Sunday, April 1, 2012

Tablet Android Google Akan Memulakan Perang Harga

06-google-tablet-asus-nexus-android

Tablet Android Google bersaiz 7 inci yang akan dibina dengan kerjasama Asus (dinamakan Google Nexus) dijangka akan memulakan perang harga antara jenama-jenama tablet. Bahangnya akan terasa di Malaysia kerana tablet Google itu akan bersaing terus dengan tablet prestasi sederhana sebelum ini dari jenama ViewSonic, Ainovo, CSL, Kindle Fire serta Nook Color.

Secara tidak langsung tablet Google akan turut bersaing dengan jenama tablet prestasi tinggi seperti Samsung, Motorola, Sony, BlackBerry serta iPad. Khabarnya tablet Google itu akan diperkenalkan sekitar Mei 2012 pada harga antara RM400-RM800 ($199-$299 Dolar Amerika) yang mana hampir kesemua orang mampu untuk memilikinya.

Ura-ura awal mengatakan Google mahu menjual tablet mereka pada harga lebih rendah namun tindakan sebegitu akan mendapt tentangan pengeluar tablet Android lain seperti Samsung, Motorola, Sony, Acer serta Asus sendiri. Ia akan memulakan perang harga.

Jika harga tablet Google disasarkan pada paras rendah kemudian ia mendapat sambutan hangat, pengeluar lain akan terpaksa menurunkan lagi tablet mereka untuk meraih perhatian pengguna, kesannya mungkin akan merugikan pengeluar tablet yang sebelum ini sudah mengeluarkan tablet dalam lingkungan harga RM1500-RM1800. Kami merasa tablet Android Google pasti mendapat sambutan hangat. Siapa untung? Pengguna tablet.


(Sumber - http://www.iawani.com)

No comments: