian, mengeluarkan kenyataan dan melakukan apa yang sempat dilakukan, bahawa:

1. PN tidak akan mengulangi kesilapan UMNO dan PH.
2. PN tidak akan berkompromi dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
3. PN tidak akan melantik ahli Parlimen yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah untuk memegang sebarang jawatan dalan Kabinet PN.
4. Kerajaan PN akan melantik seorang pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berpengalaman dalam pendakwaan dan undang-undang, berdedikasi dan berintegriti untuk menjadi Peguam Negara/Pendakwa Raya.
5. Kerajaan PN akan melantik seorang pegawai kanan SPRM yang berpengalaman, berdedikasi dan berintegriti untuk menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.
6. Kerajaan PN tidak akan campur tangan atau cuba mempengaruhi Peguam Negara/Pendakwa Raya dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.
7. Kerajaan PN juga sekali-kali tidak akan mempengaruhi atau menekan Pendakwa Raya supaya menghentikan pendakwaan atau menarik balik pertuduhan terhadap ahli kabinet PN, ahli Parlimen PN atau penyokongnya.
8. Kerajaan PN juga sekali-kali tidak akan campur tangan atau cuba mempengaruhi mahkamah dalam menjalankan tugas kehakimannya.
9. Kerajaan PN tidak akan meminta pengampunan ke atas sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah terhadap ahli kabinet PN, ahli Parlimen PN atau penyokongnya. Tetapi hak mereka berbuat demikian tidak dihalang.
10. Kerajaan PN akan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk memperbaiki ekonomi negara, taraf kehidupan rakyat dan pentadbiran negara.

TS Muhyiddin dan pemimpin parti-parti komponen hendaklah bertegas dalam hal ini. Lebih baik tumbang semasa melakukan sesuatu yang betul, bukan kerana melakukan sesuatu yang salah.

Jika UMNO berkeras menghendaki DS Zahid menjadi Menteri atau TPM dan mengugut keluar PN, biarkan UMNO keluar, biarkan PN tumbang. UMNO akan dikutuk oleh orang Melayu dan mati tak berkubur. Percayalah.

Dalam ucapan pelantikan saya sebagai Ketua Hakim Negara pada 11-12-2007, antara lain, saya berkata:

“Saya sedar bahawa, jika Allah s.a.w. melanjutkan usia saya sekalipun, tempoh untuk saya memegang jawatan Ketua Hakim Negara ini adalah amat singkat. Tetapi, jika, dengan takdir Allah s.w.t. saya memegang jawatan ini hanya sehari sahaja pun, dalam masa satu hari itu, saya berazam untuk melakukan apa yang saya, dengan jujur, fikir adalah betul, sehabis baik yang saya boleh lakukan. Sama ada sehabis baik saya itu cukup baik atau tidak terserahlah kepada orang ramai untuk menghakiminya.”

Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil daripadanya.
02-03- 2020

tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my

Friday, February 28, 2020

Dato' Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor

ADUN BENUT ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR YANG BAHARU

Dato' Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (28 Februari).

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia Calonkan YB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj Mohad Yassin


Kenyataan Media Istana Negara


Wednesday, February 26, 2020

PERUTUSAN KHAS YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU)




1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuan-tuan dan puan-puan.

2. Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.

3. Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.

4. Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

5. Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.

6. Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.

7. Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

10. Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

11. Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.

12. Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.

13. Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah.

14. Yang diPertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara. Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

15. Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

16. Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

17. Jika diizin inilah yang akan saya cuba.

18. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.

Sekian, terima kasih.

Monday, February 24, 2020

Kabinet Pakatan Harapan Terbubar

Yang di-Pertuan Agong berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri hari ini - KSN

Tun Dr Mahathir Mohamad Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 24 Feb -- Pengumuman mengejut Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah melakar sejarah sebagai peletakan jawatan perdana menteri buat kali kedua di negara ini, malah tindakan itu datangnya daripada individu yang sama.

Sama seperti ketika beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri keempat Malaysia pada 2003, pengumuman hari ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan memeranjatkan semua pihak.

Wednesday, December 4, 2019

Lima Universiti Awam tubuh Unit Perkhidmatan OKU

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Sebanyak lima Universiti Awam (UA) telah menubuhkan Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Dasar Inklusif OKU yang dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM) pada awal September lepas.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sudah menubuhkan unit itu dan akan disusuli oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain dalam masa terdekat.

“Antara saranan dilakukan semua UA itu telah meletakkan unit berkenaan secara langsung di bawah naib canselor universiti masing-masing untuk mereka memantau pelaksanaannya pada fasa awal ini.

“Kita akan pastikan kita meletakkan foundation serta dasar yang kuat dan kukuh untuk membentuk masa depan lebih baik kepada OKU di IPT,” katanya dalam soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan S. Kesavan (PH-Sungai Siput) yang ingin tahu inisiaitif KPM terhadap OKU bagi memudahkan mereka memasuki universiti serta menjaga kebajikan golongan itu.

Maszlee sebelum ini dilapor berkata, semua 20 UA di seluruh negara wajib melaksanakan Dasar Inklusif OKU dan menubuhkan Unit Perkhidmatan OKU bermula sesi kemasukan pelajar 2019/2020.

Menerusi garis panduan dibangunkan KPM, dasar itu dilaksanakan bertujuan menghapuskan pengasingan pelajar OKU daripada pelajar lain.

Sementara itu, Maszlee berkata, 466 calon OKU ditawarkan tempat pengajian di universiti awam bagi sesi kemasukan akademik 2019/2020 daripada 547 calon yang memohon.

Menjawab soalan asal Kesavan yang ingin tahu peruntukan untuk mengecualikan yuran pendaftaran golongan anak asnaf atau golongan B40 bagi kategori sekolah dan UA, Maszlee berkata peruntukan bantuan persekolahan bagi tahun 2020 meningkat kepada RM3.4 bilion berbanding RM3 bilion tahun ini. 

-- BERNAMA

Wednesday, November 27, 2019

18 TNC UA sokong Dr Maszlee

KUALA LUMPUR: Lapan belas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Awam (UA) menyatakan Dr Maszlee Malik menjalankan tugas sebagai Menteri Pendidikan dengan baik dan penuh bertanggungjawab.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka menyatakan undian yang dibuat sebuah portal berhubung cadangan pengguguran menteri itu perlu dipertikai kerana mempunyai motif serta niat yang jahat untuk menjatuhkan kredibiliti Maszlee.

“Kami semua Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UA sebulat suara mempertikaikan dan menolak keputusan undian yang dilaksanakan portal itu dan percaya undian itu mempunyai motif niat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti Dr Maszlee,” kata kenyataan itu.

Kumpulan Timbalan Naib Canselor UA itu juga turut menyatakan sokongan penuh kami kepada Maszlee sebagai Menteri Pendidikan

“Kami berharap undian dan tulisan yang cuba menjejaskan kredibiliti beliau tidak akan mempengaruhi apa-apa keputusan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) seandainya rombakan kabinet dibuat pada masa akan datang,” katanya.

Timbalan Naib Canselor yang memberi sokongan itu adalah Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh (Universiti Sultan Zainal Abidin), Prof Ir Datuk Dr Othman A Karim (Universiti Kebangsaan Malaysia), Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin (Universiti Malaysia Pahang), Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan (Universiti Malaysia Perlis).

Prof Madya Dr Zulkifli Hasan (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman (Universiti Malaya); Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman (Universiti Putra Malaysia), Prof Madya Dr Afandi Ahmad (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Prof Madya Dr Hendrik Lamsali (Universiti Utara Malaysia), Prof Dr Aldrin Abdullah (Universiti Sains Malaysia), Prof Dr Azizan Abdullah (Universiti Teknologi Mara), Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani (Universiti Sains Islam Malaysia), Leftenan Kolonel Prof Dr Zaliman Sauli (Universiti Malaysia Kelantan).

Prof Madya Dr Raman Noordin (Universiti Malaysia Sabah), Prof Ts Dr Muhd Zuazhan Yahya (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia), Prof Dr Durrishah Idrus (Universiti Teknologi Malaysia), Prof Madya Dr Nurul Fajar (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) dan Prof Dr Md Amin Md Taff (Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Sementara itu, Othman ketika dihubungi berkata, mereka sepakat untuk membuat kenyataan itu kerana merasakan ketidakadilan berlaku terhadap Maszlee.

“Dalam beberapa isu seperti isu kasut sekolah berwarna hitam, beliau ditanya dalam program dan sudah tentu beliau menjawab perkara itu.

“Malah, beliau sebenarnya sudah melakukan banyak perkara untuk mengubah pendidikan di peringkat sekolah serta pengajian tinggi tetapi isu itu tidak diberi perhatian sebaliknya berdepan dengan isu lain,” katanya.

(Sumber - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/632031/18-tnc-ua-sokong-dr-maszlee)

UniSZA persoal keputusan undian populariti menteri, anggap tak tepat


 Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor UniSZA.

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini tampil mempertikaikan keputusan undian secara dalam talian mengenai populariti menteri kabinet oleh sebuah portal berita tempatan.

Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata undian itu tidak tepat kerana ia hanya melibatkan bilangan responden yang kecil iaitu 12,000 orang atau 0.04 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Selain itu, sampel yang digunakan juga tidak jelas daripada segi jantina, ras kaum, lokasi dan pekerjaan yang juga merupakan maklumat penting bagi sampel yang digunakan untuk tinjauan atau kajian pendapat.

“Berita yang ditularkan dalam media sosial mengenai beberapa orang menteri termasuk Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mendapat undi tidak popular masih boleh dipersoal.

“UniSZA sebagai sebuah universiti yang mempunyai bidang sains sosialnya tersendiri mempersoal pungutan suara ini kerana ia tidak menggambarkan keadaan sebenar pencapaian serta prestasi Dr Maszlee,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada 22 November lepas, portal Malaysian Insight telah menjalankan tinjauan pendapat secara dalam talian selama lapan jam bagi mendapatkan reaksi warganet mengenai senarai menteri yang perlu digugurkan daripada kabinet.

Keputusan undian yang tersebar di beberapa laman sosial itu menunjukkan Maszlee tersenarai sebagai menteri paling tidak popular diikuti dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.

Mengulas lanjut Hassan Basri berkata sebagai ahli akademik, beliau berpendapat bahawa Maszlee telah memberikan perkhidmatan cemerlang dengan melakukan pelbagai transformasi dalam sistem pendidikan.

“UniSZA menyaksikan sendiri banyak transformasi pendidikan telah dilaksanakan, begitu juga inovasi dan pengiktirafan kepada warga pendidik.

“Oleh itu UniSZA amat yakin bahawa sembilan teras dalam agenda pendidikan negara yang dibawa oleh Menteri Pendidikan akan dapat dicapai sekiranya beliau terus dikekalkan menerajui kementerian,” katanya.- BERNAMA

Sinar baharu dalam pendidikan negara oleh Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM


Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim


PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini, ada menyatakan hasrat beliau untuk melakukan rombakan Menteri kabinet. Perdebatan beberapa pihak sejak tahun lalu terhadap perubahan beberapa kementerian, kini bukan lagi menjadi telahan. 

Mungkin bagi sesetengah pihak itu perkara biasa. Perubahan dalam kepimpinan merupakan perkara yang sememangnya akan berlaku. Tiada apa yang pelik dan istimewa bagi sesetengah daripada kita, namun, pada pandangan saya perkara utama yang mendorong Perdana Menteri menjalankan perubahan drastik ini adalah untuk memberikan motivasi kepada barisan kepimpinan agar lebih agresif dalam memainkan peranan masing-masing. 

Dalam persoalan ini, banyak teka-teki yang timbul. Banyak pula telahan yang muncul. Tidak kurang juga banyak pihak yang membuat andaian terhadap tumpuan utama rombakan ini. Perubahan dalam kepimpinan itu penting dan ada kebaikannya dalam membina sebuah negara yang mahukan kemakmuran rakyat. 

Namun begitu, saya lebih tertarik untuk membicarakan kementerian yang saya sendiri berada di bawahnya, Kementerian Pendidikan. Kami mempunyai seorang menteri yang boleh dikatakan agak muda, Dr. Maszlee Malik. Sejak dari awal pelantikan beliau sudah mula ada cerita. Mungkin kerana kementerian ini adalah antara kementerian yang terpenting serta memainkan peranan yang besar dalam mencorak masa depan negara. 

Sepanjang hampir dua tahun di bawah teraju beliau, banyak perkara dan peristiwa yang dilalui dan ditempuh. Maklum sahajalah, perjuangan merubah nilai bercampur cerita persepsi politik, tidak mudah untuk ditangani bersama. Ditambah pula apabila menerajui satu kementerian besar yang sebelum ini merupakan dua buah kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi. 

Tidaklah mudah seperti memetik hujung jari kerana bagi saya ianya memerlukan satu semangat dan segala roh perjuangan demi perubahan pendidikan masa depan anak-anak dan itulah yang beliau lakukan. 

Sepanjang setahun, banyak perubahan drastik yang berlaku di bawah kepimpinan beliau sehingga membuka mata semua pendidik, bahawasanya perubahan yang dilakukan dalam pendidikan ini amat penting untuk melahirkan generasi yang berpengetahuan dari pelbagai aspek. 

Di bawah Kementerian Pendidikan kini, terdapat sembilan teras pencapaian disasarkan iaitu yang pertama, manfaat untuk pelajar B40. Kedua, guru sebagai fokus utama. Ketiga, murid sebagai tonggak. Keempat, komitmen tangani isu sekolah daif. Kelima, perhatian penuh kepada OKU. Keenam, kewibawaan Institusi Pendidikan Tinggi. Ketujuh, peningkatan kerjasama dalam Pendidikan Tinggi. Kelapan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional serta yang kesembilan adalah berfokus kepada pemerkasaan bahasa, budaya dan sastera. 

Berpandukan pada teras yang pertama dalam pencapaian Kementerian Pendidikan, banyak perubahan telah dilakukan, antaranya membuka kuota sebanyak 60 peratus kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) mulai tahun 2019, yang menyaksikan seramai 4,888 pelajar telah ditawarkan ke SBP. Daripada jumlah tersebut, 2,630 atau 53.8 peratus menerima tawaran ke sekolah berasrama penuh mulai sesi 2019. 

Seterusnya, berdasarkan teras ini, kementerian juga memberi keutamaan kepada pelajar B40 dengan memastikan sebanyak 60 peratus daripada jumlah enrolmen dikhaskan kepada golongan ini. Di samping itu, dalam teras pencapaian ini juga kementerian telah menetapkan biasiswa dan bantuan kewangan dengan memperuntukkan RM68.1 juta dengan seramai 17,100 pelajar mendapat manfaatnya. 

Guru sebagai fokus utama juga merupakan teras dalam pencapaian Kementerian Pendidikan yang mementingkan kebajikan dan imej seseorang guru tersebut. Bagi aspek bebanan tugas guru, kementerian telah berjaya memansuhkan sebanyak 30 peratus daripada beban kerja guru. Selain itu, kementerian juga berpegang kepada teras murid sebagai tonggak. 

Melalui teras ini kementerian telah memansuhkan peperiksaan tahap 1 yang melibatkan lebih 1 juta murid. Lanjutan daripada pemansuhan tersebut, laporan penilaian pertengahan tahun telah dikeluarkan pada Jun 2019. Kementerian Pendidikan juga melakukan semakan semula Akta Pendidikan 1996 bagi mengadakan peruntukan pendidikan wajib selama 11 tahun.

Teras keempat ialah komitmen untuk menangani isu sekolah daif. Berdasarkan teras tersebut kementerian telah memulakan pembinaan sebanyak 107 sekolah yang dijangka siap pada penghujung tahun 2019. Seterusnya, sebanyak 93 sekolah sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Jumlah paling tinggi dalam menangani isu sekolah daif ini adalah sebanyak 301 sekolah telah siap dibina dan dilengkapi dengan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC). Pembangunan sekolah daif ini ditambah baik dari aspek penggunaan impak, kaedah pelaksanaan dan skop pembinaan.

Hubungan kerjasama dengan kerajaan negeri juga turut dijalankan apabila sebanyak RM1 bilion peruntukan oleh kerajaan negeri Sarawak diberikan kepada kerajaan Persekutuan untuk membaiki sekolah daif.

Perhatian penuh kepada orang kurang upaya (OKU) juga merupakan teras dalam pencapaian Kementerian Pendidikan sekarang. Hal ini kerana, kementerian telah memperkenalkan Dasar Sifar Penolakan. Berdasarkan dasar ini, seramai 10,948 murid telah mendapat manfaat di bawah Murid Berkeperluan Khas (MBK) pada April 2019.

Kementerian Pendidikan juga telah mengambil pendekatan menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif seperti Persatuan Sokongan Ibu Bapa Dileksia Malaysia (PSIDM), Persatuan Down Syndrome Malaysia, Autism Malaysia dan Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan.

Selain itu, kementerian turut membuka ruang kepada MBK untuk menempatkan diri di setiap universiti dalam kuota khas.

Kewibawaan Institusi Pendidikan Tinggi juga menjadi teras dalam Kementerian Pendidikan di bawah teraju Dr. Maszlee. Kewibawaan ini terserlah apabila kementerian telah membuat pindaan AUKU dengan memansuhkannya yang akan digantikan dengan akta baharu sedang dirangka untuk dibentangkan di Parlimen pada tahun 2020.

Semua pelajar Universiti Awam juga diberikan mandat untuk mengendalikan pilihan raya kampus sendiri. Selain itu, suara mahasiswa juga mendapat perhatian apabila wakil pelajar dilantik menganggotai Senat Universiti.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan memperkenalkan peningkatan kerjasama dalam pendidikan tinggi yang melibatkan urusan dengan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Libat urus ini menghasilkan Roadmap untuk Pendidikan Tinggi Swasta supaya usaha sama Universiti Awam dan Swasta dapat dipertingkatkan.

Pendidian Teknikal dan Latihan Vokasional juga tidak terlepas dalam teras pencapaian apabila pada 21 Jun 2018 telah ditubuhkan jawatankuasa pemerkasaan TVET yang bertujuan untuk memperkasakan pendidikan dan hala tuju TVET.

Jawatankuasa ini juga beroperasi sebagai sekretariat merentasi semua Kementerian Penyelia TVET.

Tambahan lagi, pemerkasaan Kolej Vokasional (KV) turut dilakukan dengan membentuk Jawatan Khas Hala Tuju Kolej Vokasional dan pembentukan jawatankuasa tersebut bagi transformasi Pendidikan Vokasional dan mempergiat usaha berterusan dalam membentuk KV dan memenuhi standard MQA dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Akses Politeknik dan Kolej Komuniti juga diperluas melalui Program ACES (Apprenticeship Programme, Profesional Certificate, Entrepreneurship Programme dan Sijil Kolej Komuniti (Program Persediaan).

Begitu juga dengan kerjasama Institut TVET dari segi sumber, peralatan, fasiliti, tenaga pengajar dan kepakaran. Tahfiz TVET juga dilaksanakan melalui program Tahfiz TVET secara bermodul.

Seterusnya, dalam teras perancangan ini juga Kementerian Pendidikan telah memperkukuh jalinan kolaborasi Institusi TVET bersama industri dan agensi yang membawa impak kepada kebolehpasaran graduan.

Pemerkasaan bahasa, budaya dan sastera juga merupakan teras dalam pencapaian Kementerian Pendidikan. Pelbagai program telah dilaksanakan menerusi teras pencapaian ini seperti Program Sasterawan Negara Universiti. Program ini melibatkan hampir semua Universiti Awam yang telah mengadakan perbincangan dengan barisan Sasterawan Negara.

Kempen Dekad Membaca Kebangsaan (2021-2030) juga telah dilaksanakan dan menunjukkan lebih daripada 36,000 kegiatan berkaitan kempen membaca telah dirancang di seluruh negara bagi tahun 2019.

Semakan semula Dasar Bahasa Kebangsaan juga telah dilaksanakan melalui pembentangan draf pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam mesyuarat Lembaga Pengelola DBP Julai 2019.

Perubahan yang berlaku dalam pendidikan sepanjang setahun ini amat mementingkan nilai untuk kesejahteraan generasi akan datang. Sememangnya, perubahan ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

Mungkin menyingkap perubahan yang telah dilakukan oleh Dr. Maszlee jauh daripada kewajaran untuk dipanjangkan dan diuar-uarkan. Namun, jika tidak dikongsikan sudah tentu besar lagi persepsi dan jurang tanggapan masyarakat.

Perubahan dalam pendidikan bukanlah taruhan yang dinilai untuk setahun dua atau untuk dilihat kesannya sekelip mata. Walau apa jua tanggapan, demi membina generasi berintegriti yang mempunyai nilai-nilai murni serta membina kejayaan mengikut acuan kita, Dr. Maszlee telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dan mengekalkan beliau di portfolio pendidikan adalah suatu keperluan yang bukan kepalang.

Semoga segala yang diusahakan oleh barisan kepimpinan di bawah Kementerian Pendidikan akan mencapai matlamat dan manfaatnya ke arah kemajuan pendidikan negara. – MalaysiaGazette

Monday, November 25, 2019

David Swensen - Yale’s Chief Endowment Investment Officer



David Swensen, Yale’s Chief Investment Officer, is responsible for more than $18 billion in Endowment assets and several hundreds of millions of dollars of other investment funds. Under his stewardship during the past 21 years the Yale Endowment generated returns of 16.3 percent per annum, a record unequalled among institutional investors. Mr. Swensen leads a staff of 20, located near the University’s campus in downtown New Haven.

Prior to joining Yale in 1985, Mr. Swensen spent six years on Wall Street – three years at Lehman Brothers and three years at Salomon Brothers – where his work focused on developing new financial technologies. At Salomon Brothers, he structured the first swap, a currency transaction involving IBM and the World Bank. Mr. Swensen authored Pioneering Portfolio Management: An Unconventional Approach to Institutional Investment and Unconventional Success: A Fundamental Approach to Personal Investment, both published by The Free Press, an imprint of Simon & Schuster. In 2004, he won the Inaugural Institutional Investor Award for Excellence in Investment
Management.

 Mr. Swensen is a Trustee of TIAA, a Trustee of the Carnegie Institution of Washington, a Trustee of The Brookings Institution, a Trustee of Wesleyan University, a member of the Hopkins Committee of Trustees and a member of the Investment Board of the University of Cambridge. He has advised the Carnegie Corporation, the New York Stock Exchange, the Howard Hughes Medical Institute, the Courtauld Institute of Art, the Yale New Haven Hospital, the Investment Fund for Foundations, the Edna McConnell Clark Foundation and the States of Connecticut and Massachusetts. At Yale, where he teaches students in Yale College and at the School of Management, he is a Fellow of Berkeley College, an Incorporator of the Elizabethan Club, and a Fellow of the International Center for Finance.

Wednesday, October 30, 2019

QUO VADIS AGENDA BELIA/SISWA oleh Sayed Munawar

QUO VADIS AGENDA BELIA/SISWA
============================

Menyarankan NGO Belia dan organisasi mahasiswa tidak lagi hanya menuntut-nuntut hak. Hak tetap hak.

Cuma di sebalik laungan tentang hak, umat ingin tahu apa citra kalian terhadap masa depan. Apa solusi terhadap cabaran-cabaran semasa?

Greta Thunberg hanya 15 tahun sewaktu mula menyuarakan agendanya, bersendirian. Dalam setahun 'Greta Thurnberg effect' membuana dan diangkat Time dalam senarai 100 individu paling berpengaruh di dunia.

Di dunia.

Bukan di Malaysia. Bukan dalam perkarangan kampus.

Greta bukan hanya berpiket, Greta hatta mempengaruhi ibu bapanya untuk mengubah gaya hidup agar mengurangkan dampak karbon.

Greta. 15 tahun. Bukan sebuah organisasi yang sarat tokoh orator terdidik di menara gading.

Greta mengisi ruang buana dengan naratifnya yang sangat substantif berbekalkan dokongan maya. Greta menjadi penanda aras baru 'Next Generation Leader' oleh Times.

Nyahkan dokongan politik kepartian sempit. NGO belia dan organisasi mahasiswa perlu menawarkan naratif unggul untuk manfaat umat, bukannya retorik suntuk. Dokongan akan datang secara tabi'e.

Umat perlu dipimpin pemikirannya, barulah emosi mereka akan menyusul dengan santun.

Umat menunggu.

Tuesday, October 29, 2019

Dr Mahathir atasi krisis kewangan 1997-1998 oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tun Dr Mahathir Mohamad menghalau wakil IMF keluar daripada pejabat beliau semasa mereka (IMF) bertemu Perdana Menteri untuk menawarkan pinjaman kepada Malaysia.
Munculnya satu detik, yang jarang sekali berlaku dalam hidup, apabila suatu peristiwa menakrifkan semula kehidupan seseorang dan merubah haluan buat selama-lamanya. Bagi saya, pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Buenos Aires, Argentina, pada petang 2 Oktober 1997 merupakan detik itu. Ia membolehkan saya memberi tumpuan selama enam tahun dalam kehidupan saya untuk berkhidmat dengan beliau, dan menemuinya hampir setiap hari.

Sepanjang proses itu, ia membolehkan saya melihat lebih dekat keupayaan yang dimiliki insan hebat ini. Jarang sekali kita melihat gabungan nilai-nilai mulia dalam diri seseorang, dan gabungan unik inilah yang membolehkan Dr Mahathir mengubah Malaysia daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada negara berkembang maju dan bertenaga, dan kini berada pada landasannya untuk menjadi negara maju.

Gabungan kualiti ini jugalah yang membolehkan Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah lagi negara IMF semasa krisis kewangan 1997/98. Ia bermula pada 29 September 1997, apabila saya menerima panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri yang memberitahu Dr Mahathir mahu menemui saya.

Beliau berada di Cuba pada ketika itu, dan secara berseloroh, saya bertanya, adakah saya harus menemuinya di sana! Saya diberitahu, bukan secara berseloroh, bahawa beliau akan tiba di Buenos Aires pada 2 Oktober dan saya harus memastikan diri saya berada di situ sekurang-kurangnya sehari sebelum ketibaan beliau.

Saya segera berlepas ke Argentina, dan tiba pada 1 Oktober 1997. Perdana Menteri tiba pada 5 petang hari berikutnya dan kami segera bertemu di suite beliau. Dr Mahathir memberitahu, beliau telah bertanya ramai orang mengenai punca krisis kewangan tetapi tiada siapa mampu memberi penjelasan memuaskan.

Beliau bertanya sama ada saya boleh menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Saya bertanya berapa banyak masa beliau ada. Dua jam, katanya. Saya pun menjelaskan bagaimana pasaran pertukaran asing berlaku, tentang kedudukan jangka pendek dan panjang, mengenai perlindungan nilai, bagaimana matawang dipinjam dan dijual, perbezaan "tawaran" dan "penawaran" serta bagaimana dana boleh dipindahkan di antara negara hanya dengan satu klik.

Saya juga menjelaskan bagaimana pasaran ekuiti berlaku dan hubungan antara pasaran tukaran mata wang asing dan pasaran ekuiti. Dr Mahathir langsung tidak bercakap, kecuali bertanya satu atau dua soalan, dan mendengar penuh mendalam.

Selepas dua jam, beliau terpaksa menamatkan pertemuan itu untuk bersedia ke majlis makan malam rasmi. Beliau bertanya rancangan saya untuk malam itu dan saya memberitahu bahawa saya turut dijemput ke majlis yang sama. Dr Mahathir berkata: "Pulang ke bilik anda dan tulis semua yang anda beritahu sejak dua jam lepas, dan jumpa saya 7 pagi esok." Saya kembali ke bilik saya, tidak ke majlis makan malam dan menulis kesemuanya, yang selesai kira-kira 6 pagi.

Saya menyerahkan laporan itu padanya sejam kemudian. Beliau menyuruh saya berehat dan menemuinya semula pada 2 petang. Apabila saya kembali menemuinya, beliau memberitahu beliau telah membaca laporan itu dan faham apa yang berlaku dalam pasaran kewangan. Kami mula membincangkan pelbagai kaedah untuk mengatasi krisis itu, dan perbincangan kami diteruskan selepas pulang ke Malaysia.

Saya menemui beliau hampir setiap hari, kadang kala di kediaman beliau, dan pada masa lain di pejabat beliau. Kami mencuba beberapa mekanisme untuk mengatasi krisis itu, ada antaranya
yang berfungsi pada mulanya, tetapi dana lindung nilai begitu kukuh hingga sukar untuk meneruskan penggunaan mekanisme itu dengan jayanya.

Pada awal 1998, Dr Mahathir meminta saya menerokai idea untuk mengenakan rejim kawalan pertukaran bagi mengatasi krisis itu. Saya masih ingat bagaimana saya menyediakan banyak nota mengenai perkara itu. Dr Mahathir meneliti nota-nota itu, dan sentiasa meminta maklumat demi maklumat. Kami telah melalui banyak pusingan perbincangan, sehingga beliau akhirnya yakin dengan kedua-dua konsep dan mekanisme yang dicadangkan. Selebihnya, saya rasa sudah menjadi sejarah.

Dr Mahathir juga meminta saya menyediakan satu kertas kerja mengenai bagaimana menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura. Beliau berpendapat, satu sebab penting mengakibatkan pasaran saham jatuh ialah jualan singkat saham Malaysia di CLOB.

Saya menyediakan laporan dan Dr Mahathir memahami, buat pertama kalinya, bagaimana CLOB beroperasi. Laporan itu, yang turut dilaksanakan pada 1 September 1998, telah menamatkan perdagangan saham Malaysia di CLOB.

Saya perlu menyatakan bahawa langkah-langkah kawalan pertukaran telah direka sedemikian rupa untuk meminimumkan aspek-aspek kawalan dan memaksimumkan hasil. Dr Mahathir telah meneliti banyak kali mekanisme yang dicadangkan itu untuk memastikan hanya ada sedikit elemen kawalan tetapi mencukupi untuk memastikan hasil yang positif. Tidak ada elemen birokrasi dalam langkah-langkah itu, seperti mewajibkan pengimport untuk mendapatkan kebenaran Bank Negara bagi mengimport. Ringgit juga ditambat pada tahap di mana ia tidak terlebih nilai.

Di hampir setiap negara lain yang mengenakan langkah-langkah kawalan pertukaran dan penambatan matawang, secara definisinya, banyak kawalan birokrasi dan matawang juga ditambat pada kadar terlebih nilai. Sistem kawalan pertukaran (termasuk kadar pertukaran tetap), yang dilaksanakan pada 1 September 1998, sering dianggap sebagai penyelamat negara.

Langkah itu sememangnya diperlukan tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi krisis itu. Malaysia diselamatkan, bukan dengan kawalan pertukaran itu sendiri, tetapi oleh Dr Mahathir. Biar saya jelaskan. Jika mana-mana negara membangun lain, yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang kita perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal.

Langkah-langkah itu berjaya di Malaysia adalah kerana keupayaan dan watak Dr Mahathir. Ekonomi dan sistem kewangan, di bawah kepimpinannya berada dalam keadaan sihat - cukup sihat untuk membolehkan langkah-langkah kawalan pertukaran dilaksanakan tanpa kesan negatif. Selain itu, gaya pengurusan kendiri Perdana Menteri membolehkan keputusan cepat dan tepat pada masanya dibuat, yang penting di bawah rejim kawalan pertukaran baru.

Beliau memastikan ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh. Ringgit kukuh dan stabil. Di belakang kestabilan matawang (pada RM2.50 berbanding dolar Amerika Syarikat), Malaysia berada pada kedudukan amat baik. Pada akhir 1996, keluaran dalam negara kasar berkembang hampir 8.5 peratus dan pertumbuhan itu dijangka berterusan untuk tahun-tahun mendatang.

Kerajaan telah menikmati lebihan fiskal. Hutang luar negara adalah rendah, pada 40 peratus daripada keluaran negara kasar. Akaun matawang dari imbangan pembayaran telah mengecil daripada defisit 10 peratus kepada lima peratus daripada KNK, dan dijangka terus bertambah baik.

Inflasi berada pada tahap paling rendah iaitu 2.1 peratus. Kita mempunyai pertumbuhan kukuh lebih lapan peratus bagi sebahagian besar tempoh itu. Dan kekuatan asas ini merupakan faktor penting yang membolehkan langkah kawalan pertukaran berjaya.

Meneliti Selama lebih setahun lepas langkah 1 September 1998 itu, Perdana Menteri bertemu kumpulan kecil kami enam hari seminggu - sekurang-kurangnya dua jam sehari - bagi meneliti pelbagai data ekonomi termasuk mengenai pertumbuhan pinjaman, eksport, import dan hartanah tidak terjual. Ini membolehkan beliau mengambil tindakan cepat, pada bila-bila masa perlu.

Saya masih ingat satu pagi, semasa kami sedang meneliti angka-angka hartanah, beliau memandang saya dan mengarahkan saya menganjurkan pameran untuk menghabiskan hartanah yang tidak terjual. Saya lakukannya, dan hartanah bernilai lebih RM3 bilion telah dijual. Malah selepas berakhirnya krisis itu, Dr Mahathir terus menemui kumpulan kami, walaupun tidak sekerap sebelumnya. Dan Dr Mahathir terus meneliti semua data ekonomi dengan pensel tajam.

Tempoh 1997/98 adalah, mengikut parafrasa Charles Dickens, masa terburuk, tetapi ia juga masa terbaik. Keadaan paling buruk telah menyerlahkan yang terbaik dalam diri Dr Mahathir. Ada perumpamaan mengatakan pemimpin yang baik adalah seperti teh yang baik - anda hanya mengetahui kualiti sebenarnya apabila beliau berada dalam keadaan panas!

Sepanjang tempoh krisis, Perdana Menteri memberi tumpuan pada usaha mengatasinya. Siang malam, tiada perkara lain difikirkannya. Beliau membaca segala yang boleh mengenai kewangan; beliau terus meminta saya menyediakan nota-nota pelbagai isu teknikal. Kadang kala, walaupun selesema, beliau tetap bekerja. Beliau sedar beliau perlu memahami isu-isu berkenaan sebelum boleh berusaha mencari penyelesaian.

Kepintaran semula jadi dan keupayaan beliau memberi tumpuan pada isu-isu teras sentiasa terserlah sepanjang krisis itu. Beliau tidak menunjukkan tanda takut walaupun dalam masa terburuk; satu-satunya kebimbangan beliau ialah keadaan ekonomi yang cepat merosot. Pada setiap masa, beliau yakin akan berjaya akhirnya.

Saya ingin menambah dua lagi perkara. Pertama, dalam melaksanakan langkah 1 September 1998, Dr Mahathir bukan saja menyelamatkan Malaysia malah negara-negara jiran juga. Apabila Malaysia mengenakan langkah kawalan pertukaran, spekulator matawang menyedari negara lain yang terjejas (Thailand, Indonesia dan Korea Selatan) juga boleh mengenakan kawalan yang sama, dan mereka, dengan itu menghentikan aktiviti mereka.

Spekulator menarik diri. Mereka membeli semula matawang yang mereka jual. Ini mengakibatkan kenaikan nilai mata wang serantau.

Selain itu, IMF tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia terutamanya sejak selepas melaksanakan langkah-langkah itu, kita melakukan perkara sebaliknya daripada apa yang IMF mahu - kita turunkan kadar faedah dan menyuntik kecairan dalam sistem. IMF kemudian mula melonggarkan syarat di negara lain dan membenarkan mereka merendahkan kadar faedah dan menyuntik kecairan bagi merangsang ekonomi mereka supaya Malaysia tidak mengatasi negara-negara IMF itu.

Perkara kedua ialah apa yang akan terjadi jika langkah kawalan pertukaran tidak dilaksanakan. Banyak syarikat di Malaysia mungkin gulung tikar akibat kadar faedah tinggi. Apabila syarikat
jatuh seperti domino, bank akan menghadapi masalah kecairan dan mampu bayar yang teruk berikutan pinjaman tidak berbayar semakin membesar.

Masalah yang dihadapi oleh bank akan menyebabkan berlakunya tekanan kredit, yang akan membawa kepada satu lagi pusingan kegagalan korporat.

Pendapatan kerajaan mungkin merosot dengan mendadak kerana kurang firma akan membayar cukai korporat, dengan itu mengurangkan keupayaan kerajaan untuk merangsang ekonomi melalui langkah dasar fiskal.

Akibat daripada masalah yang dihadapi syarikat dan bank, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara, yang membawa kepada pusingan masalah kedua.

Ini adalah putaran ganas yang  klasik, yang akhirnya boleh memusnahkan kestabilan sosial dan politik negara. Ini adalah senario yang menunggu untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana ketegasan dan keberanian Dr Mahathir, yang memutuskan untuk berusaha melalui jalan yang jarang dilalui. (less path travelled)

Thursday, October 24, 2019

Harga maksimum rumah mampu milik RM282,000 - BNM

KUALA LUMPUR: Harga rumah mampu milik perlu ditawarkan pada kadar maksimum RM282,000 bagi pendapatan isi rumah berjumlah RM5,228, demikian menurut Buletin Suku Kedua 2018 oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Bagaimanapun, bank pusat berkata, harga rumah mampu milik sebenar dalam pasaran adalah 11 peratus lebih tinggi iaitu pada harga RM313,000.

Katanya, pemilikan rumah yang menjadi aspirasi dan impian setiap rakyat Malaysia dilihat semakin sukar untuk dicapai berikutan harga rumah terlalu tinggi di kebanyakan bahagian utama dalam negara.

“Situasi ini jelas memperlihatkan rumah kini sukar untuk dimiliki kerana ditawarkan pada kadar yang kurang mampu milik. Pada 2016, rumah di Malaysia secara purata berharga sekitar lima kali median tahunan pendapatan isi rumah menjadikannya lebih serius dan sukar untuk dimiliki.

“Ia adalah berbeza berbanding piawaian mampu milik antarabangsa iaitu tiga kali median tahunan saja,” katanya.

Bank pusat berkata, kemerosotan dalam pemilikan rumah mampu milik itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh ketidakpadanan dalam penawaran dan permintaan serta pertumbuhan pendapatan yang lebih perlahan.

Dari segi bekalan rumah, katanya pembinaan rumah jatuh secara konsisten berbanding permintaan isi rumah.

“Antara 2014 hingga 2016, secara purata terdapat 114,000 bekalan rumah baharu, yang jauh lebih rendah daripada pembentukan 154,000 isi rumah baharu.

“Kekurangan bekalan rumah mampu milik juga menjadi semakin parah berikutan pelancaran projek rumah segmen berkenaan merosot dan lebih terarah kepada segmen hartanah mewah,” katanya.

Selain itu, BNM berkata, ketidakseimbangan dalam penawaran dan permintaan bersama dengan keutamaan rakyat untuk memiliki rumah berbanding menyewa turut menjadi faktor terhadap tekanan ke atas harga rumah.

Malah, secara dasarnya ia berkata pertumbuhan pendapatan isi rumah turut tidak selari dengan kenaikan harga rumah.

Antara 2007 hingga 2016, harga rumah purata meningkat sebanyak 10 peratus, namun pendapatan hanya berkembang sekitar lapan peratus.

Jurang besar antara pendapatan dan harga rumah menjadi semakin buruk bersama persepsi peningkatan kos sara hidup memandangkan memiliki rumah dianggap sebagai suku perbelanjaan isi rumah.

Kementerian Pendidikan tubuh kesatuan pelajar di lima UA tahun depan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk menubuhkan kesatuan pelajar di lima universiti awam (UA) pada tahun depan, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, setakat ini kementerian menerima kerjasama dan sokongan yang sangat memberangsangkan daripada semua universiti awam bagi merealisasikan hasrat itu.

“Kalau boleh kami nak semua universiti sama ada awam atau swasta mempunyai kesatuan pelajar mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Maszlee berkata, penubuhan kesatuan pelajar di universiti dapat melatih pelajar untuk menjadi lebih matang dalam mengendalikan diri sendiri serta memberikan mereka lebih pengalaman dalam menguruskan kesatuan, kewangan dan aktiviti mahasiswa.

“Kami harap penubuhan kesatuan pelajar yang bermula di UIAM ini akan diikuti oleh universiti-universiti lain selepas ini,” katanya.

Maszlee berkata, kesatuan pelajar UIAM merupakan ‘bayi sulung’ bagi kesatuan pelajar selepas terkubur kesatuan pelajar Universiti Malaya (UM) lebih 40 tahun lalu.

Sebagai penghargaan, kesatuan pelajar UIAM menerima dana RM100,000 secara one-off (bayaran sekali) daripada Kementerian Pendidikan selain turut menerima peruntukan tahunan RM170,000 dari UIAM untuk aktiviti pelajar dan operasi mereka.

Sementara itu, Mazlee turut melancarkan ‘Buku Membaca: Motivasi dan Kaedah’ hasil tulisan Datuk Seri Prof Dr Zaini Ujang terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Buku setebal 205 halaman itu mendedahkan 1,001 rahsia dan tips berkaitan membaca selain berkongsi pelbagai teknik pembacaan termasuk kaedah luncuran dan imbasan.

Ia dibahagikan kepada empat bahagian meliputi 10 bab yang mengupas secara terperinci mengenai Masyarakat Membaca, Persediaan Membaca, Teknik Membaca dan Epilog Membaca. – BERNAMA

Monday, October 21, 2019

Mengapakah DEB dan DPN tidak begitu berjaya sepanjang tempoh perlaksanaannya?

Pertama, sebahagian kaum Melayu telah mewujudkan fenomena kronisme dan nepotisme dalam bidang perniagaan, iaitu dengan menggunakan pengaruh politik untuk mendapat kekayaan. Ketika ekonomi Melayu telah selesa dan DEB tamat pada 1990, sistem sokongan politik masih diteruskan. DPN menyediakan kuota kontrak dan tender kerajaan yang lumayan untuk bumiputera.

Tidak sedikit orang Melayu oportunis menyertai parti politik pemerintah, bertanding dan mendapatkan kedudukan parti semata-mata untuk mengejar kekayaan bagi memperolehi projek dengan disokong oleh tokoh-tokoh politik yang dia menjadi 'klik'nya.

Terdapat pula segelintir usahawan yang mudah memperolehi tender dan kontrak ini menjual atau mensubkontrakkan projek atau tender kepada usahawan bukan bumiputera dengan keuntungan (komisen) 10 peratus atau lebih.

Hal ini terbukti dari hasil kajian Bahagian Pembangunan Usahawan Kementerian Kerja Raya yang mendapati 85.37 peratus projek yang diberi kepada kontraktor bumiputera telah mengalir kepada kaum lain (Utusan Malaysia, 2007). Malah jika para kontraktor itu melakukan sendiri pun, banyak di antara projek-projek berkenaan yang dipertikaikan kualitinya

Perkara itu berlaku akibat kontraktor melaksanakan terlalu banyak projek dalam satu masa, ketidakmampuan dari segi teknikal dan kejuruteraan atau tidak melaksanakan projek mengikut spesifikasi yang ditetapkan kerana ingin mengambil untung berlebihan.

Walau bagaimanapun, selepas 1990an, semakin banyak muncul usahawan Melayu tulen yang boleh berdiri sendiri tanpa terlalu dibantu oleh rangkaian politik. Terutamanya usahawan yang tidak menyertai parti politik atau bukan dari kalangan parti pemerintah.

Jika dahulu mereka masih melakukan perniagaan atau perusahaan kecil, kini sudah banyak yang meneroka sektor sederhana. Cuma, bidang perniagaan bersaiz besar masih kurang dikuasai oleh usahawan jenis ini.

Kedua, kaum Melayu (dan kerajaan) telah salah fokus. Kaum Melayu terlalu memperbandingkan diri dengan Cina dalam bidang perniagaan. Sedangkan bangsa Cina memang mempunyai bakat
berniaga yang hebat. Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara Barat pun mereka mampu menjadi usahawan berjaya.

Kegemilangan ekonomi Melayu pada zaman Kesultanan Melaka yang merupakan testimoni awal kejayaan perniagaan itu hanya terjadi kerana kaum Melayu tidak disaingi peniaga Cina. Namun, setelah kaum Cina datang secara besar-besaran pada kurun ke-19 maka sedikit demi sedikit mereka mula menguasai ekonomi Tanah Melayu.

Mungkin bangsa Melayu tidak memiliki bakat semulajadi dalam bidang perniagaan tetapi mempunyai kebolehan lain yang menonjol dalam bidang pembinaan, kejuruteraan atau kesenian.

Di Barat misalnya, teraju ekonomi dikuasai oleh syarikat-syarikat besar Yahudi. Bank-bank terbesar, pemaju hartanah dan syarikat media kebanyakannya dimiliki Yahudi. Menyebabkan modal Yahudi menguasai ekonomi dan politik Barat.

Namun, bangsa selain Yahudi masih mampu mempunyai perniagaan besar. Mereka lebih terserlah dalam bidang teknologi, bidang  farmaseutikal dan lain-lain. Malah usahawan di luar "lingkaran Yahudi juga mampu menjadi kaya-raya, sesetengahnya mempunyai sejarah yang amat mengkagumkan.

Ambil contoh syarikat jualan langsung Amway  yang menumpukan kepada barang keperluan rumah tangga dan kesihatan. la dimulakan oleh dua orang sahabat, Rich De Vos dan Jay Van Andel yang menjadi jurujual makanan kesihatan Nutralite dari rumah ke rumah. Mereka menjadi kaya selepas menubuhkan syarikat jualan langsung pertama di peringkat global pada 1960an.

Syarikat pengeluar komputer Apple hanya bermula apabila pengasasnya Steve Jobs menukar garaj keretanya kepada makmal komputer. Bill Gates pula bukan berasal dari kalangan orang kaya dan tidak mendapat apa-apa galakan modal daripada kerajaan. Dia hanya membina satu perisian sistem pengoperasian komputer yang hebat dan kemudian menjadi usahawan berjaya.

Kebanyakan usahawan di Amerika Syarikat dan Eropah adalah usahawan pencipta. Mereka mencipta produk baru atau konsep perniagaan baru yang tiada dalam pasaran dan tentulah mereka akan menjadi peneroka yang memonopoli pasaran di kemudian hari.

Orang Melayu memiliki kemahiran dan bakat dalam bidang reka cipta. Banyak ilmuan Melayu di universiti-universiti negara ini telah berjaya mencipta beberapa teknologi konsumer yang hebat. Ada yang pernah mendapat pingat emas dan perak di pameran sains di Geneva, Switzerland. Namun, mungkin orang Melayu tidak berbakat menjadi usahawan, oleh itu produk baru yang dihasilkan oleh mereka tidak begitu berjaya di pasaran.

Malah dalam bidang teknologi maklumat pun kita hampir mempunyai pengatur cara komputer sepintar Jobs dan Gates tetapi bagaimana untuk menjadikan produk mereka ini menguasai pasaran dunia. Oleh itu, kita perlu menjana kewujudan usahawan pencipta di kalangan kaum Melayu.

Satu contoh klasik kegagalan Melayu menjadi usahawan pencipta ialah pengalaman Zulkifli Haron dari Rawang yang pertama kali mencipta kereta berkomputer, viper automatik yang menyapu cermin apabila hujan turun dan lampu menyala secara automatik ketika suasana gelap pada tahun 1985.

Malangnya, tidak ada sebuah syarikat Melayu pun yang ingin mengembangkan ciptaannya. Beliau pernah cuba menjual ciptaannya kepada Proton namun hasilnya negatif. Kini, semua teknologi yang dicipta oleh beliau telah dicipta semula oleh jurutera automobil di Eropah dan Jepun dan dipasang dalam kereta buatan negara-negara itu.

Sepatutnya, kereta buatan Protonlah yang pertama menggunakan teknologi itu kerana ia telah dipersembahkan kepada syarikat itu lima belas tahun lebih awal. Jika benar pencipta Melayu akan gagal berniaga dan sedikit sekali syarikat Melayu yang akan mengkomersialkan produk ciptaan mereka maka tibalah masanya kerajaan mencari jalan bagaimana para penyelidik dan pereka cipta Melayu dibeli hasil ciptaan dan agensi kerajaan mengkomersialkan produk ke peringkat dunia.

Ini sama dengan pengalaman negara China, di mana syarikat besar yang berjaya menjual produk ke peringkat antarabangsa adalah syarikat gabungan kerajaan.

Ketiga, mungkin kaum Melayu tidak punya daya saing yang ampuh berbanding bangsa lain. Kaum Melayu sering mengharapkan kerajaan terus membantu dan kurang cuba bergerak sendiri dalam ekonomi. Misalnya, sistem kuota untuk bumiputera sejak sekian lama perlaksanaannya dibelenggu masalah. Seringkah kaedah 'penganugerahan' diutamakan. Sama ada tender, permit, tapak niaga; keutamaan adalah kepada individu atau kumpulan tertentu sahaja. Ini telah menumpulkan daya saing sesama kaum Melayu dan menyemarakkan budaya lobi serta rasuah.

Barangkali persaingan paling banyak wujud bagi projek-projek kecil kontraktor kelas F, sedangkan projek-projek besar selalunya diberi  secara penganugerahan. Kerajaan perlu mewujudkan suasana persaingan perniagaan di dalam lingkaran kaum Melayu. Dengan itu daya juang, keberanian dan kegigihan usahawan Melayu akan meningkat.

Mulai tahun 2000, setelah tamat DPN, kontrak dan tender yang ada klasifikasi bumiputera mesti dibuka kepada persaingan sesama Melayu. Jika kaedah meritokrasi diamalkan dalam gelanggang kuota bumiputera maka kesannya pada beberapa tahun selepas itu, usahawan Melayu yang telah terlatih dalam persaingan sesama sendiri boleh dilepaskan untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain malah ke peringkat antarabangsa.

Selain itu, syarikat besar seperti Telekom, TNB dan lain-lain juga diberi hak monopoli oleh kerajaan. Perkara ini tidak baik kerana Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) diuruskan oleh orang Melayu. Mereka terlalu selesa dalam budaya tiada saingan. Sepatutnya, ada orang Melayu lain yang diberi hak melakukan perniagaan serupa.

Begitu juga dengan syarikat yang dimiliki kerajaan kemudian diswastakan kepada sebilangan pemodal Melayu ; kemudian mereka bermasalah dan kerajaan terpaksa membantu. Adakah
budaya kerja orang Melayu terlalu lemah?

Perkara itulah yang menjadi dilema kepada ekonomi orang Melayu dan akan terus menekan bangsa ini untuk satu tempoh masa yang panjang. Jika tidak diselesaikan segera dalam zaman yang semakin liberal peraturan ekonomi tanpa kuota dan perlindungan serta dikuasai falsafah globalisasi maka nasib ekonomi bangsa Melayu pada masa depan amatlah membimbangkan.

Friday, October 18, 2019

Apa itu Kontrak Sosial?

Kontrak sosial merupakan satu permuafakatan antara kaum yang telah dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan dalam kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada tiga kaum terbesar di negara ini iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Walaupun istilah ini tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi pada hakikatnya kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara apabila wujudnya permuafakatan antara tiga kaum terbesar dalam merencanakan Perlembagaan bagi sebuah negara yang merdeka. Perkara yang termaktub dalam kontrak sosial ini adalah merangkumi:

• Bahasa Melayu
• Agama Islam
• Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

Provisi ini telah menjadi sebahagian daripada kontrak sosial negara dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Ianya malah boleh dianggap sebagai suluh iman kepada semua warga Malaysia yang menganut pelbagai agama.

Kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah. Permuafakatan yang dicapai telah mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955.

Kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama ini seharusnya tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak Formula kontrak sosial antara kaum telah di persetujui oleh semua pemimpin negara yang berbilang bangsa ketika negara mencapai kemerdekaan semua kaum adalah dikira tidak wajar jika kontrak sosial dianggap sebagai suatu diskriminasi kaum, sebaliknya ia merupakan satu formula terbaik bagi mewujudkan keseimbangan sosial di negara ini yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, sama dan budaya.

Dalam hal ini, kaum bukan Melayu perlu ikhlas menerima kenyataan bahawa orang Melayu adalah pemilik sah negara ini dan ini tidak boleh dipersoalkan lagi Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara.

Manakala hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami. Seterusnya melalui pendidikan sejarah ia akan melahirkan semangat menghormati atau menghayati budaya kehidupan sosial masyarakat lain.

Mempelajari sejarah hubungan etnik ini terutamanya pendedahan pelajar terhadap budaya hidup setiap kaum akan memberi ruang kepada mereka untuk menghayati dan memahami budaya masyarakat lain.

Ini penting bagi memastikan setiap kaum tidak hidup dalam dunia mereka sendiri. Perpaduan kaum, selain perlu dilihat dari sudut ekonomi juga harus ditilik dari sudut sosio-budaya dan warisan. Senibudaya dan warisan adalah pelengkap kepada kehidupan masyarakat sesuatu tamadun. Dalam hal ini jika budaya sesuatu bangsa itu musnah, maka warisannya akan hancur begitu juga dengan identitinya.

Budaya dan warisan bangsa bukan sekadar muzik, tarian, nyanyian, pakaian, masakan dan teater. Ia mencakupi lebih dari itu di mana ia melibatkan keseluruhan aspek cara hidup termasuklah aspek pemikiran, kepercayaan, budi bahasa dan sebagainya.

Ini semua menjadi elemen penting yang perlu difahami dan diketahui semua bagi menentukan perpaduan bangsa pada jangka panjangnya. Seterusnya subjek ini akan mendidik generasi baharu memahami cabaran-cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di Malaysia. Soal mengenai perpaduan masyarakat, tetap menjadi topik perbincangan yang tiada redanya semenjak Tunku Abdul Rahman hinggalah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke 7.

Mereka masih memikul tanggungjawab untuk menangani soal perpaduan bangsa Malaysia. Pada masa ini negara diselangi oleh pelbagai isu dan cabaran kesan dan globalisasi. Ini kerana apa yang berlaku di negara luar begitu cepat merebak ke negara ini. Politik perkauman menjadi satu masalah besar yang perlu diatasi dengan bijak dengan berusaha mengelakkan setiap isu dilihat dari perspektif kaum dan mengembangkan perspektif nasional serta perlu menegaskan semula komitmen terhadap
membina bangsa Malaysia yang bersatu dan mengimpikan masa depan dan matlamat yang dikongsi bersama.

Dari segi sosial pula terdapat pemisahan penempatan dan pengasingan pendidikan, perbezaan dan
pertentangan nilai antara etnik dan segi agama, bahasa dan kebudayaan. Manakala dan segi ekonomi pula terdapatnya perbezaan dalam pekerjaan (jenis dan kategori pekerjaan) serta dominasi ekonomi oleh sesuatu kaum.

Ini merupakan halangan-halangan yang mencegah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah ini telah muncul sejak sekian lama dan masih berakar umbi dalam masyarakat Malaysia sehingga ke hari ini walaupun negara telah 62 tahun merdeka.

Salah satu peranan penting subjek sejarah adalah ia mampu mendidik generasi baharu masa kini memahami beberapa konsep Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Mempelajari sejarah kedatangan Islam ke alam Melayu khususnya di Malaysia akan memberi kesedaran kepada semua kaum di negara ini mengenai ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara Islam serta kedudukan mereka di negara ini. Bukti Malaysia Negara Islam boleh dirujuk kepada perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia mengenai Agama Islam di mana Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan." Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh
undang-undang di Malaysia.

Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah
menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan", maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.

Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam dan segala urusan pentadbiran Islam menjadi tanggunjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Dari segi pengiktirafan dunia , Malaysia telah duktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi. Pengiktirafan Malaysia Negara Islam contoh diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

Manakala dan segi Pelaksanaan Pentadbiran Negara dapat dilihat pada asas pentadbiran Malaysia hari ini selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam bidang perundangan berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara undang-undang sivil dan syarak.

Dalam bidang mu'amalat dan ekonomi terdapat sistem baharu yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful. Al Rahn dan sebagainya. Kesungguhan kerajaan menghayati ajaran Islam dapat dilihat dalam usaha-usahanya membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat, dengan sentiasa memberikan penjelasan dan penerangan menerusi berbagai media.

Di samping itu kerajaan juga sentiasa mengambil berat mempastikan makanan dan barang gunaan
umat Islam di negara ini halal dan suci Malah Malaysia merupakan negara Islam terulung dan terkemuka dalam menjaga aqidah, syariah dan akhlak umat Islam di dunia hari ini.

Para pelajar juga akan menyedari bahawa pemerintah Malaysia hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan tetap mempertahankan perlembagaan yang sedia ada yang mengiktiraf kebebasan beragama disamping menjaga hak-hak rakyat dengan saksama. Oleh itu tidak ada sesiapa yang patut keliru, takut dan bimbang mengenai kedudukan mereka dalam negara Malaysia kini.

Ini dapat dilihat pada peruntukan Perlembagaan mengenai Agama Islam. Walaupun Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Perkara 11 pula menjelaskan: "Tiap-tiap orang adalah berhak menganut dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal, mengembangkan agamanya". Perkara 11(3) pula menegaskan lagi bahawa tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak untuk:

(a) Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri;
(b) Menubuhkan dan menyenggara yayasan-yayasan maksudmaksud agama atau khairat; dan
(c) Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

Tiada sebarang diskriminasi dibenarkan terhadap sesiap sahaja daripada kalangan rakyat berdasarkan agama, bangsa, keturunan ataupun tempat lahir. (Artikel 12 (1) Perlembagaan Persekutuan). Akhir sekali sama ada kita sedari atau tidak mempelajari sejarah hubungan kaum, akan melatih dan memperlengkapkan warganegara untuk bekerja di persekitaran kerja yang terdiri dari pelbagai kaum.
Sebagaimana yang diketahui umum, era globalisasi memperlihatkan berlakunya integrasi politik, ekonomi dan sosial.

Dalam hal ini Malaysia tidak terkecuali dengan kebanjiran pelabur asing dan kemunculan syarikat-syarikat multinasional dan penyebaran budaya asing. Bercakap mengenai kemunculan syarikat mutinasional, kebanyakan mereka mencari pekerja yang serba boleh serta mempunyai multiskill.

Salah satu skill yang sangat perlu bagi sesebuah organisasi besar seperti ini ialah mereka memerlukan pekerja yang boleh dan sanggup bekerja dalam persekitaran pelbagai budaya dan etnik yang berbeza. Jadi diharap dengan pengenalan kursus ini akan memberikan pengalaman kepada generasi Malaysia untuk bekerja dalam kumpulan yang terdiri dari pelbagai etnik dan budaya. Untuk merealisasikan cita-cita ini, kursus ini diharapkan dapat menerapkan elemen teamworking dalam setiap kerja lapangan pelajar yang membabitkan etnik yang berbeza dalam sesuatu kumpulan. Pendedahan awal adalah perlu supaya mereka tidak merasa janggal dan tersisih apabila diterima bekerja dalam sesuatu firma yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik.

Wednesday, October 16, 2019

Sejarah Hubungan Etnik di Malaysia

Sejarah, ciri-ciri dan perkembangan hubungan etnik di Malaysia mempunyai identitinya yang tersendirí dan tidak sama dengan perkembangan hubungan etnik di negara lain. Ini berdasarkan kepada kelompok masyarakatnya lebih dikenali sebagai kaum atau etnik berbanding dengan ras. Kelompok kaum lebih banyak berdasarkan kepada perbezaan sosio-budaya, berlainan dengan kelompok ras yang lebih banyak berdasarkan kepada perbezaan fizikal.

Dalam hal ini, walaupun antara orang Melayu dan orang Cina mempunyai banyak perbezaan yang jelas dari segi fizikal, tetapi dari segi klasifikasi ras mereka adalah tergolong dalam satu rumpun yang dikenali sebagai Mongoloid. Keadaan ini sangat berbeza dengan negara luar khususnya di Amerika Syankat dan juga di Afrika Selatan yang mana Kulit Putih (Caucasoid) dan Kulit Hitam (Negroid) sangat jelas dan rumpun ras yang berlainan. (Syed Husin Ali, 1984, hlm.2)

Sejarah pembentukan hubungan etnik di Malaysia telah melalui satu proses yang sangat panjang. Jika dilihat dari sudut sejarah hubungan antara masyarakat Melayu atau Tanah Melayu dengan masyarakat Cina dan India telah wujud seawal abad ke-13. Penemuan Batu Bersurat Terengganu misalnya boleh digunakan sebagai bukti bahawa Tanah Melayu telah mengadakan hubungan dengan negara luar sejak awal lagi.

Hubungan Tanah Melayu dengan pelbagai kaum dan bangsa juga telah tercatat dalam Sejarah Melayu dan ini digambarkan melalui kewujudan Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang-pedagang Cina, India, Arab, Jepun, dan sebagainya telah datang ke negara ini untuk berniaga.

Ada di antara pedagang ini yang berkahwin dengan masyarakat setempat dan terus menetap di negara ini. Amalan perkahwinan campur serta asimilasi dengan masyarakat tempatan telah membentuk komuniti baharu dalam masyarakat di Tanah Melayu yang mana asimilasi masyarakat Cina dengan masyarakat tempatan telah membentuk komuniti baba dan nyonya.

Manakala asimilasi masyarakat India dengan masyarakat tempatan pula membentuk komuniti Chitti. Kedatangan imigran Cina dan India semakin bertambah khususnya semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Semuanya bermula apabila British campur tangan di Pulau Pinang dengan kedatangan Francis Light.

Pada masa ini buruh Ciaa paling ramai berhijrah ke negara ini berbanding dengan buruh India (Víctor Purcell, 1960 hlm.3). Ini kerana untuk memperkembangkan ekonomi kapitalis British, buruh yang banyak sangat diperlukan untuk mengerjakan ladang getah dan bijih timah pada waktu itu.

Justeru itu, British dengan sewenangnya membawa buruh-buruh dari Cina dan India memasuki negara ini tanpa had. Buruh Cina dan India begitu berminat untuk datang ke negara ini memandangkan situasi di negara mereka yang sentiasa diancam bencana. Keadaan ini menjadi faktor tolakan untuk mereka berhijrah ke Tanah Melayu.

Pada peringkat awal, Orang-orang Cina dan India ini tidak ada rancangan untuk terus menetap di negara ini selama-lamanya, tetapi lama-kelamaan sebilangan besar buruh-buruh orang Cina dan India ini tidak pulang ke tanah air mereka setelah lama bekerja di sini. Tetapi selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, kerajaan Tanah Melayu telah membuka peluang untuk buruh-buruh Cina dan India untuk pulang ke negara asal mereka. Kebanyakan buruh-buruh ini merasa selesa untuk terus menetap di negara ini dan mereka ini telah mengadaptasi diri mereka dengan cara hidup dan nilai-nilai masyarakat tempatan dari segi pemikiran, cara hidup dan pemikiran.

Yang dapat disaksikan wujudnya masyarakat majmuk di Tanah Melayu yang bukan sahaja dihuni oleh masyarakat Melayu malahan kemasukan buruh-buruh Cina dan India telah menjadikan mereka sebahagian daripada penduduk di negara ini. Keadaan masyarakat Tanah Melayu pada waktu ini digambarkan oleh Furnivall sebagai sebuah masyarakat yang bemaung di bawah satu unit politik yang sama, tetapi interaksi mereka hanyalah terbatas kepada urusan perniagaan. Mereka terpisah dari segi tempat tinggal, budaya, pendidikan dan kegiatan ekonomi yang berbeza (J.S. Fumivall, 1948 hlm.304).

Rekod hubungan etnik di Tanah Melayu pada waktu ini (sebelum 1960) umumnya baik walaupun ada sedikit kelantangan suara menyuarakan kebimbangan mereka terhadap penglibatan penduduk imigran (Cina dan India), tetapi tidak banyak yang boleh mereka lakukan untuk mengubah pengaliran masuk imigran memandangkan mereka tidak mempunyai kekuatan melawan kolonial British.

Menurut Syed Husin Ali (1984, hlm.3), bentuk hubungan kaum di negara ini bukanlah dalam bentuk majoriti-minoroti yang mana terdapat satu kelompok yang lebih besar dan dominan di samping kelompok yang lain. Ini berdasarkan kepada kewujudan kelompok kaum yang banyak yang mana sebelum penubuhan Malaysia 1963, tiga kaum yang terbesar adalah Melayu, Cina dan India. Selepas itu komposisi kaum menjadi bertambah kompleks dengan masuknya kelompok-kelompok pribumi seperti Dayak, Iban, Kadazan dan lain-lain kaum pribumi dan Sabah dan Sarawak.

Dari perspekif sejarah hubungan etnik di Malaysia telah terbentuk melalui politik, ekonomi dan sosial. Dan segi politik, Rabushka dan Shepsle yang menganalisis proses politik dalam masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membahagikannya kepada lima peringkat (Mohamad Zaini Abu Bakar, 2006).

Peringkat pertama merujuk kepada tahap sebelum kemerdekaan. Pada peringkat ini telah wujud kerjasama dalam kalangan elit mewakili berbagai-bagai kumpulan etnik bagi menuntut kemerdekaan yang terdiri dari kalangan kelas menengah.

Tahap kedua pula ialah peringkat pasca merdeka, yang mana kerjasama pelbagai etnik dijelmakan dalam pakatan Parti Perikatan. Para pemimpin setiap parti dikatakan cuba mengekalkan kedudukan kuasa politik masing-masing dengan tidak menonjolkan imej perkauman dan menutupinya dengan isu-isu nasional seperti pembangunan ekonomi dan integasi nasional.

Peringkat ketiga, permintaan dan desakan etnik boleh mencetuskan konflik. Perkara ini dikatakan akan berlaku kerana nilai-nilai yang ada dalam masyarakat adalah terhad berbanding dengan tuntutannya oleh masyarakat. Oleh itu terdapat persaingan antara kumpulan etnik. Pada peringkat ini juga wujudnya golongan "pengusaha politik" yang memanupulasi sentimen dan isu perkauman yang mengakibatkan ketegangan antara etnik.

Pada peringkat keempat pula menurut Rabushka dan Shepsle, pakatan politik pelbagai etnik semakin longgar dari segi kerjasama dan perpaduannya disebabkan oleh konflik antara kumpulan etnik.

Peringkat kelima, terdapat peningkatan permusuhan antara kumpulan etnik yang merosakkan tatacara demokrasi yang diikuti dengan keganasan fizikal dan penubuhan kerajaan autoritarian. Keadaan ini dapat dilihat dengan tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Hubungan etnik dari segi ekonomi pula dengan jelas menunjukkan pemisahan kaum dengan orang Melayu masih kekal dengan ekonomi tradisional secara kecil-kecilan dalam sektor pertanian, orang Cina menceburi bidang perniagaan dan perdagangan dan orang India pekerja di sektor ladang. Dasar British melalui konsep 'pecah dan perintah' ini sangat sukar hendak diubah walaupun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Justeru itu diperkenalkan DEB sebagai usaha untuk menghapuskan pengenalan ekonomi mengikut kaum. Walaupun sudah ada perubahan komposisi kaum dari segi pemilikan ekonomi, tetapi perubahan secara total memerlukan masa yang lebih panjang lagi.

Dari segi sosial, sejak zaman penjajahan, setiap kaum telah dipisahkan mengikut tempat tinggal yang mana kebanyakan orang Melayu tinggal di kampung dan kawasan pinggir bandar, orang Cina di kawasan bandar, dan orang India di kawasan ladang. Pemisahan juga dapat disaksikan dengan penubuhan sekolah mengikut kaum dan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu, orang Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina dan begitu juga bagi orang India.

Amat malang lagi semua buku teks dan guru-guru juga di bawa dari negara asal mereka. Dengan kata lain segala kurikulum sekolah berkenaan adalah berkiblatkan negara asal masing-masing. Begitulah rupa bentuk hubungan etnik yang berlaku sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Usaha menyatupadukan  kaum hanya berlaku selepas kemerdekaan Mansor Mohd Noor et.al (2006), membahagikan transformasi hubungan etnik di Malaysia kepada tujuh tahap iaitu tahap pertama merupakan tahap etnik Permable dan Canopy. Pada tahap ini merupakan suasana sebelum kedatangan penjajah. Setiap etnik mempunyai identiti mereka tersendiri dan tidak ada campur tangan langsung dari bangsa asing.

Tahap kedua merujuk kepada tahap pembentukan masyarakat majmuk. Pada masa ini telah terbentuk masyarakat majmuk di Tanah Melayu ekoran dasar British yang membawa masuk buruh-buruh dari Cina dan India dan mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan meletakkan setiap kaum mengikut fungsi ekonomi.

Tahap Ketiga adalah tahap menuju kemerdekaan. Pada tahap ini telah ada kesedaran dalam kalangan setiap etnik mengenai kedudukan masing-masing.

Tahap Keempat adalah tahap dekad pertama kemerdekaan. Pada tahap ini dapat disaksikan suasana pembangunan negara yang tidak sama rata ekoran dari polisi pecah dan perintah British dahulu. Suasana seperti ini telah menimbulkan ketegangan antara kaum.

Tahap kelima adalaah tahap pengenalan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang diperkenalkan akibat tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Pengenalan DEB diharapkan akan dapat menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi yang menjadi faktor persengketaan kaum pada waktu itu.

Tahap Keenam merupakan tahap Tanah Melayu berada pada alaf baharu. Pada masa ini setiap etnik telah mula menuntut keadilan dan hak mereka agar diakui kedudukan mereka di negara ini. Orang Melayu pula mula memperjuangkan kedudukan mereka agar tidak tergugat oleh bangsa asing. Setiap kaum mula menubuhkan parti politik masing-masing bagi memperjuangkan kepentingan dan hak mereka.

Tahap Ketujuh adalah tahap Malaysia menuju Wawasan 2020 dan pembentukan bangsa Malaysia. Pada tahap ini semua kaum perlu bersatu untuk membentuk negara bangsa yang maju menjelang tahun 2020. (Mansor Mohd Noor etal, 2006).

Tuesday, October 15, 2019

Zaman Penjajah Jepun di Tanah Melayu

Tahun 1939-1945 - Semangat Melayu Menentang Penjajah

Perang Dunia Kedua telah mulai berlaku di benua Eropah pada 3 haribulan September 1939, manakala tentera Hitler, Diktatur Jerman yang menggila-gila hendak menaaluki benua Eropah itu dengan tidak mengisytiharkan perang lebih dahulu telah menyerang kilat dan mara masuk ke negeri Poland yang tidak dapat mempertahankannya. Britain yang telah bersungguh-sungguh berusaha hendak mengekalkan perdamaian dan keamanan dunia dengan rundingan-rundingan dengan Hitler, telah terseret, mahu tidak mahu, terpaksa mengisytiharkan perang ke atas Jerman, dengan serta merta. Sebelum Hitler melanggar Poland, ia telah membuat satu pakatan dengan Mosolini, Diktatur Itali dan General Tojo, Perdana Menteri Jepun. Masing-masing mereka itu mempunyai angan-angan tamak Jajahan. Mosolini hendak menakluk benua Afrika manakala General Tojo hendak menakluk benua Asia. Pakatan tiga negeri ini dipanggil oleh orang-orang Melayu kuasa pasak. Itali pun terus bergerak di Eropah dan Afrika dengan bekerjasama dengan Jerman. Jepun menunggu masa dan peluangnya di Asia.

Di sebelah British, selain daripada negeri-negeri di dalam Commonwealth, dan negeri jajahan takluk dan negeri-negeri di bawah naungan yang dengan sendirinya terseret, adalah Perancis, Belgium, Belanda dan lain-lain yang menjadi mangsa serangan Hitler itu, dan kemudiannya Amerika dan Soviet Union atau Rusia. Semua ini dipanggil Allied. Orang-orang Melayu memanggilnya Pihak Berikat.

Di dalam masa yang singkat sahaja, sebuah demi sebuah negeri Eropah telah jatuh ke tangan Hitler. Belgium dan Belanda telah jatuh begitu mudah kerana tidak dapat menahan serang kilat Jerman yang kuat itu. Akhirnya Peranchis juga jatuh ke tangan Jerman. Britain tinggal keseorangan. Tenteranya di medan perang Eropah telah diburu lintang pukang undur ke Dunkirk dan terus ke England dengan keadaan kelam-kabut.

Jepun, berpura-pura hendak berbuat baik dengan Amerika Syarikat manakala seorang utusannya telah dihantar berunding dengan Amerika Syarikat di dalam rundingan-rundingan yang tiada berkeputusan. Sungguhpun Amerika Syarikat belum lagi bercampur di dalam peperangan ketika itu tetapi ia telah menghantar satu angkatan lautnya yang berkumpul di Pearl Harbour, Hawai. Di dalam masa utusan khas Jepun itu sedang berunding di Washington, dengan tidak semena-mena tentera udara Jepun telah menyerang (pukul curi) beberapa kawasan Amerika Syarikat dan Britain di Asia Tenggara, termasuk Tanah Melayu dan Singapura dengan serentak.

Begitulah bencana perang dunia kedua itu telah mulai dialami di Tanah Melayu, ialah pada pukul 12.35 minit tengah malam 8 Disember, 1941, manakala ketika itulah tentera udara Jepun menyerang dengan serentak Pearl Harbour di Pulau Hawai, Hong Kong, Filipina dan Tanah Melayu, termasuk Singapura, dengan tidak mengisytiharkan perang lebih dahulu. Setelah menghancurkan sebahagian besar daripada angkatan laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour itu dan meletupkan bom di Tanah Melayu, Hong Kong, Singapura dan Filipina pada tengah malam itu, pada keesokan paginya baharulah Jepun mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat dan Britain.

Dengan demikian, Amerika Syarikat terseret ke dalam peperangan dunia itu. Pihak British, Perancis, Amerika Syarikat dan lain-lain sekutunya termasuk negeri Cina Kebangsaan yang bermusuh dengan Jepun itu, adalah dipanggil Pihak Berikat.

Ketika itu sungguhpun Tanah Melayu, termasuk Singapura, sedang dikawal oleh tentera British terdiri daripada askar-askar British sendiri, Australia, India, Gurkha dan askar-askar Melayu tetapi alat senjata tidak begitu mencukupi. Kapal-kapal terbang tidak mencukupi untuk mempertahankan angkasa Tanah Melayu, begitu juga kereta-kereta kebal dan meriam-meriam besar.

Di dalam pada itu pihak British telah tersalah ramalan,didalam membuat pertahanan. Mereka menjangka sebarang serangan ke Tanah Melayu dari luar, akan berlaku dari laut atau dari pintu hadapan iaitu melalui Singapura. Oleh itu segala alat pertahanan ditumpukan di Singapura seperti meriam besar menghala ke laut, dati naval base diperkuatkan. Tetapi apa yang berlaku, ialah tentera Jepun telah menyerang dan mendarat dari pintu belakang iaitu di bahagian utara Tanah Melayu melalui Siam, Petani dan Kelantan dan terus mara ke bahagian timur, tengah dan barat Tanah Melayu.

Askar British, sungguhpun melawan tetapi tidak dapat menahan kemaraan tentera Jepun yang merempuh dengan degil itu dan terpaksa sentiasa undur dan undur ke Selatan. Dan akhirnya semua tentera British di Tanah Melayu telah undur ke Singapura.

Di dalam tempuh tujuh puluh hari sahaja tentera Jepun telah menyapu bersih tentera British di tanah besar Semenanjung Tanah Melayu ini dan terus mereka mara ke Singapura, iaitu pada awal tahun 1942. Pertempuran hebat telah berlaku di Singapura terutama di Pasir Panjang. Di situlah sepasukan Askar-askar Melayu yang diketuai oleh Lieutenant Yazid telah menunjukkan semangat keberanian dan perjuangan sebagai pahlawan baka Melayu turun temurun yang pantang menyerah. Mereka melawan berhabis habisan walau Jepun menyeru mereka menyerah diri tetapi mereka terus melawan dengan semangat perjuangan yang tidak mengenal maut.

Sungguhpun mereka tewas dan Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun tetapi semangat dan nama baik mereka sebagai pahlawan Melayu adalah bukan sahaja dikenang dan dijunjung tinggi bahkan juga menjadi contoh tauladan kepada perajurit perajurit dan ahli-ahli angkatan bersenjata Melayu turun-temurun. (Mudah-mudahan Tuhan tempatkan arwah mereka dan rakan-rakan seperjuangan mereka — ahli-ahli Askar Melayu — yang telah gugur itu — di antara ahli-ahli Syuhada').

Akhirnya pada 15 haribulan Februari tahun 1942, tentera British telah menyerah kalah. Pada masa itu, Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu ialah Sir Shenton Thomas yang juga menjadi Pemerintah Tinggi Tentera di Tanah Melayu, kerana jawatannya. Pemerintah tentera British di dalam peperangan Tanah Melayu itu ialah Lieutenant General Percival dan pemerintah tentera Australia di Tanah Melayu ialah Lieutenant General Gorden Bennet yang telah lari balik ke Australia sebelum Singapura jatuh. 

Pemerintah tentera Jepun itu ialah General Yamashita, yang digelar Harimau Malaya. Dengan kejatuhan Singapura itu, seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah berpindah tangan daripada penjajah British kepada penjajah Jepun. Setakat ini tamatlah riwayat Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. 

Monday, October 14, 2019

ITM dinaiktaraf sebagai Universiti.

PADA 27 Ogos 1999, hampir semua akhbar tempatan melaporkan kenaikan taraf Institut Teknologi Mara (ITM) kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM).  Pengumuman bersejarah ini dibuat sendiri oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sewaktu perjumpaan bersama pelajar dan graduan ITM di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 Ogos 1999.

Sejarah Pos, Telefon dan Telegraf di Tanah Melayu

Pejabat pos mulanya dibina di Negeri-Negeri Selat.  Ini diikuti dengan bandar-bandar utama kawasan lombong seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban. Kemudian barulah berkembang ke bandar-bandar lain yang ada kepentingan perdagangan. Pembinaan jalan raya menggalak dan meningkatkan perkhidmatan pos. Kawasan-kawasan yang kurang kemudahan pengangkutan, perkhidmatannya masih tidak memuaskan.

Bagi meningkatkan keberkesanan dan penyelarasan pentadbiran, kerajaan British memulakan perkhidmatan telegraf. Komunkasi ini juga membantu perkembangan ekonomi. Pada tahun 1892 sudah ada talian langsung menghubungkan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Perkembangan telefon berhubung kait dengan permintaan orang ramai. Telefon bermula di Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1885, Perak dihubungkan dengan Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
Singapura. Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu juga berlaku perkembangan. Johor misalnya menswastakan projek telefon pada tahun 1899. Di Kedah talian telefon ada hubung kait dengan perusahaan getah. Semua balai-balai polis utama dilengkapkan dengan talian telefon menjelang tahun 1909.

Friday, October 11, 2019

Pertapakan British di Borneo Utara

Akhir abad ke-19 dikenali sebagai zaman imperialisme baru. Pada zaman itu kuasa-kuasa besar berlumba-lumba untuk menguasai tanah jajahan di luar Eropah, khususnya di benua Afrika dan Asia. Borneo Utara juga tidak terlepas daripada persaingan tersebut. Zaman itu memperlihatkan persaingan antara British, Sepanyol dan Belanda untuk menguasai Borneo Utara wilayah Kesultanan Sulu. Bagaimanapun persaingan itu berakhir dengan kemenangan British. Pihak Sepanyol mengiktiraf hak British ke atas Borneo Utara apabila termeterainya Protokol Madrid pada tahun 1885.

Belanda mengiktiraf Borneo Utara sebagai wilayah naungan British apabila termeterainya Konvensyen London pada tahun 1891. Bagaimanapun kerajaan British berjaya memerintah Borneo secara tidak langsung melalui Kompeni Berpiagam Borneo Utara yang mendapat konsesi daripada Sultan Brunei (1877) dan juga Sultan Sulu (1878), melalui Piagam yang ditandatangani pada tahun 1881 dan Perlindungan (1888).