Saturday, September 20, 2008

Konvensyen Mini Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Mahasiswa UiTM Malaysia - Suatu Usaha UiTM Membudayakan Kualiti Dalam Hidup Mahasiswa






Bermula daripada pagi tadi sehingga petang, saya berada di Bilik Seminar, Kolej Melati, UiTM Malaysia, bagi menghadiri Konvensyen Mini KIK Mahasiswa UiTM Malaysia. Sebanyak 10 kumpulan membentangkan projek KIK masing-masing, 6 daripada 10 kumpulan ini akan dipilih untuk menyertai KIK diperingkat Kebangsaan pada Januari 2009 nanti.

Saya menjadi fasilitator Kumpulan IDEAS dari Kolej Delima, kumpulan IDEAS yang dianggotai oleh mahasiswi Fakulti Perubatan, terpilih sebagai finalis diperingkat kebangsaan yang akan diadakan Januari 2009 nanti. Difahamkan Konvensyen KIK diperingkat kebangsaan nanti akan melibatkan semua UiTM di Kampus Cawangan daripada Perlis hinggalah ke Sabah.

Tahniah kepada pasukan Great Teenagers Innovative dari Kolej Anggerik kerana menjuarai mini konvensyen kali ini....tapi harus BARANG diingat, pasukan Seroja Viva Storm dari Kolej Seroja dan pasukan IDEAS dari Kolej Delima akan memberikan tentangan hebat kepada anda pada Konvensyen di peringkat kebangsaan pada Januari 2009 nanti.

Prof. Madya Dr. Rosmin Talib, Pengarah Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam kata-kata aluan beliau berpendapat Mini Konvensyen KIK ini wajar dijadikan platform oleh mahasiswa UiTM untuk mengetengahkan idea, inovasi, kreativiti serta penyelesaian masalah terbaik untuk dikongsi bersama oleh semua warga UiTM terutamanya mahasiswa yang menginap di kolej-kolej kediaman.

En. Ibrahim Othman, Pengetua Kolej Puncak Perdana merangkap Pengerusi Kumpulan Inovasi Kreatif Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar berpendapat KIK perlu dijadikan platform oleh mahasiswa UiTM untuk mencipta harapan dan mengilhamkan masa depan melalui percambahan fikiran yang dinamik dan penyelesaian masalah yang praktikal terhadap sebarang masalah yang terdapat didalam ruang lingkup persekitaran mahasiswa belajar dan menginap di UiTM.

2 comments:

Anonymous said...

en rais, gambar saya tak de ke?

Ahmad Rais Johari said...

ni siapa ni...? kasi e-mail anda nanti saya e-mail gambar2 KIK tu....