Thursday, March 29, 2012

Wacana Siri 12 : Rasuah Politik, Persepsi atau Realiti Tegang?

29-3-2012, 2.00-5.00 petang di Auditorium Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam berlangsung wacana siri 12 bertajuk Rasuah Politik, Persepsi atau Realiti yang dipengerusikan oleh pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik manakala panelistnya ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul; Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan penganalisis politik dan Presiden Just, Dr Chandra Muzaffar.

Datuk Mohd Shukri Abdul semasa sesi pengulungan menegaskan bahawa "Jangan politikkan rasuah, rasuah tidak boleh dipolitikkan". Orang politik selalu menggunakan isu rasuah untuk menimbulkan persepsi negatif kepada pihak lawannya walaupun tanpa bukti yang kukuh. Justeru, Beliau mencadangkan usah politikan isu rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menzahirkan rasa gembira kerana umumnya masih ramai rakyat Malaysia perihatin terhadap isu rasuah dan menganggapnya sebagai musuh utama negara. Tidak seperti dinegara ke-3 yang lain dimana rasuah telah menjadi satu budaya dan amalan sehingga ia telah mendarahdaging dalam negara dan dibuat secara terbuka. Malaysia tidak sampai ke tahap itu.

Dr Chandra Muzafar pula menegaskan semasa sesi pengulungan bahawa usaha kerajaan untuk memerangi rasuah perlu dipertingkatkan lagi dan tindakan itu perlu dilaksanakan dengan lebih bersungguh-sungguh dan konsistant kerana persepsi amalan rasuah berlaku dalam kerajaan masih menebal dikalangan masyarakat.

Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam pengulungannya menyelar Pakatan Rakyat kerana bersikap double standard terhadap isu rasuah kerana memejamkan sebelah mata jika pelaku rasuah itu dari Pakatan Rakyat tetapi membuka dua-dua mata jika yang melakukan rasuah itu Barisan Nasional. Beliau menegaskan Pakatan Rakyat sering mempolitikan isu rasuah dan membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada kerajaan semata-mata untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan. Fitnah dan pembohongan menjadi peluru untuk menembak.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, semasa sesi pengulungan menyatakan bahawa rasuah politik memang wujud dan ia diamalkan oleh Barisan Nasional, iaitu kerajaan yang memerintah. Umpamanya, Perdana Menteri pernah berkata " rakyat tolong saya, saya tolong rakyat" dan beliau mengumumkan pelbagai projek pembangunan yang menelan jumlah jutaan ringgit disetiap tempat yang beliau lawati disaat-saat pilihanraya semakin hampir. Itu adalah contoh rasuah politik untuk meraih undi.

Resolusi yang dipersetujui bersama oleh panelist pada penghujung forum tersebut ialah tanggungjawab memerangi rasuah adalah tanggungjawab semua pihak, masing-masing perlu berperanan mengikut kapasiti masing-masing, kerajaan, pembangkang, NGO, ketua masyarakat dan rakyat. Semua panelist bersetuju rasuah perlu diperangi disemua peringkat.

No comments: