Monday, August 7, 2017

NOTA UNTUK ANAK MUDA oleh Roslan Ab Hamid (Rakan Facebook saya)

NOTA UNTUK ANAK MUDA.
.
1. Dalam hidup ini setiap orang akan tertakluk pada bagaimana dia diasuh dan terbentuk. Adalah rugi apabila anak bangsa masih hidup bertongkat dagu mengharapkan subsidi mudah dalam dunia penuh persaingan untuk survive ini.
.
2. Ada 5 elemen yang akan pengaruhi diri sesorang.
.
+ Ibu bapa atau penjaga.
+ Guru, Jurulatih dan Mentor. Sekolah formal dan tidak formal.
+ Keluarga besar "sepupu sepapat" serta kawan kawan yang banyak berinteraksi dengan kita, terutama dalam usia 0- 8 tahun.
.
+ Pendedahan pada media terutama dalam era sekarang ini.
+ Lingkungan pergaulan setelah kita dewasa.
.
3. Dalam era sekarang ada banyak gangguan. Maklumat bertaburan tanpa kawalan. Apa yang utama adalah:
.
+ Upaya untuk ketulkan maklumat dan pilih mana yang berguna untuk kita.
.
+ Pilih masa paling produktif supaya sekurang kurangnya 4 jam sehari kita dapat buat buat dan buat untuk jadikan kita berjaya "sudahkan apa yang kita mulakan" dan capai impian asal sewaktu bermula.
.
4. Saya dulu terlatih kerja jam 7 pagi hingga 8 malam. Kena sampai di pejabat tepat jam 7 pagi, sebab Chairman akan bawa untuk minum teh sarapan pagi bersama.
.
Satu jam pagi itu membolehkan saya "belajar" bagaimana dia menguruskan syarikat bernilai ratusan juta. Berjam setiap hari ikut dia ke mana mana mengajar diri , "Do and Don't apabila berinteraksi"
.
5. Dalam mengurus anak muda masa kini, kita tidak boleh mengawal cara "command and control". Mereka ada pemikiran terkini. Apa yang dapat dilakukan adalah mentoring. Mereka ada kebebasan. Apa yang perlu kita berikan acuan untuk mereka berkarya pada masa yang sesuai supaya mereka tahu masa yang produktif.
.
6. Beritahu mereka tiga prinsip:
.
+ Sudahkan apa yang telah dimulakan.
+ Dari serelung jadikan berelung relung.
+ Belajar berkolaborasi. Itu jalan untuk cepat berjaya dalam dunia masa kini.
.
7. Saya pinjam tiga petikan kata kata yang dicatat dalam lembaran FB sahabat hebat Tuan Mazlan Mohamad.
.
8. Pertama, Zig Ziglar, seorang tokoh motivasi dan jualan tahun 80an dan 90an ada menyebut,

"Tiada MATLAMAT. Bukannya tiada masa. Itulah situasinya".
.
Didik anak muda untuk ada matlamat. Bukan sekadar terbang tinggi, namun mahu juga terbang jauh diangkasa.
.
9. Kedua, Tuan Mazlan Mohamad mencatat tentang Jeff Bezos, pemilik Amazon dan orang terkaya di dunia masa kini, "Fikir jangka masa panjang : Terus melabur, belajar dan berinovasi untuk mengembangkan bisnes".
.
10. Ketiga, Tuan Mazlan Mohamad mencatat tokoh popular Elon Musk, pengasas kereta masa depan TESLA menyebut, "Semua faktor luaran sama ada sesetengah orang suka atau tidak, ia berada di luar kawalan kita, tetapi apa yang ada dalam kawalan adalah bagaimana setiap saat yang kita habiskan dalam hidup ini."

No comments: