Thursday, October 9, 2014

Letupan di Sun Kompleks Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


9 Oktober 2014. Seorang parah dan 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi. Polis masih menyiasat punca kejadian.



Polis sedang menjalankan penyiasatan


Sun Kompleks lokasi letupan berlaku


2 comments:

Ahmad Rais Johari said...

Seramai 14 orang cedera termasuk seorang lelaki pekerja joki parah dalam letupan bom buatan sendiri di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang di sini, awal pagi Khamis.
Ia merupakan kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini dan dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.
"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Katanya, tujuh mangsa termasuk seorang yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala tujuh lagi dihantar ke Hospital Tung Shin untuk rawatan lanjut.
"Kami sedang mengenal pasti motif sebenar kejadian, latar belakang mangsa dan bahan letupan yang digunakan. Kami menerima panggilan daripada orang awam pada 4.25 pagi berhubung kes itu," katanya.
-- BERNAMA

Ahmad Rais Johari said...

noted