Al Amir Shakib Arsalan (1869-1946) seorang politikus, penulis, penyair dan ahli sejarah yang berpengaruh semasa zamannya dari Lubnan. Beliau menulis buku bertajuk Our Decline : Its Courses and Remedies. Dalam bukunya beliau mencerita ..
"....punca kejatuhan sistem khalifah islam semasa perang dunia pertama adalah kerana ulama tidak berperanan sebagai ulama sebenar. Kasta ulama pada masa itu berkerja untuk mendapatkan pangkat, wang dan kekayaan, mereka menggunakan agama untuk mengail dunia, hanya sedikit sahaja ulama yang berperanan sebagai ulama sebenar, selebihnya meletakan kepentingan peribadi melebihi kepentingan agama.
Yang menjadi kesukaan mereka ialah mengampu dan menjilat-jilat Raja dengan mencari-cari alasan untuk menghalalkan kejahatan-kejahatan mereka dari dalil syarak dan fatwa di atas nama agama, mereka mencari nas dan dalil untuk menghalalkan apa yang dilakukan Raja walaupun bertentangan dengan kehendak agama. Jarang perbuatan salah raja-raja itu yang tidak mendapat sokongan dengan ayat dan hadist dari Ulama dalam pemerintahannya yang sewenang-wenangnya despotisme itu, dengan memalingkan maksud dari yang sebenar dan mentakrifkan kehendak agama dari aslinya. Malah ulama menggunakan hadist lemah atau bohong (maudhu') kerana mengharapkan pujian daripada 'jilatisme'nya itu.
No comments:
Post a Comment