Thursday, January 3, 2013

Objektif Pengurusan Projek


Pengurusan merupakan suatu bidang yang luas skopnya meliputi pengurusan sumber, pengurusan maklumat, pengurusan projek dan sebagainya.  Setiap bidang pengurusan ini mempunyai objektif-objektif tersendiri yang ingin dicapai.

 Pengurusan projek seperti mana juga pengurusan-pengurusan lain mempunyai objektifnya yang tersendiri. Jadi, untuk sesebuah pengurusan projek itu dikatakan berjaya, objektif-objektif ini mestilah dipenuhi terlebih dahulu.

Objektif-objektif di dalam pengurusan projek adalah:

i) Masa

Faktor masa memainkan peranan yang penting di dalam sesuatu projek, kerana setiap projek telah ditetapkan tempoh siapnya.  Maka objektif pengurusan projek yang berjaya yang utama adalah untuk memastikan  sesuatu projek itu disiapkan dalam tempoh minimum atau lingkungan jangka masa yang telah ditetapkan.

ii) Kualiti/Mutu kerja

Walaupun projek pembinaan tersebut siap di dalam tempoh yang ditetapkan, kualiti di dalam kerja-kerja pembinaan perlu juga di titikberatkan.  Jadi, objektif pengurusan projek yang kedua ialah memastikan projek yang diurus mengikut spesifikasi dan kualiti yang diharapkan  supaya memenuhi kehendak pelanggan.

iii) Kos

 Selain masa, kos juga antara faktor yang terhad di dalam sesuatu projek pembinaan.  Oleh yang demikian, kos sesuatu projek mestilah di uruskan dengan baik bagi memastikan jumlah kos di akhir projek tidak melebihi perancangan asal yang telah diperuntukkan.

2 comments:

Wan said...

Satu lagi objektif yang tidak kurang pentingnya iaitu kepuasan pelanggan. Ada projek yang disiapkan ikut jadual, kos dan kualiti TETAPI pelanggan tidak puas hati; projek tersebut tidak wajar dianggap berjaya.

Wan said...

Satu lagi objektif yang tidak kurang pentingnya iaitu kepuasan pelanggan. Ada projek yang disiapkan mengikut jadual, kos dan kualiti tetapi pelanggan tidak berpuas hati - projek tersebut tidak wajar dianggap sebagai berjaya.

Pengurusan Projek