Tuesday, April 17, 2012

British Government announces public release date for the first batch of Colonial administration files


Foreign Office Minister David Lidington has announced to Parliament the date for the release of the first batch of colonial administration files held by the Foreign Office.
David Lidington, Minister of State at the Foreign and Commonwealth Office. Crown copyright.
"In my statement to the House on 5 December 2011 about the colonial administration files held by the Foreign & Commonwealth Office, I informed the House that the first batch of files would be available at The National Archives (TNA) in April 2012. I am pleased to be able to confirm that those files will be open to the public from 18 April.

This first batch will include files from Aden, Anguilla, Bechuanaland, Brunei, British Indian Ocean Territories, Sarawak, Seychelles and Malaya as well as the first tranche of papers from Basutoland, Bahamas, Kenya and Cyprus. 

Following the schedule approved by Professor Badger, the Independent Reviewer for the Migrated Archives of colonial administration files, the remaining files will be released progressively over the next 20 months. A timetable has been published on the FCO’s website. The aim is to have all the material available for public view at The National Archives at Kew by the end of 2013."

10 Buku Yang Wajar Dibaca Untuk Jadi Pemimpin Melayu

Johan Jaafar mencadangkan sesiapa yang berhasrat untuk menjadi pemimpin wajar membaca, memahami dan menghayati kandungan 10 buah buku iaitu:-

1) Kitab Sejarah Malayu karangan Tun Sri Lanang
2) "Kitab Matla' al-Badrin wa Majma' al-Bahrain: Tempat Terbit Dua 2 Purnama, Berhimpun 2 Laut" (Sheikh Muhamad bin Ismail Daudi al-Fatani)
3) "Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu" (Tenas Effendi).
4) "Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri" (Za'ba).
5) "Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu" (DBP).
6) "Natrah" (Fatini Yaacob).
7) "The Malay Dilemma" (Dr. Mahathir Mohamad)
8) "Jejak-jejak Di Pantai Zaman" (Ungku A. Aziz).
9) "Anak Mat Lela Gila" (Ishak Hj Muhammad).
10). Kamus Dewan (DBP).

Monday, April 16, 2012

Ucapan Perdana Menteri Semasa Pembentang Akta Kesalahan Keselamatan Menggantikan ISA di Parlimen Pagi Tadi

"Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang.”

Tuan Yang di-Pertua,


Ahli-ahli Yang Berhormat,

1. Di ambang hari Malaysia 16 September 2011 yang lalu, saya telah mengumumkan inisiatif Program Transformasi Politik Negara atau PTP yang melibatkan pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, Penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

2. Serentak dengan itu, setelah tujuh bulan berlalu, bukan sekadar semua komitmen ini sedang dilunaskan, kita juga meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti sebagai mengiktiraf kematangan juga hak perlembagaan mahasiswa mahupun mahasiswi terlibat dalam politik berparti.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Menghalusi komponen-komponen Dasar Transformasi Nasional, Program Transformasi Kerajaan atau GTP melalui Program Transformasi Luar Bandar atau RTP lebih responsif kepada keutamaan massa bagi memastikan masyarakat luar bandar memiliki kemudahan prasarana asas yang moden dan mencukupi. Program Transformasi Ekonomi atau ETPbersesekali dengan Model Baru Ekonomi atau NEM pula bertujuan mencapai matlamat nasional menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

4. Sehubungan itu, sering kita sebutkan, seandai terkedepan dari segi infrastruktur fizikal atau material semata-mata tanpa kematangan institusi serta wacana politik nasional, mana mungkin mencerminkan kemajuan sebenarnya.

5. Dalam kata lain, kita ingin merealisasikan potensi Malaysia, bukan setakat menjadi negara demokratik, tetapi lebih daripada itu, untuk melonjakkan tempatnya pada kedudukan disegani di kalangan komuniti negara-negara yang menghormati hak asasi manusia. Lantaran itulah, inisiatif PTP ini bermatlamat bagi memastikan proses pembaharuan dan perubahan nasional dilaksanakan dengan tuntas.

6. Sememangnya ini adalah satu proses berterusan dan menuntut komitmen semua rakyat Malaysia. Ia bukan misi singkat yang mengambil masa sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun, sebaliknya ia memerlukan iltizam bersifat generasi ke generasi.

Tuan Yang di-Pertua,

7. Jelas sekali, perubahan dan pembaharuan lanskap politik yang sedang kita lakukan kini melalui PTP adalah bagi menangani kejayaan membangunkan negara selama lebih separuh kurun semenjak merdeka. Ia hasil usaha tidak kunjung jemu oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi, menyediakan prasarana fizikal moden, membuka akses kepada prasarana teknologi maklumat serta komunikasi yang menyeluruh sekaligus pelaburan besar dalam bidang pendidikan.

8. Melalui pindaan, pemansuhan dan penggubalan undang-undang yang sedang berjalan, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea. Pucuk pangkalnya, kita mahu mencipta sebuah Malaysia di mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk berhimpun secara aman dan untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan, seraya kepentingan individu dan komuniti diimbangi.

9. Berdiri di muka gerbang semua ini, segalanya kita mampu gemblengkan kerana kita yakin dengan kematangan semua, kerana kita yakin dengan kesediaan rakyat Malaysia, dan mustahaknya kita yakin bahawa ini adalah perkara yang betul dan wajar untuk dilakukan. Apa yang penting, setiap hak mahupun kebebasan mestilah bersulam dengan tanggungjawab, dengan izin, “freedom with responsibility”.

Tuan Yang di-Pertua,

10. Jika ditinjau, senario antarabangsa sekalipun, peristiwa dan waktu menunjukkan untuk mencapai tahap demokrasi yang ada seperti hari ini, Amerika Syarikat dan United Kingdom mengambil tempoh berabad lamanya melalui proses perlembagaan, perang saudara, perundangan malah usaha tanpa henti oleh masyarakat sivilnya.

11. Lain halnya, kita bersyukur kepada Tuhan bahawa usaha evolusi demokrasi negara ini tidak melibatkan pertumpahan darah bahkan ia berkait rapat dengan evolusi sosioekonomi. Seperti diimbas lebih lima dekad yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Malaya pada ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak, dalam dewan yang mulia ini juga telah membentangkan rang undang-undang Keselamatan Dalam Negeri 1960 bagi menyediakan negara dengan perkakasan perundangan yang perlu bagi mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang pasca tamatnya era darurat.

12. Jadinya, hari ini amat bersejarah dalam menyisir susur galur demokrasi Malaysia. Pentadbiran kini yang sentiasa prihatin merasai denyut nadi rakyat, yang sentiasa mendengar keluh kesah mereka, dan sentiasa mendakap aspirasi massa telah mengambil keputusan untuk memansuhkan ISA. Kita hakikatnya telah memasuki era demokrasi yang lebih matang di mana peranan kerajaan berubah daripada menjadi penentu dan pengukur tahap kematangan rakyat kepada pelindung agar mereka dapat menikmati hak-hak asasi yang sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua,

13. Tidak ada sesiapa pun mampu menafikan bahawa selama lebih setengah abad kewujudannya, ISA berperanan bagi melindungi cara hidup demokratik di negara tercinta ini. Ironisnya, undang-undang yang dianggap “draconian” ini telah memastikan demokrasi, hak asasi manusia dan “humandignity” dilindungi di Malaysia berbanding alternatif lain jika negara ditadbir oleh sistem kediktatoran komunis.

14. Namun, masa telah beralih dan peranan ISA telah tiba ke penghujungnya. Kerajaan menyedari hakikat ini dan komited bagi memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih progresif.

15. Hari ini sudah lebih dua dekad pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara berakhir. Ideologi komunisme sudah tidak lagi mendapat tempat sebagai asas pemerintahan negara-negara di dunia. Namun, berakhirnya ancaman ideologi ini tidaklah membawa era keamanan global yang diharapkan sebaliknya ia menyaksikan ancaman komunisme diganti oleh ancaman keganasan antarabangsa yang berteraskan ideologi ekstrimisme.

16. Kedua-dua ideologi ini walaupun berbeza, namun mempunyai titik persamaan matlamat, iaitu kedua-duanya mahu merubah corak pemerintahan negara yang berteraskan Demokrasi Berparlimen dengan menggunakan keganasan dan cara-cara tidak berperlembagaan. Soalnya, matlamat ini sama sekali tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemajmukan.

17. Oleh yang demikian, menangani cabaran anti demokratik pasca komunisme yang lebih kompleks dan canggih, negara bukan sahaja memerlukan perisai iaitu kematangan politik rakyat tetapi juga pedang di dalam bentuk Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan 2012. Rang undang-undang ini mewujudkan langkah-langkah khas diperlukan untuk menangani kes-kes keselamatan seperti yang terkandung dalam Bab Enam Kanun Keseksaan.

18. Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan 2012 digubal di bawah lembayung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Keluwesan diberi kepada kerajaan untuk menggubal perundangan yang tidak selaras dengan Perkara-Perkara 5 dalam hal kebebasan diri, Perkara 9 berkaitan larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, Perkara 10 berhubung kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan serta Perkara 13 tentang Hak terhadap harta.

19. Hendaklah diketahui bahawa, meskipun Rang Undang-Undang ini akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Rang Undang-Undang ini tidak akan menjejaskan penahanan orang yang sedang ditahan kecuali perintah itu dibatalkan oleh Menteri Dalam Negeri.

20. Di bawah pindaan undang-undang ini, aktiviti “menjejaskan demokrasi berparlimen” ditafsir sebagai suatu aktiviti yang dilakukan oleh seorang atau kumpulan orang dengan tujuan untuk menggulingkan atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan cara yang ganas dan tidak berlandaskan Perlembagaan.

21. Secara mudahnya jika ada mana-mana rakyat Malaysia sama ada individu, kumpulan atau parti politik berhajat merubah teras asas pemerintahan negara iaitu Demokrasi Berparlimen kepada misalnya pemerintahan yang bersifat teokratik, mereka haruslah menggunakan cara-cara yang diabsahkan oleh Perlembagaan Persekutuan yakni melalui peti undi untuk mendapat sokongan majoriti rakyat. Ini bersesuaian dengan prinsip bahawa rupa bentuk Kerajaan hanya boleh ditentukan oleh rakyat itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua,

22. Menyedari bahawa rang undang-undang ini digubal di bawah Perkara 149 dan ia membenarkan penahanan individu oleh pihak polis untuk tujuan siasatan yang luar dari norma kebiasaan tatacara jenayah dan undang-undang keterangan yang lazim, maka, kerajaan telah mengambil keputusan mengadakan beberapa lindung jamin atau “safeguards” seperti berikut;

23. Pertama melalui peruntukan Seksyen 4 Sub-Seksyen 3, “tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya”. Ini membawa maksud perlindungan kepada penglibatan dalam aktiviti yang sah di sisi undang-undang melalui :-

(a) pernyataan pendapat atau pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun suatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui-

(i) keanggotaan atau sumbangan kepada parti itu; atau

(ii) penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal parti itu;

(b) pernyataan pendapat yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) pengambilan tindakan yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan.

24. Kedua, pemansuhan kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menahan tanpa perbicaraan mana-mana individu. Fasal 4 rang undang-undang baru ini menyentuh tentang kuasa penangkapan dan penahanan. Di bawah fasal ini, polis mempunyai kuasa khas untuk menangkap dan menahan mana-mana orang yang polis mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu terlibat dengan kesalahan keselamatan.

25. Perlu ditekankan disini bahawa, kuasa penangkapan dan penahanan ini adalah untuk tujuan penyiasatan semata-mata. Orang yang ditangkap dan ditahan di bawah fasal ini boleh ditahan untuk tempoh 24 jam bagi maksud penyiasatan. Walau bagaimanapun, polis boleh melanjutkan tempoh tahanan tidak lebih daripada 28 hari bagi maksud penyiasatan.

26. Selanjutnya, jika polis berpandangan bahawa, penahanan lanjut tidak diperlukan selepas 24 jam atau pada bila-bila masa selepas itu, maka, orang itu boleh dilepaskan tetapi boleh dipasang dengan peranti pengawasan bagi maksud penyiasatan bagi suatu tempoh masa yang tidak melebihi baki tempoh tahanan yang dibenarkan.

27. Mereka yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan. Ringkasnya, kuasa semakan kehakiman dikembalikan sepenuhnya kepada Mahkamah bukan seperti peruntukan dalam ISA yang menghalang kuasa semakan kehakiman kecuali dalam tatacara tahanan. Berkaitan itu, ingin ditegaskan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa akan menghormati apapun keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Dalam erti kata lain, seseorang yang telah dilepaskan, tidak akan ditahan semula, atas siasatan kesalahan yang sama.

28. Ketiga, ialah “sunsetclause” bagi tempoh tahanan 28 hari hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan, jika, apabila semakan dibuat, suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu.

Tuan Yang di-Pertua,

29. Lindung jamin keempat ialah Fasal 5 memperuntukkan bahawa apabila seseorang ditangkap dan ditahan di bawah fasal 4, polis yang menjalankan penyiasatan hendaklah memberitahu waris kadim atau “next-of-kin” orang yang ditangkap dan ditahan itu sesegera mungkin mengenai penangkapan dan penahanannya. Pihak polis juga hendaklah memenuhi hak mengguami atau, dengan izin, “right to attorney”, si ditahan tidak lewat daripada 48 jam.

30. Lindung jamin kelima, dalam jangka masa yang tidak lebih daripada tamatnya tempoh tahanan, pegawai polis yang menjalankan siasatan itu perlu menghantar Kertas Siasatan kepada pendakwaraya di mana beliau hendaklah membuat keputusan sama ada mendakwa tertuduh di mahkamah atau membebaskannya. Ini bererti, tidak akan ada tahanan selepas tempoh 28 hari.

31. Lindung jamin keenam ialah apabila Akta ini berkuat kuasa, Kerajaan juga akan menubuhkan suatu Jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan Akta ini dari masa ke semasa dan Jawatankuasa ini akan juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaan Akta tersebut dan mengemukakan syor untuk penambahbaikan. Jawatankuasa ini akan dianggotai bukan sahaja oleh agensi yang berkenaan tetapi juga Presiden Majlis Peguam dan SUHAKAM.

32. Lindung jamin terakhir dan terbesar adalah kuasa dan kehendak rakyat. Kita harus maklum bahawa, di tangan rakyatlah kuasa setiap lima tahun untuk mengamanahkan parti atau gabungan parti mana yang hendak diberi kuasa sebagai kerajaan. Itulah teras asas sistem demokrasi berparlimen.


Tuan Yang di-Pertua,

33. Bahagian V rang undang-undang ini pula memperkatakan perbicaraan kes kesalahan keselamatan. Di bawah Bahagian ini terdapat 2 fasal iaitu fasal 12 yang memperuntukkan bahawa kes yang melibatkan kesalahan keselamatan akan dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. Dengan mengambil kira keseriusan kesalahan keselamatan, adalah dicadangkan supaya mahkamah khas diwujudkan secara pentadbiran untuk mendengar kes-kes keselamatan di bawah Rang Undang-Undang ini. Para Hakim yang berpengalaman akan diberi pendedahan kepada semua bentuk kesalahan keselamatan dan peruntukan undang-undang yang akan digunakan.

Tuan Yang di-Pertua,

34. Pembentangan rang–rang undang kesalahan keselamatan 2012 ini, tidak bermakna berakhirnya usaha yang telah dimulakan tujuh bulan lalu. Pastinya, kerajaan akan meneruskan usaha perubahan dan pembaharuan politik yang mulia ini. Untuk itu, suka saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Hasutan tanpa mengenepikan apa-apa opsyen.

35. Paling utama, tiga prinsip perlu kekal dalam sebarang evolusi kerangka perundangan baru ini adalah untuk menangani perbuatan dan perlakuan berikut yang :-

i) mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-PertuanAgong atau mana-mana Raja;

ii) mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

iii) mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua,

36. Kerajaan juga akan menggubal rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Rang undang-undang baru ini akan mengekalkan janji kerajaan untuk menghapuskan keperluan pembaharuan tahunan lesen penerbitan serta menubuhkan Majlis Media yang akan melaksanakan kawal-selia kendiri industri, atau denganizin, “self regulatory”.

37. Sememangnya lagi, kita tidak takut dan gentar bagi bersaing dalam gelanggang demokrasi, kita tidak takut berbanding idea serta dasar dengan sesiapa pun. Kerajaan bersikap terbuka kerana kita percaya era kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir, dan kita akur bahawa era kerajaan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan telah melabuhkan tirainya.

38. Dari yang demikian, kita percaya kita telah melakukan yang terbaik demi rakyat Malaysia. Kita akan terus melaksanakan yang terulung untuk rakyat Malaysia. Memang ternyata, kerja kita masih belum selesai. Kita perlu berikhtiar dengan lebih keras bagi memastikan anak-anak Malaysia hidup dalam sebuah negara yang aman sejahtera, makmur lagi bebas daripada ketakutan, kegundahan dan kebimbangan.

39. Pokoknya, kita sedang mencipta sebuah negara di mana keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang menjadi payung kepada setiap individu, agar bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah, mahu pun menganggotai apa-apa pertubuhan. Pendek kata, tidak ada sesiapa akan dihukum hanya-sanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara.

40. Akhirkalam, kita idam-idamkan sebuah Malaysia yang terbaik untuk warganya sebagai tanah tumpah darah mereka. Demi itu, Kerajaan Barisan Nasional akan tetap berdiriteguh, sesekali tidak akan berundur, bahkan berkobar-kobar meneruskan proses tajdid dan islah nasional, menyongsong nahdhoh keemasan demokrasi Malaysia. InsyaAllah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.Sekian, terima kasih.

(Sumber - http://tunfaisal.blogspot.com)

UiTM Berada Di Tempat Ke-2 Karnival Sukan MASUM 2012 (FASA #1)

Naib juara di belakang UPM dari segi kutipan pingat MASUM 2012


KOTA SAMARAHAN: Kontinjen Universiti Teknologi Mara (UiTM) hampir menyapu bersih juara keseluruhan dalam 14 acara yang dipertandingkan apabila muncul juara keseluruhan dalam sembilan acara pada Karnival Sukan MASUM 2012 (Fasa 1) yang melabuhkan tirainya pada 15 April 2012.

Walau bagaimanapun, dalam statistik punggutan pingat keseluruhan, UiTM menduduki tangga kedua dengan memunggut 23 emas, 42 perak, 18 gangsa dan meraih 83 pingat keseluruhan.

Mengungguli carta punggutan pingat ialah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merangkul 35 pingat emas, 13 perak dan 15 gangsa sekali gus membawa balik 63 pingat secara keseluruhannya.

Sebanyak 14 acara membabitkan lapan jenis sukan dipertandingkan pada fasa pertama temasya ini iaitu badminton, catur (lelaki dan wanita), futsal (lelaki dan wanita), memanah (lelaki dan wanita), renang, skuasy (lelaki dan wanita), tenis (lelaki dan wanita) dan tenpin boling (lelaki dan wanita).

“Kita amat gembira kerana berjaya membawa balik sembilan trofi juara dalam pelbagai acara yang dipertandingkan. Kejayaan itu adalah bukti komitmen serta semangat juang yang ditunjukkan oleh semua atlet sepanjang temasya kali ini,” ujar Ketua Kontinjen UiTM, Mohd Fisol Saud ditemui selepas majlis penutupan temasya di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR), Unimas semalam.

Mohd Fisol berkata kejayaan cemerlang itu pasti akan menjadi dorongan utama buat atlet-atlet UiTM bagi menghadapi cabaran fasa kedua kejohanan yang bakal diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor pada Julai depan.

UiTM mengekalkan reputasi sebagai gergasi sukan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan muncul juara acara catur lelaki dan wanita, futsal lelaki dan wanita, memanah (wanita), skuasy (lelaki), tenis (lelaki dan wanita) dan boling wanita.

“Kita yakin para atlet akan terus meningkatkan usaha mereka dalam menghadapi cabaran lebih getir pada MASUM Fasa II di Johor, Julai nanti,” katanya.

Sementara itu, UPM berjaya mengungguli acara badminton, skuasy wanita dan memanah lelaki manakala Universiti Malaya (UM) menguasai acara boling lelaki dan renang.

Tuan rumah, UNIMAS berjaya meraih satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam acara boling beregu lelaki dan All Events serta acara renang 100 meter kuak lentang wanita.

Berucap merasmikan penutupan temasya itu, Naib Canselor Unimas, Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid melahirkan rasa bangga atas kejayaan Unimas yang diberi peluang sebagai tuan rumah temasya sukan terbabit.

Saturday, April 14, 2012

Why Open Source Is the Key to Cloud Innovation

By Thor Olavsrud

In the 25 years since Richard Stallman wrote the GNU General Public License, free and open source software (FOSS) have become pervasive in computing: Linux, Apache HTTP Server, MySQL and more can be found in large numbers of enterprises across the globe. And open source is now increasingly undergirding cloud computing as well.

"Open source is certainly at the foundation in terms of building out cloud technologies," says Byran Che, senior director of product management at Red Hat and responsible for its cloud operations offerings, management software and Red Hat Enterprise MRG, (Red Hat's Messaging, Real-time and Grid platform). "If you take a look at market share in the server space, as you look at traditional data centers, about 70 percent are running on the Windows platform and about 30 percent are running Linux. As you take a look at what operating systems people are choosing to build applications on in the cloud, the ratio flips completely."

The reasoning is simple, Che says: With a fresh start, you get to build a whole new architecture from the ground up, and open source gives you the best value.

"You can't get to the Amazon scale or the Google scale and pay the license fees," he says.

Cost isn't the only thing giving the open source model an edge in the cloud space. Che also points to the capability to create a community around a project and thus drive rapid innovation.

"That's what open source is really good at," he says. "Amazon, Google, Facebook, all the people building out all these cloud applications, infrastructure and services, they're all doing it on open source. The fact that they're using open source software is the only way they can innovate at the pace they need to. They can't wait for their vendors to go through the development cycle."

Does SaaS Violate Free Software Principles

But what exactly is open source doing in the cloud? Stallman, for whom free software is intensely political (he disdains the term open source), claims that cloud computing—specifically Software as a Service (SaaS)—cannot be free by definition.

"SaaS and proprietary software lead to similar harmful results, but the causal mechanisms are different," Stallman wrote in an article published by the Boston Review in 2010. "With proprietary software, the cause is that you have and use a copy which is difficult or illegal to change. With SaaS, the cause is that you use a copy you don't have."

"Many free software supporters assume that the problem of SaaS will be solved by developing free software for servers," he adds. "For the server operator's sake, the programs on the server had better be free; if they are proprietary, their owners have power over the server. That's unfair to the operator, and doesn't help you at all. But if the programs on the server are free, that doesn't protect you as the server's user from the effects of SaaS. They give freedom to the operator, but not to you."

Stallman's contention has its roots in the philosophical divide between free software and open source software. The open source movement, Stallman says, is a development methodology with a practical focus on making the source code available. The free software movement, on the other hand, promotes an ethical stance on how users should be able to interact with their software.

For Stallman, free software must provide users with four essential freedoms:


  1. The freedom to run the program as you wish

  2. The freedom to study and change the source code so it does what you wish

  3. The freedom to redistribute exact copies

  4. The freedom to redistribute copies of your modified versions

While the open source definition and the free software definition are nearly identical, they seem to come apart at the seams when it comes to cloud.

"Releasing the server software source code does benefit the community: Suitably skilled users can set up similar servers, perhaps changing the software," Stallman wrote. "But none of these servers would give you control over computing you do on it, unless it's your server. The rest would all be SaaS. SaaS always subjects you to the power of the server operator, and the only remedy is, Don't use SaaS!. Don't use someone else's server to do your own computing on data provided by you."

Meanwhile, the open source world is working feverishly across the cloud stack—Infrastructure as a Service (IaaS), Platform as a Service (PaaS), SaaS, Data Storage as a Service (DaaS)—and in cloud management.

The Properties of Open Cloud

Che says Red Hat believes in the open cloud, which he says has seven defining properties:


  1. It's open source. "That's the foundation upon which you build," Che says.

  2. It's based on collaborative development. "There's got to be a viable, independent community around the project," he says. "That dynamic has to be there, otherwise it's just a proprietary company releasing its source code."

  3. It's based on open standards and open formats that are not tied into proprietary technology.

  4. It gives you the freedom to use your intellectual property.

  5. It gives users a choice of infrastructure. They get to choose their infrastructure provider and cloud provider.

  6. It has open APIs. "It's got to be pluggable and extensible," Che says. "It can't be restricted by what you got out of the box."

  7. It has to be portable to other clouds. It can't lock you in to a particular vendor.

"One of the areas where we need an open cloud is to give you the ability to have interoperability and portability across different clouds," Che says. "I should be able to manage a hybrid cloud that spans across all these different technologies."

Open Source Cloud to Avoid Vendor Lock-in

One big step in that interoperability and portability direction is Apache Deltacloud, a project initiated by Red Hat in 2009 and then contributed to the Apache Software Foundation, where it gained Top-Level Project (TLP) status in 2010. With Deltacloud, the Apache Software Foundation is attempting to provide an answer to a problem that hasn't much reared its head yet, but is likely to become pressing in coming years: cloud lock-in.

"The biggest challenge is that there's so much happening in the cloud that users are so busy figuring out how best to use cloud that lock-in is still not a big concern for them," says David Lutterkort, principal software engineer at Red Hat and chair of the Apache Deltacloud project. "It's not that high on peoples' lists yet."

Deltacloud is an API that abstracts differences between clouds, enabling management of resources in different IaaS clouds using a single API. It can essentially be implemented as a wrapper around a large number of clouds, freeing users of cloud computing from dealing with the particulars of each cloud's API.

Standards bodies have also coalesced to create open and interoperable standards. In 2009, leading standards development organizations (SDOs) to form Cloud Standards Coordination, intended to coordinate the work of the various SDOs developing cloud standards. Members include the Cloud Security Alliance, Cloud Standards Customer Council, Distributed Management Task Force (DMTF), the European Telecommunications Standards Institute (ETSI), the National Institute of Standards and Technology (NIST), Open Grid Forum (OGF), Object Management Group (OMG), Open Cloud Consortium (OCC), Organization for the Advancement of Structured Information and Standards (OASIS), Storage Networking Industry Association (SNIA), The Open Group, Association for Retail Technology Standards (ARTS) and TM Forum.

Lutterkort is also a board member of the DMTF, which, among other things, is working on a standard called the Cloud Infrastructure Management Interface (CIMI), which would create a standard API that any cloud could use.

Project Aeolus is another forward-looking open source project, driven by Red Hat, that essentially seeks to build an open source cloud broker. A stand-alone project, Aeolus offers a single, consistent set of tools to build and manage organized groups of virtual machines across clouds. It consists of the following:


  • Aeolus Conductor, which offers a way to provide cloud resources to users, manage users' access to and use of those resources and control users' instances in clouds

  • Aeolus Composer, which provides a way to build cloud-specific images from generic templates so users can choose clouds freely using compatible images
  • Aeolus Orchestrator, which provides a way to manage clumps of instances in an organized way, giving users the ability to automatically bring up a set of different instances on a single cloud or spanning multiple clouds, configure them and tell them about each other

  • Aeolus HA Manager, which provides a way to make instances or clumps of instances in the cloud highly available

Red Hat is far from alone in contributing to the open cloud. Rackspace Cloud and NASA have made waves with the OpenStack IaaS cloud computing project, also made available through the Apache Software Foundation. The OpenStack project's mission is to give any organization the capability to create and offer cloud computing services running on standard hardware.

(Sources - http://www.cio.com)

Sistem Pengkalan Data Ahli UMNO diceroboh Penggodam - Semua Maklumat Ahli UMNO dicuri


Pentadbir sistem bagi parti-parti politik samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat digesa untuk memastikan sistem yang diselenggara oleh mereka sentiasa selamat dengan memantapkan keselamatan laman web masing-masing. Pengodam yang mengelarkan dirinya sebagai 'politikus' dilaporkan oleh blog kenahack berjaya menceroboh pengkalan data keahlian UMNO. Semua data yang bersaiz hampir 30GB berjaya dicuri oleh pengodam tersebut termasuk maklumat keahlian UMNO Perdana Menteri. Difahamkan 'politikus' akan cuba untuk mengodam semua laman web parti-parti politik dan mencuri maklumat keahlian parti-parti tersebut tanpa mengira BN atau PR. Justeru, pentadbir sistem bagi parti-parti politik yang menggunakan windows sebagai operating system untuk sistem mereka perlu memastikan semua patches penting dikemaskini sebagaimana yang dicadangkan oleh microsoft.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui blog http://www.kenahack.com

Thursday, April 12, 2012

Pemahaman Tentang Budaya Politik Melayu

Budaya politik Melayu pada hari ini sedang mengalami suatu proses tranformasi. Budaya politik Melayu dahulunya adalah bersifat feudal dengan ciri-ciri yang jelas seperti zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah telah memberi gambaran serta menjelaskan sistem politik dan sosio-ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan kolonial ke Tanah Melayu. Ketika itu, masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah (Gullick 1978).

Golongan yang memerintah terdiri daripada golongan istana dan bangsawan. Manakala golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat jelata. Golongan yang memerintah ini dianggap sebagai manusia yang tinggi status dan martabatnya. Ketika masyarakat Melayu masih beragama Hindu-Buddha, golongan bangsawan dianggap sebagai jelmaan dewa atau keturunan dewa. Sesiapa sahaja yang terpilih menjadi pemimpin utama dalam sesuatu kelompok masyarakat akan dianggap sebagai manusia yang suci, mulia dan bebas dari dosa (Shaharuddin 1988).

Oleh yang demikian, orang Melayu percaya bahawa pemimpin mereka mempunyai pelbagai sifat yang sangat istimewa serta kuasa dalam bentuk daulat yang tidak boleh ditentang oleh sesiapa. Selepas kedatangan Islam, tanggapan mereka terhadap golongan pemerintah ini masih tidak berubah. Raja yang awalnya dianggap sebagai jelmaan dewa dikaitkan pula bahawa raja Melayu mempunyai pertalian daripada keterunan Iskandar Zulkarnaian.

Sejarah Melayu, meletakkan raja-raja Melayu sebagai ‘pengganti Allah” di muka bumi ini. Baginda diterima sebagai ketua agama Islam di dalam masyarakatnya serta di panggil dengan gelaran Sultan. Gelaran Sultan telah memperkukuhkan konsep daulat iaitu sesiapa yang menderhaka kepada Sultan adalah suatu kesalahan yang besar. Ini kerana perbuatan itu akan mendatangkan tulah kepada setiap penderhaka, iaitu sesuatu bentuk pembalasan daripada kuasa ghaib akibat kemungkaran raja yang diderhakainya (Haron Daud 1993:89-102).

Oleh itu budaya politik Melayu tradisional adalah bersandarkan kepada agrarian, patron-client, pasif, non-political, setia, sensitif dengan darjat dan daulat pemimpin (Raja/Sultan) dan struktur politiknya submissive (kepatuhan kepada pemimpin). Di dalam masyarakat Melayu, pemimpin politik biasanya terdiri daripada mereka yang berketurunan bangsawan dan bukannya daripada orang bawahan atau rakyat biasa. Namun terdapat juga di antara pemimpin politik dilantik dan dipilih berdasarkan kepada jasa dan pengorbanan kepada kerajaan dan juga mungkin melalui perkahwinan (Mahadzir 1989).

Hang Tuah lima bersaudara contohnya adalah di kalangan rakyat biasa yang dilantik menjadi pembesar di atas jasa dan pengorbanan menyelamatkan Bendahara Melaka dari serangan orang mengamuk. Watak Hang Tuah adalah aplikasi atau cermin budaya politik Melayu yang berasaskan kepada konsep kesetiaan dan ketaatan (Jamaie et al. 2005: 75).

Selepas kedatangan kolonial, budaya politik Melayu dikatakan telah memasuki tranformasi baru iaitu timbulnya beberapa ideologi dan pemikiran politik yang dikatakan boleh menggugat budaya politik yang sedia ada. Antaranya wujud aliran ideologi sosialis, komunis, keagamaan dan juga nasionalisme. Aliran ideologi komunis di Tanah Melayu ini dipelopori oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin oleh beberapa perjuangan komunis Melayu seperti Musa Ahmad, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan Abdullah CD3.

Rashid Maidin merupakan orang Melayu yang berjuang bersama komunis dari awal tercetusnya perjuangan gerakan anti-British sehinggalah melalui beberapa zaman seperti di zaman penjajahan hingga Tanah Melayu merdeka. Perjuangan PKM ini adalah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di Tanah Melayu namum gagal (Ishak Saat 2007: 63-67).

Aliran ideologi ini telah menukar wajah budaya politik Melayu, sehingga ada di kalangan mereka boleh melanggar konsep daulat seperti yang diamalkan sejak zaman Melayu tradisional. Tahap ini merupakan permulaan gerakan perjuangan politik yang mengubah landskap budaya politik Melayu yang selama ini berasaskan kepada konsep daulat iaitu taat setia kepada raja atau pemerintah secara melulu.

Pelopor golongan ini kebanyakannya mendapat pendidikan dari aliran Melayu seperti dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) antara tokoh yang terlibat ialah Ibrahim Yaakob dan Ishak Hj. Mohammad yang telah menggunakan pendudukan Jepun sebagai asas perjuangan mereka untuk mendapat tempat dalam kegiatan nasionalisme itu (Ramlah Adam, 1998).

Pergerakan atau peralihan budaya politik Melayu pada zaman kolonial ini bermula dengan kebangkitan nasionalisme yang timbul sebagai satu bentuk tindak balas untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu (Jamaie, 2005: 81).

Kesedaran ini diperkuatkan lagi apabila ada di kalangan orang Melayu yang menerima pendidikan agama di Timur Tengah (Amaluddin 1998 : 124-128) dan pendidikan sekular di insititut pengajian tinggi di luar negara yang pulang ke Tanah Melayu. Mereka kemudiannya tampil ke hadapan untuk memberi sumbangan idea kepada masyarakat dan kebanyakan mereka menjadi orang penting dalam menggerakkan beberapa gerakan dan organisasi politik (Fauziah dan Ruslan 2000: 323-324).

Gerakan politik mereka ini digolongkan sebagai nasionalisme haluan kiri yang dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS) (Rustam, 2004).

Kesatuan Melayu Muda (KMM) merupakan wadah sosio-politik pertama yang muncul di Tanah Melayu sebelum Perang dunia Kedua. Kewujudan KMM adalah rentetan daripada perjuangan Ikatan Pemuda Pelajar yang ditubuhkan pada tahun 1929 oleh Ibrahim Yaakub di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. KMM ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu dengan idea untuk bergabung dengan Indonesia dalam membentuk Melayu Raya atau Indonesia Raya (Cheah Boon Kheng 1983: 101).

Pada asasnya, gagasan Melayu Raya itu berteraskan kepada suatu konsep sesuatu bangsa itu ditentukan oleh persamaan kebudayaan serta keterunan. Idea ini menunjukkan Tanah Melayu serta kepulauan Indonesia merupakan satu rumpun dan keturunan yang sama iaitu Melayu yang dipisahkan oleh kolonial barat iaitu Inggeris dan Belanda. Melayu Raya merupakan suatu rancangan pembentukan sebuah negara-bangsa Melayu yang merangkumi seluruh wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulaun Indonesia (Rustam A. Sani, 1975)

KMM dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako). Tetapi KMM hanya dapat bertahan beberapa bulan sahaja kerana masalah kepimpinan berikutan pemimpinnya ditangkap oleh Jepun maka KMM dibubarkan. Setelah KMM dibubarkan, pada 17 Oktober 1945, PKMM ditubuhkan di Ipoh, Perak. Beberapa orang bekas ahli PKM turut menjadi ahli PKMM bersama-sama dengan tokoh – tokoh KMM. Antara mereka yang terlibat dalam pembentukan PKMM ialah Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestaman dan Khatijah Ali.

Matlamat penubuhan PKMM ialah mempersatukan bangsa Melayu, menaikan semangat kebangsaan di kalangan bangsa Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya ataupun Melayu Raya. Walaupun PKMM ini berhaluan kiri, namum PKMM juga memainkan peranan menentang Malayan Union dengan membentuk PUTERA (Mohd Fo’ad Sakdan, 1999: 121).

Konsep Melayu Raya ini telah meresap ke dalam budaya politik Melayu yang bersedia untuk menubuhkan sebuah republik. Golongan ini dipelopori oleh golongan radikal yang menyatakan konsep ini dibina hasil daripada latar belakang masyarakat Melayu yang mempunyai kesamaan kebudayaan serta rumpun bangsa Melayu. Ini seperti yang dinyatakan oleh konsep Melayu di atas. Tetapi usaha golongan ini untuk menubuhkan Melayu Raya gagal, walaubagaimana pun, golongan ini tetap dianggap sebagai pelopor dalam memperkenalkan semangat nasionalisme Melayu kepada orang Melayu di Tanah Melayu.

Dengan kelahiran golongan radikal seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy ia telah membuka ruang lingkup masyarakat Melayu untuk mengubah budaya politik Melayu. Golongan ini yang dianggap radikal akhirnya dilabelkan sebagai sosialis dan berhaluan kiri.

Pada tahap ini perkembangan nasionalisme dalam budaya politik Melayu semakin meningkat apabila tindakan British untuk menubuhkan gagasan Malayan Union pada 10 Oktober 1945. Buat pertama kalinya, kesemua pemimpin gerakan nasionalisme Melayu telah mengenepikan sengketa dan perbezaan ideologi masing-masing untuk bersatu menentang Malayan Union.

Rentetan itu seorang bangsawan daripada Johor iaitu Dato’ Onn Jaafar telah menubuhkan UMNO pada 1946. Senario ini telah membawa evolusi baru dalam budaya politik Melayu. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 hasil daripada satu kongres se-Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur dengan disertai oleh 41 persatuan Melayu termaksud wataniah (Jamaie, 2005).

Usaha mengegalkan kesatuan Malaya mengambarkan semangat cinta dan sayang kepada Malaya tersemat di hati orang Melayu ketika itu. Melalui isu nasional yang berkait dengan hak ketuanan dan kedaulatan raja-raja Melayu maka perjuangan UMNO mendapat sokongan menyeluruh daripada orang Melayu. Kewujudan UMNO ini telah menyatupadukan seluruh persatuan dan kesatuan Melayu di Tanah Melayu di bawah satu payung. Dengan terbentuknya UMNO maka bermulalah perjuangan nasionalisme yang berhaluan kanan, pertama untuk menolak gagasan Malayan Union dan kedua untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah dan sekaligus mengubah sosio budaya politik Melayu.

UMNO lahir dari kesedaran perpaduan dalam diri orang Melayu bahawa untung nasib bangsa Melayu terletak di atas semangat perpaduan politik kebangsaan untuk bersama-sama berjuang di bawah slogan ‘Hidup Melayu’ bagi mempertahankan hak dan kepentingan bangsa yang terancam akibat gagasan Malayan Union. Ini dapat diselami daripada ucapan dasar Dato’Onn Jaafar sebagai pengerusi kongres yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada 1 Mac 1946 yang menyatakan bahawa:

“...sebagaimana yang berkumpul disini dan atas kemahuan dan keazaman dan keputusan hari ini hendak membinakan tapak-tapak bangunan yang akan menghasilkan dan mengesahkan cita-cita bangsa kita yang telah lama didiami itu iaitu persatuan di antara kita sendiri...Adapun maksud dan tujuan itu ialah keyakinan di hati kita bahawa nasib bangsa kita itu hanyalah dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang kepada kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sekalian...” (Ibrahim Mahmood, 80: 1971)

Nasionalisme dalam perjuangan UMNO menjadi titik tolak perubahan sistem politik Melayu. Ini kerana UMNO yang menjadi ‘tulang belakang’ dalam membawa kemerdekaan Tanah Melayu telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu ketika itu. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957 Perlembagaan Tanah Melayu 1957 diwujudkan. Dalam perlembagaan tersebut, Majlis Raja-Raja diwujudkan dan cara melantik Ketua Negara yang dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih setiap 5 tahun sekali dari kalangan 9 raja-raja Melayu.

Ini menunjukkan bahawa budaya politik Melayu masih mengekalkan sistem beraja tetapi ia disesuaikan dengan konsep Raja Berpelembagaan. Dari segi budaya, raja masih diletakkan diposisi tinggi dalam masyarakat Melayu sebagai Ketua Negara Persekutuan. Peranan dan fungsinya yang tercatat dalam perlembagaan sebagai salah satu usaha untuk mempertahankan budaya politik Melayu. Walaupun berlaku perubahan besar dalam sistem politik tetapi dalam konteks budaya politik Melayu kedudukan dan fungsi raja masih lagi kekal.

Tahap Ketiga : Krisis UMNO 1987

Tinjauan pada tahap ini, cuba melihat bagaimana ideologi nasionalisme menjadi persoalan kerana wujud perpecahan dalam asas nasionalisme Melayu yang telah mengubah landskap dan budaya politik Melayu. Ini dapat ketika dalam krisis kepimpinan UMNO 1987 apabila berlaku krisis yang berpunca daripada pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO.

Dalam budaya politik Malaysia, Presiden UMNO merupakan Pengerusi Barisan Nasional dan juga Perdana Menteri Malaysia. Krisis dan perebutan jawatan Presiden UMNO antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh pada awalnya dilihat sebagai pertembungan peribadi tetapi kemudian bertukar menjadi krisis kepimpinan yang rumit apabila ada usaha untuk menjatuhkan serta menggulingkan kepimpinan Dr. Mahathir.

Dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada 24 April 1987 berlaku pertandingan antara Dr. Mahathir yang mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO dengan pencabarnya Tengku Razaleigh yang juga merupakan bekas Naib Presiden UMNO. Dalam pertandingan tersebut, Dr. Mahathir telah menang dengan majoriti 43 undi setelah memperolehi 761 undi, manakala Tengku Razaleigh memperolehi 718 undi. Berdasarkan daripada jumlah undi yang diperolehi oleh Dr. Mahathir ini membuktikan hampir separuh perwakilan menolak kepimpinan beliau. Undi perwakilan adalah lambang suara ahli-ahli UMNO di semua peringkat iaitu bahagian dan cawangan.

Natijah dari analisa undi ini ialah sebahagian besar dari ahli-ahli UMNO cuba menolak Presiden mereka melalui saluran demokrasi iaitu situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini. Walaupun di era Hussein Onn pernah berlaku pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO yang dicabar oleh Sulaiman Palestin tetapi kedudukan Presiden dan UMNO langsung tidak tergugat kerana hampir semua perwakilan masih menyokong kuat Hussein Onn.

Berbeza dengan Mahathir, beliau boleh tumbang jika tidak diselamatkan oleh 43 undi majoriti yang kecil itu. Konflik yang berlaku dalam UMNO ini, turut mewarnai nasionalisme dalam budaya politik Melayu. Nasionalisme Melayu ini telah berpecah kepada dua bentuk acuan iaitu nasionalisme acuan Dr. Mahathir dan nasionalisme acuan Tengku Razaleigh. Walaupun kedua-duanya sama memperjuangkan nasionalisme Melayu tetapi disebabkan krisis personaliti antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh ini budaya politik Melayu turut berubah.

Senario ini dapat diperjelaskan dengan wujud dua team dalam UMNO. Team A dipimpin oleh Dr. Mahathir yang mencerminkan kumpulan yang mendukung nasionalisme Melayu liberal manakala team B pula dipimpin oleh Tengku Razaleigh yang mendukong nasionalisme Melayu konservatif.

Rentetan dari krisis perebutan jawatan itu, pada 4 Februari 1988 pendaftaran UMNO sebagai sebuah parti politik diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pengharaman tersebut berpunca daripada tindakan sekumpulan penyokong Team B, lebih dikenali sebagai Kumpulan 11, membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Perhimpuanan Agong UMNO pada 24 April 1987 itu diistiharkan tidak sah dan batal kerana mendakwa terdapat 78 perwakilan tidak sah yang turut hadir dan mengundi dalam perhimpunan tersebut dan juga mendakwa terdapat 30 cawangan UMNO tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (Ahmad Atory Hussain,1997:128).

Setelah UMNO diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah menyaksikan perlumbaan untuk menjadi penerus perjuangan nasionalisme Melayu yang sah dari aspek perundangan di Malaysia (Shahbudin, 1997).

Persaingan ini penting kerana mereka bakal mewarisi kuasa dan aset UMNO yang dibatalkan pendaftarannya, bahkan juga kerajaan negara yang sah dari segi perundangan. Team A telah mengemukan permohonan untuk menubuhkan UMNO (Baru) manakala Team B menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Parti Semangat 46 telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1988 oleh sepuluh orang ahli perniagaan Melayu. Parti ini asalnya didaftarkan atas nama UMNO 46 pada 30 September 1988 tetapi ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan kerana menggunakan nama yang sama dengan UMNO (Baru) yang telah berdaftar.

Oleh itu, nama UMNO 46 telah ditukar kepada Parti Semangat 46 pada 25 Febuari 1989 untuk membolehkan ia didaftarkan. Pendaftaran parti ini diluluskan pada 5 Mei 1989. Walaubagaimana pun, kedua-dua parti ini masih lagi memperjuangkan dan mempertahankan nilai-nilai nasionalisme Melayu dalam sistem politik negara seperti kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputra serta kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan bagi Persekutuan.

Cuma yang membezakan kedua-dua parti ini ialah nasionalisme Melayu UMNO (Baru) lebih bersifat liberal, manakala Parti Melayu Semangat 4610 lebih bersifat konservatif (Ahmad Atory Hussain 1993). Ia bersifat liberal kerana mempertahankan perjuangannya untuk meneruskan agenda Melayu berasaskan perlembagaan parti yang sedia ada sesuai dengan keperluan semasa. Manakala sifat konservatif kerana untuk mempertahankan kepentingan Melayu untuk Melayu semata-mata. Ia dikatakan bersesuaian dengan semangat perjuangan orang-orang Melayu pada tahun 1946 kerana perjuangan Melayu tulin dan nasionalisme ketika itu adalah Tanah Melayu hak orang Melayu.

Salah satu sebab Tengku Razaleigh memilih perkataan ‘Semangat 46’ adalah untuk meningkatkan kembali semangat orang-orang Melayu untuk terus menyokong beliau. Dengan kewujudan dua aliran nasionalisme Melayu ini ia telah mengubah landskap serta variasi budaya politik Melayu. Tambahan pula, kedua-dua parti ini turut terlibat dalam beberapa pilihan raya umum. Dengan kehadiran Parti Melayu Semangat 46 ia lebih memeriahkan suasana politik di Malaysia.

Parti pimpinan Tengku Razaleigh ini telah membuat pakatan dengan PAS dalam menghadapi pilihan raya umum 1990 dengan menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Walaupun, parti ini hanya mendapat tempat di negeri kelahiran Tengku Razaleigh sahaja iaitu di Kelantan, namun ia tetap menunjukkan bahawa kehadiran Semangat 46 ini turut mengubah budaya politik Melayu. Jika sebelum pilihan raya umum 1990, rakyat Kelantan memilih parti aliran nasionalisme sebagai tunjang untuk memerintah Kelantan.

Dengan kehadiran Semangat 46 dalam suasana politik di Kelantan ia lebih menguntungkan PAS. Ini menunjukkan secara tidak langsung Semangat 46 telah membantu Parti Islam memulakan tapak kembali di negeri Kelantan. Kehadiran Semangat 46 ini sebenarnya bukan untuk menyatakan siapakah yang lebih nasionalis antara Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh. Ia lebih kepada perjuangan dan masalah peribadi dua pemimpin ini. Konflik yang berlaku antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh ini telah menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu.

José Rizal - Philippine's Hero

José Rizal. (born June 19, 1861, Calamba, Phil.—died Dec. 30, 1896, Manila) patriot, physician, and man of letters who was an inspiration to the Philippine nationalist movement. The son of a prosperous landowner, Rizal was educated in Manila and at the University of Madrid.

A brilliant medical student, he soon committed himself to the reform of Spanish rule in his home country, though he never advocated Philippine independence. Most of his writing was done in Europe, where he resided between 1882 and 1892.

In 1886 Rizal published his first novel, Noli me tangere (The Social Cancer), a passionate exposure of the evils of Spanish rule in the Philippines. A sequel, El filibusterismo (1891; The Reign of Greed), established his reputation as the leading spokesman of the Philippine reform movement. He published an annotated edition (1890; reprinted 1958) of Antonio Morga's Sucesos de las Islas Filipinas, hoping to show that the native people of the Philippines had a long history before the coming of the Spaniards.

He became the leader of the Propaganda Movement, contributing numerous articles to its newspaper, La Solidaridad, published in Barcelona. Rizal's political program included integration of the Philippines as a province of Spain, representation in the Cortes (the Spanish parliament), the replacement of Spanish friars by Filipino priests, freedom of assembly and expression, and equality of Filipinos and Spaniards before the law.

Rizal returned to the Philippines in 1892. He founded a nonviolent-reform society, the Liga Filipina, in Manila, and was deported to Dapitan in northwest Mindanao. He remained in exile for the next four years. In 1896 the Katipunan, a Filipino nationalist secret society, revolted against Spain. Although he had no connections with that organization and he had had no part in the insurrection, Rizal was arrested and tried for sedition by the military.

Found guilty, he was publicly executed by a firing squad in Manila. His martyrdom convinced Filipinos that there was no alternative to independence from Spain. On the eve of his execution, while confined in Fort Santiago, Rizal wrote “Último adiós” (“Last Farewell”), a masterpiece of 19th-century Spanish verse.

Tuesday, April 10, 2012

25 Nasihat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya Untuk Pengajaran Bersama.

Nasihat #1
Hai anakku! ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Nasihat #2
Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

Nasihat #3
Hai anakku! orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


Nasihat #4
Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Nasihat #5
Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Nasihat #6
Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


Nasihat #7
Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.


Nasihat #8
Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.


Nasihat #9
Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

Nasihat #10
Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

Nasihat #11
Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Nasihat #12
Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

Nasihat #13
Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


Nasihat #14
Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.


Nasihat #15
Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

Nasihat #16
Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

Nasihat #17
Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

Nasihat #18
Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Nasihat #19
Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

Nasihat #20
Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Nasihat #21
Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.


Nasihat #22
Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.


Nasihat #23
Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

Nasihat #24
Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.


Nasihat #25
Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.