"....semua makhluk ciptaan Tuhan samada manusia,binatang,tumbuhan, alam semulajadi dan sebagainya,saling perlu memerlukan,saling bantu-membantu kerana mereka berkait,terikat antara satu sama lain dalam satu kitaran yang berhubungan. Justeru, jangan diputuskan ikatan itu, kelak, seluruh kitaran akan musnah..." Ahmad Rais Johari
Thursday, August 28, 2008
Taman Wisata Alam Gunung Takuban Perahu Bandung - Tanda Kebesaran Ilahi
Pada 25 Ogos disebelah petang, kami melawat Gua Takuban Perahu di daerah Bandung, saya kagum dengan kecantikan mukabumi gunung berapi yang masih mengeluarkan debu sulfurnya ke udara diawan tinggi dan kedinginan puncak Gunung Takuban Perahu. Hati kecil saya berkata inilah tanda-tanda kebesaran Tuhan.
Perjumpaan Dengan Rektor Universitas Pendidikan Indonesia
Perjumpaan dengan Rektor UPI Prof. Dr. Sunaryo Kartadinata berlangsung dengan suasana yang cukup mesra dan penuh bersejarah, beliau menyatakan kesediaan UPI untuk menjalin persefahaman dengan UiTM dalam aspek pendidikan. Pertemuan ini berlangsung pada 25 Ogos 2008 di Pejabat Rektor, Universitas Pendidikan Indonesia. Mengikut ranking webometric Julai 2008 UPI berada ditangga 1291 daripada 5000 universiti di seluruh dunia.
Self Reflection - Journey of Knowledge Nusantara Bandung
Saya sempat bertemu sanak saudara saya dari keturunan HAJI RAIS di Indonesia semasa hari terakhir program journey of knowledge tersebut. Saudara saya, Nonki dan Haris menunggu di Hotel Setia Budi Bandung sejak jam 3.00 petang pada 25 Ogos 2008 (Isnin).
Kami (rombongan UiTM) sampai di Hotel Setia Budi Bandung selepas melawat Gunung Takuban Perahu, Jawa Barat pada jam 6.15 petang. Nonki dan Harris menunggu hampir 3 jam untuk merealisasikan suatu pertemuan. Saudara Nonki dan Haris turut serta semasa upacara makan malam penutup Journey of Knowledge Nusantara Bandung (JoKNB), selepas itu kami bersembang dan bercerita tentang pelbagai isu dan cerita berkaitan hal ehwal keluarga kami, peluang dan ruang perniagaan di sana, hal ehwal agama, soal politik dan bermacam lagi sehingga pagi. Semoga suatu hari nanti kita akan bertemu lagi.
Self Reflection - Journey of Knowledge:Nusantara Bandung
Saya menyifatkan Projek JoK:NB anjuran JPK Delima sebagai berjaya kerana ia mengeratkan lagi hubungan dua hala antara rakyat Malaysia dan Indonesia yang sebudaya, yang serumpun dan yang seketurunan. Semoga projek ini memberikan lembaran baru kepada perhubungan diantara UiTM-UPI (Universiti Teknologi MARA dan Universiti Pendidikan Indonesia).
Subscribe to:
Posts (Atom)