Sunday, October 23, 2011

MotoGP Sepang 2011 Dibatalkan Selepas Kemalangan Maut Penunggang Honda

Sepang, 23 Oktober. Perlumbaan MotoGP Sepang, Malaysia dibatalkan selepas berlaku kemalangan ngeri yang mengakibatkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli maut. Pembatalan perlumbaan MotoGP Malaysia 2011 diumumkan oleh penganjur perlumbaan Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sport.

Pengarah perubatan FIM, Dr. Michele Macchigodena membuat pengumuman kematian Marco Simoncelli semasa sidang akhbar petang tadi. Menurut beliau, Marco Simoncelli meninggal dunia pada jam 4.56 petang akibat kemalangan tersebut.

Marco Simoncelli terbabas dan mengelongsor diatas trek perlumbaan dalam lap ke 11 semasa dalam perlumbaan diselekoh tajam sebelum kepala beliau dilanggar oleh penunggang Monster Yamaha Tech 3, Collin Edward sehingga helmet beliau tertanggal. Turut terlibat dalam kemalangan itu ialah penunggang pasukan Ducati, Valentino Rossi.

No comments: