Thursday, September 11, 2008

Asal Usul Nabi Khaidir

Nama sebenar Nabi Khaidir ialah Balya Bin Malkan Bin Faligh Bin ‘Abir Bin Syalikh Bin Arfakhsyaz Bin Sam Bin Nabi Nuh, dan gelarannya pula ialah Abu Al’ Abbas, Beliau juga dikenali dengan panggilan Khaidir kerana dua sebab, sebab pertama Rasulullah s.a.w bersabda: “ia dinamakan Khaidir kerana ketika ia duduk diatas rumput tiba-tiba memancar cahaya hijau dari arah belakangnya (Hadis Abi Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari), sebab kedua, Al-Khattaby berkata: Dia dinamakan Khaidir kerana wajahnya cantik dan berseri-seri (Rujuk al-Bidayah Wal Nihayah-Ibnu Katsir 1/327).


Malkan iaitu ayahanda kepada Nabi Khaidir adalah seorang Raja yang amat berpengaruh dan terkenal dengan kekejamannya, ketika Nabi Khaidir masih kecil dia dihantar belajar dengan seorang guru yang berakhlak mulia. Diantara rumah guru dan Istana Malkan, ada seorang ahli ibadah yang mana Nabi Khaidir amat tertarik dengannya, maka dia belajar dan tinggal bersama orang yang ahli ibadah itu.


Gurunya beranggapan bahawa Nabi Khidir berada di Istana Raja Malkan, manakala, Raja Malkan pula beranggapan bahawa Nabi Khaidir berada di rumah gurunya, tetapi sebenarnya, Nabi Khaidir tinggal dan belajar secara tidak rasmi dengan orang yang ahli ibadah itu.


Setelah Nabi Khaidir meningkat ewasa, pembesar-pembesar istana mencadangkan supaya dia segera dikahwinkan untuk mendapatkan keturunan atau generasi penerus Kerajaan Raja Malkan, kemudian Raja Malkan menawarkan dan menyuruh Nabi Khaidir mendirikan rumahtangga. Bagaimanapun Nabi Khaidir enggan menerima tawaran tersebut, setelah berulangkali disuruh oleh Ayahandanya, akhirnya Nabi Khaidir bersetuju dan berkahwin dengan seorang puteri raja.


Setelah agak lama menjadi pasangan suami isteri maka Nabi Khaidir memberitahu isterinya. Nabi Khaidir berkata kepada isterinya ”Aku beritahu kepadamu tentang suatu rahsia ku, jika kamu rahsiakan, kamu akan selamat di dunia dan di akhirat tetapi jika kamu bocorkan rahsia ku ini, kamu akan disiksa di dunia dan di akhirat”. Isterinya bertanya ”Apakah rahsia itu?” Nabi Khaidir menjawab ”sesungguhnya aku ini seorang lelaki yang beragama Islam. Bukan seperti ayahku dan aku tidak memerlukan perempuan dalam hidupku, oleh itu, jika kamu bersetuju hidup bersamaku dan mengikut agamaku, maka, kita boleh terus hidup bersama, dan sekiranya, kamu tidak setuju dengan ku, maka aku membenarkan kamu pulang ke rumah keluargamu”. Isteri Nabi Khaidir membalas ”aku akan terus setia bersama mu”.


Setelah lama berumahtangga dan tidak mempunyai anak maka pembesar negara dan orang ramai bertanya kepada Raja Malkan ”Bahawasanya anak kamu itu sebenarnya mandul dan tidak dapat memperolehi anak”, lantas Raja Malkan bertanya kepada Nabi Khaidir, kata Raja Balkan ”telah lama kamu berkahwin, tetapi, sehingga hari ini kamu masih belum mempunyai anak”, balas Nabi Khaidir ”Hal ini bukan dibawah kekekuasaanku tetapi dibawah kekuasaan Tuhanku Allah S.W.T. Dia mengurniakan anak kepada sesiapa yang dikehendakiNya”.


Soalan yang sama ditanya oleh Raja Malkan kepada isteri Nabi Khaidir, jawaban yang diperolehi daripada isteri Nabi Khaidir adalah sama sebagaimana yang diperolehi daripada Nabi Khaidir. Setelah sekian lama telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak, maka Raja Malkan menyuruh Nabi Khaidir menceraikan isterinya. Nabi Khaidir enggan berbuat demikian pada mulanya, tetapi Raja Malkan terus memaksa Nabi Khaidir dan akhirnya Raja Malkan memisahkan antara Nabi Khaidir dan isterinya, kemudian, secara paksa, Raja Malkan mengahwinkan Nabi Khaidir dengan seorang janda muda yang telah mempunyai anak dengan harapan mudah-mudahan perkahwinan ini nanti akan membuahkan hasil, iaitu, mempunyai anak untuk meneruskan keturunan dan Kerajaan Raja Malkan.


Malangnya, keadaan yang sama berlaku, setelah lama berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak, apabila Nabi Khaidir ditanya tentang hal ini, jawabannya sama seperti dahulu, kemudian Raja Malkan bertanya kepada isteri kedua Nabi Khaidir ”Kamu ini adalah janda muda yang sudah mempunyai anak sebelum kahwin dengan anakku, kenapa pula kamu tidak memperolehi anak setelah berkahwin dengannya?”. Isteri kedua Nabi Khaidir pun menjawab ”semenjak kami kahwin sehingga sekarang, saya tidak pernah disentuh sama sekali oleh beliau.” Kemudian isteri pertama Nabi Khaidir dipanggil dan ditanya, jawabannya sama belaka.


Nabi Khaidir dipanggil oleh Raja Malkan; dan dia dimarahi dengan bahasa yang kesat dan kasar, sehingga hati Nabi Khaidir terasa, justeru itu, Nabi Khaidir berasa tidak bahagia, selesa dan tenteram untuk tinggal di Istana Raja Malkan, akhirnya Nabi Khaidir meninggalkan Istana Raja Malkan dan pergi merantau, Raja Malkan , ayahanda kepada Nabi Khaidir amat sedih dan menyesal dengan kejadian itu , justeru Baginda Raja Malkan mengerahkan 100 orang untuk mencari Nabi Khaidir ditempat yang berlainan, sebelah utara, selatan, timur dan barat, mereka berpecah mengikut kumpulan, akhirnya, sekumpulan sepuluh orang berjaya menemui Nabi Khaidir di sebuah pulau yang kecil dan terpencil.


DIALOG NABI KHIDIR DENGAN KUMPULAN SEPULUH


Nabi Khaidir berkata kepada kumpulan 10 orang ini. ”Aku akan katakan sesuatu yang bila kamu rahsiakan, kamu akan selamat di dunia dan akhirat, tetapi jika kamu bocorkan rahsia ini, kamu akan disiksa didunia dan diakhirat.” Mereka kumpulan 10 bertanya ”Apakah rahsia itu.?’ Namun Nabi Khaidir bertanya lagi kepada mereka, ”Adakah orang lain yang mencari aku selain daripada kamu sekelian yang bersepuluh.” ”Ya, Ada” balas mereka, Nabi Khaidir terus berkata ”Jika kamu merahsiakan pertemuan kita ini daripada Ayahanku, dengan tidak memberitahu kepada Ayahanda ku tentang pertemuan kita di pulau kecil ini, sebabnya, jika kamu beritahu Ayahanda ku tentang pertemuan kita ini, nanti, aku akan dibunuh dan kamu juga akhirnya akan dibunuh selepas itu,”


Namun setelah kumpulan sepuluh pekerja istana, ini pulang ke Istana Malkan dan bertemu Raja Malkan, sembilan daripada mereka jujur kepada Raja Malkan dengan memberitahu bahawa mereka telah bertemu Nabi Khaidir, manakala, hanya seorang yang merahsiakan pertemuan tersebut daripada Raja Malkan. Sembilan yang mengaku bertemu Nabi Khaidir dikerah untuk mencari dan membawa pulang Nabi Khaidir ke Istana Raja Malkan, malangnya, Nabi Khaidir tiada di pulau kecil tersebut kerana beliau telah merantau ke tempat yang lain, maka semua sembilan orang pekerja istana ini pulang dengan tangan kosong dan mati dihukum pancung oleh Raja Malkan.


Bagaimanapun pekerja istana yang seorang lagi selamat, beliau menjaga rahsia, isteri kedua Nabi Khaidir si janda muda itu juga turut di hukum bunuh kerana menjadi pencetus kepada kekacauan yang berlaku dalam Istana Raja Malkan, kerana takut dibunuh oleh Raja Malkan, bekas isteri pertama Nabi Khaidir, si puteri raja, lari menginggalkan Istana Raja Malkan.


MENJAGA RAHSIA


Kedua-dua mereka, pekerja istana yang menjaga rahsia dan bekas isteri pertama Nabi Khaidir, akhirnya mereka bertemu diperantauan, dan mereka berjanji untuk menutup rahsia masing-masing, dan mereka akhirnya bertemu jodoh dan berkahwin. Mereka merantau ke Mesir dan berkerja dengan Raja Fir’aun di sana. Si isteri bekerja sebagai pengasuh anak perempuan Fir’aun. Dalam sejarah dia dikenali dengan nama Masyitah (tukang sikat rambut). Sementara suaminya pula bekerja sebagai tukang kayu, namanya ialah Hizqil (pembuat kotak yang menghanyutkan Musa dalam sungai Nil).


NABI MUSA BELAJAR KEPADA NABI KHAIDIR


Ketika Nabi Musa berada di Mesir, dia memberikan pidato dan peringatan kepada kaum Bani Israel dengan menyeru supaya sekalian kaum Bani Israel bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatNya yang telah dikurniakan kepada mereka. Majlis tazkirah ini benar-benar menyentuh hati nurani kaum Bani Israel sehingga mereka menangis teresak-esak kerana berasa menyesal dan penuh insaf tentang kesilapan lama.


Setelah selesai majlis tazkirah itu, salah satu daripada kaum Bani Israel bertanya kepada Nabi Musa ”Siapakah orang yang paling alim wahai Nabi Musa?” Nabi Musa menjawab ”Aku”. Kemudian turun wahyu daripada Allah kepada Nabi Musa, Firman Allah ”Aku ada mempunyai hamba yang berada dipertemuan laut Parsi dan Rom, dia lebih alim daripada Kamu” Nabi Musa bertanya ”Bagaimana cara aku boleh berjumpa dengan nya?” Allah menjawab ”Bawakan ikan yang sudah dimasak dan letakan di satu bekas lalu bawalah pergi mencarinya, di mana ikan itu hilang di situ hambaKu itu berada”


Nabi Musa pergi bersama Yusya’ Bin Nun Bin Afraithim Bin Yusuf AS dengan membawa bekas ikan yang sudah dimasak dan terus menuju ke muara di pertemuan antara laut Parsi dan Rom seperti yang ditunjukan oleh Allah. Nabi Musa berkata kepada Yusya’; ”Aku akan terus berjalan sehingga sampai ke pertemuan dua lautan atau hingga berjalan berpuluh-puluh tahun” (QS Al Kahfi ayat 60)


Nabi Musa berkata lagi kepada Yusya’ Bin Nun Bin Afraithim Bin Yusuf AS ”Apabila kamu kehilangan ikan ini maka beritahu kepada ku” setelah mereka sampai dipertemuan dua laut, mereka keletihan dan tertidur dan terlupa ikannya, kemudian dengan izin Allah ikan itu hidup dan masuk ke dalam laut dan menempuh jalan (QS Al Kahfi ayat 61)


Nabi Musa dan Yusya’ tertidur di atas batu besar yang ada disitu, kemudian ikannya terkena Ma-ul Hayat/air hidup (benda yang mati jika terkena air tersebut boleh hidup semula) lalu ia berjalan melalui batu-batan itu dan terus ke laut. Tempat yang dilalui ikan itu Allah kekalkan bekasnya, setelah bangun daripada tidurnya, Nabi Musa dan Yusya’ meneruskan perjalanannya dan lupa mengenai ikan tersebut.


Pada kesokan harinya, Nabi Musa bertanya kepada Yusya’ ”bawalah ke mari, kita bersarapan pagi, sesungguhnya kita telah merasa keletihan kerana perjalanan kita ini” (QS Al Kahfi ayat 62). Yusya’ berkata ”Tahukah kamu semasa kita berehat di atas batu(malam tadi) seseungguhnya aku lupa (menceritakan) ikan itu dan tidak ada yang melupakanku untuk menceritanya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalanya di laut dengan jalan yang aneh” (QS Al Kahfi ayat 63) Nabi Musa berkata; ”itulah tempat yang kita cari” kemudian mereka berdua kembali mengikuti menjejak mereka semula dengan teliti (QS Al kahfi ayat 64), kemudian mereka berdua bertemu dengan Nabi Khaidir,yang Allah kurniakan rahmat dari sisiNya dan Allah kurniakan ilmuNya kepada Nabi Khaidir,(Ilmu Laduni/Ilmu yang datangnya terus dari Allah) (QS Al kahfi ayat 65).


Nabi Musa memberikan salam kepada Nabi Khaidir,”Asalamualaikum warah matullah hiwaba rakatuh” , Nabi Khaidir menjawab salam tersebut ”Wa alaikum salam wahai nabi kaum Bani Israel” terperanjat dengan jawaban salam tersebut, Nabi Musa bertanya kepada Nabi Khaidir”Siapa yang memaklumkan kepada kamu, aku adalah Nabi Kaum Bani Israel?” Nabi Khidir menjawab ”Orang yang menyuruh kamu datang ke mari”,


Ketika mereka sedang rancak berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan, tiba-tiba datang seekor burung helang yang membawa air daripada paruhnya. Nabi Khaidir, berkata ”Hai Musa, Di dalam hatimu kamu pernah berkata bahawa kamu itu orang yang paling alim di seluruh muka bumi, sebenarnya ilmu kamu, ilmu kita, dan ilmu seluruh orang yang terdahulu dan yang terakhir apabila dibandingkan dengan ilmu Allah hanyalah laksana air yang melekat di dalam paruh burung helang tadi sahaja daripada air yang terdapat diseluruh lautan”. Tanya Nabi Musa kepada Nabi Khidir ”Bolehkah aku mengikuti kamu supaya kamu ajarkan kami dari ilmu yang kamu tahu (oleh Allah)” (QS Al kahfi ayat 66) Balas Nabi Khaidir,”sesungguhnya kamu tidak mampu untuk bersabar bersama ku, bagaimana kamu akan bersabar terhadap sesuatu yang kamu belum mengetahui hakikatnya?” Jawab Nabi Musa kepada Nabi Khidir ”Insya Allah kamu akan dapati aku sebagai orang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu di dalam suatu perkara sekalipun” (QS Al kahfi ayat 69).


Kesah seterusnya adalah seperti dalam Surah Al Khafi ayat yang seterusnya.


70] Dia menjawab: Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu.

[71] Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, dia membocorkannya. Nabi Musa berkata: Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar.

[72] Dia menjawab: Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?

[73] Nabi Musa berkata: Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu) dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu).

[74] Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu dia membunuhnya. Nabi Musa berkata Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!

75] Dia menjawab: Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?

[76] Nabi Musa berkata: Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku.

[77] Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata: Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!

[78] Dia menjawab: Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

[79] Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

[80] Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.

[81] Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa dan lebih mesra kasih sayangnya.

[82] Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada harta terpendam kepuyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.


WASIAT NABI KHAIDIR KEPADA NABI MUSA


Sebelum berpisah, Nabi Musa meminta wasiat daripada Nabi Khaidir. Wasiat Nabi Khaidir kepada Nabi Musa ialah ” Wahai Musa, senyumlah kamu dan jangan ketawa sehingga terbahak-bahak. Jangan berlebih-lebihan di dalam perbalahan. Jangan berjalan tanpa ada hajat atau niat. Jangan cela orang yang bersalah kerana kesalahannya sendiri. Jangan menangguhkan kerja hari ini sehingga esok hari. Menangislah di atas segala kesalahanmu wahai anak lelaki Imran.”


(Sumber Rujukan : Kisah Nabi Musa dan Fir’aun oleh Hamdan Bin Muhtar Guru Agama Bertauliah Negeri Selangor, Malaysia)

7 comments:

adiebah akashah said...

salam..
saya sgt berminat dengan kisah nabi khidir yg saudara tuliskan..boleh sy tau sumber buku2 atau kitab2 rujukan yg saudara gunakan selain buku "kisah nabi musa & firaun" oleh ustaz hamdan b muhtar?

alwahid said...

ass....... isi paparan kamu tdi bagus, sngat berkesan... tapi, bisakah saudara terngkan poin2 d bawah ini:
1. bagaimana ciri2 Nabi Khidir?
2. bnrkah Nabi Khidir mash hidup sampai skarng, tolng beserta ktrngannya?
3. bagaimana cara kita agar bisa brtemu dngan Nabi Khidir?
4. apa sistem yang digunakan Nabi Khidir dalam berda'wah??? jawabnnya harus dngn dalil yang ashoh!!!

dino said...

tanyalah pada guru torikat yang sah..jika mereka mahu menjawabnya

dino said...

tanyalah guru torikat yyang sah jika mereka mahu menjawabnya

Siti Rohaya said...

nabi Khidir

Siti Rohaya said...

nabi khidir

Ahmad Rais Johari said...

Baginda adalah guru kpd nabi Musa.