Monday, February 27, 2012

Palestin dan Israel - Dulu, Kini dan Selamanya Akan Menjadi Rebutan.

Palestin ialah bumi yang menjadi rebutan sejak berabad-abad lamanya, ia seumpama satu perlambangan sebuah kekuasaan yang menguasai dunia, Salahuddin Al-Ayubi pernah berkata 'barangsiapa menguasai Palistin, ia menguasai dunia' .

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).

Menelusuri sejarahnya, Palestin pernah ditakluk oleh Rom pada 70 Masihi, pada masa itu, Rom adalah kuasa besar dunia, kekuasaan Rom terkulai layu semasa dalam pemerintahan Saidina Umar Al Khattab apabila baginda berjaya menawan Palestin daripada Rom pada tahun 638 Masihi. Bermula dari tarikh tersebut bumi Palestin menjadi milik Islam sehingga 1099 masihi setelah tentera Kristian berjaya menggalahkan tentera Islam semasa perang salib (crusades). Bumi Palestin jatuh ke tangan Kristian dibawah pimpinan pope hampir selama 200 tahun.

Pada tahun 1187 Masihi, Salahuddin Al Ayyubi berjaya menewaskan tentera kristian dan menakluk semula Palestin, sejak daripada itu, Palestin menjadi milik Islam. Islam terus menjadi kuasa besar dunia sehinggalah perang dunia pertama (1914-1918) tamat. Selepas perang dunia pertama, Palestin ditakluk oleh British, pada ketika itu, British adalah kuasa besar dunia.

(bersambung)

No comments: