Saturday, December 21, 2013

Karl Marx


Karl Marx - Tokoh Pemikir Pertengahan Abad ke 19
Suatu percubaan untuk melihat falsafah sejarah sebagai sesuatu yang saintifik telah dilakukan oleh seorang tokoh pada pertengahan abad kesembilan belas iaitu Karl Marx, beliau tokoh keturunan Yahudi yang terkenal dengan konsep faham kebendaan atau dialektik materialisme yang menjadi asas kepada suatu fahaman atau ideologi keduniaan yang baru yang dikenali sebagai sosialisme atau komunisme. 

Dengan perkataan lain, Marx telah menjadikan falsafah sejarah sebagai asas bagi ideologi sosiopolitiknya yang baru itu. Tetapi, dalam pada itu bukanlah bererti bahawa semua idea beliau adalah bernas dan asli belaka. 

Sebenarnya beliau banyak mengambil idea ahli-ahli fikir yang terdahulu daripada beliau. Misalnya, beliau telah dipengaruhi oleh idea Locke tentang teori nilaian dan Holbach tentang faham kebendaan atau materialisme sejarah. 

Malahan tesis kedoktoran beliau adalah tentang Democritus dan Epicurus, iaitu dua orang ahli fikir zaman purba yang telah membicarakan tentang faham kebendaan itu. Oleh kerana itu idea yang dikemukakan oleh Marx sedikit sebanyaknya telah juga diperkatakan oleh ahli-ahli fikir sebelum beliau. 

Keistimewaan Marx ialah beliau telah dapat memberikan analisis dan sintesis yang lojik ataupun saintifik menurut istilah serta dakwaannya sendiri terhadap sejarah. Dengan itu beliau dapat memberikan jawapan yang dianggapnya tepat terhadap proses pergerakan sejarah itu.

No comments: