Saturday, July 18, 2009

Taklimat Mahasiswa NR Fakulti Sains Gunaan

Pagi tadi sekitar jam 11.00 pagi saya dan En. Ariffin Yusof memberikan taklimat mahasiswa NR untuk Fakulti Sains Gunaan. En. Ariffin Yusof dalam ucapannya menasihat pelajar NR supaya sentiasa mematuhi peraturan universiti dan menjaga sahsiah rupa diri mahasiswa dimana sahaja anda berada, samada didalam kampus atau diluar kampus.

Semasa memperkenalkan diri kepada semua mahasiswa NR tadi, saya menganjurkan pendekatan 5s diamalkan oleh semua mahasiswa NR, S-salam, S-Senyum, S-sopan, S-Sayang dan S-Sama-sama berkerjasama. Setiap kali berjumpa kawan anda untuk pertama kali pada hari itu ucapan salam kepadanya kemudian lemparkan senyuman ikhlas kepada rakan anda itu, disusuli dengan sopan santun dalam tingkahlaku, kemudian dilangsungkan dengan sayang-menyayang diantara satu sama lain dan akhir sekali sama-sama saling berkerjasama dalam apa pun perkara yang anda lakukan. Jika ini yang anda amalkan, natijahnya anda akan ramai kawan dan disenangi oleh semua rakan taulan anda.

Sekitar jam 3.00 ptg saya menerima panggilan telefon daripada seorang mahasiswi meminta pertolongan kerana rakan serumah beliau tidak sedarkan diri di Pusat Perdagangan, Seksyen 7. Saya menghubungi Pusat Kesihatan UiTM untuk bersiap sedia menghantar ambulan jika keadaan memerlukan, kemudian saya terus bergegas ke rumah mahasiswi tersebut, setibanya saya dirumah beliau, kelihatan seorang siswi dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring diatas tilam, dikelilingi oleh rakan serumah beliau. Saya menghubungi ambulan UiTM untuk membawa siswi tersebut ke Pusat Kesihatan UiTM, sekitar 10 minit kemudian, ambulan sampai dan kami menghantar siswi tersebut ke Pusat Kesihatan UiTM.

Saya mengekori ambulan daripada belakang ke Pusat Kesihatan UiTM, setelah sampai di Pusat Kesihatan, mahasiswi tersebut dirawat oleh doktor yang bertugas, doktor tersebut membuat pemeriksaan dan akhirnya mencadangkan supaya siswi tersebut dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut, siswi tersebut akhirnya dibawa pula ke Hospital klang dan saya sekali lagi mengekori ambulan daripada belakang.

Dihospital klang, siswi ini dibawa ke wad kecemasan, saya tidak dibenarkan masuk ke wad tersebut kerana doktor bertugas dibantu oleh jururawat sedang merawat siswi tersebut, sekitar 30 minit, saya dimaklumkan oleh doktor bahawa siswi tersebut sudah mula sedarkan diri, tapi dia masih tidak boleh bercakap. Saya meninggalkan hospital setelah abang kepada siswi tersebut sampai. Rupanya baru saya ketahui bahawa siswi tersebut adalah pelajar yang menghadiri taklimat NR yang saya berikan pagi tadi.

3 comments:

phenylalanine said...

saya rummate kepada budak yang pengsan tu. saya ikut en.rais pegi hospital. terima kasih sebab tolong kitorang

Ahmad Rais Johari said...

Terima Kasih di atas komen saudari

zyra said...

salam En Rais, sy selalu kurang mendapat maklumat ttg ada nya akiviti2 NR ...so, di mana sebenarnya aktiviti2 utk NR ini selalu di adakan...? & bagaimana utk sy dapat kn maklumat ttg smua aktiviti tersebut....


dlm blog En ini kebayakkan aktiviti NR, lbh kepada fakulti sains gunaan, adakah itu bermaksud utk fakulti lain tidak tertakluk di bawah pngurusan En?