Pengurusan Nilai bertujuan untuk mengenal pasti, menyediakan pilihan dan mengeluarkan komponen dan kos yang tidak menyumbang kepada nilai perkhidmatan, sistem dan projek tanpa menjejaskan objektif dan fungsi yang ditetapkan.
Pengurusan Nilai adalah pendekatan pelbagai disiplin yang sistematik dan inovatif yang mengkaji keperluan fungsi sesuatu reka bentuk, produk, perkhidmatan, projek, fasiliti dan sistem bagi mencapai nilai yang lebih baik dan kos yang optimum tanpa menjejaskan tahap prestasi program dan projek. Proses ini melibatkan semua stakeholder dan pakar yang berkaitan dengan projek, dengan memberi tumpuan kepada fungsi, kos dan kualiti.
Pengurusan Nilai dilaksanakan untuk menghasilkan keputusan yang efektif dengan :-
i. Meningkatkan tahap ketepatan andaian yang digunapakai semasa perancangan;
ii. Mengenalpasti keperluan sebenar bagi mencapai fungsi yang ditetapkan;
iii. Menggalak dan menjana idea kreatif;
iv. Mengoptimumkan penggunaan sumber;
v. Mempercepat proses membuat sesuatu keputusan;
vi. Memasti dan meningkatkan standard, kaedah, prosedur serta kriteria sesuatu projek supaya selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa;
vii. Mempertingkat prestasi dan sinergi peserta yang terlibat dalam kerja kumpulan;
viii. Meminimumkan gold plating; dan
ix. Mengambil kira penggunaan Kos Kitaran Hayat (Life-cycle Cost –LCC)
VM bukanlah satu langkah untuk mengurangkan kos sahaja, malah terdapat beberapa contoh di mana VM telah mengambil kira keperluan terbaru seperti industrialised building system (IBS) dan kecekapan tenaga (energy efficiency) dalam projek Kerajaan. Penyiapan projek yang lebih
cepat juga dapat dicapai dengan adanya kaedah perhubungan yang lebih baik dalam proses VM
Selain itu, kajian VM juga memberikan faedah seperti:
i. menghasilkan projek yang memenuhi keperluan stakeholder dan diterima rakyat;
ii. membolehkan perancangan perbelanjaan peruntukan pembangunan yang efisien;
iii. memastikan fungsi dan kualiti projek tercapai; dan
iv. meningkatkan tahap ketelusan, ownership dan kefahaman peserta dalam pelaksanaan sesebuah projek.
No comments:
Post a Comment