Friday, July 4, 2014

Masuk ICU selepas makan roti John

Masuk ICU  selepas makan roti JohnMuhammad Qayyim mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) HTAR, Klang. - Foto Suraya Md Tap
Shah Alam: Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Ramadan bertukar duka, apabila empat sekeluarga kini dirawat di hospital kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan yang dibeli di bazar Ramadan, Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4. 

Tiga daripada lima beradik yang mengalami keracunan makanan itu, dipercayai selepas menikmati roti John yang dibeli di bazar Ramadan di Sri Muda, di sini, dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selasa lalu, selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. 

Bapa mangsa, Hamdan Mohd Nasir, 40, berkata, Nurul Qiasarah dimasukkan ke hospital sama malam kelmarin kerana mengalami simptom sama.

Beli 3 bungkus roti John

Katanya, sebelum kejadian, beliau membeli tiga bungkus roti John dan separuh daripadanya diberikan kepada anak sulungnya yang berusia 15 tahun yang tinggal di asrama di sebuah sekolah di sini.

Memang setiap tahun kami sekeluarga akan membeli roti John di bazar berkenaan. Tidak sangka tahun ini anak-anak saya mengalami keracunan makanan. 
Anak lelaki ketiga kami Muhammad Qayyim yang sakit teruk kerana beliau yang banyak makan roti John itu.

Kejang otot, muka pucat

Selain cirit-birit dan muntah, anak-anak saya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat.

(Sumber - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MasukICUselepasmakanrotiJohn/Article)

No comments: