Wednesday, August 6, 2008

Taklimat Kesedaran Keselamatan ICT: Pengurusan Keselamatan dan Amalan Terbaik Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi

Saya dan Prof. Madya Dr. Mat Ikram Yusoff Pengarah PSMB menghadiri taklimat di atas daripada pagi sehingga tengah hari di Auditorium Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Taklimat tersebut disampaikan oleh Cyber Security Malaysia, MAMPU dan KPMG.

Philip Victor semasa sesi taklimatnya mendedahkan bahawa semua pengguna komputer yang menggunakan internet terdedah kepada pencerobohan cyber melalui intrusion, denial of service, malicious code, hack threat, fraud dan spam. Jadi setiap pengguna internet perlu mengetahui asas keselamatan ICT untuk mengelakkan kita menjadi mangsa. Amalan terbaik perlu dibudayakan dalam penggunaan ICT.

Setiap agensi kerajaan perlu mempunyai seorang Pegawai Keselamatan ICT(PKICT) nama pegawai tersebut akan didaftarkan di MAMPU sebagai orang yang bertanggungjawab memastikan keselamatan fizikal dan sistem agensi dalam keadaan yang selamat dan bebas daripada pencerobohan. Keselamatan ICT ialah proses ia bukan teknologi..! jelas beliau lagi. Tidak ada maknanya membeli firewall yang paling baik didunia dengan harga yang termahal jika network administrator tidak tahu membuat rules and regulation firewall tersebut.

Beliau memberikan analogi seperti rumah kita, untuk memastikan rumah kita selamat dan tidak diceroboh oleh pencuri kita perlu mengunci pintu rumah, mengunci pintu grill dan mengunci pintu pagar sebelum meninggalkan rumah, tetapi jika pencuri tersebut menggunakan pemotong besi memotong pad lock pintu pagar, pintu grill dan menggunakan penukul besar untuk memecahkan tombol pintu rumah, rumah kita tetap akan diceoboh oleh pencuri tersebut.

Apa yang boleh kita lakukan hanyalah menyusahkan pencuri masuk ke rumah kita dengan menggunakan kunci yang berkualiti, menggunakan pintu yang kukuh dan sebagainya.

Tidak ada satupun sistem keselamatan ICT didunia yang menjamin 100% sistem ICT kita bebas daripada diceroboh, jadi amalan terbaik (best practice) dalam hal-hal keselamatan ICT perlu diamalkan oleh semua pengguna komputer dan internet. Contohnya menukar password setiap 30 hari, menggunakan kombinasi nombor, simbol dan abjad dalam password kita, logout bila tidak berada dalam online dan lain-lain lagi.

En. Amri Jamil, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan ICT MAMPU dalam sesi taklimat beliau mendedahkan bahawa kerajaan sentiasa perihatin terhadap isu-isu keselamatan data kerajaan dan integriti data kerajaan, pelbagai garis panduan dan tatacara penggunaan internet dan e-mel telah dikeluarkan oleh MAMPU. Beliau juga menegaskan bahawa semua agensi kerajaan termasuk IPTA perlu mempunyai dasar keselamatan ICT yang selaras dengan Polisi Keselamatan Cyber Negara. Bagi agensi kerajaan yang masih belum mempunyai polisi tersebut boleh berhubung dengan MAMPU secepat mungkin.

Puan Zana daripada KPMG berpendapat semua agensi kerajaan perlu mempunyai ISO27001. ISO27001 ialah sistem ISO untuk keselamatan sistem ICT yang merangkumi security policy, organisation of information security, asset management, human resources security, physical and environment security, communication and operational management, access control, systems development development and maintenance, information security and incident management, business continuity plan. Saya berpendapat wajar bagi PSMB untuk mempunyai ISO27001 kerana ia akan memberikan banyak keuntungan kepada universiti.

Pada jam 6.00 pm saya bermesyuarat dengan Prof. Dato' Dr. Khalid Yusoff Dekan Fakulti Perubatan bersama kontraktor utama projek UiTM Selayang, perunding ICT projek tersebut dan JKR Bahagian Hospital ICT di Tingkat 20, Fakulti Perubatan, UiTM membincangkan isu-isu berkaitan security policy, organization of information security, asset management, human resources security, physical and environment security, communication and operational management, access control, systems development and maintenance, information security and incident management, business continuity plan untuk dilaksanakan di Fakulti Perubatan.

Monday, August 4, 2008

Forum Personaliti Anda dan Gaya Anda Sempena Program Knowing Yourself Anjuran JPK Delima UiTM Malaysia 4 Ogos Sehingga 10 Ogos 2008 Di Dataran Delima

Baru sebentar tadi berlangsungnya satu forum bertajuk Personaliti Anda, Gaya Anda di Dataran Kolej Delima. Majlis bermula jam 9.00 malam dan tamat pada jam 11.30 malam. Ahli forum ialah ustaz Mohd. Nor Mamat dan ustazah Khairiyah Ismail dari pada CITU. Saya terpegun dengan sambutanpositif yang diberikan oleh warga kolej delima khasnya dan warga UiTM amnya. Dataran Delima dipenuhi oleh hampir 500 orang mahasiswa yang sedang mengikuti forum tersebut. Kebanyakannya adalah mahasiswa fakulti perubatan , sains sukan dan rekreasi dan FTMSK.

Saya tertarik dengan pandangan utz Mohd. Nor Mamat mengenai personaliti siswi, pada beliau pelajar yang pakaian terdedah sana, terdedah sini, berbaju ketat, memakai seluar sendat, padat dan padu, pendek, singkat dan nampak pusat adalah bukan personaliti dan imej seorang pelajar, Itu imej pelaXXX kata beliau. Jadi beliau menyeru para pelajar membentuk personaliti, gaya dan imej seorang pelajar seperti suka berfikir, suka membaca, membudayakan ilmu, suka mencari ilmu untuk menghindarkan diri dari kebodohan, berpakaian menutup aurat dan sebagainya.

Ustazah Khairiyah Haji Ismail pula menceritakan bagaimana taraf wanita pada zaman jahiliah sebelum kedatangan islam. Wanita pada zaman itu hanyalah hamba kepada lelaki termasuklah menjadi hamba seks, wanita diperalatkan hanya sebagai bahan hiburan dan seks sahaja, sehinggakan ibubapa membunuh bayi perempuan mereka yang lahir pada zaman itu kerana tidak sanggup melihat penderitaan yang akan dialami oleh anak tersebut bila dewasa kelak. Kedatangan islam mengangkat martabat wanita. Ustazah mencadangkan supaya semua siswi dan siswa menghayati keindahan islam kerana islam itu indah. Islam tidak menyekat kemajuan. Islam itu syumul dan menyeru pelajar memperindahkan islam melalui perkataan, fikiran, perbuatan dan tindakan yang berasaskan kehendak islam.

Sebaik sahaja forum tersebut selesai saya menjemput ustaz dan ustazah menikmati jamuan ringan di Bilik Mesyuarat tetapi memandangkan masa sudah lebih 11.00 malam, Ustaz dan Ustazah menolak pelawaan kami dan saya mengiringi mereka ke kenderaan masing-masing yang diletakan di kawasan meletak kereta kompleks sukan. Saya memuji ustaz Nohd. Nor kerana membawa imej baru dan perspektif baru dalam konteks imej seorang ustaz. Beliau tidak berserban, berjanggut dan berjudah tapi boleh membicarakan soal islam daripada hal ehwal pokok sehingga hal ehwal ranting-rantingnya.

Sunday, August 3, 2008

Siren Berbunyi Ingatkan Ada Ambulan Dalam Kecemasan, Rupa-rupanya ......

Sebentar tadi, lebih kurang jam 7.00 ke 7.15 petang hari ini semasa membuat rondaan di dataran delima saya terdengar bunyi siren, macam siren ambulan, berbunyi berulang, saya menoleh ke arah padang kawat, rupa sebuah kereta kancil dan sebuah kereta wira sedang membunyikan 'corong pembesar suara' untuk tujuan pengiklanan.

Mengikut suara yang keluar dari 'corong pembesar suara' tersebut pada malam ini akan diadakan tayangan gambar di Padang Kawat. "Semua warga kampus dan kolej delima dijemput hadir" jerit suara tersebut. Banyak program sedang berlangsung dalam Kampus UiTM Malaysia sepanjang minggu ini dan minggu depan.

Pada pendapat saya, pendekatan menggunakan haler untuk memaklumkan kepada warga kampus tentang program yang sedang berlangsung adalah satu pendekatan kreatif dan inovatif mahasiswa UiTM untuk menarik penglibatan warga kampus menyertai aktiviti atau program yang dianjurkan.

Bicara 2 Sahabat - Cerita Sejengkal dijadikan Sehasta

Saya dan sahabat saya, Rahman minum teh tarik dekat Restoran Darul Ehsan seksyen 17 tengah hari tadi. Banyak isu yang dibincangkan, banyak perkara yang didiskusikan dan banyak hal dibangkitkan sambil kami minum teh tarik. Bermula daripada cerita tentang UiTM, masuk ke cerita tentang politik negara sampailah ke isu hal ehwal agama.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah tentang berita kemalangan jalanraya dalam UiTM yang melibatkan bas UiTM dan motorsikal mahasiswa UiTM. Siswa dan siswi yang terlibat dalam kemalangan ini masih berada di Hospital tetapi heboh kabar angin mengatakan bahawa salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia. Berita tersebut tersebar begitu cepat dalam UiTM sehingga saya terpaksa membuat pembetulan tentang kabar angin tersebut kepada kawan-kawan yang rapat dengan saya. Kedua-dua mahasiswa UiTM tersebut masih hidup dan sedang menerima rawatan dihospital.

Ini adalah satu contoh budaya masyarakat kita yang pada pendapat saya tidak sihat. Berita sejengkal ditambahkan berjengkal-jengkal dan ianya dipercayai bulat-bulat. Lebih baik kita jangan bercerita atau menyebarkan cerita jika kita tidak pasti kebenaran cerita tersebut. Lagi satu, masyarakat kita suka mendengar berita buruk daripada mendengar berita baik. Berita buruk kita akan jaja dari satu mulut ke satu mulut yang lain tapi kalau berita baik kita tidak jaja dari satu mulut ke satu mulut. Berita tersebut akan terhenti begitu sahaja.

Nasihat saya kepada semua mahasiswa dan diri saya sendiri, mari kita sama-sama ubah budaya kita dalam aspek ini. Jangan menyebarkan berita yang kita tidak pasti kebenarannya kerana nanti kita terjunam ke lembah fitnah kerana mengada-adakan cerita. Kita hanya bercerita berita yang benar sahaja setakat yang kita tahu, jangan melebih-lebihkan cerita.

Saturday, August 2, 2008

Can a Muslim be a freemason?

Question:

As-salamu `alaykum. Although I have heard and read that Muslims should not join Freemasonry, I need to ask what happens if we do. I became a Freemason six years ago. It has not interfered with my religious practices, nor has it made me perform any blasphemous acts. All it has done for me is reinforce in me the strict morals and ethics that Islam has forever taught me. Am I wrong to be a member of this organization? If so, could you please explain to me why? Your answer will be extremely appreciated by many confused fellow Muslims who have either joined me or are contemplating the move. Thank you!

Answer :

Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear questioner! Thank you very much for your good question that reflects a true search for knowledge. May Allah increase you in knowledge and grant you success in this world and in the afterlife.

In the first place, we would like to note that a Muslim should show loyalty only to Allah, his Creator and Sole Protector. His first priority should be his religion and the interests of his faith, since it is that faith only that makes his life brighter. A Muslim should never affiliate himself with any organization that works for the destruction of his religion; rather, he should regard the Qur'an and the Sunnah of the Prophet (peace and blessings be upon him) as sources of his conduct.

No other thing deserves more trust than these two. Almighty Allah says: "O ye who believe, obey Allah and the Messenger when He calleth you to that which quickeneth you, and know that Allah cometh in between the man and his own heart, and that He it is unto Whom ye will be gathered." (Al-Anfal: 24)

Coming to the question in point, the prominent Muslim scholar Sheikh Ahmad Kutty, a Senior Lecturer and Islamic Scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, answers:

"As far as I know, Freemasonry is a secret organization whose beliefs and practices are totally kept confidential except from those who are initiated into it. They have levels of secrets which are not divulged to those who are at lower levels. A Muslim should never fall prey or give allegiance to something which cannot be scrutinized by the firm criteria of the Qur’an and the Sunnah. Whoever joins Freemasonry is like a person who writes a blank check; by doing so he agrees to give allegiance blindly to an authority to comply with their wishes no matter what they are.

No Muslim can surrender his will unconditionally to anyone but Allah. If anyone has done so, he is guilty of the most blatant violation namely shirk (associating partners with Allah). Allah says: “Do they have partners beside Allah who shall prescribe for them rituals that Allah has not sanctioned.” (Ash-Shura: 21)"

Delving into the core of Freemasonry and its nature, we would like also to cite the following:

"The Society of Freemasons is a secret organization with aims which are never officially declared in public. It engulfs itself with a thick curtain of secrecy to the extent that any new recruit gives a most solemn oath not to reveal its secrets. He is made fully aware that he reveals these secrets at peril to his life. Admission to the society is not open to everyone. In fact, the Society of Freemasons recruits its members after careful study of their characters and positions. It also tries hard to enlist in its membership kings, presidents, ministers, leading politicians and highly influential people. Such people are given honorary membership that keeps them at the periphery of the society, which means that they do not share in its decision making and they are not let into its secrets. Only those who are prepared to work with dedication for the aims of the society are made aware of these secrets. This, too, after they have passed certain tests and been promoted from one degree to another in the hierarchy of the society.

What attracts people to join the Freemasonry is the assurance of mutual help which its members pledge themselves to give on joining. A Freemason is expected to give unlimited support to other members of the society. Members have certain signs by which they come to know each other, such as the way they shake hands with other people and certain additions in their signatures on letters, etc. In countries where Freemasonry is well established, this can be of great advantage to any member who shows dedication to the cause.

A number of people have written about the secret aims of the Society of Freemasons. These were largely ex-members who left the society after finding that they could not reconcile themselves to its aims and purposes. The majority of these cases were in countries where the society was not able to promote itself well, which, in turn, limited its membership. This forced it to promote certain members to higher degrees, which enabled them to know more of the secrets of the society. Through such people we know that the society has a very strict hierarchy that keeps members at a low degree until they have passed a very severe test of loyalty and dedication. We also know that the society serves the aims of world Jewry and derives its name from that particular purpose. A “mason” is a builder, and the Society of Freemasons aims to rebuild the Temple of Solomon in Jerusalem after destroying Al-Aqsa Mosque because the Jews allege that the mosque has been built on the site of the destroyed temple.

Everything that furthers the interest of the Jews and promotes their position in the world is undertaken by the society. The cover of absolute secrecy and its strict hierarchy enables it to make use of the positions and influence of its non-Jewish members to serve the Jewish cause. We have to understand that many of its members work for the society trusting that they only serve the causes of liberty, equality and justice. They remain unaware that they simply serve the cause of giving the Jews supremacy in world affairs. Freemasonry has over the years earned itself a number of enemies, most notably the Catholic Church.

In view of all this, there is no doubt that if a Muslim joins the Society of Freemasons, he contravenes the teachings of Islam. The aims, policy and practices of this society are against the principles of Islam and violate its laws. For example, Islam believes in maintaining justice among all people, regardless of race, color, family, position or creed. A Muslim must be fair to all people. Islam forbids favoritism, nepotism and discrimination on any basis. Freemasons favor one another on the basis of membership of their society.

Islam respects other religions. Freemasonry deceives its members into thinking that they further the cause of a better humanity when they are actually furthering the interests of those who seek to give the Jews supremacy over all peoples of the world. Islam is the final message from Allah to man. It is the religion that supercedes all past divine messages, including Judaism.

Freemasonry seeks to destroy Al-Aqsa Mosque in order to rebuild the Temple of Solomon in its place. How can a Muslim, then, join such a society?

Islam believes in open methods and declared aims and orders its followers to be always truthful and to follow a straight path. Freemasonry shrouds itself in secrecy to cover its wicked practices. If its aims were truly to promote a better humanity, it would have come out into the open and declared its aims and policies. Only evil cloaks itself in secrecy because it wants to hide its repugnant nature."

Allah Almighty knows best.

Source: islamonline.net


Rondaan Di Pusat Perdagangan SS 7 - Jangan Jadi Mahasiswa Yang Lalai

Pada jam 2.30 pagi sehingga 3.00 pagi saya membuat rondaan dan pemantauan daripada dalam kereta di Pusat Perdagangan Seksyen 7, Shah Alam. Saya melalui setiap jalan dan lorong di kawasan tersebut. Saya sempat berhenti di balai polis untuk meninjau siapa pegawai yang bertugas di balai polis pusat perdagangan ss 7, tapi tiada sesiapa dikaunter balai polis tersebut. Saya difahamkan polis kekurangan anggota di situ.

Walaupun dah lewat pagi keadaan di situ masih segar dan bugar dengan aktiviti siswa dan siswi makan dan minum. Saya melihat berkumpulan-kumpulan siswa UiTM menghisap 'smoke in the water' di Restoran Barra. Keadaan parkir terutamanya parkir kereta penuh sehingga terpaksa park kereta di tengah-tengah jalan. Masih terdapat mahasiswa yang parking motorsikal ikut suka hati tanpa memikirkan orang lain. Terdapat juga beberapa siswi kita yang berpakaian ketat dan sendat yang mendedahkan mereka kepada jenayah sex seperti rogol, terdapat juga beberapa pasangan membuat aktiviti berdua-duaan ditempat gelap yang tersorok dicelah-celah tangga dan belakang tiang.

Dengan sukacitanya saya menasihatkan mahasiswa sekalian untuk menjauhi aktiviti makan dan minum lewat malam dan pagi. Kalau nak makan malam, makan awal-awal. Duduk kat rumah cukuplah, jangan keluar lewat malam. Ingat! ini Shah Alam, bukan hometown anda. Poskod shah alam berbeza dengan poskod hometown anda, jadi kod disini berbeza daripada di sana. Sesungguhnya harapan negara terhadap anda adalah tinggi. Negara mengharapkan kejayaan anda, jadi gunakanlah peluang belajar di UiTM sebagai agenda untuk membebaskan diri anda daripada kebodohan dengan belajar sebaik mungkin.

Laluan Bypass Daripada Kondominium Kristal SS 7 ke UiTM Dalam Pembinaan

Pembinaan laluan pintas daripada Kondo Kristal ke UiTM (Menara S&T) berhampiran Fakulti Kejuruteraan Awam sedang dibina sekarang. Dijangkakan ia akan siap sedikit masa lagi, jadi semua mahasiswa UiTM yg menyewa di Kondo Kristal diharapkan boleh bersabar untuk menunggu laluan tersebut siap dan menggunakan kemudahan laluan tersebut untuk memudahkan anda pergi dan balik kelas.

Thursday, July 31, 2008

Shahid Dalam Perjalanan Menuntut Ilmu.

Saya, En. Rosman dan En. Bakar berada diHospital Ampuan Rahimah Klang daripada pukul 9.00 malam sehingga semua urusan jenazah selesai. Jenazah allahyarham dibawa keluar daripada Jabatan Forensik HTAR pada jam 11.30 malam. Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam tempat orang-orang yang beriman.

Jam 1.00 sehingga 3.00 pagi, saya berada di Apartment Baiduri menangani masalah sosial siswa dan siswi kita. Masalah bila lelaki terleka dan perempuan terlena. Pemerhatian saya di Apartment Baiduri mendapati masih terdapat mahasiswa yang keluar masuk lewat malam atas alasan 'lapar dan nak makan'. Polis telah menasihat kita supaya berada di rumah pada jam 12.00 malam dan mengurangkan aktiviti luar rumah selepas jam 12.00 malam. Saya rasa cadangan Polis tersebut rasional dan releven dalam kehidupan mahasiswa.

Wak Misnon wakil penduduk apartment baiduri yang kerap membuat aduan tentang gelagat mahasiswa nr di apartment baiduri mencabar saya supaya duduk jadi pak guard dipos pengawal pada jam 10.00 malam sehingga 4.00 pagi pada hari sabtu dan ahad untuk melihat gelagat siswa siswi UiTM di apartment tersebut. "Saya hanya boleh buat yang termampu, bertindak berdasarkan aduan dan bersikap proaktif terhadap aduan tersebut" jawab saya ringkas.

Jam 3.15 pagi saya memeriksa server farm dan network center psmb yang dilapurkankan kepanasan dan terganggu sistem operasinya, setelah sentuhan dilaksanakan suhu kaca bilik server farm dan network center tidak lah terlalu panas. Masih dalam tolerasi untuk beroperasi.

Wednesday, July 30, 2008

Seorang Mahasiswa NR Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalan Raya Di sekyen 6 Berdekatan Mahkamah Shah Alam

Berita sedih. Semalam sepasang mahasiswa kita terlibat dengan kemalangan jalanraya tapi hanya melibatkan kecederaan parah, hari ini ada lagi berita kemalangan maut yang melibatkan mahasiswa nr. Saya akan ke hospital klang sebentar lagi untuk melihat mayat mahasiswa kita daripada fakulti kejuruteraan awam. Difahamkan allahyarham adalah mahasiswa tahun akhir daripada fakulti tersebut, keluarga beliau dalam perjalanan ke Shah Alam.

Melawat Mahasiswa NR UiTM Kemalangan Jalanraya di Hospital Kelang

Sekitar jam 9.30 malam sehingga 10.30 malam tadi, saya bersama sahabat saya En. Ariffin Md. Yusof melawat sepasang mahasiswa NR yang dimasukan ke wad Hospital Kelang akibat kemalangan jalanraya. Keadaan siswa NR tersebut stabil manakala keadaan siswi tersebut tidak diketahui kerana kami tidak dibenarkan masuk wad ICU. Difahamkan kemalangan tersebut berlaku pagi tadi semasa mereka dalam perjalan ke kuliah.

Pihak waris kedua-dua mangsa kemalangan telah dimaklumkan dan mengetahui mengenai kemalangan yang menimpa anak mereka. Saya menasihati siswa yang terlibat supaya bersabar dan menerima kemalangan ini sebagai ketentuan ilahi, dalam apa keadaan sekalipun, perjuangan untuk kelangsungan hidup perlu diteruskan, semangat kena kuat. Kami akan berusaha sebaik mungkin membantu siswa dan siswi terbabit untuk meringankan beban yang dialami oleh mereka. Saya meninggalkan nombor telefon bimbit saya kepada Puan Saniah, bonda kepada siswa terbabit, sebelum meninggalkah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Nasihat saya kepada semua mahasiswa NR yang bermotosikal, samada yang bercouple atau yang solo atau single supaya sentiasa berhati-hati dijalan raya, pacu cermat, jiwa selamat. Jangan pacu motorsikal macam mat rempit, cilok kiri, cilok kanan dan main redah jaya sahaja. Takut-takut salah cilok terterap di atas jalan dan saya kena melawat anda di hospital pula.

Monday, July 28, 2008

Knowing Yourself - Kenali Diri Anda

Program Personaliti Anda Gaya Anda anjuran Kolej Delima mendedahkan ketahanan mental siswi dalam menangani perubahan melalui kaedah kenali diri. Lebih menarik ialah forum lelaki terleka, perempuan terlena mendedahkan seni dan teknik yang betul dalam perhubungan siswa dan siswi supaya perhubungan tersebut sentiasa selamat dan mendapat restu ilahi. Datanglah beramai-ramai pada 4 - 10 Ogos Di Kolej Delima UiTM Malaysia. Terdapat jualan pelbagai barangan, gerai pameran dan macam-macam lagi.

Wednesday, July 23, 2008

Gerbang SMS Kerajaan - mySMS sumbangan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) kepada Rakyat

Sepanjang hari pada hari ini saya menghadiri sesi latihan hand on bagi aplikasi SMS agensi-agensi kerajaan anjuran MAMPU di Glenmarie. UiTM adalah diantara 50 agensi kerajaan yang terpilih dalam fasa satu untuk projek Gerbang SMS Kerajaan - mySMS. Diantara IPTA yang terpilih ialah UKM, UM dan UPM. Ia akan dilancarkan di PICC pada 31 Julai 2008 ini.

Dalam ucapan alu-aluan Pn. Norhalina Abdul, Timbalan Pengarah, Seksyen Pentadbiran Infrastruktur e-KL daripada MAMPU semasa sesi taklimat disebelah pagi menyatakan bahawa Inisiatif Gerbang SMS adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempelbagaikan saluran-saluran penyampai perkhidmatan. Kemajuan teknologi sedia ada dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Saluran SMS ini membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan kerajaan dengan mudah dan cepat.

Justeru itu, selari dengan Bengkel Pengurusan NR semalam dan kemarin, saya akan mencadangkan kepada pengurusan universiti untuk menggunakan SMS sebagai tool komunikasi interaktif antara Unit Pengurusan NR HEP dengan mahasiswa NR, dengan cara ini sistem penyampaian antara HEP dan mahasiswa nr akan lebih baik dan berkesan.



Sebagai permulaan... SILA TAIP UITM dan hantar kepada 15888 anda akan menerima jawaban daripada 15888 seperti berikut RM.20 UiTM:Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor. Tel:03-5544 2000 Web:http://www.uitm.edu.my maksudnya 20 sen charge dikenakan keatas air-time anda dan anda mendapat maklumat alamat, no tel, alamat UiTM dan web site UiTM.

Langkah di atas boleh diulangi untuk semua agensi kerajaan yang terpilih dalam projek ini. Contohnya dengan menaip JPN dan menghantar ke 15888 anda akan memperolehi maklumat mengenai Jabatan Pendaftaran Negara, menaip UM dan menghantar ke 15888 anda akan memperolehi maklumat mengenai Universiti Malaya dan sebagainya.

Saya menyokong projek mySMS kerana ini adalah langkah brilliant kerajaan untuk mendekatkan diri dengan pelanggan kerajaan iaitu RAKYAT. Pendek kata disinilah gerbang maklumat dan aduan rakyat bermula.UiTM wajar menyambut projek mySMS dan mengembangkannya dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif melalui R n D.

Tuesday, July 22, 2008

Siswa dan Siswi NR : UiTM Memandang Serius Kebajikan Anda Sepanjang Menjadi Mahasiswa UiTM.

Kesimpulan Bengkel Pengurusan NR semalam dan hari ini ialah UiTM komited membantu mahasiswa nr melalui pelbagai pendekatan baru. Unit Pengurusan NR komited membantu mahasiswa nr dalam aspek kebajikan semasa anda diperantauan dan berada dicelah-celah masyarakat shah alam untuk menuntut ilmu disini.

Monday, July 21, 2008

Bengkel Pengurusan Mahasiswa Non-Resident, 21-22 Julai 2008 di Kolej Mawar UiTM Malaysia

Pada hari ini dan esok saya menghadir bengkel pengurusan mahasiswa NR yang dihadiri oleh pengurus asrama, penolong pengurus asrama, pegawai pembangunan pelajar non-resident dan ramai lagi dari seluruh negara termasuk UiTM Kampus Cawangan Sabah dan Sarawak.

Saya dilantik menjadi fasilitator kumpulan dua yang dianggotai oleh En. Ibrahim pengetua Kolej Puncak perdana, Dr. Zana, pengetua kolej mawar dan melati, en. kamal dari UiTM perak, En. Rosdi, En. Faizal, En. Fazley dari UiTM Cawangan Sabah dan Hajah Junaidah daripada UiTM Cawangan Trengganu.

Pokok perbincangan kami ialah mengenalpasti mekanisme yang sewajarnya yang perlu dilakukan UiTM untuk merancakkan dan menyemarakkan aktiviti yang melibatkan mahasiswa NR. Umum mengetahui bahawa tahap penglibatan mahasiswa nr terhadap aktiviti yang dianjurkan kurang mendapat sambutan daripada pelajar nr. Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi diantaranya program yang tidak memenuhi kehendak pelajar nr, masa dan waktu program yang tidak sesuai, kurang publisiti dan sikap mahasiswa sendiri yang merasakan mereka lepas bebas bila menjadi mahasiswa nr dan tidak mahu beraktiviti dan melaksanakan program.

Kami semua ahli kumpulan dua bersetuju supaya UiTM mewujudkan Jawatankuasa Bersama antara UiTM dan masyarakat setempat dimana mahasiswa nr menginap bagi mengeratkan perhubungan diantara mahasiswa nr dengan penduduk setempat disamping menangani masalah semasa yang ditimbulkan oleh mahasiswa nr. Disamping itu, Jawatankuasa diperingkat ad-hoc diwujudkan semua kawasan dimana terdapat mahasiswa UiTM menyewa disitu, melalui mekanisme ini secara tidak langsung kita dapat mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan kepada mahasiswa NR. Program-program yang melibatkan mahasiswa nr dan masyarakat setempat wajar dilaksanakan.

Pn. Azida Azmi, Ketua Timbalan Pendaftar, HEP & A, semasa sesi perasmian bengkel tersebut menyatakan bahawa UiTM serius dalam menangani hal ehwal kebajikan mahasiswa NR. Semua sistem HEP diseluruh negara mempunyai pegawai pembangunan pelajar NR dan unit pengurusan NRnya yang tersendiri. Demikian lah kata Pn. Azida bahawa pengurusan universiti serius menjaga kebajikan mahasiswa NR.

Sunday, July 20, 2008

Pusat Kesihatan UiTM: Tiada Lagi Doktor On Call Yang Ada Hanya Ambulance On-Call

Sekitar jam 1.35 petang tadi, saya menerima panggilan telefon daripada YDP JPK Kolej Delima memohon bantuan untuk menghantar seorang ahli exconya yang juga kawan baik beliau sakit. Saya menghantar pelajar tersebut ke Pusat Kesihatan UiTM untuk menjalani rawatan di situ. Setibanya di Pusat Kesihatan sekitar jam 1.45 petang, saya dimaklumkan klinik hanya akan beroperasi jam 2.00 petang, jadi kami terpaksa menunggu sehingga jam 2.00 ptg.

Setelah menjalani pemeriksaan, doktor yang bertugas menahan pelajar tersebut diwad sementara di Pusat Kesihatan kerana suhu badan siswi tersebut terlalu tinggi. Doktor memberikan ubat dan melaksanakan ujian pemeriksaan darah terhadap siswi berkenaan. Mengikut cerita doktor, terdapat jangkitan virus dalam darah siswi berkenaan.

Sementara menunggu siswi berkenaan mendapat rawatan saya sempat berbual dengan jururawat yang tertugas dikaunter pendaftaran. Mengikut cerita jururawat tersebut, sejak semester lepas lagi sudah tidak ada doktor on-call yang ada hanya ambulance on-call. Pusat kesihatan akan beroperasi mulai jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang pada hari sabtu, ahad dan cuti am. Pada hari biasa Pusat Kesihatan akan beroprasi mulai jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Justeru itu, saya menasihat semua mahasiswa samada Non-Resident atau Resident, jika saudara/i rasa macam hendak deman atau kurang sihat datanglah ke Pusat Kesihatan pada waktu ia beroprasi. Jangan tunggu sampai lewat malam baru meminta bantuan Pegawai Pembangunan Pelajar di Kolej anda untuk menghantar anda ke Pusat Kesihatan kerana saudara/i tidak akan dihantar ke Pusat Kesihatan tetapi saudara/i akan dihantar ke klinik di sekitar Shah Alam dan saudara/i perlu membayar bil perubatan sendiri.

Siswi tersebut dibenarkan keluar daripada wad sementara sekitar jam 4.00 petang. Saya menasihat siswi tersebut supaya memakan ubat yang diberikan oleh doktor. Jika ada masalah lagi, jangan segan untuk menghubungi saya.

Saturday, July 19, 2008

Bancian Mahasiswa NR di Blok 9 Flat PKNS, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Saya baru balik bersama J/K Penduduk Blok 9 Flat PKNS seksyen 7, Shah Alam membuat bancian rumah sewa diblok berkenaan. Objektif utama bancian ini ialah untuk tujuan keselamatan semua penghuni blok 9. Saya membawa bersama PPP Kolej Jati En. Hamdani membantu saya melawat blok 9 untuk membuat bancian dari rumah ke rumah di tangga 8 dan 2 diblok tersebut bersama J/K Blok 9 yang diketuai oleh Pak Din berserta dengan ahli exco beliau yang lain, En. Rahman, En. Eden dan ramai lagi. Semua rumah student yang saya lawati bersama J/K blok 9 diblok tersebut didiami oleh siswi kita.

Pak Din menyeru semua student yang menginap diblok tersebut supaya jangan membuang sampai merata-rata, mengutip sampah dan membuang ditempat yang sepatutnya, menyertai program yang dianjurkan dalam J/K Penduduk Blok 9, kepada mahasiswi - jangan bawa lelaki masuk, kepada mahasiswa - jangan bawa perempuan masuk.

Baru-baru in Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Nassudin telah bersetuju untuk berkerjasama dengan wakil penduduk tempatan melalui Rukun Tetangga dan Jawantankuasa Perwakilan Penduduk untuk bersama UiTM menjaga nama baik universiti.

Kempen Sahabat NR sedang giat dijalankan. semua mahasiswa NR wajar bangun dan menyertai sahabat NR untuk kepentingan bersama. bersatu kita kuat, bercerai kita roboh. Banyak perkara yang memerlukan kita berkerjasama untuk ditangani secara bersama.

Friday, July 18, 2008

Syair : Wahai Kita Bernama Mahasiswa

Wahai kita bernama mahasiswa
Bangun dan bangkit dari lena
Lama sudah kita terlena
Diulit mimpi fatamorgana

Wahai kita bernama mahasiswa
Mari bangun bersama-sama
Menyusun lagu dan irama
Menyanyikan lagu pusaka bangsa

Wahai kita bernama mahasiswa
Mari kita bersama-sama
Berkorban jiwa dan raga
Demi kelangsungan saka bangsa

Wahai kita bernama mahasiswa
Masa berkata-kata telah tiada
Masa yang ada sedikit cuma
Buat membetul kesilapan lama

Wahai kita bernama mahasiswa
Ingat pesanan ayahanda dan bonda
Jangan lupa taati mereka
Kerana syurga dibawah telapak kaki bonda

Wahai kita bernama mahasiswa
Ingat pesanan pensyarah kita
Belajar bukan untuk periksa sahaja
Belajar kerana tuntutan jiwa

Wahai kita bernama mahasiswa
mari kita bersama-sama
membulatkan tekad dan azam lama
menjadi agen perubah bangsa



Nukilan
Ahmad Rais Johari
Taman Negara Kuala Tahan
Julai 14, 2008

Mahasiswa Non-Resident : Jaga Nama Baik UiTM

Sebagaimana yang pernah saya nyatakan melalui post yang lalu, semua mahasiswa NR UiTM tertakluk kepada Akta 174. Mahasiswa UiTM tidak tertakluk kepada AUKU. Justeru itu, dengan rendah diri saya menyeru semua mahasiswa NR supaya menjaga nama baik UiTM melalui percakapan yang sopan santun, perbualan yang berbudi bahasa, tingkahlaku yang baik dan perbuatan yang beretika semasa berhadapan dengan orang awam disekitar rumah, taman dan tempat saudara dan saudari menginap.

Sebagai mahasiswa UiTM anda perlu menjaga nama anda, nama keluarga anda, nama bangsa anda, nama agama anda dan nama universiti anda. Kegagalan saudara/i menjaga nama baik universiti melalui kata-kata, berbuatan, tingkahlaku dan tindakan boleh menyebabkan saudara/i didakwa di Mahkamah Pelajar Hal Ehwal Pelajar.

Pengalaman di Taman Negara Kuala Tahan - Cerita Tentang Pacat

Sejak zaman kanak-kanak dan remaja saya sudah biasa dengan pacat. Saya tidak merasa geli atau takut dengan pacat dalam apa keadaan sekalipun, saya pernah menoreh getah dengan bonda saya didalam kebun getah yang banyak pacat, saya juga biasa mengecop dan menyabit dahan kelapa sawit, ladang kepala sawit tersebut juga mempunyai banyak pacat.

Saya juga biasa dengan aktiviti mengusahakan sawah padi bermula daripada menanam, mengerat, memukul dan menanggung padi ke tepi ban sebelum ia dikumpulkan dibangsal. Sawah itu juga banyak pacat. Berbeza dengan lintah, pacat tidak mempunyai nilai komersial. Sehingga hari ini saya masih belum mendengar perusahaan menternak pacat dijalankan oleh usahawan tani di negara kita.

Bercerita tentang pacat, saya baru tahu melalui Fais dan melalui abang Lan semasa di Taman Negara rupanya pacat mempunyai dua jantina, mula-mula jadi jantan kemudian bertukar menjadi betina selepas pacat tersebut mendapat darah atau menghisap darah, secara automatik persenyawaan akan berlaku, pacat tersebut akan mati dan menelurkan puluhan anak-anak pacat yang lain.

Pacat berkorban demi meneruskan kelangsungan hidup generasi nya. Satu pengorbanan untuk puluhan generasi baru. Mati Satu, tambah sepuluh. Begitulah kelangsungan generasi pacat berterusan. Setakat hari ini pacat masih belum dalam kategori haiwan melata yang lupus atau dilindungi oleh perhilitan.

Wednesday, July 16, 2008

Hari Ini Adalah Hari Yang Mengembirakan Saya

Hari ni adalah hari yang mengembirakan buat saya. Faktor pertama kerana saya difahamkan Program Pentauliahan Profesional (3P) akan diteruskan lagi pada november ini walaupun bagaimanapun jumlah pelajar yang menyertai program ini akan dikecilkan.

Faktor kedua ialah Request for Information(RFI) Total Healthcare Information System untuk Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian yang saya bentangkan pada mei lalu kepada Jawatankuasa Penggunaan dan Penilaian Komputer(JPPK) telah diluluskan.

Faktor ketiga ialah Polisi ICT UiTM yang telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Eksekutif Universiti telah diluluskan dan diperakui oleh Lembaga Pengarah Universiti. Saya terlibat secara terus bersama pengarah, mantan timbalan pengarah, pengurusan, pentadbiran, ketua jabatan, ketua unit, pegawai sistem maklumat diseluruh cawangan dalam PSMB, mantan dekan FTMSK, Dr. Zaiton, dan banyak lagi orang perseorangan yang lain untuk membangunkan dan menyunting polisi ICT ini sejak tiga tahun yang lalu.

Faktor ke empat ialah saya dapat melihat dan mendengar debat bertajuk ' Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak' antara Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Datuk Ahmad Shabery Cheek Menteri Penerangan secara langsung melalui Astro Awani. Buat pertama kalinya sepanjang hayat saya yang sudah menghampiri 40 tahun, debat secara terbuka dan tanpa suntingan begini diadakan.

Tuesday, July 15, 2008

Pengalaman Dari Alam : Lapan

".....usahawan yang berjaya kebanyakannya mempunyai kredibiliti, integriti dan akauntibiliti yang tinggi..."

Monday, July 14, 2008

Pengalaman Dari Alam : Tujuh

"....masyarakat orang asli kaum batek menggunakan sumber-sumber alam semulajadi sepenuhnya untuk meneruskan kelangsungan hidup, mereka hidup tanpa kemudahan asas, asas kehidupan mereka adalah alam semulajadi...."

Catitan Pengalaman Dari Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang

Kami bertolak ke Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang daripada perhentian bas kolej teratai UiTM sekitar jam 9.00 pagi. Seramai 30 orang mahasiswa NR menyertai ekspedisi ini dan diiringi oleh 4 orang pegawai pengiring termasuk saya. Kami berehat sebentar di Genting Sempah untuk bersarapan dan meneruskan perjalanan semula ke Kuala Tahan melalui Jerantut. Perjalanan berjalan lancar dan kami sampai di Kuala Tahan sekitar jam 2.00 petang. Kami disambut oleh Abang Lan dan Saudara Laili sebaik sahaja tiba di Kuala Tahan.

Pada sebelah petang hari jumaat(11 hb. Julai 2008) kami meneroka Gua Telinga. Penerokaan ke Gua Telinga memerlukan kami menelusuri sungai tembeling, mendaki tebing dan masuk ke hutan melalui jalan yang berbecak dan berlumpur sejauh lebih kurang 1 kilometer. Dalam perjalanan kami menemui perkampungan orang asli, rumah mereka bertiangkan dahan kayu yang bercabang, beratapkan dan berdindingkan bertam kering yang dianyam rapi dan berlantaikan batang buluh yang telah dibelah kemas. Wajah dan warna kulit mereka sama seperti orang kulit hitam Afrika. Mereka adalah orang asli kaum batek.

Perjalanan dari jeti Kuala Tahan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Gua Telinga. Sebaik sahaja kami sampai di Gua Telinga kami terpaksa menunggu sebelum dibenarkan masuk ke dalam gua kerana ramai pelawat disitu. Penerokaan ke dalam gua memerlukan kami menggunakan lampu suluh untuk melihat kerana suasana di dalam gua tersebut terlalu gelap, kami terpaksa merangkak, menerap, bertinggung, memanjat, menelusuri anak sungai dan berpaut pada batu-batuan semulajadi di dalam gua tersebut untuk masuk dan keluar daripada gua. Lebih menakutkan ialah berkawan-kawan kelawar berterbangan di atas kepala kami, beratus-ratus kelawar bergayut-gayutan di atas permukaan dinding gua. Kami dinasihatkan tidak menganggu kelawar tersebut untuk menggelakkan kelawar tersebut terkejut. Seorang peserta siswi yang menyertai eksplorasi ini menangis kerana terlalu takut pada kelawar sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh siswa yang rapat dengan beliau.

Pada sebelah malam kami membuat ekspedisi night walk melalui laluan berstruktur yang disediakan untuk melihat serangga, haiwan melata dan haiwan liar di dalam hutan Taman Negara. Kami terpaksa menyeberang sungai tembeling menggunakan bot

Ekspedisi night walk ini berakhir di menara tinjau sebelum kami berpatah balik ke Jeti . Disini kami dapat melihat dua ekor rusa sedang meminum air dikolam berhampiran.

Sunday, July 13, 2008

Program Eksplorasi Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar - Non Resident (JPPNR) UiTM

Alhamdulilah....perjalanan pergi dan balik daripada Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang telah selamat. Saya sampai rumah saya di Kolej Delima sekitar jam 8.15 pm. Tiada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Semua berjalan lancar berkat komitmen semua mahasiswa NR yang menyertai aktiviti lasak ini.

Saya, En. Ariffin, En. Fais dan En. Razali menjadi pegawai pengiring untuk eksplorasi ini. Tugas utama kami ialah memastikan semua mahasiswa yang terlibat dalam eksplorasi ini selamat dan semua aktiviti yang dijalankan disepanjang 3 hari dua malam tersebut mengikut kehendak Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni(HEP).

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada JPPNR, semua pegawai pengiring, semua penunjuk jalan yang membantu kami memasuki gua telinga, mendaki bukit, meredah denai, menelusuri sungai, melalui titian gantung dan meneroka perkampungan orang asli, tok batin perkampungan orang asli kaum batek, krew 8TV yang membuat liputan, pengusaha mortel yang menyediakan penginapan, syarikat penaja, pemandu bot, pemandu bas UiTM, En. Laili , Polis, Jabatan Perhilitan dan ramai lagi yang tidak tertulis disini.

Pengalaman selama projek ini berlangsung mengajar saya tentang cinta, kasih, sayang dan rindu. Cinta kepada alam semulajadi, sayang kepada hidupan yang melata, kasih kepada sungai dan rindu kepada kehijauan alam.

Friday, July 11, 2008

Program Eksplorasi Taman Negara, Pahang Anjuran JPPNR

Pagi ini jam 7.30 nanti saya akan bertolak ke Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang mengiringi mahasiswa nr ber'ekspedisi' dan ber'eksplorasi' mengharungi hutan dara, menelusuri sungai dan beriadah didalam belantara. Saya amat merindui kesegaran udara hutan nan menghijau, bunyi derauan arus sungai yang berderau, melihat kilauan ikan yang berenang dicelah-celah batu, menikmati kedinginan air dari gunung tahan yang mengalir daripada berpuluh-puluh sungai kecil yang bergabung menjadi satu.

Semoga selepas ekspedisi ini, semua peserta yang terdiri daripada mahasiswa NR akan insaf dan sedar betapa manusia perlu bermesra dan bercumbu dengan alam semulajadi yang terdiri daripada pokok, rimba, hutan, belantara, sungai, air, udara, api, pacat, ikan dan unggas untuk kesejahteraan manusia sendiri.

Saya akan kembali ke Shah Alam pada malam hari ahad (13 Julai 2008). Saya berdoa semoga perjalanan kami mendapat keberkatan dan kepulangan kami nanti mendapat kerahmatan daripada Ilahi, semoga tidak berlaku kejadian yang tidak dingini sepanjang ekspedisi dan eksplorasi ini berlangsung.

Thursday, July 10, 2008

Perjuangan Meneruskan Kelangsungan Melayu

Jam 2.00 sehingga lewat petang hari ini, saya melawat Industronics Berhad di Seri Kembangan. Rombongan UiTM diketuai oleh Penolong Naib Canselor Jabatan Komunikasi Korporat, Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuan Abd. Rahman, Puan Bosirah Daud, En. Abdul Halim Mohd. daripada Unit Majlis , Pejabat Pengurusan Fasiliti termasuk beberapa orang kakitangan teknikal Jabatan Komunikasi Korporat, selepas tamat lawatan di Industronics Berhad kami ke UKM, Bangi.

Dalam perjalanan balik ke UiTM Shah Alam, saya sempat berbual dengan Dr. Redzuan membincangkan pelbagai isu termasuk isu kelangsungan bangsa bumiputera terutamanya melayu. Menurut beliau, populasi bangsa bumiputera hari ini tidak lebih 60 peratus daripada populasi keseluruhan rakyat malaysia, trend baru masyarakat melayu moden hari ini ialah memiliki keluarga yang kecil, mempunyai satu, dua atau tiga orang anak. Justeru itu, jelas beliau, sesuatu perlu dilakukan untuk menjadikan populasi bangsa bumiputera meningkat ke 70 peratus, diantaranya ialah menggalakkan bangsa bumiputera memiliki keluarga yang besar, seperti mengamalkan poligami, tidak mengamalkan 'amalan merancang keluarga', menggalakkan dan memudahkan perkahwinan. Dalam masa yang sama, jelas beliau, sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar penceraian dikalangan pasangan bumiputera islam.

Saya setuju dengan idea Dr. Redzuan malahan saya setuju anak adalah aset pada sesuatu keluarga, lebih ramai anak, maknanya lebih banyak harta yang dimiliki oleh keluarga itu, tetapi untuk mendapatkan anak juga bukan kerja yang mudah, tambah saya, saya telah berkahwin hampir 9 tahun tetapi baru dikurniakan seorang anak walaupun kerja-kerja untuk mendapatkan anak telah banyak kali dilakukan. 'Belum ada rezeki' Dr. Redzuan mencelah, 'tapi kena ada usaha dan ikhtiar, jangan serah pada takdir per se, perlu makan ubat dan berubat, ubat moden dan ubat traditional' katanya lagi.

Banyak yang saya belajar dari Dr. Redzuan hari ini, baru saya tahu, rupanya beliau seorang yang suka bergurau dan berjenaka, disebalik jenaka dan gurau beliau tersembunyi falsafah yang amat dalam. Beliau juga berjiwa seni dan meminati sukan bola sepak. Jiwa saya rasa sedikit terubat bila idea convergence voice, video dan data yang selalu saya utarakan dalam forum-forum melibatkan ICT di UiTM diterima oleh Dr. Redzuan. Malahan beliau komited mahu menggunakan ICT untuk memantapkan sistem penyampaian universiti. Justeru itu. jelas beliau “esprit-de-corp” dari segi teknikal diantara PSMB, ILQAM dan PPF amat penting untuk menjayakan misi dan visi Jabatan Komunikasi Korporat.

Wednesday, July 9, 2008

Cadangan Projek Komuniti : Perkhidmatan Internet Wayarles Di Pangsapuri Baiduri, Seksyen 7, Shah Alam.

Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Baiduri seksyen 7 dengan kerjasama sebuah syarikat ICT tempatan bercadang akan melaksanakan projek berasaskan komuniti di Apartment Baiduri. Projek komuniti ini bertujuan untuk memberikan kemudahan internet secara wayarles kepada semua penghuni Pangsapuri Baiduri termasuk semua mahasiswa nr yang tinggal di situ. Difahamkan pelanggan yang berminat untuk memperolehi perkhidmatan ini boleh memilih untuk melanggan secara bulanan, secara mingguan dan secara harian dengan kadar bayaran yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan cybercafe dan streamix STM.

Kempen Menjadi Sahabat NR

Mendaftarlah sebagai sahabat non-resident untuk memudahkan kami membantu anda. Kami prihatin terhadap kebajikan anda sebagai pelajar non-resident. Justeru itu, anda juga perlu prihatin terhadap diri anda sendiri dengan mendaftar menjadi Sahabat NR.

Tuesday, July 8, 2008

Kondominium Kristal Seksyen 7: Bermulanya Sebuah kehidupan Baru Mahasiswa International

UiTM telah membeli satu blok kondominium kristal di seksyen 7 daripada world wide pemaju projek kondominium tersebut untuk dijadikan asrama pelajar international UiTM. Difahamkan kebanyakan pelajar international ini datangnya daripada negara OIC. Pada semester ini ada lebih kurang 80 orang pelajar international telah mendaftar diri sebagai mahasiswa. Di UiTM, mereka dikenali dengan istilah 'pelajar international'. Mereka menginap di Kolej kristal yang mula beroperasi semester ini setelah mendapat CF daripada pihak berkuasa beberapa bulan yang lalu. Disini bermulalah episod baru mahasiswa international yang bakal mengharungi gelombang tsunami pembelajaran dan pengajaran di UiTM Malaysia.

Saya membuat rondaan satu pusingan sebentar tadi bermula daripada kolej delima tiga ke pintu utama UiTM, masuk ke apartment baiduri dan terus menuju ke kondo kristal melalui jalan belakang yang berhampiran dengan koperasi UiTM, saya singgah sebentar di post pengawal kondo kristal untuk berbual dengan pengawal keselamatan yang bertugas di situ, dari kondo kristal saya melalui jalan pualam, belok ke kiri dan menuju ke Pintu Ke-2 UiTM, melalui round-about APB dan terus ke kolej delima 3 tempat saya bermula tadi.

Di Kondominium Kristal saya menerima maklumbalas daripada siswi UiTM yang menyewa di Blok 2 Kondo Kristal Seksyen 7 bahawa mereka ditinggalkan diluar jalan utama petang tadi kerana pada masa itu tiada pelajar antarabangsa didalam bas. Mereka terpaksa berjalan kaki ke Kondo Kristal. Kata mereka lagi, pemandu tersebut semacam mengamalkan polisi double standard membezakan pelajar international dan pelajar tempatan. Jangan seperti 'kera dihutan disusukan, anak dirumah kelaparan' ujar mereka lagi.

Pihak pengurusan kondo kristal memperkenalkan sistem mewajibkan semua penghuni kondo kristal membeli stiker untuk kenderaan. Jadi semua mahasiswa yang menyewa di kondo kristal perlu membeli stiker kenderaan di pejabat pengurusan pemaju. Mahasiswa yang tinggal di blok 2 dan 3 kondo kristal dan tidak mempunyai kenderaan boleh menggunakan perkhidmatan bas yang di sediakan oleh HEP di kondo tersebut. Walaupun bas tersebut disediakan untuk pelajar international tetapi pelajar tempatan boleh menggunakan perkhidmatan tersebut untuk ke kelas di UiTM.

Taboo : Perjalanan Mencari Tuhan...?

Saya menonton NGEO sebentar tadi, rencana bertajuk Taboo, ia mengesahkan perjalanan hidup manusia mencari dan mengenal Tuhan, di Afrika, satu upacara keagamaan terjun dari menara tinggi yang dibina daripada kayu dan akar-akar pokok sebagai tanda 'terima kasih' kepada Tuhan. Di Greece pula upacara berlari dan menari di atas bara api sebagai tanda pengabdian diri kepada Tuhan manakala di Filipina satu upacara penyalipan diri dilakukan sebagai tanda syukur dan terima kasih kepada Tuhan. Semua mereka, melakukan sesuatu yang mendera dan mencederakan diri mereka sendiri demi menunjukkan ketaatan kepada Tuhan.

Saya terfikir betapa indah dan betapa seni nya islam kerana islam tidak menuntut kita untuk mendera diri sendiri sehingga luka dan berdarah untuk mengenal Allah. Allah tidak meminta pengorbanan darah untuk dihirup dan nyawa manusia sebagai gadaian supaya Dia semakin berkuasa dan gagah. Tetapi Allah menuntut kita untuk mendera dan mencederakan 'nafsu' kita supaya perjalanan kita mencari dan mengenal tuhan akan menjadi lebih mudah dan senang.

Monday, July 7, 2008

Mahasiswi UiTM Menjadi Mangsa Ragut di 'Round-About' Seksyen 16

Saya menerima panggilan telefon daripada En. Hanafi, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Apartment Baiduri, Seksyen 7, sekitar jam 7.15 petang semalam. ' student you kena ragut, sekarang saya bersama mereka on the way ke balai polis seksyen 11 untuk buat laporan' kata beliau, 'lepas magrib saya akan ke sana' jawab saya melalui telefon bimbit.

Sebaik sahaja saya sampai di Balai Polis Seksyen 11, saya bertanya kepada anggota polis wanita yang sedang bertugas dikaunter 'tadi ada tak student UiTM buat laporan polis tentang kes ragut?', 'ada', jawab beliau 'budak-budak tu ada di tingkat 1 untuk sesi penyiasatan' tambahnya. Saya terus ke tingkat satu di bahagian penyiasatan jenayah.

Dari jauh saya nampak seorang gadis bertudung sedang menjawab telefon bimbit sambil menangis, saya yakin beliau adalah mangsa kes ragut berkenaan. Saya memperkenalkan diri saya kepada gadis tersebut dan dia mengesahkan bahawa beliau adalah mahasiswi UiTM dan beliau diragut. Dia memperkenalkan dirinya sebagai 'Liza'. Liza adalah pelajar tahun akhir FSSR.

Mengikut cerita Liza, sekitar jam 6.30 petang dia dan seorang lagi rakannya bernama Hidayah dalam perjalanan ke Mydin seksyen 18 untuk membeli barang-barang keperluan kuliah sebagai persiapan untuk menghadapi semester baru. Hidayah menunggang motosikal manakala Liza duduk dibelakang sambil memegang erat beg tangan beliau, dalam perjalanan hati kecil Liza rasa tidak selesa, rasa macam ada yang tidak kena. Sebaik sahaja mereka sampai di round-about seksyen 16, sebuah motosikal RXZ yang ditungang oleh seorang lelaki kurus mencapai beg yang dipegang oleh Liza dan terus merentap beg tersebut menyebabkan tali beg tangan Liza terputus, nyaris Hidayah terbabas, mujurlah beliau dapat mengawal motorsikal dan mereka tidak terjatuh daripada motosikal. Mengikut cerita Liza lagi, terdapat kad pengenalan, handphone, kad ATM, kad matrik UiTM, kunci rumah dan sedikit wang dalam beg tersebut.

Sebaik sahaja sesi penyiasatan tersebut selesai saya membawa mereka ke Kompleks Sukan UiTM untuk bersama-sama ke majlis taklimat pelajar baru nr, selepas 30 minit di Kompleks Sukan saya menghantar mereka ke Apartment Baiduri, Seksyen 7.

Berbalik kepada kesah ragut tadi, semua yang berlaku ada hikmahnya, nasihat saya kepada Liza dan Hidayah, kita perlu mencari hikmah disebalik peristiwa ini, mungkin kita telah melakukan kesalahan tanpa kita sedari, itu sebagai balasan terhadap kealpaan kita, kita juga perlu proaktif memandang kehadapan, yang hilang akan pergi, yang tumbuh akan berganti. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada En. Hanafi kerana membantu kami dalam hal ehwal kebajikan mahasiswa di apartment baiduri.

Perjumpaan Mahasiswa NR Baru dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Sebentar tadi satu perjumpaan di antara semua mahasiswa nr baru telah diadakan di kompleks sukan UiTM. Majlis bermula pada jam 8.30 p.m dan berakhir jam 11.00 pm. Saya sampai agak lewat sekitar jam 9.15 p.m kerana terpaksa ke Balai Polis Seksyen 11 bagi membantu seorang mahasiswi UiTM yang menjadi mangsa ragut membuat laporan polis.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Balai Polis Seksyen 6, Chief Inspector Zamri , Penolong Pengarah (operasi) Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) En. Mohd Akmal Hj. Senin, Pengarah Pembangunan Pelajar Prof. Madya Dr. Rosmin Talib, Pengurus Unit Pengurusan NR, En. Amizar Mohd. Amin, wakil-wakil penduduk, semua Pegawai Pembangunan Pelajar- NR, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar NR dan beberapa pegawai HEP yang lain.

Dalam ucapannya Prof. Madya Dr. Rosmin Talib mengingatkan mahasiswa nr supaya jangan terlibat dengan politik kepartian contohnya mengibarkan bendera parti politik dihadapan rumah, menghadiri dan menyertai demontrasi yang dianjurkan oleh parti politik dan sebagainya. Disamping itu, beliau menggesa pelajar supaya sentiasa menjaga nama baik universiti.

Chief Inspector Zamri dalam sesi taklimat beliau menjelaskan bahawa semua mahasiswa perlu tahu menjaga harta benda masing-masing, sentiasa mengunci pintu rumah, sentiasa mengunci motosikal dengan kunci pendua, elakan daripada keluar lewat malam, jangan keluar seorang diri, jangan terlibat dengan gangsterisme. Mengikut lapuran polis yang diterima jelas beliau, diantara item yang sering menjadi sasaran kecurian ialah laptop, motorsikal dan handphone. Jagalah hartabenda anda sebaik mungkin.

Penolong Pengarah (operasi) Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) En. Mohd Akmal Hj. Senin pula dalam sesi taklimat beliau menerangkan tentang jenayah syariah yang sering dilakukan oleh mahasiswa UiTM iaitu 'khalwat'. Denda yang akan dikenakan jika disabitkan bersalah ialah RM 3,000.00 atau 2 tahun penjara. Jadi nasihat beliau, elakkan diri anda daripada duduk berdua-duaan lelaki dan perempuan ditempat yang sunyi dan tersembunyi seperti ditaman, dalam kereta, dibilik atau di dalam rumah dan sebagainya. Jauhkan diri daripada perkara-perkara yang mendekatkan kita kepada zina nasihat beliau lagi.

Pada saya, majlis perjumpaan diatas berjaya kerana lebih daripada 1,000 orang mahasiswa nr hadir dimajlis tersebut.

Saturday, July 5, 2008

Peranan Mahasiswa Non-Resident UiTM

Pada pandangan saya, semua mahasiswa nr UiTM adalah duta kecil kepada UiTM. Disebabkan saudara/i telah mendaftar sebagai mahasiswa UiTM maka saudara/i membawa nama UiTM bersama saudara/i sekelian. Justeru itu, semua mahasiswa nr perlu menjaga nama tersebut sebagaimana saudara/i menjaga nama baik diri sendiri, keluarga, bangsa dan agama saudara/i sekelian.

Seperti yang saudara/i sedia maklum, saudara/i berada bersama masyarakat setempat di Shah Alam. Alam kehidupan saudara/i berbeza dengan alam kehidupan rakan-rakan saudara/i yang menginap di kolej. Saudara/i terdedah kepada pelbagai anasir di luar, ada anasir yang baik dan ada juga anasir yang tidak baik, kebanyakan daripada saudara/i adalah di dalam golongan remaja, remaja sifatnya suka mencuba, remaja selalunya idealis dari segi idea nya, jadi saudara/i perlu pandai memilih anasir-anasir yang baik sahaja untuk di contohi dan dijadikan ikutan. Pesan ibubapa jangan dilupakan. Hargai dan kasihi ibubapa kerana daripada mereka anda datang.

Friday, July 4, 2008

Peranan Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident (NR)

Sebentar tadi saya menerima surat penyambungan perlantikan saya sebagai PPPNR sehingga 30 Jun 2009 daripada Dato' Prof. Dr. Nasuddin Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Terima kasih kepada HEP kerana masih memberikan saya kepercayaan untuk menyumbang idea, pendapat dan tenaga untuk membangunkan mahasiswa NR UiTM yang kini berjumlah melebihi 20,000 orang.

Diantara tugasan saya sebagai PPPNR ialah menjadi duta universiti bila berhadapan dengan masyarakat setempat, pihak berkuasa seperti Polis, JAIS dan sebagainya dalam menangani permasalahan yang melibatkan mahasiswa UiTM. Disamping itu, saya juga bertangungjawab membantu mana-mana mahasiswa UiTM NR yang ditimpa kemalangan, kesusahan, gangguan dan sebagainya.

Selari dengan nama sebagai pegawai pembangunan pelajar maka peranan PPP bukanlah hanya sebagai penguatkuasa dan membawa mahasiswa ke Mahkamah Pelajar HEP untuk didakwa dan diambil tindakan tatatertib. Tugas PPPNR merangkumi keseluruhan aspek pembangunan modal insan, merancang aktiviti pembangunan pelajar, merapatkan jurang komunikasi antara pelajar dan masyarakat setempat, mendorong pelajar menjadi agen perubahan masyarakat dan sebagainya.

Saya berhasrat untuk memberikan pesanan kepada semua mahasiswa non-resident(nr) supaya sedar dan insaf bahawa anda merupakan sebahagian dari komuniti dalam masyarakat yang hidup dan tinggal berjiran dengan mereka di pangsapuri, kondominium, flat, taman perumahan dan sebagainya. Justeru itu, saudara/i perlu mempunyai etika bermasyarakat. Contohnya, mengenali jiran anda, menghormati mereka, menjaga adat dan tatasusila kesopanan, menjaga kehormatan diri dari segi berpakaian, menghormati waktu solat, menjaga kebersihan rumah dan kawasan sekitarnya, memelihara ketenteraman dan keharmonian tetangga, tidak menganggu jiran dengan kebisingan motorsikal, meletak kenderaan ditempat yang betul dan menghadiri diri ke majlis yang dianjurkan oleh penduduk jika mendapat jemputan.

Bicara 3 Sahabat Tentang Komitmen

Saya berbual dengan dua orang sahabat di Khalifah Seksyen 3 tentang komitmen. Dalam kecerahan lampu kalimantang yang pudar Haq berkata "kalau nak jadi manusia kita kena ada komitmen, tanpa komitmen kita tidak boleh digelar manusia" kemudian zul menambah "dalam hidup, kita kena ada komitmen, kalau tak banyak pun sikit...setidak-tidaknya komitmen kepada keluarga". Saya menambah " untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik kita perlu memberikan komitmen yang tinggi dan kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan komitmen kita yang lain". Justeru itu, sambil mengingatkan diri sendiri , maka sewajarnyalah kita bermuhasabah menilai semula komitmen kita kepada diri sendiri, keluarga, bangsa dan agama. Semoga kita sama-sama dilandasan yang betul.

Thursday, July 3, 2008

UiTM Komited Dengan Agenda Memartabatkan Melayu dan Kelangsungan Bangsa

Amanat Dato' Seri Naib Canselor semalam meninggalkan kesan mendalam kepada semua mahasiswa baru. Pelbagai persoalan bermain diminda saya setelah mendengar amanat beliau.

Ini negaraku dan tanahair ku, kenapa bangsaku hanya berada dipinggiran dalam mengharungi arus ekonomi? kenapa bangsaku hanya mengambil kuah ekonomi sedangkan isinya telah diambil oleh bangsa lain?, adakah kerana melayu mudah lupa? atau kerana melayu memang begitu, hanya sekadar cukup makan dan tidak lebih dari itu, yang lebih itu, kita berikan kepada tetamu kerana melayu memang menghargai tetamu.

Sejarah telah menjadi bukti bahawa kehancuran kerajaan melayu melaka kerana persengketaan melayu sendiri. Melayulah yang memperkosa melayu. Melayu tebal hasad dengkinya. Itulah sebabnya Tanah Melayu dijajah 4 abad lamanya. Melayu tidak pernah bersatu kecuali ketika menentang Malayan Union. Raja dan rakyat bergabung dalam satu saf pasukan. Akhirnya, tiada jus soli dan tiada Malayan Union.

Hari ini kita berpecah lagi, berpecah kerana kuasa, semua menjadi tidak kena, kita pun keliru siapa yang bercakap benar dan siapa yang menipu tetapi yang pastinya generasi ke tiga mereka yang pernah dibawa oleh penjajah dulu mula bersuara dan menuntut kesamarataan, mula berani membahaskan erti 'kontrak sosial' secara terbuka, mereka datang kerana penjajah dan akhirnya setelah berdekad mereka disini, mereka mahu menjajah kita semula dengan istilah ketuanan rakyat, globalisasi dan kesamarataan.

Berapa banyak bukit kita telah kita berikan kepada mereka untuk dijadikan pusara, berapa banyak tanah kita telah kita berikan kepada mereka atas nama pembangunan, tetapi itu tidak cukup bagi mereka. Mereka mahu paha setelah diberikan betis.

Saya merenung jauh dari celah-celah kehijauan dedaun dengan sinaran pancaran mentari petang, memikirkan apa yang bakal terjadi, jika kita terus begini dan tidak mahu mengubah diri untuk membina jati diri.

Amanat Dato' Seri Naib Canselor Disiarkan Secara Live Ke Semua Cawangan UiTM Di Seluruh Negara Melalui "Media Streaming"

Saya baru sampai ke rumah di kolej delima jam 12.00 malam. Sekitar jam 11.50 pm baru Dato' Seri Naib Canselor beredar daripada Dewan Sri Budiman UiTM Malaysia setelah menyampaikan amanat beliau kepada semua mahasiswa baru UiTM. Amanat tersebut disiarkan secara live ke semua kampus UiTM Cawangan melalui IPVPN yang diselenggara oleh Unit Rangkaian, Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB)

Maklumbalas daripada Penolong Naib Canselor, Jabatan Korporat , UiTM menyatakan bahawa terdapat sikit gangguan dimana 'video streaming' yang diterima tidak lancar dimana gambar yang diterima tersekat-sekat berlaku di UiTM Kampus Perak. Saya tidak dapat memberikan penjelasan yang tepat secara teknikal kepada PNC Jabatan Korporat punca kejadian tersebut berlaku, saya hanya membuat beberapa andaian kenapa ia berlaku. Mungkin kerana IPVPN bandwidth connectivity ada gangguan.

Amanat Dato' Seri Prof. Ibrahim Abu Shah Naib Canselor UiTM berkisar kepada komitment UiTM untuk mengangkat martabat dan meneruskan kelangsungan bangsa, berbicara tentang perlembagaan negara yang mula terancam dan ketunanan melayu mula dipertikaikan.

Wednesday, July 2, 2008

Ucapan Menteri Pengajian Tinggi Disiarkan Secara Live Ke Semua Cawangan UiTM Di Seluruh Negara Melalui "Media Streaming"

Pada hari ini saya agak keletihan dengan aktiviti rasmi dan aktiviti tidak rasmi, satu hari suntuk bermula daripada pagi tadi sehingga petang saya berada PICC, Putra Jaya. Saya menghadiri Bengkel anjuran MOSTI dan MOHE untuk merangka pelan tindakan dalam melaksanakan penyelidikan dan pembangunan(R & D) OSS. Saya sempat berkenalan dengan pensyarah kanan UNITEN, Uwe Heinz Rudi Dippel, beliau telah menghambakan dirinya kepada OSS sejak 10 tahun yang lalu. Beliau tidak menggunakan produk microsoft.Menurut cerita beliau, OSS dan proprietary software berbeza dari segi falsafah, budaya dan perlesenan, mereka umpama kata lawan, hitam dan putih, lelaki dan perempuan, pendek panjang, begitulah perbezaan antara OSS dan proprietary software. Uwe Heinz Rudi Dippel berkata OSS tidak boleh dipatenkan tetapi OSS mempunyai Intellectual Properties. Justeru itu ujar beliau, MOSTI perlu memberikan pengecualian dalam melaksanakan R & D dalam bidang OSS daripada ia dipatenkan untuk tujuan kormesial kerana ia bertentangan dengan falsafah, budaya dan lesen OSS.

Saya juga sempat berkenalan dengan Dr. Suhaimi Napis Chef Information Officer (CIO) dan Director iDEC Universiti Putra Malaysia dan bertukar-tukar pandangan dengan beliau mengenai convergence voice, video dan data technology. Beliau mempunyai idea dan cara berfikir yang dinamik dan jauh ke hadapan, menurut cerita beliau, beliau boleh membuat panggilan telefon ke UPM secara percuma walaupun beliau berada di US atau UK dan dimana sahaja seluruh dunia dengan menggunakan VoIP. UPM telah membangunkan sistem VoIP dan tele-medicine mereka sendiri. Semuanya menggunakan kepakaran dalaman UPM sendiri. Saya terpegun dengan penjelasan beliau dan saya akui UPM mendahului UiTM dalam aspek ini.Bengkel ini selesai sekitar jam 5.00 petang.

Pada sebelah malam, sebagai pegawai HEP saya perlu hadir ke Dewan Sri Budiman untuk menyambut kedatangan Dato' Seri Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Beliau merasmikan Minggu Mesra Siswa Julai 2008 UiTM. Ucapan perasmian beliau disiarkan secara langsung ke semua kampus UiTM di seluruh negara dari perlis sehinggalah ke sabah menggunakan sistem rangkaian IPVPN yang dikendalikan oleh Unit Rangkaian, PSMB. Mengikut testimoni daripada Penolong Naib Canselor Jabatan Komunikasi Korporat Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuan Abd. Rahman, semua kampus cawangan dapat menyaksikan live video streaming tersebut dengan lancar. Itu jawaban beliau semasa saya ajukan pertanyaan tentang live video conference tersebut. Beliau ialah pengarah UiTM Kampus Cawangan Perlis sebelum menjadi PNC.

Diantara intipati ucapan Dato' Seri Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi kepada semua mahasiswa baru ialah janganlah menjadi seperti kacang yang lupakan kulit. UiTM tidak ditubuhkan secara automatik, ia ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional, ia ditubuhkan kerana 'kontrak sosial', semua mahasiswa dan alumni perlu mempertahankan UiTM daripada terancam. Jadikan UiTM sebagai benteng terakhir demi maruah bangsa, agama dan negara. Jadikan ilmu sebagai senjata untuk mempertahankan UiTM, ujarnya lagi. Majlis tersebut selesai sekitar jam 10.30 malam.

Buat pertama kalinya ucapan menteri pengajian tinggi disiarkan secara langsung ke seluruh kampus cawangan dari perlis sehingga ke sabah. Semua mahasiswa baru dan pengurusan UiTM Kampus Cawangan mendengar ucapan tersebut di Dewan Besar di kampus masing-masing. Ini juga buat pertama kalinya IPVPN yang diselenggara oleh Unit Rangkaian PSMB digunakan untuk tujuan siaran langsung.

Tuesday, July 1, 2008

Nasihat Kepada Mahasiswa Baru UiTM : Dua

Pada jam 9.00 malam saya bersama dengan semua Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Delima, semua staf asrama dan semua Jawatankuasa Perwakilan Kolej menghadiri sesi taklimat asrama kepada semua pelajar baru. Mereka terdiri daripada pelajar Fakulti Pergigian, Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Semasa sesi soaljawab seorang mahasiswa baru daripada Fakulti Pergigian bertanyakan soalan tentang perkhidmatan internet wireless di kolej delima, soalan itu, dijawab oleh pengetua bahawa tiada perkhidmatan wireless internet di kolej delima tetapi saya membetulkan kenyataan pengetua dengan membisikan kepada penolong pengurus asrama kanan bahawa internet wireless dipasang di kolej delima, coverage wifi terdapat di dalam dewan makan. Mungkin salah saya kerana tidak memaklumkan kepada beliau kewujudan wifi di situ.

Pengetua mengingatkan mahasiswa baru supaya mematuhi peraturan asrama, belajar bersungguh-sungguh, ingat pesanan ibubapa dan memberikan sokongan terhadap semua aktiviti yang dianjurkan oleh kolej. Walaupun saya adalah pengawai pembangunan pelajar NR namun saya tetap membantu PPP kolej delima dalam pengendalian aktivi kolej delima.

Monday, June 30, 2008

Open Source Software(OSS): Menjadi Pesaing Kepada Microsoft?

Pada hari ini saya, pengarah Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) dan seorang rakan menghadiri Bengkel Pasukan Petugas Strategic Thrust 4 (Promote Creativity and innovativeness via R & D To Harness Competitiveness) & Strategic Thrust 7 (Optimise Resources By Encouraging Smart Partnerships With Relevant Organization) Bagi Open Source Software yang dianjurkan bersama oleh Bahagian Dasar ICT, MOSTI dan MOHE. Peserta yang menyertai bengkel ini terdiri daripada orang kuat ICT di agensi kerajaan, IPTA dan sektor swasta.

Baru saya sedar bahawa kerajaan memperuntukan berjuta-juta ringgit untuk melaksanakan R&D dalam bidang ICT terutamanya melibatkan Open Source Software(OSS) melalui pelbagai tabung yang dikendalikan oleh MOSTI. Khabarnya UiTM juga melalui Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif (FTMSK) juga mengambil bahagian dalam melaksanakan R&D OSS dengan MOSTI melalui MOHE. Tahniah FTMSK!

Objektif utama bengkel ini ialah membahaskan Open Source Software(OSS) R & D Framework, membincangkan tiga isu utama iaitu dana bagi pembiayaan R & D, kolaborasi perkongsian pintar diantara sektor awam dan swasta dalam R & D dan Intellectual property Rights (RIP). Disamping itu, bengkel ini juga akan menyediakan pelan tindakan Strategic Thrust 4 (Promote Creativity and innovativeness via R&D To Harness Competitiveness) & Strategic Thrust 7 (Optimise Resources By Encouraging Smart Partnerships With Relevant Organization).

Semasa sesi rehat saya berkesempatan berbual dengan perunding OSS Master Plan MAMPU fasa 1, menurut cerita beliau Microsoft rasa terancam dengan OSS. tambahan pula, di MAMPU sendiri mereka telah menggunakan open office mengantikan microsoft office, dengan tindakan MAMPU ini, sudah pastilah pendapatan microsoft di Malaysia terjejas. Bengkel ini ditangguhkan pada jam 5.00 petang dan ia disambung semula esok.

Pengalaman Dari Alam : Lima

"....asas kepada integriti, akauntabiliti dan kredibeliti ialah kita tahu apa yang kita lakukan dan kita tahu untuk apa kita lakukan sesuatu itu...."

Ahmad Rais Johari

Penjimatan Tenaga Elektrik : Dimana Peranan Mahasiswa?

Mengikut maklumat yang diperolehi daripada orang kompeten elektrik UiTM. Bil lektrik UiTM akan mencecah satu juta ringgit sebulan sedikit masa lagi. Justeru itu, semua mahasiswa yang menginap di kolej perlu berperanan dan berkerja sama untuk melaksanakan penjimatan tenaga dengan memadamkan lampu, menutup kipas dan mematikan semua peralatan elektrik semasa meniggalkan bilik. Tenaga perlu digunakan secara optimum. Elakkan pembaziran tenaga.

Disamping itu, kita juga mengharapkan J/K Kecekapan Tenaga UiTM akan memperkenalkan kaedah baru untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga di UiTM. Contohnya menggunakan lampu jalan tenaga solar, meningkatkan power quality, meningkatkan power factor di semua bangunan sub-station elektrik mencapai 85 peratus dan ke atas, memantapkan sistem pengukuran tenaga sediada dan sebagainya. Saya ingin mencadangkan supaya kempen penjimatan tenaga dilancarkan. Ia perlu diwar-warkan supaya semua warga UiTM menyedari hakikat bahawa kita perlu mengguna tenaga secara optimum.

Sunday, June 29, 2008

Nasihat Kepada Mahasiswa Baru UiTM : Satu

Selamat datang ke UiTM kepada semua mahasiswa UiTM Malaysia. Lupakan soal kehebatan pencapaian akademik anda semasa SPM, anda akan melalui satu hidup baru sebagai 'mahasiswa', anda perlu terus belajar dan terus mengejar impian untuk menjadi graduan yang berguna kepada nusa, bangsa dan agama. Hormatilah pensyarah kerana mereka adalah guru anda. Belajarlah sesuatu ilmu kerana sifat ingin tahu, dekati guru anda. Belajarlah untuk taat kepada masa. Sesungguhnya anda sedang berjuang. Berjuang mendapatkan sekeping pengiktirafan. Tahniah! dan Selamat Maju Jaya.

Pengalaman Dari Alam : Empat

"....pada hakikatnya jiwa semua manusia adalah sempurna, jiwa manusia cenderung kepada kebenaran yang haq tetapi faktor persekitaran dan luaran yang berasaskan nafsu serakah tanpa sempadan dan bertuankan syaitan berwatak manusia menjadikan kesempurnaan jiwa manusia itu tercemar, terhakis dan akhirnya menghilang......."

Ahmad Rais Johari

Nasihat Buat Mahasiswa NR UiTM Malaysia Shah Alam.

Sejak minggu lepas, mahasiswa nr sudah mula sibuk mencari rumah sewa untuk dijadikan penginapan di sepanjang menelusuri salur galur kehidupan sebagai mahasiswa UiTM Malaysia Shah Alam. Saya sarankan carilah rumah sewa yang berdekatan dengan kampus, kawasan yang dilalui oleh bas RapidKL, dekat dengan kedai makan, hampir dengan kedai runcit dan carilah rumah yang sesuai mengikut kemampuan kewangan masing-masing, pastikan perjanjian sewa rumah ditandatangani, elakkan daripada berurusan hal ehwal sewaan tanpa resit. Kalau mahasiswa nr menghadapi masalah dalam pencarian ini, sila dapatkan bantuan daripada Unit Pengurusan Non-Resident, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP). Insya-Allah kami sedia membantu.

Sayugia saya ingin mengajak semua mahasiswa nr supaya belajar untuk bertegur sapa dan mengenali sekurang-kurangnya 6 buah rumah jiran anda dikiri dan kanan, didepan dan belakang, atas dan bawah dari rumah masing-masing, ucapkan salam apabila bertemu mereka, hormati mereka jika mereka lebih tua, nasihat mereka jika mereka lebih muda dan hargai mereka jika mereka sahabat nr. Sifat dan sikap sebegini akan mewujudkan suasana ceria dipersekitaran tempat anda menginap atau menyewa. Secara tidak langsung anda telah berperanan sebagai agen perubah masyarakat melalui sikap dan sifat yang saudara/i tunjukkan. Tindakan ini walaupun kecil tapi signifikan untuk mengubah persepsi negatif masyarakat setempat terhadap mahasiswa nr. Mulakan dengan salam, akhiri dengan perasaan hormat-menghormati, nasihat-menasihati dan harga-menghargai.

Banyak masalah akan selesai apabila wujud perasaan hormat-menghormati, nasihat menasihati dan harga-menghargai dalam perhubungan diantara mahasiswa dengan mahasiswa, perhubungan mahasiswa dengan masyarakat setempat dan perhubungan mahasiswa dengan mahasiswi. Justeru itu, mulai hari ini marilah kita bersama-sama, bermulakan dengan salam, yang tua dihormati, yang muda dinasihati dan yang sebaya kita hargai. Insyallah, Tuhan akan memudahkan jalan anda menuntut ilmu jika anda bersifat demikian.

Saturday, June 28, 2008

Pengalaman Dari Alam : Tiga

" ...Manusia adalah khalifah Allah dimukabumi. Makhluk ciptaan Tuhan yang terbaik daripada sekelian makhlukNya. Taraf manusia lebih mulia dari malaikat. Tetapi...taraf manusia boleh jatuh lebih hina daripada haiwan jika mereka hanya bertuhankan semata kepada kehendak nafsu serakah mereka yang tiada sempadan...."

Ahmad Rais Johari

Bila Skim Bantuan Pemilikan PC, Laptop dan Internet akan Diperkenalkan Kepada Mahasiswa UiTM?

Isu ini pernah dibangkitkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM suatu ketika dulu. Sehingga hari ini tiada kabar berita mengenai perkara tersebut. Ia terus senyap ditelan masa. Satu perkara yang ingin saya tegaskan, pada hari ini, tiada 'benda, perkhidmatan atau kemudahan' yang percuma, kalau menggunakan lebuhraya kita kena bayar toll, kalau menggunakan internet kita kena bayar kepada ISP (Internet Service Provider) sehinggakan kalau kita buang air kecil di pusat membelibelah pun kita kena bayar kepada penjaga tandas. Jadi adalah mustahil untuk UiTM memberikan bantuan pemilikan PC, laptop atau internet secara percuma kepada semua mahasiswanya yang berjumlah melebihi 100,000 orang diseluruh negara.

Walaubagaimanapun, di UiTM Malaysia Shah Alam, kami menyediakan infrastruktur wireless disemua fakulti yang boleh digunakan oleh semua mahasiswa dengan syarat saudara/i perlu mendaftar sebagai pengguna. Saudara/i akan diberikan username dan password untuk mengguna perkhidmatan wireless internet tersebut. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma. Ia juga boleh digunakan oleh staf UiTM dan guest UiTM.

Barangkali, terbaik yang boleh dilakukan oleh UiTM mengenai perkara di atas bagi membantu mahasiswa sekelian untuk memiliki PC dan Laptop ialah UiTM boleh berhubung terus dengan pengeluar atau pengilang seperti Hewlett Parkard, Dell, Acer, IBM dan sebagainya. Memandangkan jumlah pelajar kita ramai maka kita mempunyai volume dan purchasing power. Kita boleh bargain dengan pengeluar atau pengilang untuk mendapatkan harga yang 10% - 20% lebih rendah daripada harga pasaran dengan tempoh jaminan selama 2 atau 3 tahun. Walaubagaimanapun mahasiswa kena membeli laptop atau PC berkenaan dan ia tidak diberikan secara percuma. Mungkin mekanisme seperti pemotongan terus dari biasiswa atau pinjaman PTPTN boleh diperkenalkan.

Cara ini secara tidak langsung dapat membantu mahasiswa kita memiliki PC atau laptop dengan harga yang lebih murah dan tempoh jaminan yang lebih panjang. Mekanisme sebegini telah lama diamalkan di National University of Singapore (NUS) dan terbukti berjaya. Saya masih tertunggu-tunggu bila skim sebegini akan diperkenalkan di UiTM kerana PC atau Laptop adalah device yang menjadi keperluan dalam kehidupan seorang mahasiswa, ia bukan lagi barang mewah atau nice to have atau kita hanya biarkan kepada mahasiswa kita 'pandai-pandailah sendiri untuk membeli pc atau laptop'.

Friday, June 27, 2008

Selamat Datang Ke UiTM kepada Semua Mahasiswa Baru

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke UiTM kepada semua mahasiswa/i baru yang akan mendaftar esok dan lusa. Disini saudara dan saudari akan dilatih menjadi seorang mahasiswa atau mahasiswi yang akan menjadi agen kepada perubahan masyarakat. Pelbagai aktiviti, program dan kursus akan diatur oleh HEP,HEA atau fakulti untuk mendekatkan diri saudara/i dengan UiTM. Tiada upacara semacam 'ragging' di UiTM. Kami mengamalkan konsep mesra pelajar di sini. Kebanyakan pelajar yang mendaftar esok dan lusa adalah pelajar baru, mungkin selama ini saudara/i hanya mendengar nama UiTM melalui media cetak dan media elektronik namun hari ini saudara/i melihat sendiri keindahan UiTM. Akhir kata, ambilah peluang di UiTM ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan gunakan lah semua fasiliti yang terdapat di UiTM sebaik mungkin. Sekian Terima Kasih.

"Nothing Venture, Nothing Gain"
Ahmad Rais Johari
Kolej Delima 3 UiTM
Shah Alam, Selangor.
merangkap Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident

Thursday, June 26, 2008

Siapa 'Orang Kompeten' di UiTM?

Akta Bekalan Elekktrik 1990(Akta 447), Akta Bekalan Elektkrik (Syarikat Penganti) 1990 (Akta 448) & Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah Elektrik 1990 mentakrifkan 'Jurutera Elektrik Kompeten' sebagai orang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Kompeten yang dikeluarkan di bawah peraturan 47. 'Penjaga Jentera' ertinya orang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera yang dikeluarkan di bawah peraturan 49.

Di UiTM 'Jurutera Elektrik Kompeten' yang saya kenali secara dekat ialah Ir. Harizan Che Mat Haris. Beliau banyak mengajar saya tentang elektrik bermula daripada High Tension(HT) 33kV, 11kV sehingga Low Voltage(LV) 415V dan 240V. Beliau juga mengajar saya tentang 'ring', 'redundancy' dan 'spur' dalam sistem bekalan elektrik. Jasa beliau kepada saya dalam konteks sistem bekalan elektrik tidak dapat saya lupakan sepanjang hayat. Sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di Pejabat Pengurusan Fasiliti (PPF) kepada UiTM terlalu banyak untuk ditulis dalam blog ini. Beliau juga adalah bekas Pegawai Kesihatan dan Keselamatan UiTM. Beliau umpama lilin, menerangi orang lain tetapi membakar diri sendiri.

Manakala 'Penjaga Jentera' Elektrik yang rapat dengan saya ramai, diantaranya Afzal Haq Abdul Rahman, Zulkepley Awang, Mohd. Tholal Hj. Hamidi,Mohd Fahmy Mohd. Fauzi, Shahidan Husain, Wan Hasanun, Samsudin Harun, Saimi Hussin, Mohd. Awaluddin Ibrahim, Mohni Dasuki dan ramai lagi yang tidak dapat disenaraikan disini. Mereka adalah orang kompeten di UiTM, Shah Alam. Mengikut Akta 447, orang awam tidak dibenarkan masuk Sub-Station Elektrik (HT&LV) kecuali dengan diiringi oleh orang kompeten iaitu Penjaga Jentera Elektrik.

Dalam kacamata Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) 'Penjaga Jentera' Elektrik ini tarafnya sama macam kerani, pemandu, tukang dan yang seangkatan dengannya. Mungkin kerana nama jawatan mereka penjaga jentera jadi Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) nampak tugas mereka ini macam penjaga. JAGA. Dalam kacamata Suruhanjaya Tenaga Malaysia pula mereka adalah orang kompeten, untuk menjadi orang kompeten mereka perlu mengikuti kursus tertentu yang dianjurkan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Kursus teori dan amali. Kursus ini memakan masa paling minima 6 bulan. Ada peperiksaan teori dan amali.

Pada pandangan saya kumpulan ini tidak perlu mengikuti Peperiksaan Tahap Kecekapan(PTK) kerana jika mereka menjadi 'Penjaga Jentera' Elektrik maknanya mereka telah kompeten. PTK mereka perlu berdasarkan kepada kompetensi mereka dalam skim Suruhanjaya Tenaga Malaysia bukan PTK seperti mana yang ada sekarang.

Samada kita sedar atau tidak, mereka sebenarnya ialah tulang belakang kepada operasi UiTM. Cuba bayangkan jika tiada bekalan elektrik di UiTM, adakah operasi pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan? apa maknanya komputer, server, network dan sistem ICT jika tiada bekalan elektrik? Apa maknanya sistem hawadingin jika tiada elektrik? semuanya tidak boleh beroperasi. Justeru itu, telah tiba masanya untuk JPA dan Pejabat Pendaftar membuat penilaian semula skim perkhidmatan penjaga jentera elektrik sediada kerana mereka terlalu dipinggirkan. Tambahan pula sekarang ini tarif bil elektrik telah naik, maka sewajarnyalah penjaga jentera elektrik juga dinaikan taraf...!

Pengalaman Dari Alam : Dua

"Fikiran manusia gagal menerjah alam ghaib. Sempadan kepada kapabiliti fikiran manusia hanyalah terhad di alam nyata dan realiti sahaja, selepas garisan itu, keupayaan fikiran manusia terhenti."

Ahmad Rais Johari

Wednesday, June 25, 2008

Convergence Voice, Video & Data : Ke Mana Halatuju UiTM?

Seperti yang telah saya sebutkan dalam post "UiTM dihatiku:Fasa Dua" UiTM mengamalkan pengurusan ICT cara traditional. Maksudnya voice, video dan data diurus oleh Jabatan yang berlainan, berasingan dan berbeza. Telefon(voice) diurus dan diselenggara oleh Pejabat Pengurusan Fasiliti(PPF), audiovisual diurus dan diselenggara oleh Institut Pengurusan Kualiti(ILQAM) manakala data diurus dan diselenggara oleh Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB).

Jika anda ingin memohon talian telefon di UiTM anda perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Telekomunikasi UiTM, jika anda ingin membeli peralatan alat pandang dengar anda perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Alat Pendang Dengar UiTM dan jika anda perlu internet pula anda perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Penilaian dan Penggunaan Komputer (JPPK) UiTM. Begitulah lebih kurang cara ICT diurus di UiTM.

Menurut seorang pensyarah dalam bidang pengurusan teknologi, beliau berpendapat teknologi perlu diurus dengan berkesan untuk memanfaatkan penggunaan teknologi secara optimum kepada pengguna. Kita perlu memahami substance teknologi, justeru, pada pendapat saya UiTM perlu menyemak, mengkaji dan menilai semula mekanisme governan ICT sediada di UiTM supaya ia selari dengan perkembangan teknologi ICT pada masa kini.

Jika tidak kita akan semakin jauh ketinggalan. Telah tiba masanya UiTM mengamalkan cara pengurusan teknologi ICT secara moden dimana voice, video dan data telah digabungkan didalam satu insfrastruktur. Itulah yang diistilahkan sebagai converge network dan unified communication system. Dari situlah datangnya VoIP.

Tuesday, June 24, 2008

Penubuhan Jawatankuasa Bersama UiTM dan Wakil Penduduk Tempatan

Sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident saya kerap dihubungi oleh wakil penduduk di sekitar Shah Alam mengadu hal tentang pelbagai masalah yang berkaitan dengan mahasiswa NR UiTM yang menyewa rumah di kawasan mereka. Diantara aduan yang popular ialah menganggu ketenteraman awam seperti buat bising, membuka radio terlalu kuat, gelak ketawa terbahak-bahak ditengah-tengah malam, parking secara semberono, membuang sampah merata-rata, tidak menjaga kebersihan, berdua-duaan dan yang berkaitan dengannya. Kadang-kadang saya juga dihubungi pihak berkuasa untuk menangani kerenah mahasiswa NR yang pelbagai watak dan rencam sifatnya.

UiTM bersetuju menubuhkan satu J/K bersama diantara UiTM dan wakil penduduk sekitar Shah Alam untuk bersama-sama mahasiswa nr memasyarakatkan pengetahuan, kepintaran dan bakat yang dimiliki oleh mereka kepada masyarakat Shah Alam. Pelbagai aktiviti dan program akan disusun untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa NR dan masyarakat setempat. Mahasiswa UiTM perlu berperanan sebagai agen pembangunan masyarakat. Kepintaran yang dimiliki oleh mahasiswa perlu digembling untuk manfaat masyarakat. Kempen "sahabat NR" juga sedang giat dijalan sekarang melalui sepanduk-sepanduk yang diletakan ditempat yang strategik untuk mengalakkan mahasiswa NR mendaftarkan diri sebagai NR.

Saya menerajui J/K bersama penduduk di zon 2 iaitu di Apatment Baiduri, Kondo Kristal, Flat seksyen 7 dan semua kawasan diseksyen 7, Shah Alam. Zon 2 adalah kawasan yang paling padat mahasiswa NR UiTM. Justeru itu, saya amat mengharapkan sokongan daripada semua mahasiswa NR untuk menjayakan agenda memartabatkan nusa, bangsa dan agama.

Program Pentauliahan Profesional (Industry Based Certification) Di UiTM Wajar Diteruskan atau Dihentikan Sahaja..?

Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM, Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB), Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sanis Kuantitatif, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah menganjurkan Program Pentauliahan Profesional baru-baru ini.

Program ini dikendalikan oleh Prestariang Sdn. Bhd. Ia mula diperkenalkan pada Semester Mei/Julai 2006. Majoriti maklumbalas yang diterima daripada bekas peserta(pelajar) 3P yang pernah mengikuti program ini berpendapat ia wajar diteruskan sebagai penambahan nilai kepada pelajar UiTM. Rata-rata pelajar yang pernah mengikuti 3P telah berkerja dan menjawat jawatan penting dalam industri ICT.

Walaubagaimanapun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan untuk memantapkan lagi 3P ini supaya ia selaras dengan kehendak dan keperluan industri. 3P menawarkan kursus seperti CCNA, MCAD, MCSE, MCSA, MOS, MCDST, Comtia A+, IWD, ACP, CCENT, BEC, ITIL dan lain-lain lagi kepada pelajar tahun akhir UiTM daripada 5 fakulti yang terlibat.

Saya terlibat secara terus dengan 3P sebagai penyelaras teknikal dan berkerja erat dengan semua penyelaras 3P diperingkat fakulti. Diantara tugas saya ialah memastikan makmal komputer yang mencukupi dan memenuhi speksifikasi 3P bagi menampung 650 orang pelajar yang mengikuti program ini, menyediakan penginapan asrama dan pengangkutan kepada peserta sepanjang program ini berlangsung, memastikan semua keperluan teknikal seperti network, server dan internet berfungsi dengan baik.

Pengalaman Dari Alam : Satu

"Pertukaran malam dan siang, pasang dan surut, pagi dan petang adalah hukum alam yang berlaku berulang-ulang dalam suatu kitaran. Kitaran yang melengkapkan satu pusingan, seumpama pertukaran masa dari saat ke minit, jam, hari, bulan dan tahun. Ia berulang lagi dan terus berulang sehingga tiba masanya ia akan berhenti dengan sendirinya. Pada ketika itu, hukum karma tidak terpakai lagi. Alam akan musnah, hancur dan terpadam."

Ahmad Rais Johari

Monday, June 23, 2008

Cabaran Baru Kepada Para Mahasiswa NR UiTM.

Julai nanti kampus UiTM akan sibuk kembali, setelah para mahasiswa bercuti panjang di kampung halaman masing-masing. Semoga kedatangan semester baru ini akan memberikan semangat dan daya juang yang baru kepada para mahasiswa sekelian. Difahamkan pengambilan baru (new intake) kali ini dipertingkatkan lagi, bermakna semakin ramai mahasiswa lama UiTM terpaksa menginap di rumah sewa. Kemudahan penginapan asrama amat terhad.

Sejak harga minyak naik kepada RM 2.70 se liter baru-baru ini, semua barang-barang keperluan asas di Shah Alam mula menunjukan tanda-tanda peningkatan. Mengikut seorang pengusaha minuman di seksyen 2, beliau akan menaikan harga minuman sebanyak 20% berkuatkuasa 1 Julai 2008. Dijangkakan harga makanan juga turut meningkat. Justeru itu, semua mahasiswa perlu mengamalkan belanjawan berhemah kerana jumlah PTPTN yang diterima tetap sama seperti semester lepas.

Seperkara lagi ialah kejadian jenayah yang melibatkan pelajar UiTM sebagai sasaran dan mangsa penjenayah, masalah jenayah seperti ragut, kehilangan motorsikal, pecah rumah, kehilangan laptop, samun dan sebagainya perlu diberikan perhatian serius oleh semua mahasiswa NR UiTM. Elakkan diri anda daripada terdedah kepada sasaran penjenayah seperti keluar lewat malam, tidak mengunci pintu rumah dan lupa mengunci kenderaan dengan kunci pendua. Sokongan mahasiswa NR sekelian terhadap sebarang program anjuran Unit Pengurusan NR dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar NR (JPPNR) amat kami hargai. Kita perlu bersatu untuk menjaga kepentingan kita bersama.

UiTM Dihatiku....Fasa Tiga


Bulan ini genaplah 11 tahun saya bersama UiTM. Perjuangan belum selesai, agenda untuk memartabatkan bangsa perlu diteruskan. UiTM berkembangan begitu pesat. Terbaru UiTM telah melahirkan 18 orang graduan Bachelor of Medicine dan Bachelor of Surgery yang pertama daripada Fakulti Perubatan pada konvoksyen yang lepas. Saya terlibat secara terus merangka halatuju ICT Fakulti Perubatan bersama Professor Dato' Dr Khalid Yusoff dan pasukan beliau daripada Fakulti Perubatan.

Professor Dato' Dr Khalid Yusoff, Dekan Fakulti Perubatan menulis email yang berbunyi.......


Sdra Rais,


Terima kasih diatas segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan. Seperti yang sdra dapat lihat, kita berusaha utk membangun sesuatu yang akan menjadi kebanggaan bukan sahaja kepada UiTM tetapi bangsa Melayu untuk sekurang-kurangnya seratus tahun lagi, insya Allah. Kita perlu bekerja keras, dan terus mengejar kehadapan.


Olives are PRESSED to get their oil, fruits are SQUEEZED for their juice, flowers are CRUSHED for their perfume; so if you feel PRESSURED by me, it is just me trying to get the BEST out of you.


Khalid


kepada saya. Kata-kata beliau memberikan motivasi kepada saya berkerja lebih smart untuk merealisasikan misi dan visi Fakulti Perubatan menjadi realiti. Beliau juga membuka minda saya melihat sesuatu isu dalam perspektif yang berbeza-beza dan beralternatif. Ada banyak jalan untuk menuju ke satu destinasi, kita kena pilih jalan paling dekat, cepat dan tepat, jalan yang paling praktikal, jangan menyusahkan keadaan, jangan menambah birokrasi kerana masa terlalu berharga buat kita. Jangan buang masa, Kita perlu berkerja 3 kali ganda lebih kuat untuk mengejar impian, ujarnya lagi.

Sunday, June 22, 2008

UiTM Dihatiku....Fasa Dua

Saya mula berkhidmat di ITM pada Jun 1997 di Pejabat Penyelenggaraan sebagai Pembantu Teknik Sistem Telekomunikasi dan Siaraya, sesuai dengan nama jawatan tersebut maka saya bertanggungjawab untuk memastikan semua sistem telekomunikasi ITM berfungsi dengan baik dan dapat digunakan untuk memantapkan sistem penyampaian institut.

Saya bertanggungjawab terhadap sistem siaraya, sistem telefon dan PABX di Kampus Induk Shah Alam dan kampus cawangan seluruh negara. Sepanjang saya bekerja di sana banyak pengalaman pahit dan manis yang saya lalui sehinggakan adakalanya saya hampir hilang motivasi kerja melalui saat-saat tersebut. Bila saya renungi semula objektif utama saya berkhidmat di UiTM, saya memujuk diri saya dengan berkata aku berkerja hanya untuk nusa, bangsa, agama dan tentu sekali untuk UiTM. Yang penting sekali saya masih ada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya. Terima kasih semua.

Banyak kenangan manis yang saya lalui di sana di antaranya seperti projek 'call billing system' yang digunapakai sehingga hari ini, dimana melalui sistem ini, setiap panggilan telefon boleh dipantau dan ITM boleh mengutip semula kos penggunaan bil telefon panggilan peribadi. Semasa projek ini ingin dibangunkan banyak kisah suka duka yang saya lalui. Namun, segala teguran dan kritikan terhadap saya ini menjadikan saya bertambah bersemangat dan lebih berusaha untuk membangunkan projek ini dan tidak sekali-kali melemahkan semangat saya.

Pada Oktober 2003 saya dipindahkan ke Institut Kepimpinan Pengurusan Kualiti (ILQAM). ILQAM diketuai oleh Penolong Naib Canselor, iaitu, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustaffa Mohd. Ghazali (kini Professor) pada ketika itu. Sebagai pembantu teknik audio visual saya bertanggungjawab terhadap sistem video, sistem audio, studio TV dan menjadi ahli Jawatankuasa Alat Pandang Dengar UiTM. Saya dan En. Rahman Salleh, Penolong Pendaftar ILQAM ketika itu dan semua warga ILQAM adalah pengerak utama semasa perlaksanaan PTK pertama untuk kakitangan akademik pada 2004.

Sepanjang berkhidmat di ILQAM saya terlibat secara terus terhadap projek Technology Enabled Classroom (TEC) . Lebih 100 unit classroom UiTM diseluruh negara dinaiktaraf kepada Technology Enabled Classroom (TEC). TEC ialah bilik kuliah yang dilengkapi internet, peralatan AV seperti LCD, DVD player, Visualizer, sistem audio, sistem video dan sebagainya. Saya juga meninggalkan buku "panduan pembelian alat pandang dengar 2004" yang digunapakai sehingga hari ini sebagai panduan untuk memudahkan pengguna yang terdiri daripada semua fakulti, jabatan, unit dan sebagainya untuk memudahkan mereka berurusan dengan Jawatankuasa Alat Pendang Dengar untuk membeli peralatan audio visual.

Pada November 2004, saya berpindah ke Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) dan bertugas di Unit Rangkaian sehingga kini. Diantara projek yang saya terlibat secara terus sepanjang berkhidmat di PSMB ialah menjadi penyelaras teknikal Program Pentauliahan Profesional (3P) iaitu program industry based certification seperti CCNA, MCSA, MCSE, ITIL,BEC, MCAD, Comtia A+,IWD, ACP dan sebagainya yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) dan Pusat Sistem Maklumat Bersepadu(PSMB) untuk pelajar tahun akhir daripada F. Kej. Elektrik, F. Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, F. Pengajian Maklumat, F. Pengurusan Perniagaan dan F. Pngurusan dan Teknologi Pejabat. Saya masih lagi menjadi penyelaras teknikal Program Pentauliahan Profesional (3P) sehingga kini. Projek pemasangan sistem rangkaian secara wireless di semua fakulti di Shah Alam, projek pemasangan CCTV secara wireless di sekitar kawasan UiTM dan projek membina Data Center di UiTM Shah Alam.

Ramai rakan-rakan di UiTM pelik bagaimana saya boleh melompat dari Pejabat Pengurusan Fasiliti ke Institut Pengurusan Kualiti (ILQAM) kemudian ke Pusat Sistem Maklumat Bersepadu(PSMB) bukan kerana kenaikan pangkat. Lazimnya orang berpindah dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain kerana kenaikan pangkat. Apabila saya renung dan hayati terhadap semua yang berlaku pada saya ini, maka saya pasrah, bahawa ini adalah kehendak Ilahi. Saya reda dengan apa yang telah berlaku. Mungkin ini yang terbaik untuk saya.

Pengalaman yang saya perolehi dari ketiga-tiga jabatan ini membolehkan saya bercakap melalui pengalaman mengenai voice, video dan data diUiTM. Baru saya sedari bahawa UiTM mengamalkan cara pengurusan ICT cara traditional. Ini adalah faktor utama menyebabkan ICT di UiTM agak keterbelakang berbanding dengan kedudukan 100 universiti yang disenaraikan oleh The Times Higher Education Supplement. Namun saya tidak akan berputus asa. Saya berazam memastikan kedudukan tersebut akan berubah bagi menjadikan UiTM sebagai salah sebuah universiti yang terkedepan sekali di dalam pengurusan ICT nya. Itulah azam saya.

Friday, June 20, 2008

UiTM Dihati Ku..Fasa Satu

Sebaik sahaja saya menamatkan pengajian di ITM(kini UiTM) mengikuti kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) pada 1994 saya berkerja di Motorola, P.Pinang sebagai juruteknik, skop tugas saya ialah memastikan semua mesin yang terdapat didalam line production diselenggara secara berkesan untuk mengurangkan down time production. Setiap hari semasa berkerja saya hanya berurusan dengan mesin.

6 bulan kemudian saya bertukar kerja sebagai production supervisor di Seagate Bayan Baru P.Pinang. Skop tugas saya sebagai production supervisor ialah memastikan target production output tercapai dan memastikan semua output production yang dihasilkan daripada line production saya memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan. Setiap hari semasa berkerja saya hanya berurusan dengan manusia iaitu operator pengeluaran.

Setahun kemudian saya bertukar kerja sebagai technical supervisor di Hewlett Parkard. Skop tugas saya di Hewlett Parkard ialah memastikan juruteknik saya menyelenggara mesin secara berkesan dan membuat preventive maintenance mengikut jadual yang ditetapkan. Setiap hari semasa berkerja saya berurusan dengan manusia dan mesin sehinggalah saya berkhidmat di ITM (kini UiTM) pada Jun 1997.

Faktor utama yang menyebabkan saya melompat kerja dari satu kilang ke kilang yang lain semasa di P.Pinang ialah faktor tawaran gaji yang lebih lumayan. Manakala faktor utama yang menggerakan saya untuk berkhidmat di UiTM adalah kerana pada tahun 1996 ITM telah dinaiktaraf sebagai universiti tetapi masih mengekalkan nama dan ciri-ciri sebagai ITM.

Ia mengenangkan saya kembali kepada nostalgia lama semasa saya menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 1990/91 semasa belajar di ITM Kampus Induk, Shah Alam dulu. Pada Jan 1991, kami menganjurkan Konvensyen Mahasiswa ITM Seluruh Malaysia. Objektif utama konvensyen ini ialah mengenalpasti permasalahan utama semua mahasiswa ITM diseluruh negara dan mencadangkan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pengurusan ITM. Konvensyen ini mengumpulkan seluruh pimpinan pelajar ITM iaitu JPP ITM cawangan di semenanjung termasuk di Sabah dan Sarawak, saudara Mazidul Akmal Sidik (sekarang wartawan TV3 yang terkenal dengan program 999 dan 360) mewakili JPP ITM cawangan Pahang adalah di antara peserta yang menghadiri konvensyen tersebut.

21 resolusi telah diputuskan melalui konvensyen ini, diantara resolusi tersebut ialah menuntut supaya ITM dinaikan taraf sebagai universiti dengan mengekalkan ciri-ciri ITM sediada. Menteri Pelajaran pada ketika itu ialah Dato' Seri Sulaiman Daud. Pengerusi ITM pada ketika itu ialah Tan Sri Ani Arobe manakala Pengarah ITM pula ialah Dato' Dr. Mansur Salleh dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada ketika itu ialah Tuan Shaikh Ibrahim. Resolusi konvensyen tersebut diserahkan terus kepada Tan Sri Ani Arobe semasa beliau merasmikan majlis penutup Konvensyen Mahasiswa ITM Seluruh Malaysia.

Malangnya semasa perjumpaan dengan Menteri Pelajaran ketika menyerahkan resolusi tersebut...jawaban Menteri Pelajaran "... selagi saya menjadi Menteri Pelajaran jangan mimpi ITM akan menjadi universiti kerana jika ITM jadi universiti saya terpaksa membenarkan kaum bukan bumiputera menjadi pelajar ITM....". Saya bertegang leher dan berhujah dengan Menteri Pelajaran mempertahankan resolusi yang telah diputuskan oleh kami barisan pimpinan mahasiawa ITM sehingga terpaksa dileraikan oleh Dato' Dr. Mansur Salleh. Hanya selepas 5 tahun selepas konvensyen tersebut baru lah ITM dinaiktaraf sebagai universiti dengan mengekalkan ciri-ciri ITM.

Kenangan itu menjadi motivasi kepada saya untuk berkhidmat dengan ITM walaupun gaji yang ditawarkan oleh ITM adalah lebih rendah daripada gaji saya di HP P.Pinang. Saya berkorban dan berazam untuk memberikan perkhidmatan terbaik sebaik sahaja di terima menjadi kakitangan ITM pada Jun 2007 demi nusa, agama dan bangsa. Pada saya ini adalah perjuangan untuk mengangkat martabat bangsa.

Degupan, Denyutan dan Getaran Menghasilkan Frekuensi ?

Samada kita sedar atau tidak, pada ketika dan saat ini, kita sedang bernafas, jantung kita sedang berdegup, nadi kita sedang berdenyut. Cuma kadang-kadang kita terlupa yang kita sedang bernafas, nadi kita sedang berdenyut dan jantung kita sedang berdegup kerana sibuk dengan aktiviti kita seharian Jika secara tiba-tiba degupan jantung kita terhenti, maka tiada lagilah degupan, denyutan serta getaran dan terhentilah hayat kita dan itu lah dinamakan mati.

Semua makhluk ciptaan Tuhan sentiasa bergetar, berdegup, berdenyut dan menghasilkan frekuensi. Daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan, manusia, bulan, bintang. matahari hatta bakteria menghasilkan frekuensi dipersekitaran mereka. Menurut guru saya, Ir. Hamidun Md. Isa, getaran, degupan dan denyutan itu adalah dzikrullah. Hanya mereka yang mempunyai 'jiwa-jiwa yang tenang' dapat mengerti maksud disebalik getaran, degupan dan denyutan.