Monday, June 30, 2008

Open Source Software(OSS): Menjadi Pesaing Kepada Microsoft?

Pada hari ini saya, pengarah Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) dan seorang rakan menghadiri Bengkel Pasukan Petugas Strategic Thrust 4 (Promote Creativity and innovativeness via R & D To Harness Competitiveness) & Strategic Thrust 7 (Optimise Resources By Encouraging Smart Partnerships With Relevant Organization) Bagi Open Source Software yang dianjurkan bersama oleh Bahagian Dasar ICT, MOSTI dan MOHE. Peserta yang menyertai bengkel ini terdiri daripada orang kuat ICT di agensi kerajaan, IPTA dan sektor swasta.

Baru saya sedar bahawa kerajaan memperuntukan berjuta-juta ringgit untuk melaksanakan R&D dalam bidang ICT terutamanya melibatkan Open Source Software(OSS) melalui pelbagai tabung yang dikendalikan oleh MOSTI. Khabarnya UiTM juga melalui Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif (FTMSK) juga mengambil bahagian dalam melaksanakan R&D OSS dengan MOSTI melalui MOHE. Tahniah FTMSK!

Objektif utama bengkel ini ialah membahaskan Open Source Software(OSS) R & D Framework, membincangkan tiga isu utama iaitu dana bagi pembiayaan R & D, kolaborasi perkongsian pintar diantara sektor awam dan swasta dalam R & D dan Intellectual property Rights (RIP). Disamping itu, bengkel ini juga akan menyediakan pelan tindakan Strategic Thrust 4 (Promote Creativity and innovativeness via R&D To Harness Competitiveness) & Strategic Thrust 7 (Optimise Resources By Encouraging Smart Partnerships With Relevant Organization).

Semasa sesi rehat saya berkesempatan berbual dengan perunding OSS Master Plan MAMPU fasa 1, menurut cerita beliau Microsoft rasa terancam dengan OSS. tambahan pula, di MAMPU sendiri mereka telah menggunakan open office mengantikan microsoft office, dengan tindakan MAMPU ini, sudah pastilah pendapatan microsoft di Malaysia terjejas. Bengkel ini ditangguhkan pada jam 5.00 petang dan ia disambung semula esok.

2 comments:

Anonymous said...

Saya menjadi tertarik dengan kenyataan tersebut iaitu 'Open Source Software (OSS) Menjadi Pesaing Kepada Microsoft'. Saya sendiri berjinak-jinak dengan 'environment' Open Source (LINUX).Sekiranya bengkel ini diteruskan ia adalah amat baik untuk menerajui bidang IT dengan lebih meluas.

Ahmad Rais Johari said...

Bagus la macam tu. berdasarkan pengamatan saya, kebanyakan yang terror Open Source Software tahu juga Closed Source Software(istilah reka sendiri) macam microsoft. Kesimpulannya Open Source Software dan Closed Source Software adalah pelengkap antara satu sama lain. Ada waktu guna Closed Source Software, ada masa guna Open Source Software. Kita wajar tahu dua-dua.