Wednesday, March 7, 2012

Lawatan Teknikal Ke SRS Power Engineering Bersama Mahasiswa Latihan Industri

7 Mac 2012, bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari, saya mengiringi 4 orang mahasiswa UiTM yang menjalani latihan industri di Pejabat Pembangunan, UiTM membuat lawatan teknikal ke SRS Power Engineering di Puchong.

Saya berhasrat untuk melaksanakan penderaan ilmiah kepada mereka supaya mereka faham bahawa dalam mengharungi dunia pekerjaan sebenar diluar sana banyak lagi perkara yang perlu mereka pelajari. Ilmu yang dipelajari di dalam bilik kuliah sahaja tidak mencukupi untuk membolehkan mereka berhadapan dengan cabaran dan halangan di alam pekerjaan. Semua mahasiswa yang menjalani latihan praktikal di pejabat saya adalah daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM.

Kami disambut oleh pegawai pemasaran SRS Power Engineering dan mereka memberikan penerangan proses membuat dan memasang LV switchboard HT switchgear.

(bersambung)

No comments: