Tuesday, December 17, 2013

Celcom, Digi meterai perjanjian dengan TM


    Celcom, Digi meterai perjanjian dengan TM
    Add caption
  • Zamzamzairani Mohd Isa (tiga, kiri) bersama wakil-wakil syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi ketika menandatangani perjanjian di Kuala Lumpur.

Telekom Malaysia Berhad (TM) bersama Celcom Axiata Berhad (Celcom), melalui anak syarikat milik penuh, Celcom Networks Sdn Bhd (Celcom Networks) dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menandatangani perjanjian kerjasama lebar jalur pukal bagi perkhidmatan TM Next-Gen Backhaul.

Ia membolehkan syarikat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) menambah baik kualiti rangkaian dalam menawarkan kependaman (latency) rendah dan jalur lebar tinggi peranti mudah alih.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kerjasama itu adalah langkah positif dalam memberikan pengalaman lebih berkualiti apabila mengakses kandungan digital jalur lebar tinggi.

TM akan menyediakan jalur lebar pukal melalui perkhidmatan TM Next-Gen Backhaul bagi menghimpun tapak-tapak akses kepunyaan Celcom dan DiGi meliputi 3,000 dan 3,500 kilometer di Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, kerjasama jangka panjang ini menjangkau lebih daripada 10 tahun akan menyaksikan dua fasa pembangunan.

"Fasa pertama meliputi tempoh tiga tahun bermula 2014 hingga 2016 diikuti fasa kedua tapak tambahan akses mudah alih dan tapak-tapak penghimpun seluruh Semenanjung Malaysia.

"Kerjasama ini menegaskan komitmen TM menyediakan akses terbuka kepada semua penyedia perkhidmatan yang memiliki lesen dengan SKMM,” katanya.