Sunday, June 22, 2008

UiTM Dihatiku....Fasa Dua

Saya mula berkhidmat di ITM pada Jun 1997 di Pejabat Penyelenggaraan sebagai Pembantu Teknik Sistem Telekomunikasi dan Siaraya, sesuai dengan nama jawatan tersebut maka saya bertanggungjawab untuk memastikan semua sistem telekomunikasi ITM berfungsi dengan baik dan dapat digunakan untuk memantapkan sistem penyampaian institut.

Saya bertanggungjawab terhadap sistem siaraya, sistem telefon dan PABX di Kampus Induk Shah Alam dan kampus cawangan seluruh negara. Sepanjang saya bekerja di sana banyak pengalaman pahit dan manis yang saya lalui sehinggakan adakalanya saya hampir hilang motivasi kerja melalui saat-saat tersebut. Bila saya renungi semula objektif utama saya berkhidmat di UiTM, saya memujuk diri saya dengan berkata aku berkerja hanya untuk nusa, bangsa, agama dan tentu sekali untuk UiTM. Yang penting sekali saya masih ada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya. Terima kasih semua.

Banyak kenangan manis yang saya lalui di sana di antaranya seperti projek 'call billing system' yang digunapakai sehingga hari ini, dimana melalui sistem ini, setiap panggilan telefon boleh dipantau dan ITM boleh mengutip semula kos penggunaan bil telefon panggilan peribadi. Semasa projek ini ingin dibangunkan banyak kisah suka duka yang saya lalui. Namun, segala teguran dan kritikan terhadap saya ini menjadikan saya bertambah bersemangat dan lebih berusaha untuk membangunkan projek ini dan tidak sekali-kali melemahkan semangat saya.

Pada Oktober 2003 saya dipindahkan ke Institut Kepimpinan Pengurusan Kualiti (ILQAM). ILQAM diketuai oleh Penolong Naib Canselor, iaitu, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustaffa Mohd. Ghazali (kini Professor) pada ketika itu. Sebagai pembantu teknik audio visual saya bertanggungjawab terhadap sistem video, sistem audio, studio TV dan menjadi ahli Jawatankuasa Alat Pandang Dengar UiTM. Saya dan En. Rahman Salleh, Penolong Pendaftar ILQAM ketika itu dan semua warga ILQAM adalah pengerak utama semasa perlaksanaan PTK pertama untuk kakitangan akademik pada 2004.

Sepanjang berkhidmat di ILQAM saya terlibat secara terus terhadap projek Technology Enabled Classroom (TEC) . Lebih 100 unit classroom UiTM diseluruh negara dinaiktaraf kepada Technology Enabled Classroom (TEC). TEC ialah bilik kuliah yang dilengkapi internet, peralatan AV seperti LCD, DVD player, Visualizer, sistem audio, sistem video dan sebagainya. Saya juga meninggalkan buku "panduan pembelian alat pandang dengar 2004" yang digunapakai sehingga hari ini sebagai panduan untuk memudahkan pengguna yang terdiri daripada semua fakulti, jabatan, unit dan sebagainya untuk memudahkan mereka berurusan dengan Jawatankuasa Alat Pendang Dengar untuk membeli peralatan audio visual.

Pada November 2004, saya berpindah ke Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) dan bertugas di Unit Rangkaian sehingga kini. Diantara projek yang saya terlibat secara terus sepanjang berkhidmat di PSMB ialah menjadi penyelaras teknikal Program Pentauliahan Profesional (3P) iaitu program industry based certification seperti CCNA, MCSA, MCSE, ITIL,BEC, MCAD, Comtia A+,IWD, ACP dan sebagainya yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) dan Pusat Sistem Maklumat Bersepadu(PSMB) untuk pelajar tahun akhir daripada F. Kej. Elektrik, F. Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, F. Pengajian Maklumat, F. Pengurusan Perniagaan dan F. Pngurusan dan Teknologi Pejabat. Saya masih lagi menjadi penyelaras teknikal Program Pentauliahan Profesional (3P) sehingga kini. Projek pemasangan sistem rangkaian secara wireless di semua fakulti di Shah Alam, projek pemasangan CCTV secara wireless di sekitar kawasan UiTM dan projek membina Data Center di UiTM Shah Alam.

Ramai rakan-rakan di UiTM pelik bagaimana saya boleh melompat dari Pejabat Pengurusan Fasiliti ke Institut Pengurusan Kualiti (ILQAM) kemudian ke Pusat Sistem Maklumat Bersepadu(PSMB) bukan kerana kenaikan pangkat. Lazimnya orang berpindah dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain kerana kenaikan pangkat. Apabila saya renung dan hayati terhadap semua yang berlaku pada saya ini, maka saya pasrah, bahawa ini adalah kehendak Ilahi. Saya reda dengan apa yang telah berlaku. Mungkin ini yang terbaik untuk saya.

Pengalaman yang saya perolehi dari ketiga-tiga jabatan ini membolehkan saya bercakap melalui pengalaman mengenai voice, video dan data diUiTM. Baru saya sedari bahawa UiTM mengamalkan cara pengurusan ICT cara traditional. Ini adalah faktor utama menyebabkan ICT di UiTM agak keterbelakang berbanding dengan kedudukan 100 universiti yang disenaraikan oleh The Times Higher Education Supplement. Namun saya tidak akan berputus asa. Saya berazam memastikan kedudukan tersebut akan berubah bagi menjadikan UiTM sebagai salah sebuah universiti yang terkedepan sekali di dalam pengurusan ICT nya. Itulah azam saya.

2 comments:

Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi said...

Salam;
En Ahmad Rais, boleh tak beritahu apa brand/ model PABX yang digunakan? Kami sedang merekabentuk sistem telekomunikasi baru bagi sebuah Makmal baru bangunan baru bersebelahan Kolej Anggerik. Kami perlu tahu agar sistem baru ini compatible dengan sistem yang sedia ada. Terima kasih atas bantuan tuan.

Ahmad Rais Johari said...

Cawangan bandar baru salak tinggi...
Panjang betul nama ko. Di UiTM PABX yang digunakan ialah SOPHO iS3000. Jenama nec-philips.(NEC dah beli philips). UiTM menggunakan unified communication solution.

Berbalik pada soalan Tn., untuk pastikan compatibility antara sistem lama dan baru mudah jer, Tn. gunakan brand/model yang sama ikut PBX sediada.Saya cadangkan Tn. guna unified communication solution.

Kalo Tn. pakai brand/model PABX yang berbeza dikuatiri Tn. akan hadapi masalah integrasi sbb kebanyakan PABX adalah proprietary.