Monday, March 29, 2010

Pusat Latihan Kampung Gajah - Kenangan Lalu Terungkap Kembali

Pada hari ini sehingga khamis ini saya berkursus di Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah Perak. Kami sampai kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan menaiki bas UiTM. Kali terakhir saya sampai di sini kira-kira 5 tahun yang lalu, masa itu, Pusat Latihan Kampung Gajah tidak secantik macam sekarang. Secara keseluruhan kemudahan yang terdapat di Pusat Latihan Kampung Gajah ini boleh dikelaskan sebagai 3 bintang.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian Tuan Haji Junaidi Muslim, Timbalan Pengarah, Pejabat Pembangunan menekankan betapa ilmu penting untuk menjadi membina kewibawaan. Kursus asas Pengurusan Projek ini bertujuan untuk mendedahkan semua peserta selok belok dalam mengendalikan projek pembangunan. Justeru, beliau menyarankan supaya peluang berkursus ini perlu digarapi sepenuhnya sebagai peluang untuk menimba ilmu dalam bidang pengurusan projek.

No comments: