Showing posts with label Roslan Ab. Hamid. Show all posts
Showing posts with label Roslan Ab. Hamid. Show all posts

Sunday, January 20, 2019

9 Pembohongan Dalam Perniagaan oleh Roslan Ab Hamid

SEMBILAN PEMBOHONGAN DALAM BISNES.
PERTAMA : TAHU CARA BOLEH BUAT MESTI BOLEH BUAT.

(ITU BOHONG. IA TIDAK AKAN JADIKAN KITA BOLEH BUAT)
.
1. Tahun 1990-1991, panjat tangga lebih dari 20 buah bank. Pohon pinjaman. Semuanya tak dapat. Terlalu muda dan tiada pengalaman urus wang.
.
2. 1993 - jual bisnes dan sertai dua korporat. Masuk atas jemputan Chairman syarikat yang nampak potensi saya. Tapi diletakkan pada meja hujung jalan mahu ke restroom (kamar kecil). Tiap tiap hari kena belasah. "Apa salah aku?"
.
3. Gaji paling rendah di kalangan pengurus syarikat. Dalam masa 5 tahun, saya gandakan 10 kali pendapatan bawa pulang. Sepanjang 15 tahun berada dalam dunia korporat, sempat saya tulis sembilan (9) pembohongan yang halang kita maju dalam dunia bisnes.
.
4. Pertama: Jika saya tahu caranya, tentu saya boleh buat. Ini bohong. Jangan sekadar cari tahu, "how to do it". Cari tahu juga bagaimana untuk dorong diri - "want to succeed". Aku ingin sukses. Ingin yang tidak dapat ditahan dan sanggup rempuh gelombang.
.
5. Ingin yang bergelora bagiakan taufan gila. Membara . Menyala dan terus berkembang jadi satu kegilaan yang meluru capai tujuan. Level "want" ini ada dalam diri kita. Dalam kawalan kita. Bangunkan raksasa besar ini.
.
6. DI - Desire and attention - adalah perkara hidup. Ia boleh membesar apabila disirami dengan kata kata, gerak tindak dan posture pernafasan sang juara setiap hari.
.
7. 2E- Energy and Enthuasism yag kita pilih. Perkara luar OE - Outside Event tidak akan dapat  mempengaruhi kita. Sejarah masa lalu juga tidak. Kita ada kuasa untuk memilih dan kita pilih untuk berjaya.
.
8. Adakah kita fikir kita layak. Kita berhak. Dunia dan seisinya akan berpihak pada kita. Inilah yang dipanggil Mighty Why. Saya tulis terang pada tahun 1992, saat turun dari PUNB dan mereka tidak luluskan permohonan saya, "without the desire, no system - no matter how brilliant - can work. Desire first".
.
9. Untuk sukses, kita tidak boleh bergerak solo. Kita harus bina tim. "Learning to want to have a Great Team". Demikian lah tulisan masa itu. Namun selagi saya bersatus "kayu" mana mungkin besi mahu merapati. Tugas pertama, jadi besi berani dulu. Magnet yang mampu tarik besi. Magnet tidak ada emosi sentap. Magnet tidak meratap.
.
10. Ada dua pilihan . Pertama , bina empayar rekaan. Ada ratusan staf yang entah apa apa. Otak kecil. Emosi sempit. Sentap memanjang. Pilihan kedua, bina pasukan hebat. Dapatkan keuntungan besar. Hanya perlu jumpa sekali sekala dengan tim otak Ferrari. Mereka tahu apa yang mereka mahu.
.
11. Dalam bisnes - "grow or go". Bisnes bukan bangunan mati yang tidak membesar. Bisnes adalah umpama tumbuhan yang akan tumbuh membesar apabila ada matahari, air dan baja yang sesuai. Bisnes perlu pada penjagaan dari ahli dalam bidang. Setiap hari adalah satu permulaan semula.
.
12. Kita mesti sentiasa belajar Jadi penekun yang sabar.  "Nothing great was ever created without enthusiasm". Enthusiasm maksudnya adalah antusiasme, gairah, kegairahan, rasa antusias, semangat besar, gelora, kegembiraan yg besar. Setiap hari kita menunggu untuk bermula.
.
13. Enthusiasm datang dari perkataan "en thos" - perkataan Grek - "The God within. Which is the level you need to play at to win big".
.
14.  Enthusiasm adalah "ownership of your life" Dengan izin Tuhan, saya lekatkan hari PUNB tolak permohonan saya itu dalam kepala. "Sesungguhnya aku boleh sukses biarpun hari ini ditolak dan dihumbang jauh" "Saat dilontar pedih, aku tidak sedih. Aku cuma tingkatkan suhu pembakar supaya semangat sentiasa mendidih"
.
15. Untuk ikuti tulisan 9 Pembohongan dalam bisnes ini - 8 yang lain subscribe telegram  The Circle of Legends (DRAH).

Friday, January 18, 2019

NOTA PAGI JUMAAT oleh Roslan Ab Hamid

NOTA PAGI JUMAAT.
.
1. Dalam hidup ada Life Success Triangle. Tiga sudut kesuksesan sejati. 
.
2. Pertama, personal mastery. Mampu mengelola diri sendiri. Kedua, interpersonal mastery. Boleh membangun hubungan dengan orang lain.Ketiga, leadership mastery mampu memimpin secara efektif.
.
3. Di mana sahaja kita pergi bangunkan tiga keupayaan ini. InshaAllah akan terbentang jalan untuk sukses.
.
4. Apakah Happiness Equation . Ia adalah "want nothing + do anything = have everything". Tidak ghairah mahu memilki dan menjawat jawatan apa apa + lakukan yang terbaik dalam bidang kita = punyai apa yang kita impikan".
.
5. Semalam saya hadir dan tumpang dengar perbincangan agung antara Tuan Nik Hasyudeen dan Prof Dr Nor Azizi, Naib Canselor UMK. Mengutip apa yang terbaik dari mereka.
.
6. Satu kesimpulan yang saya dapat - bukan mudah untuk membentuk entrepreneur mindset. Minda keusahawanan. Ia tidak terbina di menara gading waima di Cambridge University. Ia tidak terbina di Istana Kuasa Putrajaya. Ia terbina di jalanan dan lorong lorong sepi keterdesakan kehidupan.
.
7. Sebab itu saya merayap antara Jakarta - Surabaya - Jogjakarta - Medan - Makassar. Berjalan antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Menelusuri Kota Bangkok dan Manila.
.
8. Duduk menghadap Dato' Radzi di Jakarta, Dato Hussam di Shah Alam dan Puan Guru Ainon di Janda Baik. Belajar dan terus belajar.
.
9. Memdaftar belajar dengan Tuan Shahar Sahad di Sidang @ Subang serta sekali sekala mengopi dengan Tuan Haji Jerry di Shah Alam. Malah andai terdengar mana mana guru muda sekalipun, saya tidak kisah untuk duduk dan belajar mencatat nota. Belaja dan terus belajar.
.
10. Nota: The Circle of Legends yang kami tubuhkan untuk bina bahtera usahawan telah penuh dengan 70 orang usahawan Melayu. Tinggal lagi untuk cari 30 orang usahawan Cina dan India . Kita kan orang Malaysia. Siap secara bersama untuk rentas Asia Tenggara.

Thursday, January 17, 2019

Cabaran 10 Tahun tulisan Roslan Ab Hamid

#Cabaran10Tahun
#10YearsChallenge
.
2009 : Kalah pilihanraya. Orang Kadok tolak. saya tekad tiada ulangan lagi meminta undi. Hina jadi pengemis pada masyarakat yang mahu kita bela.
.
Saya serahkan semua pegangan dalam syarikat yang libatkan kerja kontrak dan projek dengan gomen pada partners. Tidak lagi daki dan panjat tangga Putrajaya. Selamat tinggal pejabat Pak Menteri.
.
Terjun medan terbuka. Hidup seadanya. Ditinggalkan sementara oleh teman dan sahabat. Lekeh kita apabila jauh dari Istana Kuasa. Namun tekad telah sepejal batu. Tidak undur setapak walaupun berseorangan berjalan sendiri beribu batu.
.
2019 : Rentas Nusantara. Bersiap mahu terbang ke 4 buah negara. Punya tim profesional yang mantap. Anak anak telah dewasa dan siap untuk sambung belajar peringkat sarjana dan profesional.
.
Pendedahan peringkat dunia. The Circle of Legends
.
2029: 1304 - Capaian jualan RM1 Bilion. 30 syarikat. 4 sektor bisnes. Proses exit dan serah tapak pada anak anak. Mula memasuki fasa terakhir dalam kehidupan. InshaAllah.

Monday, January 14, 2019

SIAPA SAYA oleh Roslan Ab Hamid

SIAPA SAYA
.
1. Antara diri "authentic self" dengan "social self", ikhtiarkan supaya tiada jarak yang lebar. Itu namanya jadi diri sendiri. Cuma jangan lah apabila dikatakan tiada jarak , jangan lah berkain pelikat dan tidak berbaju di khalayak ramai. Hidup harus terampil dengan adab dan akhlak.
.
2. Saya penuntut ilmu. Belajar apabila ada ruang masa. Tiada hari kosong tanpa belajar. Mengikuti rapat Robin Sharma, Jordan Belfort, Gene is Marketing dan ramai lagi secara online sekurang kurangnya 3 jam setiap hari. Konsisten. Beribu bayar mereka setiap bulan.
.
3. Dalam negara,setiap ada kesempatan saya hadir, duduk dan catat nota. Tahun 2019, rapati dan pelajari dari Tuan Sahar Sahad, Tuan Jerry Rizal dan Tuan Haji Md Taib Mat. Diperingkat antarabangsa, tahun ini InshaAllah ke Australia dan UK.
.
4. Untuk apa? Tentu bukan untuk jadi speaker atau trainer macam teman teman yang hebat. Saya hanya orang kecil yang boleh bersila depan guru. Anak kampong. Saya tidak mampu berdiri atas pentas dan jadi siginifikan dan berkata "akulah gurunya". Nombor saya dua. Bukan orang nombor satu.
.
5. Tiap hari menulis. Ada dalam FB. Ada dalam nota. Tidak kejar likes atau apa apa. Sekadar suka menulis. Jika ada kebaikan - kongsi lah. Iaadalah aliran ilmu bermanfaat apabila berada di alam akhirat.
.
6. Usaha terkini adalah menjadi "raksasa digital nusantara". Praktik apa yang dibaca. Buat apa yang dikata. Bantu perusahaan lepasi aras RM1 Bilion setahun. Berdiri atas bahu raksasa.
.
7. Hidup jadi sangat tenang. Tiada beban rasa hebat yang dipikul bawa. Tiada style "have have" yang perlu di tonjol pada social self. Sekadar anak kampung yang mahu kembara serata dunia dan berusaha memandaikan bangsa.
.
8. Tiada jiwa resah. Sekadar mahu hidup yang dipermudah sembah Allah dalam jiwa indah menunggu masa kembali ke alam kekal yang ditentukan sudah

ENAM UPAYA PERLU oleh Roslan Ab Hamid

ENAM UPAYA PERLU
.
1. Untuk mereka yang cari jalan pantas dalam upaya ingin berbisnes - apakah pedomannya? Ingat. Ke mana pun kita pergi, ada 6 perkara yang kita cari.
.
2. Pertama, cari peluang bisnes. Business opportunities. Buka minda. Kita tidak tahu, peuang mana yang akan berikan penghasilan terbaik buat kita.
.
3. Kedua, bina kerangka besar untuk dapat hasilkan idea idea bisnes. Jangan terkepung pada perkara tips dan taktik. Upayakan untuk faham dan pintar pengurusan strategi.
.
4. Ketiga, upayakan untuk strukturkan tim. Pasukan terbaik. The Circle of Legends. Samada mereka bersama menjayakan usaha ataupun mereka adalah tean bicara santai - pastikan hanya orang terbaik dalam pasukan.
.
5. Keempat, apabila telah mula berbisnes. Telah ada cash reserved. Upayakan diri untuk mula cari peluang "funding" yang bisnes kita bakal perlukan.
.
6. Kelima, upayakan untuk "create the right brand". Mula kumpulkan kekayaan tidak ketara. Ini adalah ilmu strategik yang jarang dipunyai oleh usahawan Melayu.
.
7. Dan yang keenam, upayakan untuk bina "baskets of revenue streams". Anak sungai wang yang datang dari banyak arah dan bertemu di muara.

KELAS BUAB (April, 2019) Building Up A Business.oleh Roslan Ab Hamid

KELAS BUAB (April, 2019)
Building Up A Business.
.
DUA BENTUK MOTIVASI
1. Manusia ada dua motivasi . Pertama, akibat keadaan yang mendesak. Kedua, terdorong dari dalam. Dalam latihan pada Tim Digital Nusantara - perkataan motivasi, ditukar nama kepada Semangat RADZI. Rangkaian Angkatan Digital InspiRadzi.
.
HASRAT MEMBARA
2. Untuk bina karekter seorang entrepreneur - kena ada hasrat membara. Hasrat lah yang membangkitkan motivasi dalam diri. Keinginan kuat yang datang dari relung hati yang murni untuk capai sesuatu.
.
CINTA PADA APA YANG DIKERJAKAN
3. Lanjutnya seperti apa yang disebut oleh Steve Jobs."Cintailah apa yang anda kerjakan dan tentunya anda akan mengerjakannya dengan sepenuh hati"
.
4. Semua bisnes adalah proses. Ada masa naik dan ada masa jatuh. Manusia yang tidak mencintai apa yang dia lakukan akan larikan diri saat berdepan jalan sulit. Kesuksesan selalu datang dalam selimut kesulitan.
.
5. Bagaimana kita dapat tahu, kita sedang mencinta sesuatu. Apabila kita sanggup mengerjakannya hingga lupa makan dan ada kalanya sanggup bangun pagi. Fahami baik baik, makan tetap makan tetapi makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.
.
ARTI DAN TUJUAN
6. Apakah tujuan mulia dalam kita melakukan satu satu perkara? Ia lebih dari nilai ekonomi dan memenuhi keinginan diri sendiri. Tujuan akan jadi mulia apabila ia dalam bentuk immaterial. Ada nilai spiritual.
.
7. Membahagiakan diri apabila sumbang pada ibubapa. Apabila berikan pada famili. Pada sanak saudara dan kerabat. Pada anak anak yatim dan mereka yang terpinggir terbiar. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Selepas solat , tersebut jelas tentang zakat.
.
8. Kontribusi dan kongsi pada masyarakat luas. Jadikan kerja sebahagian dari hidup. Bukan jadikan sebahagian hidup untuk kerja. Ini yang dipanggil keseimbangan. Jangan nyalakan lilin pada kedua ujungnya. Ia akan cepat cair dan habis. jadi lampu penyuluh jalan yang boleh dicaj baterinya.
.
9. Usah jadikan sukses sebagai pemangsa yang korbankan masa bersama famili , sanak saudara dan teman teman. Imbangi. Jaga kesihatan dan kesejahteraan diri. Jangan bekerja hanya kerana pembayaran yang menggiurkan. Kejar wang, kita akan binasa. Bangunkan orang, wang akan datang dari arah yang tidak disangka sangka.
.
BANYAKKAN TEMAN SEJATI
10. Siapakah teman "CurHat" kita. Ada 4 teman sahabat akrab sudah lebih dari memadai. Ada 100 orang, itulah taman taman syurga dalam kehidupan.
.
11. Fikir jernih. Zikir tanpa letih. Keberhasilan di lapangan tugasan dan keusahawanan akan berikan kita keberhasilan dalam kehidupan bekeluarga dan kehidupan seluruhnya.
.
SENTIASA CARI TAHU
12. Seterusnya, sentiasa cari tahu. Belajar tanpa jemu. Jangan tutup diri untuk ambil tahu perkembangan baru. Bergerak dalam bidang yang digemari.

TIGA ATURAN THE CIRCLE OF LEGENDS oleh Roslan Ab. Hamid

TIGA ATURAN THE CIRCLE OF LEGENDS
.
1. Dalam Q1 - meeting core group The Circle of Legends - saya beritahu terang akan 3 perkara besar. Ini dunia kecil kita. 100 orang (syarikat) yang ingin berbisnes cara kita.
.
2. Pertama. Dunia telah berubah. Malaysia adalah kolam kecil. Kita perlu keluar. Sekurang kurangnya cari tahu di 10 buah negara ekonomi besar dunia. Negara ekonomi besar. Cina, India, USA, Indonesia, Turki. Lepas itu, Brazil, Rusia, Germany, Jepun.
.
3. Kedua. Bina kepakaran dalam Planet Omni. Ada empat perkara perlu faham. Online, offline, technology dan infrastruktur. Kita perku ada kepakaran dalam empat dimensi ini. Dan syarikat yang sertai "The COL"- mesti bersiap untuk upayakan diri buat jualan RM10 k keatas sebagai permulaan.
.
4. Ketiga, berkawan dengan orang Cina. Dekati dan fahami mereka. Jangan terlibat dengan "kedangkalan bodoh semangat anti Cina" yang cuba ditiupkan sekarang. Aliran politik baru yang entah apa apa. Kalangan kalah yang menyebarkan kebodohan serakah.
.
5. Memang benar kedapatan orang Cina yang sangat rasist. Mereka membenci segala yang bersifat kemelayuan. Raja, agama dan bangsa. Mereka ini haprak.
.
6. Namun ramai juga yang senang dengan kita dan ingin membantu. Pilih kelompok yang itu. Dunia masa kini dalah kolaborasi dan integrasi. Bergabung dan bekerjasama. Mereka yang tahu diri "Bagi ku agama ku dan bagi mu agama mu" - akan dapat survive dalam apa jua cara dan keadaan.
.
7. The COL mengimpikan kalangan yang terdidik pintar, sentiasa sabar membangunkan perusahaan sederhana besar dan punya solid management practise akan bekerjasama tanpa mengira kaum dan fahaman.
.
8. Kita hanya berperang "edah 3 bulan setiap 5 tahun". Bagi ku partai ku, bagi mu partai mu". Dalam masa 57 bulan lagi kita bekerjasama menjayakan cita cita bersama.
.
9. Yang ingin dibangunkan adalah "Eagle Way. Spirit of our success". Langkah inspiratif mengubah pecundang menjadi pemenang.
.
10. Katakan pooooorahhhh pada kempen boikot limau mandarin sempena tahun baru Cina kali. Ia datang dari otak berkarat ahli politik terhimpit.
.
11. Tanya saja, 'masa kalian dok kat atas , jadi Menteri dan pegang jawatan dulu - siapa kawan kalian . semuanya towkay Cina". Ketuanan Melayu konon. Pigilah.

Friday, January 11, 2019

PERUBAHAN TETAP BERLAKU oleh Datuk Roslan Ab Hamid

PERUBAHAN TETAP BERLAKU
.
1. Kita berada dalam dunia yang turun naik, banyak ketidakpastian, berdepan kerumitan, dan masa depan penuh kekaburan. Istilah yang dipopularkan oleh angkatan darat Amerika Syarikat sebagai VUCA. Volatility, uncertainty, complexity, ambiguity.
.
2. Ia mula dipakai di mana mana. Terutama dalam kelas bisnes.
.
3. Soalnya apakah jawapan kepada VUCA? World Economic Forum menelah pada tahyn 2022, ada penurunan 75 juta pada pekerjaan yang bersifat adminstratif.
.
4. Namun dalam nota yang lebih positif, telahan yang sama oleh World Economic Forum ada 122 juta pekerjaan baru dalam bidang pemasaran dan penjualan.
.
5. Memang dunia sentiasa turun naik. Sentiasa ada perubahan. Bermula dari hal keci dan tidak menarik.
.
6. Dulu penyewaan filem , dikuasai oleh Blockbusters. Mereka raja pasaran. Datang Reed Hastings pendiri Netflix. Pada tahun 2000, Hastings tawarkan untuk kerjasama dengan Blockbusters.
.
7. Blockbusters terus kuasai offline dengan segala kekuatan kedai, jutaan pengkalan data pelanggan, modal yang kuat. Netflix mahu kerjasama untuk terokai online bersama Blockbusters.
.
8. Blockbusters menolak dengan angkuhnya. 2010 mereka bangkrap dan Netflix berkembang pada tahap luar biasa sekarang.
.
9 Semua perubahan datang secara tidak terduga. Penguasa Istana besar sukar mahu faham riak kecil. Saat mereka faham, tsunami telah berlaku dan menengeelamkan istana mereka.
.
10. Kisah kejatuhan UMNO, partai berusai 71 tahun cukup jadi pengajaran berguna buat orang bisnes melihat contoh kalangan penguasa yang buta pada perubahan.

Wednesday, January 9, 2019

Cicle Of Legends oleh Dato Roslan Ab Hamid

CIRCLE OF LEGENDS
.
1. Menjadi pemimpin yang baik adalah tentang storytelling. JIka kita dapat beritahu orang kisah dengan cara jadikan orang yang mendengar teruja macam kita, itu adalah salah satu dari tanda upaya jadi pemimpin yang baik.
.
2. Ada banyak komentar kenapa saya menulis panjang. Tidak sesuai di baca oleh kebanyakan orang.
.
3. Kita pilih untuk bentuk "circle of legends". Jika anak bilis tidak dapat makan makanan ikan hiu (jerung), jangan salahkan makanan.
.
4. Pengalaman hidup, telah menyaksikan banyak "incredible story" depan mata. 5 orang yang saya ikut teladani -semuanya ada pertumbuhan exponential.
.
5. Kuncinya tahu SWT - Strength, Weakness and Trend. Tahu kekuatan diri dan bina team yang kuat. Inilah pilar ketiga dari Mindset, Money, Scaling. Pilar Scaling.
.
6. Bangkitkan Keterampilan Humanis. Kemahiran Kemanusiaan. Cari kemahiran yang tidak kita punyai untuk melengkapkan upaya kepemimpinan kita. Delegate pada mereka yang tahu.
.
7. Berkembang 10 kali lebih pantas dari pesaing terdekat. Caranya bina tim yang ada kepelbagaian kemahiran. Kita perlu bina tim kerana kita tidak boleh buat perkara yang tim boleh buat.
.
8. Bagaimana untuk tarik mereka yang terbaik. Jawabnya Storytelling. Cerita yang kita sampaikan. Bawa mereka bersama dengan rasa percaya ia bisa dilakukan. Bersama dalam sesuatu yang mampu dilakukan secara berpasukan.
.
9. Kita tidak ambil pekerja yang beri masa 9 pagi hingga 5 petang. Kita bina tim yang akan sudahkan kerja di mana sahaja mereka berada.
.
10. Bapak Dato' Radzi Saleh datang ke Indonesia, 17 tahun dulu hanya dengan bekalan wang RM120k sahaja. Satu kontena produk. Tiada payung subsidi dan surat sokongan gomen. Dan dia buktikan dapat melakukannya di negara jiran.
.
11. Apabila dia boleh melakukannya , kenapa kita teragak melakukannya. Next. Menjadikan perusahaan ini Raksasa Digital Nusantara - melepasi jualan RM1 Bilion setahun melalui online. Ada brani.

Tuesday, January 8, 2019

Mengurus Perniagaan - kenali pelanggan oleh Roslan Ab Hamid

MANAGING A BUSINESS
KENAL PELANGGAN
1. Apabila tiada pelanggan , maka tiada bisnes. Semudah itu sahaja. Jadi yang paling utama dan teratas , kenal pasti siapakah pelanggan kita. Street Vendors akan tahu siapa pelanggan mereka. Ini yang dinamkan street smart.
.
2. Restoran Me'nate Steak House di mulai oleh Tuan Mustaffa Othman pada tahun 2009. waktu itu beliau telah berusia 58 tahun. Menimba banyak pengalaman diluar negara sehingga berkhidmat sebagai pakar daging di Istana Ratu Elizabeth selama dua tahun setengah.
.
CARI PENGALAMAN
3. Sebelum itu pernah ada perniagaan  daging di pasar Subang Jaya sebelum ke London pada tahun 1989 untuk pelajari ilmu master in butchering and culinary di sebuah kolej swasta. Berkorban apa sahaja , bermula dengan bekerja sebagai pemotong daging di kedai Pakistan.
.
4. Kemudiannya , Mustaffa menerima tawaran pekerjaan dengan gaji jauh lebih tinggi hingga ditawarkan jawatan dalam Dawn Group of Companies pada 1991. Syarikat besar yang juga pembekal tunggal sumber daging terbaik untuk istana Ratu Elizabeth itu kemudian menyedari kemahiran dan kelebihan dalam diri Mustaffa.
.
5. Me'nate Steak House hanya terkenal pada orang ramai pada tahun 2015 atas isu caj makan RM9338.50  dalam media sosial.

PENGAMBILALIHAN- KEMBANGKAN BISNES
6. Sekarang siapa pemilik Me'nate? Apakah masih Tuan Mustaffa Othman atau siapa? Me'nate sekarang diambil alih oleh Palace Butcher Resources Sdn Bhd. Mereka menjenamakannya  semula restoran ini sejak tahun 2015.
.
7. Daripada sebuah restoran yang sederhana di Ampang, kini Palace Butcher Resources Sdn Bhd, dalam tempoh tiga tahun berjaya menambah tiga lagi rangkaian baru Me’nate Steak Hub di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Restoran-restoran ini terletak di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.
.
8. Sejak mengambil alih pengurusan Me’nate Steak Hub pada tahun 2015, pihak pengurusan telah melakukan banyak perubahan-perubahan besar dan drastik bagi mempertingkatkan imej Me’nate sebagai sebuah restoran makanan barat yang berprestij tinggi.
.
10. Perkara ini termasuk daripada rekaan dalaman restoran, peralatan-peralatan memasak yang moden dan yang paling penting dan utama adalah pemilihan daging segar yang berkualiti tinggi serta bahan-bahan mentah lainnya yang segar dan dipilih khas.
.
(BERSAMBUNG)

Sunday, January 6, 2019

Cerita D. I. Y oleh Roslan Ab Hamid

CERITA ENCIK D.I.Y
.
1. Mr D.I.Y, peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia. Mereka sedang mencari tawaran awam permulaan yang boleh menaikkan kira-kira RM2.1bil (US $ 500mil). Perbincangan mengenai penyenaraian Mr D.I.Y. berada di peringkat awal, dan perincian tawaran itu boleh berubah mengikut masa dan keadaan.
.
2. Mr D.I.Y. mempunyai lebih daripada 500 cawangan di seluruh Malaysia.  Ia mempunyai lebih daripada 4,000 pekerja dan melayani lebih 78 juta pelanggan setiap tahun di kedai-kedai di negara Asia Tenggara, menurut laman webnya.
.
3. Syarikat itu juga telah mengembangkan operasinya ke Thailand, Brunei dan Indonesia.
.
4. Mr D.I.Y., yang disokong oleh firma ekuiti swasta Creador, boleh disenaraikan sebaik sahaja akhir tahun ini. Ia sedang mempertimbangkan untuk menyenaraikan hanya operasi domestiknya .
.
5. Ketua Pegawai Eksekutif Creador Brahmal Vasudevan berkata bahawa Mr D.I.Y. sedang meneroka IPO dan menjangka membuat keputusan pada bulan depan. Mr D.I.Y. menyertai firma yang disokong ekuiti swasta lain dalam usaha untuk menjual saham di Malaysia.
.
6. Antaranya- pengusaha restoran KFC QSR Brands (M) Holdings Sdn., Yang disokong oleh CVC Capital Partners, dan Leong Hup International Bhd, pengeluar makanan unggas yang dimiliki oleh Affinity Equity Partners, juga telah bersedia untuk menyenaraikan di pasaran domestik.
.
7. Pengumpulan dana daripada jualan saham kali pertama di Malaysia jatuh kira-kira 90% pada tahun 2018 kepada US $ 180 juta, terendah tahunan dalam sekurang-kurangnya satu dekad, mengikut Bloomberg.

Pencapaian Elitis Prestasi Ultra Luar Biasa oleh Roslan Ab Hamid

PENCAPAIAN ELITIS, PRESTASI ULTRA LUAR BIASA
.
1. Tahu bahawa kita akan mati pada satu hari akan dapat mengelakkan diri dari terus terperangkap dalam jerat berfikir- kita bakal kehilangan. Ia sudah lama dalam ketentuan Tuhan. Tugas kita adalh terobos sahaja apa yang perlu selagi nafas masih berhembus.
.
2. Jika tahun ini tahun terakhir dalam hidup kita, apakah yang akan kita lakukan secara berlainan dari tahun tahun sebelumnya? Jadi diri sendiri. Semua diri yang lain telah diambil oleh orang lain.
.
3. Cinta sejati dari bening hati. Pilihan terbaik. Impian segar. Projek berani. Benamkan ketakutan lama. Genius dalam diri yang luar biasa. Kebaikan yang tersebar.
.
4. Setahun itu ada 365 hari. Jika ada 5 perkara yang kita lakukan setiap hari , ada 1825 perkara yang dapat kita sudahkan. Ia adalah "highest version of highest vision" yang kita dapat lakukan.
.
5. Usah biarkan ksatria pahlawan dalam jiwa kita binasa, lantaran "kekecewaan kesepian terasa diketepikan" dan kita tidak memperoleh kehidupan yang kita impikan.
.
6. Bertemu petang esok dalam acara Momentum 2019 anjuran Dewan Seri Hatinie, Shah Alam.

P/s - Saya In Sya Allah akan hadir di Dewan Seri Hatinie,  Shah Alam,  esok.

Saturday, January 5, 2019

Perancangan Strategik Diri oleh Roslan Ab Hamid

STRATEGIC PLANNING DIRI
.
1. Ingatan Puan Guru Ainon Mohd,
.
"Apabila kita mempunyai strategic plan, barulah kita nampak perkara yang patut dianggap proriti dan perkara yang bukan proriti".
.
2. Hidup dalam dunia sendiri. Dalam acuan yang telah tetap. Dalam lorong yang telah ditentu untuk berlari.
.
3. Setiap pagi, ada lintasan 10 perkara mustahil yang telah tersurat untuk dicapai. Dan lima perkara setiap hari untuk disiapkan sebagai kemenangan kecil menjadikan 2000 setahun.
.
4. Hari ini bangun jam 4 pagi. Berjaya buat perkara patut perlu. Itu perkara pertama. Kemenangan kecil pertama. Naik pesawat jam 8.30 pagi dari KBR ke KUL. Selamat sampai . Ini kemenangan kedua.
.
5. Sampai KL jam 9.30 pagi. Terlewat satu jam untuk sampai kelas . Bertekun belajar sampai jam 5 petang.
.
6. Robin Sharma kata duduk dan tekuni dengan seorang guru baru tiap tahun dan saya akan ikuti guru ini sepanjang tahun 2019. Ada banyak mutiara dalam cengkerang yang  dapat kutip. Ini kemenangan ketiga hari ini.
.
7. Tamat, ambil grab. 40 minit sampai rumah. Rehat kejap. Jam tujuh, bertolak ke Putrajaya. Ada jemputan dari sahabat. Majlis kahwin anaknda beliau. Ini kemenangan keempat. Setia dalam persahabatan.
.
8. Apakah kemenangan kelima? Kita cari jalan sebelum tidur malam ini. Cipta kemenangan kecil.  Demikian cara bekerja. (opsss malam ni jam 12 tengah malam ada tayangan  Master Z: The Ipman Leagacy) - kita hayun pergi tonton.
.
9. Tiada lagi "era angan angan" dan duduk tanpa buat apa apa. Apa yang utama - buat buat buat sampai dapat.
.
10. Bersahabat dengan mereka yang berlari dalam lorong sama macam kita. Apa yang berlaku di luar lorong bukan urusan saya.  Jauhkan diri dari mereka yang "loqlak". Mereka yang gebang dan banyak sembang.
.
11. Jangan tanya  tentang orang. Saya tidak bercakap tentang aib orang. Tiada dengki dan iri. Apa yang jelas nampak dari tempat tinggi hanya jalan menuju kesuksesan.
.
12. Tidak lagi kalut tentang manusia itu atau manusia ini. "Lantak pi lah kau orang". Jika kalian berpartner dan lepas itu bergaduh, jangan mengaduh. Itu lumrah. Jalan Terus.

Friday, January 4, 2019

TUJUH NASIHAT RUMI oleh Roslan Ab Hamid

TUJUH NASIHAT RUMI
.
1. Mawlana Jalāl ad-Dīn Muhammad Rūmī, lahir 1207 di Afghanistan dan meninggal 1273 di Konya, Turki menulis, "Berhenti bertindak kecil kecilan. Anda adalah alam semesta dalam gerakan gembira". "Jangan melihat ke luar. Lihat lah ke dalam diri dan cari lah arti dan tujuan itu"
.
2. Nasihat nasihat Rumi amat bermakna. Pertama, dari segi kemurahan hati dan membantu orang lain. Dalam hal kedermawan dan menolong orang, jadilah seperti sungai. Rumi kata, jadi seperti sungai yang terus mengalir tanpa henti tanpa kembali. Bukankah satu kebaikan yang kita tanam akan menjadi pokok kebaikan? 
.
3. Dari pokok kebaikan, akan ada buah kebaikan yang banyak. Ini bermakna bahawa satu kebaikan yang kita lakukan, Tuhan akan membalas dengan kebaikan yang bertambah baik terutama jika kebaikan itu dilakukan secara berterusan. Konsistensi dan frekuensi.
.
4. Kedua, ada bait kata puisi dari karya Jalaluddin Rumi yang terkenal iaitu "Dengan hidup hanya sepanjang nafas, jangan menanam apa-apa kecuali cinta" Dalam hal kasih sayang dan cinta, jadi lah matahari. Maksudnya ialah hidup hanya persinggahan, jangan biarkan kebencian menguasai diri. Usahakan mencintai sebanyak mungkin untuk orang di sekeliling kita. Memberi kehangatan kepada siapa saja tanpa diskriminasi. Bukankah setiap manusia tidak suka pada kebencian?
.
5. Ketiga, dalam hal menutup keaiban orang, jadilah seperti malam. Malam gelap membuat orang tidak dapat melihat apa-apa. Inilah perumpamaan, sebagai manusia, mesti menutup aib saudaranya. Seseorang yang diberi mandat untuk menyimpan rahsia mestilah seperti malam yang menutup rapat tanpa membocorkannya.
.
6. Keempat. Dalam hal marah, jadilah seperti orang mati. Ketahuilah, kemarahan itu seperti bara api di hati orang-orang yang boleh memusnahkan diri. Ini dapat dilihat dari kemerahan kedua-dua mata dan ketegangan urat di leher orang yang dikendalikan oleh kemarahan. 
.
7. Mengawal kemarahan bukanlah perkara yang mudah. Cara yang paling berkesan adalah untuk diam. Kerana keputusan yang diambil dalam kemarahan boleh menjadi keputusan yang salah.
.
8. Kelima. Dalam hal kesederhaan dan kerendahan hati jadi lah seperti bumi. Bumi selalu menempatkan dirinya di bawah walaupun kadang-kadang ia lebih baik daripada langit. Sebagai manusia biasa yang penuh dengan kekurangan, tidak ada apa yang dapat kita kongsi, termasuk pengetahuan yang kita rasa "hak milik" kita. 
.
9. Terdapat tiga tahap orang yang berpengetahuan, iaitu: ada 3 tingkatan orang berilmu iaitu: 
.
+ Pertama, orang berilmu yang dengan ilmunya menjadikan orang itu merasa pintar. Ini timbulkan riak dan bongkak.
+ Kedua, orang berilmu yang dengan ilmunya menjadikan seseorang itu disukai Allah dan dicintai orang (tawadu). 
+ Terakhir orang berilmu yang dengan ilmunya menjadikan dirinya semakin tidak tahu apa-apa”. Artinya bahwa kerendahan hati seseorang dapat dicapai salah satunya dengan ilmu. 
.
10. Bina insaf diri. Jadilah manusia yang penuh kerendahan hati kerana Tuhan tidak menyukai sifat sombong. Sedikit ada lintasan sombong akan menjauhkan kita dari Syurga Allah.
.
11. Keenam. Dalam hal tolerasi jadilah seperti laut. Hidup dengan keberagam kepelbagaian menuntut seseorang harus boleh saling menghargai satu sama lain. Jadilah seperti laut yang mempunyai sifat lapang dan siap menampung setiap pandangan-pandangan berbeza. 
.
12. Laut itu menampung jutaan khazanah alam. Jangan jadikan perbezaan menjadi alat pemecah belah tetapi jadikan perbezaan ini sebagai sebuah alat pemersatu. Caranya adalah dengan toleransi. 
.
13. Jadikanlah perbezaan yang ada sebagai penambah khazanah ilmu pengetahuan. Pegang teguh pada prinsip. Tetapkan dalam diri mana yang menjadi pilihan kita dan sentiasa hormati apa jua keputusan orang lain.
.
14. Ketujuh. Tampil sebagai diri kita seadanya dan jadilah diri pada masa keseorangan sebagaimana diri kita pada luaran. Hiduplah dengan penuh kejujuran dengan menampilkan jati diri dengan apa adanya. 
.
15. Pada dasarnya kejujuran merupakan kunci bagi seseorang jika ingin dipercaya. Setiap rezeki yang dihasilkan dari kejujuran pastilah akan menjadi energi positif yang menghadirkan kebahagian dan kedamaian dalam jiwa. Hidup jujur itu menyihatkan. Fikiran dan emosi akan selalu berada dalam zon positif. Zon perkembangan yang membahagiakan.

13 SAHABAT PEMBINA MOMENTUM oleh Roslan Ab Hamid

13 SAHABAT PEMBINA MOMENTUM
.
Kelilingi diri dalam lingkungan 13 orang yang ada aura sebegini.
.
1. Pertama, mereka yang berjiwa besar dan punya ambisius (cita cita) tinggi. Mereka yang melepasi perkara keduniaan. Mereka yang ada visi akhirat.
.
2. Kedua, Mereka yang sentiasa berpagi pagi -optimis, positif dan bahagia.
.
2. Kedua, mereka yang ada idea bernas serta ambil keputusan melakukannya dengan penuh kesungguhan.
.
3. Mereka yang memiliki misi dan ingin mencapai tujuan yang sama dengan kita.
.
4. Mereka yang merupakan pencari solusi dan pemecah masalah yang bijak.
.
5. Mereka yang dapat membantu memanfaatkan potensi dan menemukan apa yang terbaik untuk kita. Teguran mereka mungkin keras namun jelas ia ikhlas.
.
6. Mereka yang dapat menginspirasi diri dan sentiasa berikan contoh terbaik. Pada diri mereka ada jejak kesuksesan yang jelas.
.
8. Mereka yang selalu bergerak maju dalam kehidupan. Tidak berkeluh kesah. Tidak ambil kisah pada kutukan dan cacian.
.
9. Mereka yang dapat memberikan pandangan atau umpan balik (feedback) yang benar.
.
10. Mereka yang berjanji serta menepati janji mereka.
.
11. Mereka yang menerima kita dengan seadanya. Sabar dengan kelemahan diri kita.
.
12. Mereka yang beriman dan berpesan pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
.
13. Mereka yang berjanji untuk berjiran di syurga.

SEMANGAT MEMBANGSA YANG MUDAH TERPADAM oleh Roslan Ab Hamid

SEMANGAT MEMBANGSA YANG MUDAH TERPADAM
.
1. Sebulan lepas, sekitar November, kalangan orang kuat partai cuba timbukan semangat Melayu dengan kempen boikot kedai Cina. Seperti biasa, semua ini akan gagal apabila ia dimulakan hanya dengan bekal "semangat politik".
.
2. Beberapa buah bas cuba diangkut untuk membeli di ST Rosyam Mart. Saya senyum sahaja. Benarlah semangat tidak akan lama dapat mengugat. Apatah lagi apabila ia di buat tanpa ada usul dan siasat.
.
3. Sekitar buan Jun,saya ada google, tentang usaha, pengusaha pasar borong, Sri Ternak Group of Companies, merancang membuka lebih banyak pasar raya berkonsep moden di Lembah Klang.
.
4. Pengarah Eksekutif Sri Ternak Group of Companies, Datuk Raymond Ho bekata pasar raya berkonsep  moden itu lebih menarik memandangkan pelanggan hari ini mengutamakan barangan harga patut.  Pada masa yang sama mahukan persekitaran membeli-belah yang selesa.
.
5. Ini kata Datuk Raymond Ho, “Kami yakin kedai berkonsep baharu ini akan menyediakan persekitaran lima bintang dan perkhidmatan bertaraf dunia, dan pada masa yang sama menjual barangan pada harga borong,” katanya kepada Bernama.
.
6. Dan Datuk Raymond Ho, berkata lagi, "Sri Ternak Group baru-baru ini melancarkan pasar raya berkonsep moden pertamanya, ST Rosyam Mart di Setiawangsa, secara usaha sama dengan selebriti Datuk Rosyam Nor. Ho berkata lagi, pasar raya baharu kumpulan itu yang dengan usaha sama Rosyam dilancarkan lepas Aidil Fitri.
.
7. ST Rosyam Mart yang beroperasi 24 jam merupakan  pasar raya keempat dalam kumpulan Sri Ternak Group, selepas dua premis di Selayang dan sebuah di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan.
.
8.  Garisbawahi, kita sokong Datuk Rosyam. Dia adalah usahawan yang hebat. Namun , jangan kita mainkan cerita bangsa dan agama hanya untuk semarakkan kempen boikot yang tidak kena pada tempat dan masa. Akhirnya kita yang malu sendiri.
.
9. Soal bisnes dan keusahawanan jangan ditimbulkan dalam amarah politik yang entah apa apa. Ia tidak akan ke mana mana dan kita akan jadi bulldozer orang politik sahaja akhirnya.

Friday, December 28, 2018

MOMENTUM 2019 - 21 PERKARA UTAMA oleh Dato Roslan Ab. Hamid

MOMENTUM 2019 - 21 PERKARA UTAMA 1/3
.
1. Hidup ini sementara. Sampai masa kita akan pulang ke kampong asal. Usia Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam 63 tahun . Titik disitu usia kita. Apabila dapat tambahan kira bonus untuk terus lakukan kebaikan. Sekarang, kira berapa minggu lagi ada berbaki.
.
"Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Umur umatku antara 60 sampai 70 tahun. Dan sangat sedikit di antara mereka yang melewati itu" (HR Ibnu Majah dan Tirmidzi)
.
2. Setiap manusia, paling kurang ada 120 bakat. Gunakan bakat yang kita ingin kembangkan untuk berada di padang lebih besar. Usah bertunggu tangga di kampung yang sama. Sekurang kurangnya rentas nusantara ataupun pergi lebih jauh ke pelusuk dunia.
.
3. Jangan merasa terlalu sibuk untuk buat baik. Sebarkan kebaikan. Berjalan merata dunia di mana sahaja. Berikan 10% dari pendapatan untuk kerja kerja baik. Berikan 10% dari masa untuk buat kebaikan.
.
4. Genius dalam apa jua bidang terletak pada "kegilaan luar biasa" untuk melakukannya. Genius bahasa pada kekerapan menulis. Genius bisnes pada puluhan kali jatuh sebelum bangkit dengan perkasa.
.
5. Redah pada tempat yang paling kita takuti. Kita takut pada 3 tahun pertama belantara berpuaka. Redah aja. Paling teruk, hilang modal dan tumpukan hutang. Pada hujung ketakutan itu ada kesuksesan. Fokus ke mana ingin pergi bukan pada usikan jembalang yang mengilai mencaci
.
6. Masyarakat akan beritahu apa "reasonable and possible" . Apa yang masuk akal dan mungkin. Usah ambil peduli sangat. Redah dan dengan suara hati. Naluri akan berkata benar apabila jiwa kita jauh dari iri hati dan dengki.
.
7. Berapa banyak yang kita mahu laburkan untuk "Pendidikan Profesional dan Pengembangan Pribadi" pada tahun 2019. Ganda tiga pelaburan kita untuk hal ini dan pendapatan kita akan mengganda dua.






MOMENTUM 2019 - 21 PERKARA UTAMA 2/3
.
8. Apabila kita tergolong sebagai yang paling pintar dalam bilik mesyuarat, tinggalkan segera kamar perbincangan itu. Ia membawa makna kita berada pada tempat yang salah. Ia juga mungkin salah pada tingkah kita yang lebih banyak berkaca mata dari bercermin muka.
.
Sentiasa lingkung diri dengan mereka yang lebih baik dari kita. Dengar dengar dan dengar. Buat rumusan dalam tulisan dan bertindak segera sebaik sahaja perbincangan tamat. Itu namanya Gerak Tindak Lanjut.
.
9. Performa luar biasa (epic performance) datangnya dari kebolehan untuk berkata "tidak". Ia bukan datang dari perkataan "ya". Jangan mudah mengangguk pada semua tugasan. .
.
Buat apa yang dalam upaya kita dan lakukan dengan cemerlang. Siap untuk buat perkara yang belum pernah kita buat. Cuma berikan tempoh percubaan 6 bulan hingga setahun pada perkara belum pernah dibuat. Fokus. Kuasai satu perkara dan kita akan kuasai banyak perkara.
.
10. Komited untuk jadi ahli dalam bidang kita. Komited untuk menjadi "juara kelas berat"-heavyweight champion dalam bidang kita. Sesuatu yang tidak dipertikaikan lagi. Jangan cuba jadi jaguh dalam semua perkara - tetapi sekadar dipandang ringan oleh teman teman sebaya dalam bidang.
.
11. Kejayaan ada dua . Impak dan Income. Impak itu bertahan lebih lama. Reputasi mewangi itu umpama haruman yang dapat dihidu dari jarak jauh. Income biarpun manis juga, namun salah cara dan gaya, ia boleh memdatangkan penyakit diabetes.
.
12. Kesilapan akan jadi kegagalan apabila kita biarkan ia tanpa ada usaha untuk bangkit semula. 5 perkara menentukan manusia. Hawa, Nafsu, Akal, Fikiran dan Hati. Maqam ilmu ada di hati. Jaga hati kita dari dengki dan iri hati. .
Saat kita tidak memandang aib orang, kesuksesan akan datang bertandang mengintai untuk kita bawa pulang.
.
13. Bersopan santun. Sentiasa optimistik. Menepati masa dengan 30 minit lebih awal. Jika lewat beritahu. Itu tanda orang beradab, berakhlak dan bertaqwa. Mengalah berkali kali. Itu tanda kita akan menang pada hujung.
.
14. Pekerjaan utama sebagai ketua adalah lihat kehebatan pada ahli dalam tim. Beritahu mereka akan kehebatan itu dengan puji perbuatan. Satu pujian diawal pagi akan jadikan ahli pasukan bersemangat sepanjang hari.

MOMENTUM 2019 - 21 PERKARA UTAMA 3/3
.
15. Bangun awal pagi. Itu kunci paling pasti untuk gembira sepanjang hari. Jika kita tidak bangun pada pagi hari, sebekum ayam berkokok dan burung belum keluar sarang, itu tanda kita tidur lewat malam tadi.
.
Jangan bergadang, tidur lewat malam dan jadi kutu embun. Ia tanda awalan, kita bakal tertinggal jauh di belakang berbanding dengan teman sebaya dalam perjalanan marathon jarak jauh untuk capai impian.
.
16. Sentiasa cergas. Kita akan dapat memberikan khidmat terbaik kepada ramai orang yang memerlukannya. Kecergasan datang dari dua perkara. Makanan yang kita amakan dan latihan harian yang kita jalani.
.
17. Jangan tunggu dapat Insprasi baru ingin bertindak. Bertindak dahulu, kemudian dalam perjalanan mendapat hasil kita akan peroleh inspirasi.
.
18. Kerja keras. Tiada apa yang dapat menggantikan kerja keras. Ia adalah permulaan sebelum kita pintar dan tahu mendepani situasi untuk kerja cerdas.
.
19. Dalam setiap situasi , kerja ikhlas. Kemurahan hati insani akan sentiasa mengalahkan kekurangan dalam perkara materi. Jadi orang tenang. Orang tenang akan menang. Orang tenang akan senang.
.
20. Dunia ini dihuni oleh pecundang dan pemenang. Pecundang selalu bergantung pada kebertuahan. Pemenang berusaha tanpa henti henti untuk capai impian.
.
21. Optimalisasi harian akan mengarah pada peningkatan eksponensial. Hanya mereka yang meningkat secara eksponential sahaja akan dapat capai puncak. Peningkatan linear adalah memenatkan. Saat sampai ke destinasi mereka yang hidup mereka meningkat secara linear sudah penat dan tidak lagi dapat menikmati apa yang diingini.
.
Jadikan setiap hari yang ada pada tahun 2019 , antara detik indah dan setiap hari, setiap cara , kita jadi lebih baik dalam usaha dan lebih mulia pada pandangan Tuhan pencipta.

Wednesday, December 12, 2018

SAYA BUKAN ANTI DAP Catatan Dato' Roslan Ab Hamid

1. Ini menarik. Apakah tuan anti DAP? Pertanyaan mahal begini saya mahu jawab.
.
2. Jawapannya - Tidak. Mereka sangat konsisten dan kompeten. Mereka tahu apa yang mereka mahu. Tegas dan keras keinginannya selama 53 tahun berjuang. Bodoh lah jadi orang politik , jika LKS tidak bercita-cita cucunya akan jadi PM. (Sima Yi dah pernah buat)
.
3. Hidup sebagai penekun sejarah China. Penonton dan penggila filem Cina. Inilah kekuatan yang selalu jadikan kita kaget. Tapi saya tidak rela mereka jadi pemimpin pada tanah tumpah untaian zamrud khatulistiwa ini. Cukuplah Singapura hadir sebagai beban sejarah.
.
4. Kecewa dan hampa dengan pemimpin bangsa sendiri. Bangsat dan khianat atas nama ketuanan Melayu. Kemudian mahu memudah cerita, letakkan ludah pada orang lain. Tidak mahu muhasabah diri.
.
5. "Mewah dan beraja di mata dan bersultan di hati". Banyak perkara sudah terang lagikan bersuluh masih mahu pertahankan kebangsatan yang nyata.
.
6. Setiap perkara yang berlaku sekarang samada 1MDB, FELDA, Tabung Haji bukan kerja DAP. Bukan kerja DAP. Ianya kerja pemimpin Melayu yang lupa daratan dan mabuk kekuasaan.
.
7. Apakah Tuan akan kekal dalam UMNO? Saya hanya orang kecil. Setia sampai hujung nyawa pada perjuangan bapak dan ibu kemerdekaan.
.
8. Hadir tidak menambah. Pergi tidak berkurang. Namun asas perjuangan tetap kekal. Yang jahanam adalah pemimpin yang apabila berkuasa, jadi manusia kong kali kong.
.
9. Lebih gila, apabila jelas, segala talian hayat yang Perdana Menteri dahulu bina. Lantik manusia yang tidak layak. Lantik atas nama kroni, "waampu sana waampu sini". Dan inilah hasilnya.
.
10. Mereka mahu atur gerakan penerangan turun ke bawah, pertahan isu TH. Kononnya ini angkara DAP. Deyyyy. Siapa yang dapat baca lapuran kewangan akan tahu, jelas tertera angka - pengurusan yang tidak kompeten. BOD yang tidak tahu ke mana hujung jatuh impak perbuatan mereka.
.
Mungkin kerja terima wahyu sahaja kot.