Tuesday, June 9, 2009

Syair 1 Malaysia Part 1

Memanda Menteri punya kata
Satu Malaysia punya cerita
Rakyat semua diberi pertama
Pencapaian terbaik diberi utama

Rakyat Malaysia ramainya bangsa
Melayu, Peribumi, Cina dan India
Mari kita semua bersama
Membangun negara Malaysia tercinta

Semua rakyat mesti bersama
Membina satu bangsa Malaysia
Tunjukkan kepada seanterio dunia
Kita mampu maju bersama

Semua Menteri perlu terbuka
Menerima kritik untuk membina
Jangan marah jangan terhina
Jika rakyat memberikan kata

Semua Menteri perlu membuka
Membina jalan untuk bersemuka
Berjumpa rakyat mengenal perkara
Semua masalah dihati membara

Memanda Menteri telah berkata
Rakyat dan Kerajaan perlu bersama
Rakyat memberi Kerajaan menerima
Kerajaan memberi Rakyat menerima

Kekayaan negara diagih bersama
Itu prinsip satu Malaysia
Miskin dibantu kaya menderma
Buang sifat tamak haloba

Dari rakyat kerajaan terbina
Kepada kerajaan rakyat bahagia
Baru bererti satu Malaysia
Semua bangsa muafakat bersama



Ahmad Rais Johari
UiTM
Syair - 1 Malaysia Part 1.

4 comments:

Aishah said...

Saya suka syair ni.
Tapi saya tak reti bersyair.
kalaulah saya reti saya nak dendangkan disekolah saya.

Anonymous said...

Alhamdulillah,
Akhirnya saya telah jumpa syair 1 Malaysia ini,
Dan InshaAllah,
Saya akan dendangkannya pada hari Isnin minggu hadapan bersempena hari bahasa..

Sang Murabbi said...

terima kasih banyak.syair ini amat berguna bagi saya kerana kumpulan saya diamanahkan untuk mendedangkan syair bertemakan bulan bahasa 2010.

LAVENDER ISLAM said...

syair brkenaan dgn kempen bahasa x de ke?