Monday, June 23, 2008

Cabaran Baru Kepada Para Mahasiswa NR UiTM.

Julai nanti kampus UiTM akan sibuk kembali, setelah para mahasiswa bercuti panjang di kampung halaman masing-masing. Semoga kedatangan semester baru ini akan memberikan semangat dan daya juang yang baru kepada para mahasiswa sekelian. Difahamkan pengambilan baru (new intake) kali ini dipertingkatkan lagi, bermakna semakin ramai mahasiswa lama UiTM terpaksa menginap di rumah sewa. Kemudahan penginapan asrama amat terhad.

Sejak harga minyak naik kepada RM 2.70 se liter baru-baru ini, semua barang-barang keperluan asas di Shah Alam mula menunjukan tanda-tanda peningkatan. Mengikut seorang pengusaha minuman di seksyen 2, beliau akan menaikan harga minuman sebanyak 20% berkuatkuasa 1 Julai 2008. Dijangkakan harga makanan juga turut meningkat. Justeru itu, semua mahasiswa perlu mengamalkan belanjawan berhemah kerana jumlah PTPTN yang diterima tetap sama seperti semester lepas.

Seperkara lagi ialah kejadian jenayah yang melibatkan pelajar UiTM sebagai sasaran dan mangsa penjenayah, masalah jenayah seperti ragut, kehilangan motorsikal, pecah rumah, kehilangan laptop, samun dan sebagainya perlu diberikan perhatian serius oleh semua mahasiswa NR UiTM. Elakkan diri anda daripada terdedah kepada sasaran penjenayah seperti keluar lewat malam, tidak mengunci pintu rumah dan lupa mengunci kenderaan dengan kunci pendua. Sokongan mahasiswa NR sekelian terhadap sebarang program anjuran Unit Pengurusan NR dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar NR (JPPNR) amat kami hargai. Kita perlu bersatu untuk menjaga kepentingan kita bersama.

8 comments:

nadahahs said...

Bagus En Rais guna pendekatan blog ni. Mungkin ini salah satu cara yang berkesan utk berkomunikasi dengan NR UiTM. Rasanya semua pegawai yang bertanggungjawab di UiTM kampus2 lain boleh menggunakan pendekatan blog ni. Satu lagi, meh kita mempromosikan cara En. Rais ini.

Thanks pada en. rais kenalkan aku dengan staf barangan Fluke tahun lepas, dan aku dah pun bekerja mempertingkatkan penggunaan barangannya Fluke Networks terutama produk untuk network monitoring yang aku buat kat bilik di FTMSK dulu. cuma aku last day hari isnin ni utk kerja2 itu.. hehehe.. hampir setahun duk buat kheja tu laa...
-Don-

fryshadow said...

salam,

penggunaan blog ni rasanya lagi mesra pelajar la.. senang nak report ape2 kejadian or nak mintak tolong :)

dengan pengambilan pelajar yang semakin banyak sudah pasti pelajar2 ni akan duduk luar dan sudah pasti juga kenderaan akan bertambah. masalah akan timbul sebab tempat2 parking yang kurang terutama motor..

Ahmad Rais Johari said...

Terima Kasih saudara Don (shahadan) dan fryshadow kerana memberikan komen anda dalam blog saya yang tidak seberapa ini.

Punca kepada masalah parking motor dan kereta di UiTM adalah disebabkan motor dan kereta pelajar yang masuk ke UiTM melebihi lot parking motor dan kereta sediada yang terdapat di dalam UiTM. Masalah ini lebih ketara semasa sesi pembelajaran bermula.Itulah sebabnya pengurusan universiti menetapkan 8.30 pagi sebagai masa mula kuliah untuk mengelakkan pertembungan dengan masa berkerja staf pada jam 8.00. Jika tidak, kesesakan teruk lalulintas akan berlaku dikedua-dua pintu masuk UiTM (Pintu 1 dan Pintu 2). Disamping itu, Pendaftar UiTM telah memperkenalkan masa berkerja ajal dimana semua staf boleh memilih untuk mula berkerja jam 7.30 am, 8.00 am atau 8.30 am.

Masalah parking ini boleh diselesaikan dengan berkesan jika semua student dan staf UiTM sedar bahawa masalah ini adalah masalah bersama. Justeru itu,penyelesaiannya juga memerlukan komitmen bersama semua warga UiTM.

Disamping itu, UiTM perlu mempunyai sistem pengangkutan awam yang baik dan cekap untuk semua mahasiswanya di dalam kampus,contohnya jadual pergerakan bas UiTM dan rapidKL diselaraskan dan mengikut jadual yang ditetapkan(perlu punctual), memperkenalkan kempen keselamatan jalanraya dan parking berhemah,berkongsi kereta dan sebagainya.

Lebih cantik lagi jika UiTM melaksanakan R & D untuk menyelasaikan masalah ini, dengan berpandukan kepada statistik yang tepat dan jitu lebih mudah kita menyelesaikan masalah ini berdasarkan fakta dan figure.

Anonymous said...

kenapa pihak en rais masih block beberape website dan video streaming. ini tidak mencerminkan dasar terbuka yang diamalkan oleh negara kita. ini akan menyekat perkembangan minda dan tahap intelek pelajar-pelajar uitm untk menghadapi dunia tanpa sempadan sekarang ini

Anonymous said...

En m rais,saya seorang pengguna int uitm. saya amat terkilan kerana kebanyakan web kena blok. Mmg menjadi masalah pada kami utk surf kekadang web yang tak sepatutnya pun dblock.masalah web lucah adalah masalah global.terpulang pada ind utk penilaian. we are not a childish anymore. think about it.

Ahmad Rais Johari said...

Terima Kasih kepada 2 anonymous yang mebangkitkan isu mengenai url web filtering (web sense).

Saya bukan berada diposisi yang membolehkan saya membuat ulasan detail dan penjelasan lengkap mengenai perkara itu,cuma komen saya secara peribadi ialah saya bersetuju UiTM menapis semua website porno kerana ia mengundang kesan yang tidak baik kepada pelajar.

Walaubagaimanapun saya tidak bersetuju website selain daripada itu diblok termasuk video streaming dan P2P.

Mengikut rakan di Unit Rangkaian PSMB video streaming dan P2P diblok kerana ia memakan bandwith yang besar dan menyebabkan traffic network menjadi perlahan.

Saya mencadangkan jika saudara dan saudari mendapati website ilmiah yang ingin diakses oleh pelajar diblok oleh websense maka saudara dan saudari perlu memberikan maklumbalas kepada websense administrator melalui e-mail postmaster@salam.uitm.edu.my

Anonymous said...

En Rais,masalahnya bukanya berlaku pada student saja tapi staff yg menerima tempiasnya. It's not fair. Pada u senang la cause u staff psmb yg control all the website in uitm.I think u tak ada masalah. U ada tak satu pendekatan yg membolehkan staf surf all website without block? Anyway thanks 4 your answer.

Ahmad Rais Johari said...

Cadangan yang baik. kalo nak buat macam tu kita perlu bersedia untuk menggunakan sistem semacam single-sign-on la. Untuk connected ke UiTMNet kita kena masuk username and password. Then baru boleh akses internet. Saya akan usulkan kepada pihak berwajib tetapi saya tidak dapat pastikan bila ia akan dapat dilaksanakan.