Monday, March 8, 2010

UiTM MOOT TEAM WON LEGAL BATTLE

For the first time in the history of UiTM, the Faculty of Law’s moot team has won the prestigious Philip C. Jessup International Law Moot Court Championship, which was held at national level from 26th to 28th February at Universiti Kebangsaan Malaysia. Defeating other three universities known for their strength in the field, the team will be representing Malaysia in the same competition at international level in Washington DC, United States of America this 21st March.

The intervarsity ‘legal battle’ is organised annually by the International Law Students Association, a profit-oriented body with members consist of law students and practitioners world wide dedicated to research and promotion of international law, which is based in Chicago. The scenario of the contest is similar to that of a real trial, showcasing the participants’ oratory and debating prowess.

Congratulations and good luck for the next battle!

(Source - UiTM MOOT TEAM WON LEGAL BATTLE)

UiTM kaji genome Melayu guna profil DNA

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) bakal membawa pembaharuan dalam bidang perubatan dunia menerusi projek penyelidikan genome Melayu pertama di dunia yang kini dilaksanakan penyelidik Fakulti Perubatan universiti itu.

Naib Canselornya, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata kajian itu membolehkan penyelidik mencirikan pelbagai struktur genetik genome untuk diguna pakai dalam penyelidikan perubatan dan genetik pada masa depan. Dalam konteks masyarakat Melayu, katanya, kajian itu juga dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai genome orang Melayu menerusi kehadiran gen.

“Selain itu, dapatan kajian itu juga mampu mencirikan asal usul orang Melayu berdasarkan profil DNA yang diperoleh.

“Malah secara tidak langsung, ia dapat membantu pakar farmasi menyediakan ubat-ubatan bersesuaian dengan penyakit yang biasa dikaitkan dengan genome Melayu ini,” katanya pada majlis perasmian kampus UiTM Puncak Alam, baru-baru ini.

Penyelidikan genome merujuk kepada penyelidikan berkaitan set asas haploid kromosom sesuatu organisma pada manusia.

Prof. Dato Dr. Sahol berkata, projek penyelidikan itu dilaksanakan di Kampus Puncak Alam yang kini menjadi tapak penyelidikan dalam bidang sains dan perubatan berkonsepkan genome Melayu.

Katanya, kampus itu dipilih sebagai tapak penyelidikan yang turut menempatkan Fakulti Perubatan bersesuaian dengan keunikan dan kelestarian ruang serta alam semula jadinya yang menghijau.

“Kita merancang untuk memiliki hospital pengajar sendiri bagi menjamin kualiti program dan penyelidikan perubatan yang lebih sistematik selain menempatkan pusat penyelidikan berkaitan khususnya Centre for Translational Research bagi memantapkan penyelidikan klinikal.

“Justeru, kita berharap agar pihak kerajaan dapat memberi kelulusan dan peruntukan segera bagi merealisasikan cadangan penubuhan hospital di Kampus Puncak Alam sebagai kemudahan latihan klinikal kepada pelajar dan pensyarah,” katanya.

Dengan adanya kemudahan itu dan kurikulum mantap dan terkini, beliau yakin dapat mengeluarkan 2,000 doktor Melayu dalam tempoh lima tahun lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, Fakulti Perubatan UiTM bekerjasama dengan Lembaga Bersama Perubatan menawarkan kursus pasca siswazah profesional dalam bidang perubatan, mulai Julai ini.

Katanya, kejayaan penawaran program itu adalah satu pengiktirafan kepada fakulti terbabit hasil peningkatan inovasi menerusi kurikulum mantap dan terkini.

“Walaupun baru berusia lima tahun, pencapaian itu membuktikan penekanan kita kepada aspek kualiti selain sokongan barisan tenaga akademik kanan berpengalaman dari dalam dan luar negara yang turut dilantik sebagai Profesor Adjung,” katanya.

(Sumber - Berita Harian Online)