ADUN Kuala Besut, Terengganu, Dr Abdul Rahman Mokhtar, 55, dilaporkan telah meninggal dunia pagi ini kerana sakit paru-paru.
Allahyarhan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu.
Allahyarham yang juga Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.