Sunday, February 19, 2012

Tragedi 13 Mei 1969 - Peristiwa Terancang atau Kebetulan?

Tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah negara kita yang sering dikaitkan dengan ketidak harmonian kaum di Malaysia. Rusuhan kaum ini telah mengorbankan 181 nyawa (JMD, 2010, m.s 21).

Berikutan tragedi ini, Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman telah mengambil beberapa keputusan drastik seperti menggantung Parlimen, meluluskan Undang-Undang Darurat dan menubuhkan MAGERAN untuk mentadbir negara.

Tunku Abdul Rahman mengarahkan Tun Abdul Razak mengetuai MAGERAN sekaligus memberikan beliau kuasa mutlak seperti seorang diktator’ untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit yang menjadi punca masalah peristiwa 13 Mei 1969.

Pada awalnya, Tun Abdul Razak menolak perlantikan ini, beliau mencadangkan agar MAGERAN diketuai oleh pihak tentera. Namun, Tunku Abdul Rahman tetap dengan keputusan beliau (Paridah, 2009, m.s 83) untuk melantik Tun Abdul Razak sebagai pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Keyakinan tinggi Tunku Abdul Rahman kepada kewibawaan Tun Abdul Razak membuktikan bahawa kesimpulan Dr. Kua Kia Soong dalam buku beliau, May 13; Declassified Documents on the Malaysian riots of 1969, bahawa tragedi 13 Mei sengaja dirancang oleh Tunku Abdul Razak untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman sebagai salah sama sekali (Kua Kia Soong 2007).

Kesimpulan Dr. Kua ini juga bertentangan dengan apa yang dinyatakan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman dalam buku beliau, May 13: Before and After, (1969, m.s. 98-100) (baca juga Dato’ Seri Yuen Yuet Leng, Nation Before Self (and Values That,Do Not Die, 2008) dan NOC Official Report – The May 13 Tragedy (1969).

Hakikatnya, nama Tun Abdul Razak tidak boleh tidak dipisahkan daripada institusi, polisi dan perisitiwa penting negara seperti tragedi 13 Mei 1969,Dasar Ekonomi Baru (DEB), Barisan Nasional (BN), Rukun Negara, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN/NOC), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Federal Land Development Authority (FELDA), Lembaga Padi Negara (LPN), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) dan banyak lagi.

Institusi-institusi ini menyediakan jawapan yang ampuh bagi mematahkan mana-mana tulisan dan tesis sumbang yang seakan cuba menidakkan sumbangan dan keikhlasan Tun Abdul membangunkan negara yang hancur berikutan tragedi malang 13 Mei.

Penyatuan Politik : Perpaduan Kaum.

Sumbangan Tun Abdul Razak terhadap perpaduan negara kekal relevan hingga ke hari ini. Malahan, di bawah pentadbiran beliau, negara telah menyaksikan banyak peristiwa besar dalam lanskap politik negara yang tidak dapat dibayangkan oleh ramai pihak. Contohnya, Tun Abdul Razak berjaya menyatukan UMNO dan PAS di dalam BN yang dibentuk bagi menggantikan Perikatan pada tahun 1974.

Beliau juga berjaya membawa masuk parti-parti aliran kiri seperti GERAKAN ke dalam BN sekaligus mengurangkan politiking dalam negara bagi membantu mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum yang terjejas teruk berikutan tragedi 13 Mei.

1 comment:

Tengku A said...

Terima kasih atas info, Tuan.

Sila Like page Tanda Putera di:
www.facebook.com/TandaPutera

Sebuah filem yang turut memaparkan peristiwa 13 Mei. Anak-anak muda harus tahu siapakah DAP.

Terima kasih.