“Ya (ekonomi). Enggak (VVIP). Ini pak Jokowi jadi pergi sebagai Joko Widodo, bukan presiden,” kata Sekretaris Kabinet Andi Widjajanto di Istana Negara, Jakarta, Kamis (20/11). seperti yang dimaklumkan kepada beritasatu.com
Jokowi dan isterinya, Iriana dijadualkan akan berada di Singapura hingga Sabtu (22/11) pagi.
Andi menjelaskan bahawa kehadiran Jokowi di Singapura adalah acara keluarga dan bersifat peribadi, beliau hanya membawa bersamanya pegawai pengiring dan penjaga keselamatan dalam jumlah yang kecil. Malahan semua kos lawatan tersebut dibiayai oleh beliau sendiri tanpa menggunakan wang kerajaan kecuali kos pegawai pengiring dan penjaga keselamatan beliau.
Di Singapura beliau masih belum membuat keputusan samada tinggal di hotel atau di wisma Kepresidenan.
“Ini acara pribadi, menghadiri wisuda putranya di Singapura. Kaesang,” tambah Andi lagi.
Pihak kerajaan Singapura telah mengatur acara sambutan bukan kenegaraan untuk menyambut Jokowi dan Isteri sebaik sahaja tiba di Singapura.
“Pulang Sabtu, karena wisudanya jam setengah 10 malam kalau enggak salah,” lanjut Andi lagi.