Friday, February 24, 2012

5s Di Bahagian Projek Mekanikal & Elektrikal, Pejabat Pembangunan.

Pada hari ini, bermula dari pagi sehingga petang, semua kakitangan Bahagian Projek M & E, Pejabat Pembangunan bergotong royong melaksanakan 5s. Tuan Haji Junaidi Muslim selaku Ketua Bahagian Projek M &E dalam ucapan alu-aluannya, menegaskan bahawa 5s perlu dijadikan amalan dan budaya di Bahagian ini supaya mewujudkan suasana kerja yang ceria, bersih dan kemas. Aktiviti gotong royong bermula dikawasan umum dan diikuti diruang tempat berkerja setiap kakitangan.

Cik Samsull Badariah selaku pengerusi jawatankuasa 5S Bahagian Projek M & E dalam taklimat perlaksanaan 5S telah membahagikan semua kakitangan mengikut kumpulan masing-masing, diantara perkara yang diberikan perhatian ialah kedudukan dokumen seperti lukisan teknikal projek dan fail projek yang berselerakan. Semoga aktiviti ini menambah keceriaan dan mewujudkan mod berkerja yang positif di Bahagian Projek Mekanikal dan Elektrikal, Pejabat Pembangunan.

No comments: