Monday, February 27, 2012

Masalah Kita Yang Wajib Dikaji - Tuduhan Dato' Onn Kepada Orang Melayu Yang Menyertai Rusuhan Natrah

Dato' Onn mengkritik rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura semasa perjumpaan dengan pemuda UMNO yang telah diadakan di Kuala Kangsar pada hari Ahad 4 Februari 1951 ketika membuka persidangan itu Dato’ Onn bin Jaafar yang Di-Pertua “UMNO” di dalam ucapan pembukaan telah menyatakan:-

(1) Raja-raja Melayu, pegawai-pegawai Melayu, penduduk Melayu dan akhbar-akhbar Melayu itulah yang memecahkan perpaduan orang Melayu.

(2) Rusuhan yang berlaku di Singapura itu dikatakannya ialah hasutan-hasutan orang dari luar yang telah diikut dengan membuta tuli oleh orang Melayu sendiri, ia hairan mengapa orang-orang Melayu dengan tanpa usul periksa telah terpengaruh dengan orang di Singapura – BUKAN di Tanah Melayu. Orang Melayu di Tanah Melayu terpengaruh dengan seruan jihad yang dianjurkan oleh orang Pakistan bukan orang melayu.

Maka bodoh dan jahil orang melayu yang terpengaruh dengan seruan tersebut kerana walaupun telah beragama islam 300 tahun dulu namun tidak tahu menjaga agamanya sendiri dan masih bergantung kepada orang lain untuk memelihara agama mereka. Orang yang diikuti itu bukan orang melayu tetapi orang pakistan yang tidak pernah taat setia kepada Tanah Melayu.

Fakta ini membuktikan bahawa betapa menebalnya fahaman sekularlisme pemimpin-pemimpin melayu yang mendapat pendidikan British pada masa itu.

(Sumber - Majalah Qalam Bilangan 8 - Mac 1951)

Rusuhan yang dimaksudkan oleh Dato' Onn adalah merujuk kepada rusuhan Natrah atau Tragedi Natrah, rusuhan ini berlaku di Singapura pada 12 Disember 1950. Tragedi bertitik tolak dari keputusan mahkamah bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah yang sudah diIslamkan telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dikembalikan kepada agama asalnya Kristian. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu apabila Natrah akan dimurtadkan.

Seramai 18 orang terbunuh/mati syahid dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British. Mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura. Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan dengan sebaik-baknya bagi membendung keganasan merebak.

Orang Melayu, India Muslim dan orang keturunan Indonesia di Singapura tercabar apabila Natrah diletakkan di sebuah gereja atau menyamai fungsi gereja. Mereka beranggapan ini adalah 'Perang Jihad', perang suci untuk menyelamatkan agama dan maruah Islam.

Dalam Undang-Undang Syariah Islam sebagaimana Sunnah Rasulullah, perempuan Islam berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin. Tambahan pula saiz tubuh Natrah / Bertha Hertogh besar. Suaminya pula Mansor Adabi seorang guru berusia 22 tahun. Bapa angkat Mansor Adabi ialah M.A. Majid seorang India Muslim. Mereka dinikah gantung, iaitu mereka dinikah dan sah bermalam tetapi majlis jamuan perkahwinan dibuat pada satu masa lain yang sesuai.

No comments: