Wednesday, March 4, 2015

sejarah hidup tokoh yang bernama Tan Sri Mohamed Noah (datuk kepada DSN) oleh Bluee Oceann

Sebagaimana yang di janjikan semalam, hari ni BO nak berkongsi sedikit sebanyak kisah dan sejarah hidup tokoh yang bernama Tan Sri Mohamed Noah ni (datuk kepada DSN). Beliau adalah antara tokoh yang merintis penubuhan Umno untuk menentang Malayan Union. Dan nama beliau tercatat sebagai Speaker atau Yang di Pertua Dewan Rakyat yang pertama. Beliau meninggal dunia pada tahun 1990 dan di makam kan di Makam Pahlawan.

Berikut adalah ringkasan sejarah hidup Tan Sri Mohamed Noah.
1. Mohamed Noah dilahirkan di Bandar Maharani Muar pada 13 Ogos 1897 bersamaan 12 Rabiul Awal iaitu bertetapan pada hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Mengikut salasilah, Mohamed Noah berasal daripada sebuah keluarga yang sejak turun-temurun bergelar "Orang Kaya" yang menjaga dan mentadbir daerah Padang, Muar. Bapanya, Orang Kaya Omar dan datuknya Orang Kaya Junid merupakan "Orang Kaya" yang terbilang dan berpengaruh pada zaman pemerintahan Almarhum SuItan Abu Bakar (1862-1895).

3. Gelaran "Orang Kaya" dikurniakan kepada seseorang rakyat untuk menjadi wakiI Sultan menjaga keamanan dan mentadbir daerahnya. Malah kaum keluarga Orang Kaya Junid iaitu datuk kepada Mohamed Noah berasaI daripada titisan zuriat seorang kerabat Raja Chempa Bugis yang berkerajaan di daerah Bukit Mor, Muar, Johor.

4. Pada tahun 1914, beliau melanjutkan pelajaran tinggi dalam bahasa Arab di Kuliah Al- Othmaniah Al Islamiah dan kemudian di Syrian Protestant College Beirut Lebanon.

5. Dan sekembali nya beliau bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat perniagaan warga Denmark yang berniaga membeli susu getah di Jalan Bakri, Bandar Maharani, Muar.

6. Pada bulan Julai 1920 beliau berkhidmat pula sebagai kerani di Mahkamah Tinggi Muar.

7. Mohamed Noah mendirikan rumah tangga dengan Maimun Abdul Manaf (anak Kadi Daerah Muar) pada bulan April 1922. Daripada perkongsian hidup itu mereka dikurniakan beberapa orang anak, antaranya ialah Fakhriah, Abu Rais, Suhaila dan Rahah. Fakhriah ialah isteri kepada Datuk Abdullah bin Ahmad, bekas Yang Dipertua Majlis Bandaran Johor Bahru, Suhaila isteri kepada Tun Hussein Onn dan Rahah isteri kepada Tun Abdul Razak Hussein.

8. Semasa menjadi kerani mahkamah beliau telah mengikuti kelas undang undang dan setelah lulus beliau telah di lantik sebagai Majistret Kelas Kedua di Mahkamah Muar pada tahun 1928.

9. Pada Januari 1934, Mohamed Noah ditukarkan ke Mersing sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah bagi daerah Mersing merangkap Majistret di daerah itu.

10. Pada 4 Januari 1936, beliau kemudiannya ditukarkan semula bertugas di Muar sebagai Penolong Kanan Pemungut Hasil Tanah bagi daerah Muar.

11. Pada 1 Julai 1939, Mohamed Noah telah dilantik memegang jawatan Timbalan Pegawai Daerah Mersing hinggalah meletus Perang Dunia Kedua pada 8 Disember 1942.

12. Setelah tentera Jepun di Malaya menyerah kalah kepada pemerintahan tentera British pada 12 September 1945 orang Melayu mulai sedar tentang nasib bangsa dan negara mereka. Datuk Onn Jaafar adalah salah seorang daripada tokoh politik yang mula-mula sekali bergerak menyatukan orang Melayu dalam pertubuhan "Pergerakan Melayu Semenanjung". Pergerakan yang dipimpin beliau itu berpusat di Batu Pahat.

13. Pada ketika itu Mohamed Noah tinggal di Batu Pahat, berkhidmat sebagai Majistret. Beliau juga adalah orang yang bekerja keras menubuhkan pergerakan itu, sebuah pertubuhan politik yang pertama ditubuhkan oleh orang Melayu di Johor selepas Perang Dunia Kedua.

14. Pada awal bulan November 1945, satu mesyuarat kecil di antara enam tokoh politik Melayu Johor telah diadakan di rumah Mohamed Noah di Jalan Sultanah, Batu Pahat. Perbincangan dijalankan sejak dari pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 3.00 pagi menjadi titik mula penubuhan UMNO.

15. Pada 1 Ogos 1950 pada usianya 55 tahun, Mohamed Noah bersara daripada jawatan kerajaan Johor setelah berkhidmat selama selama 30 tahun. Jawatan terakhir Mohamed Noah sebagai kakitangan awam ialah Yang Dipertua Jabatan Agama Johor.

16. Selepas bersara, Mohamed Noah telah bergerak lebih cergas dalam gelanggang politik tanah air dan juga badan-badan kebajikan dan sukarela. Mohamed Noah dipilih menjadi Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1951. Beliau telah memegang jawatan itu selama lapan tahun berturut-turut hingga akhir tahun 1959.

17. Mohamed Noah telah meletakkan jawatan Pengerusi Tetap UMNO apabila beIiau di lantik menjadi Speaker pertama bagi Dewan Rakyat pada 1959. Apabila pilihan raya diadakan di Johor pada 1955, Mohamed Noah telah bertanding di kawasan Segamat dan beliau menang. Beliau mewakili kawasan Segamat dari 9 Oktober 1955 hingga Jun 1959 dan beliau juga menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerja Negeri Johor sepanjang tempoh tersebut.

18. Sebagai majistret dan berjuang menentang Malayan Union, beliau diberi kepercayaan bertanding di Johor Bahru Timur, Johor mewakili Perikatan / UMNO dalam pilihan raya umum 1959. Dan beliau menang.

19. Beliau sekali lagi di lantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ketiga dari 24 Februari 1969 hingga 28 Julai 1970. Kali pertama beliau di lantik ke jawatan tersebut ialah dari 1 September 1959 hingga 29 Februari 1964.

20. Dan mengenai harta 'kekayaan' beliau, sila baca otobiofrafi Lim Goh Tong bertajuk 'MY STORY'. Tak tergamak BO nak huraikan di sini.

1 comment:

Atafo Kelvin said...

Adakah anda memerlukan pinjaman ??
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, adakah anda sangat memerlukan dana?
Hammer syarikat kewangan berada di sini untuk menyediakan anda jumlah pinjaman yang diminta selagi anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar yang standard sebanyak 3% Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com.
Kami menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk: Pinjaman Perniagaan, Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka
Adakah anda ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab ??. Jika Berminat? Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com dan mendapatkan pinjaman legit dan mudah hari ini