Sunday, October 23, 2011

Naib Canselor UiTM Menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Dari Universiti Stuttgart, German.

Dato' Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mencipta sejarah apabila menjadi orang pertama di Asia Tenggara menerima pengiktirafan daripada universiti Stuttgart, German dalam bidang kejuruteraan awam. Penglibatan beliau dalam bidang penyelidikan berkaitan kejuruteraan awam terutamanya dalam bidang kejuruteraan persekitaran dan pengurusan sumber air mendapat pengiktirafan apabila Universiti tersebut mengurniakan Ijazah Kehormat Kedoktoran kepada beliau. Penerimaan Ijazah kerhormat tersebut akan disempurnakan pada 18 Nov. 2011 di Univerisiti Stuttgart, German. Beliau juga adalah profesor pelawat universiti Stuttgart German sejak 5 tahun lalu.

No comments: