Monday, March 5, 2012

Pertemuan Sahabat Lama Dalam Wajah Baru

Pada hari ini saya berkesempatan bertemu seorang sahabat lama yang saya kenali pada tahun 1986. Beliau adalah anak melayu pertama yang pernah menjawat jawatan sebagai Director Regional Communication South East Asia & Pacific syarikat gergasi telekomunikasi dunia iaitu Nokia. Beliau meletak jawatan sebagai pengarah komunikasi syarikat Nokia kerana berhasrat memulakan perniagaan sendiri dalam bidang telekomunikasi. Kalau Tony Fernandez, terkenal sebagai usahawan yang membangunkan syarikat penerbangan Air Asia berkonsepkan penerbangan murah yang bermottokan "semua orang boleh terbang".

Sahabat saya ini pula bercita-cita untuk menjadi usahawan telekomunikasi berasaskan 'VoIP' yang menyediakan perkhidmatan panggilan telefon murah ke seluruh dunia melalui handphone dan talian tetap berkonsepkan 'satu kadar untuk satu dunia'. Pada hari ini perkhidmatan panggilan murah ke seluruh dunia sebegini popular di US, UK dan Eropah. Difahamkan produk VoIP sahabat saya ini lebih murah daripada yang ditawarkan oleh Skype dan ia seumpana JAJAH tapi ia lebih baik daripada itu. Produk beliau boleh berfungsi untuk semua smartphone seperti Blackberry, iPhone, Nokia, Samsung dan sebagainya. Difahamkan beliau akan melancarkan produk beliau ini dalam masa terdekat.

Saya berdoa semoga beliau berjaya dalam bidang keusahawanan dan saya hanya tumpang gembira jika beliau berjaya dalam mengharungi dunia perniagaan yang liku-likunya sentiasa berduri dan penuh ranjau. Semoga beliau sekali lagi membuat rekod dunia menjadi anak melayu pertama menyediakan perkhidmatan panggilan telefon murah dan diterima diseluruh dunia.


No comments: