In today’s materialistic world there is a risk of people becoming slaves to money, as though they were simply cogs in a huge money-making machine. This does nothing for human dignity, freedom, and genuine well-being. Wealth should serve humanity, and not the other way around.
"....semua makhluk ciptaan Tuhan samada manusia,binatang,tumbuhan, alam semulajadi dan sebagainya,saling perlu memerlukan,saling bantu-membantu kerana mereka berkait,terikat antara satu sama lain dalam satu kitaran yang berhubungan. Justeru, jangan diputuskan ikatan itu, kelak, seluruh kitaran akan musnah..." Ahmad Rais Johari
Monday, March 5, 2012
Pertemuan Sahabat Lama Dalam Wajah Baru
Pada hari ini saya berkesempatan bertemu seorang sahabat lama yang saya kenali pada tahun 1986. Beliau adalah anak melayu pertama yang pernah menjawat jawatan sebagai Director Regional Communication South East Asia & Pacific syarikat gergasi telekomunikasi dunia iaitu Nokia. Beliau meletak jawatan sebagai pengarah komunikasi syarikat Nokia kerana berhasrat memulakan perniagaan sendiri dalam bidang telekomunikasi. Kalau Tony Fernandez, terkenal sebagai usahawan yang membangunkan syarikat penerbangan Air Asia berkonsepkan penerbangan murah yang bermottokan "semua orang boleh terbang".
Sahabat saya ini pula bercita-cita untuk menjadi usahawan telekomunikasi berasaskan 'VoIP' yang menyediakan perkhidmatan panggilan telefon murah ke seluruh dunia melalui handphone dan talian tetap berkonsepkan 'satu kadar untuk satu dunia'. Pada hari ini perkhidmatan panggilan murah ke seluruh dunia sebegini popular di US, UK dan Eropah. Difahamkan produk VoIP sahabat saya ini lebih murah daripada yang ditawarkan oleh Skype dan ia seumpana JAJAH tapi ia lebih baik daripada itu. Produk beliau boleh berfungsi untuk semua smartphone seperti Blackberry, iPhone, Nokia, Samsung dan sebagainya. Difahamkan beliau akan melancarkan produk beliau ini dalam masa terdekat.
Saya berdoa semoga beliau berjaya dalam bidang keusahawanan dan saya hanya tumpang gembira jika beliau berjaya dalam mengharungi dunia perniagaan yang liku-likunya sentiasa berduri dan penuh ranjau. Semoga beliau sekali lagi membuat rekod dunia menjadi anak melayu pertama menyediakan perkhidmatan panggilan telefon murah dan diterima diseluruh dunia.
Sejarah Tanah Melayu
Dalam perjalanan menelusuri alam cyber mencari maklumat sejarah Tanah Melayu di United Kingdom, saya bertemu dengan sabri homepage di url http://www.sabrizain.org/ , setelah melaksanakan explorasi homepage beliau, saya terpesona dengan bahan ilmiah catatan sejarah melayu pada homepage beliau.
Sila layari http://www.sabrizain.org/malaya/library/index.htm untuk merasai dan menikmati sendiri bahan lama minuskrip usang yang beliau miliki.
Renungkanlah!
Rabiulawal selamat berjalan
Rabiulakhir merapat pengkalan
Menurut giliran purnama sebulan
Perginya tak balik wahai taulan
Apa yang balik hanyalah nama
Genap setahun kembali menjelma
Zatnya tak dapat dipandang roma
Menurut tahunnya pergi bersama.
Tahun yang pergi tak pernah balik
Menurut bilangan terus bergolek
Bekasnya tinggal hodoh dan molek
Di situlah iktibar siasah dan tilik.
Demikian perjalanan umurnya dunia
Begitu juga umur manusia
Siapa tak ingat kurang selia
Luput masa dalam sia-sia.
Lima waktu malam dan siang
Saralah hidup kerjakan sembahyang
Dirikan agama empunya tiang
Supaya hidup tidaklah bergoyang
Sembahyang itu tiang agama
Roh dan jasad berkerjasama
Mengadap hadrat Tuhan yang azima
Mengaku hamba tidak percuma.
Berdiri teguh tunduk kepala
Berpeluk tubuh kiblat dihala
Memuji Tuhan Subhanahu wa Taala
Mohon pertolongan segala perkara
Mohon pertunjuk jalan yang benar
Jalan nikmat terang bersinar
Bukannya jalan sesat melanar
Ataupun jalan derhaka yang mungkar.
Membongkok rukuk membesarkan Tuhan
Memohon rahmat dengan kasihan
Berharapkan ampun segala kesalahan
Dunia akhirat lepas kesusahan.
Sujud melekap dahi ke tanah
Merendahkan diri lemah dan punah
Kepada Tuhan berharapkan ihsanah
Dunia akhirat terlepaslah laknah.
Duduk tahiyat kaki berlipat
Naik saksi putus makrifat
MengEsakan Tuhan tidak bertempat
Membenarkan Muhammad rasulnya tepat.
Demikianlah sembahyang pun kelebihan
Caranya hamba membesarkan Tuhan
Merendahkan diri sebenar-benar kehambaan
Lemah dan daif setiap keadaan.
Tinggalkan sembahyang tidaklah harus
Dosanya lebih datang menjirus
Mengaku Islam tidaklah lurus
Hina daripada anjing yang kurus.
Tiap-tiap manusia ada sembahyangnya
Yahudi Nasrani sembahyang caranya
Hatta Majusi sembahyang berhalanya
Yang tidak sembahyang? Sendiri bertanya!!
Perhimpunan Penjawat Awam Bersama Y.A.B Perdana Menteri
Saya menerima email daripada Kesatuan Kakitangan Umum UiTM memaklumkan akan diadakan pertemuan perdana di antara Perdana Menteri dan semua penjawat awam seluruh negara sebagaimana maklumat dibawah :-
Tarikh : 8 Mac 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana, PICC, Putrajaya.
Dalam perjumaan ini difahamkan Y.A.B Perdana Menteri akan membuat pengumuman penting berkaitan SBPA. Mungkin ada 'durian runtuh' untuk semua penjawat awam? sama-sama kita tunggu pengumuman penting tersebut pada 8 Mac 2012.
Perjuangan Kita : Melayu atau Malayan oleh Dr. Burhanuddin Helmi
Dasar dan Tujuan Perjuangan.
Saya telah berulang-ulang menerangkan dan membentangkan perjuangan kebangsaan Melayu yang sebenar dan perjuangan Malayan. Tetapi kerana permintaan yang bertalu-talu dan memandangkan ada golongan bangsa kita yang ragu-ragu keliru dan bingung dimain dan dilambung-lambung oleh gelora pergolakkan politik Tenggara Asia – faham Timur dan Barat – lebih-lebih lagi gelora darurat di tanah air kita yang berlaku sekarang.
Tiap-tiap sesuatu perjuangan itu mesti ada anggar dasar dan tujuannya yang teguh dan nyata didasarkan di atas hak dan keadilan. Misalnya perjuangan agama seperti Islam jika kita simpulkan dasarnya ialah Tauhid Al-Khalik dan tujuannya keselamatan dunia dan akhirat. Perjuangan kebangsaan dasarnya ibu pertiwi (watannatus- nasci) dan tujuannya kemerdekaan penuh bagi anak dan ibu pertiwi (bangsa dan nusa) dalam erti kebebasan dan kemerdekaan.
Perjuangan kebangsaan Melayu dasarnya seluruh ibu pertiwinya dan tujuannya kebebasan dan kemederkaan penuh bangsa dan nusanya. Tiap-tiap perjuangan itu mesti ada rancangan yang teratur tetap dan nyata. Seperti rancangan permulaan, menengah dan kesudahan. Mana-mana perjuangan yang tak terang dasar, tujuan dan rancangannya bukan sahaja akan mengelirukan pengikutnya malah mudah sekali dikelirukan orang-orang sehingga gagal dan menjadi tunggangan kepentingan orang lain.
Perjuangan Melayu ragu-ragu sekarang.
Saya telah berulang-ulang menerangkan dan membentangkan perjuangan kebangsaan Melayu yang sebenar dan perjuangan Malayan. Tetapi kerana permintaan yang bertalu-talu dan memandangkan ada golongan bangsa kita yang ragu-ragu keliru dan bingung dimain dan dilambung-lambung oleh gelora pergolakkan politik Tenggara Asia – faham Timur dan Barat – lebih-lebih lagi gelora darurat di tanah air kita yang berlaku sekarang.
Tawarikh dunia menunjukkan berulang-ulang bahawa kekalahan besar bagi sesuatu bangsa itu saban kali berlaku ialah oleh kecuaian, kelemahan dan ketewasan dalam kaum itu sendiri lebih dahulu dikalahkan oleh musuh. Kerana keadaan perjuangan kebangsaan kita sesama kita maklum maka saya perlukan mengulang-ulangnya lagi.
Untuk menolakkan keraguan dan kekeliruan dan memperingatkan supaya perjuangan kebangsaan melayu yang telah diperjuangkan selama ini yang dipusakai turun menurun telah pun memakan penderitaan dan pengorbanan yang tak sedikit jangan hendaknya terpesong dan terkandas atau tenaga perjuangan kebangsaan Melayu (National Forces) yang telah diperjuangkan selama ini bertukar menjadi tenaga perjuangan dan kepentingan orang lain (bukan Melayu).
Hal ini menunaikan terjadi jika tidak lekas disedari atau disedarkan lagi yang mana akibatnya sangat-sangat buruk yang akan dikutuk oleh anak cucu bangsa Melayu di belakang hari. Perjuangan politik kebangsaan Melayu yang sehabis-habis kencang dalam sejarahnya di zaman yang akhir ini ialah dimulakan sesudah Perang Dunia Kedua.
Dengan berlakunya pembubaran dan sekatan badan pergerakan Melayu yang progressif dan tinggal gerakan kanan Melayu yang telah bertelingkah dan timbul pula rancangan Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC) maka panaslah soal perjuangan Melayu atau Malayankah. Bangsa Melayu tertanya-tanya ke mana mereka dipimpin!
Kita boleh ringkaskan sahaja kesimpulan perjuangan kebangsaan Melayu itu pada pesan Laksamana Hang Tuah “Tak Melayu hilang di dunia” tegasnya mengawal dan memelihara wujud, keturunan, nama kehormatan, kedaulatan dan keagungan Melayu jangan lenyap dan hilang malah timbul, kembang megah dan cemerlang di muka dunia setaraf dengan bangsa-bangsa lain yang hidup dan mulia.
Perjuangan kebangsaan Melayu bukan diundur ke belakang ke zaman keagungan yang lampau atau mara ke hadapan supaya terbabas menjadi malayan yang diperjuangkan oleh orang dagang atau muslihat dagang tetapi perjuangan kebangsaan Melayu mestinya berdiri tegak dan bulat mempertahan dan memelihara hak dan keadilan turun menurun bangsa dan nusa Melayu.
Datang Portugis menjajah tanah air kita datuk nenek kita terus mempertahankan Melayu seperti kata Hang Tuah itu. Datang penjajahan Belanda demikian jua sikap yang diteruskan oleh datuk nenek kita. Datang Inggeris kita dapati semua treaty-treaty diperbuat dengan Raja-raja Melayu tidak ada sama sekali dengan Malayan.
Hal ini amat nyata dan terang Melayu ber-treaty dengan Inggeris dan Inggeris berjanji melindungi negeri-negeri Melayu. Melayu tetap menghormati janji dan menghormati orang-orang dagang daripada apa bangsa jua. Melayu tetap berdiri dan berpegang “Malaya hak Melayu” bukan Malaya hak Malayan, orang Melayu belum pernah menyebut-nyebut apa lagi memperjuangkan cogan yang akhir ini. Sebelum Perang Dunia Kedua tidak pernah orang Melayu memanggilkan dirinya Malayan atau menamakan kelab, perkumpulan, persekutuan, persatuan atau sebagainya dengan nama Malayan tetapi semuanya memakaikan nama Melayu atau Inggeris Malay seperti persatuan Melayu, kesatuan Melayu, persidangan agung Melayu, kongres Melayu seluruh Malaya, Brunei dan Sarawak.
Hinggakan setelah Perang Dunia Kedua timbul pergerakan Melayu yang berterus-terang dan progresif itupun memakaikan nama Parti Kebangsaan Melayu. Dan kemudian timbul lagi Kebangsaan Melayu Bersatu. Tegasnya diri sifat berseorang-seorang, berkelab, ber-association, berorganisasi berparti maka bangsa Melayu semua memakaikan nama Melayu atau Inggerisnya Malay sebagaimana bangsa asing itu berkelab, berkumpulan, berpersatuan memakai dan merupakan bangsanya (Nationality) maka demikian jua bangsa Melayu memakai dan merupakan bangsanya iaitu puak dan nasionalitinya maka bukanlah nama Melayu itu merupakan puak sahaja (Community) atau race tetapi sebenarnya merupakan bangsa (Nationality) atau hasrat kebangsaan Melayu (Malay Nation). Ingatlah riwayat Melayu menentang Malayan Union.
Perjuangan Malayan.
Bila dan bagaimana timbulnya Malayan dan perjuangannya itu bukanlah soal baharu tetapi semenjak nama Semenanjung Tanah Melayu ini ditukar namanya Malaya. Maka yang bersifat dan bernisbah kepada Malaya disebut Malayan seperti India jadi Indian – Amerika jadi American – Indonesia jadi Indonesian dan sebagainya.
Menurut maknanya atau terjemah yang telah dipakai dari mula-mula memakaikan perkataan Malayan itu bererti Melayu sahaja tetapi perkara dan kebenaran mesti diingati sebagaimana yang telah diterangkan orang atau bangsa Melayu tak pernah memakaikan Malayan itu Melayu kerana bangsa Melayu bertetap berbangga dan bermegah dengan sebutan dan nama Melayu atau Malay.
Walaupun menurut istilahnya dahulu Melayu yang mesti memakaikan sebutan Malayan itu bukan orang lain sebagaimana yang terpakai pada ketentuan MCS itu. Siasah pintu terbuka Inggeris berjalan terus – buruh-buruh dari berbagai jenis dibawa masuk. Modal luar dimasukkan ke Malaya. Pasar dan pekan-pekan dipenuhi oleh orang dagang. Orang Melayu terdesak ke kampung-kampung maka sekolah-sekolah dan peluang ekonomi terbuka dengan luasnya kepada orang-orang dagang itu maka lapangan ekonomi dan pelajaran orang daganglah yang mendapat peluang yang baik dan berkedudukan yang mewah.
Manakala kebangunan rasa kebangsaan berkobar-kobar di negeri asal orang dagang itu seperti Indian dan China maka perasaan politik itu terbabit dan terbawalah ke Malaya ini sesudah mereka dapat kedudukan yang baik dalam ekonomi dan pelajaran mereka menuntut pula dalam hak berpolitik.
Hak berpolitik hanya ada pada bumiputera sahaja di mana-mana jua dalam dunia ini maka mereka tidak boleh dan memakaikan nama melayu malah orang memandang rendah pula kepada bangsa Melayu. Maka sebagaimana bangsa Inggeris dapat memakaikan panggilan Malayan pada jawatan sedang orang Melayu pun tak ambil berat pada sebutan Malayan masa itu maka mereka ambil peluang menggunakan nama Malayan itu.
Orang yang menamakan dirinya Malayan itu bolehlah dibahagikan (1) Golongan yang betul putih hati hendak berwatankan Malaya (2) Golongan mencari dua belah kepentingan (3) Golongan terikut-ikut. Dengan bertambah besar dan luasnya ladang-ladang dan lombong-lombong di Malaya dan pecahnya perang China-Jepun dahulu bertambah banyaklah orang Cina dan India datang ke Malaya ini.
Dalam masa pendudukan Jepun dan setelah Perang Dunia Kedua perjuangan Malayan itu bertambah-tambah besar hingga merupakan satu faktor yang tiada dapat diasingkan dari soal Malaya sehingga kerajaan British membawakan Perlembagaan Malayan Union. Mana janji dan apa perlindungan British.
Treaty Michael dan datangnya perlembagaan Malayan Union sangat mengacau akan perasaan bangsa Melayu. Walaupun demikian golongan kebangsaan Melayu yang progresif. Berani menyambut suatu Malayan Union dengan syarat bersetuju dan selaras kandungan perlembagaan dengan perjuangan dan hasrat cita-cita Kebangsaan Melayu.
Begitu pun hingga hari ini soal yang di atas itu masih belum bangsa Melayu dapat jawapan yang jua sehingga sesudah berjalan perlembagaan Presiden. Kedudukan ekonomi dan pelajaran orang yang bukan Melayu telah mengatasi Melayu sekarang kedudukan politik pula dilapangkan.
Menyatukan Dua Cita-cita
Angkatan Kebangsaan Melayu Muda setelah menghalusi dan insaf pada duduk perkara yang sebenar dalam cita-cita kebangsaan Melayu dan perjuangan Malayan menampak dan menjelaskan bahawa rancangan Presiden tak dapat menjamin dan menegakkan keamanan dan kemakmuran Malaya.
Perkara yang mesti disedari oleh orang Malayan ialah Malaya hak Melayu. Malaya tuan rumahnya Melayu. Malayan hendak serumah dengan Melayu – Melayukah mesti melaburkan perjuangan kebangsaannya ke dalam kebangsaan Malayan atau Malayan melabur ke dalam kebangsaan Melayu?
Pada hal Melayu sedar mereka lah yang terbanyak bilangan dihitung panjang daripada Malayan yang tulen ataupun yang setengah tiang. Soal ini ada orang memandang sentimen tetapi sebenarnya tidak kerana perpecahan kebangsaan Melayu cuma di antara nun dan ku tetapi di dalam perjuangan Melayu masih banyak pancarobanya lagi. Dan lagi atas nama bangsa Melayu atau perjuangan Melayu hingga makalah ini ditulis belum lagi ada membuat sesuatu ikrar atau persetiaan baharu menukar kebangsaan Melayunya kepada kebangsaan Malayan.
Tetapi kerumitan dan kesulitan yang besar dalam soal kebangsaan ini jalannya telah dapat dilorong dan diatasi oleh 10 anggaran dasar putera Malayan dan Melayu telah merupakan bersatu padu dan menghormati anggaran dasar yang sepuluh itu di bawah pimpinan kebangsaan Melayu yang tulen dan bulat bukan kebangsaan Melayu dipimpin oleh Malayan. Maka cita-cita dan gerakan kebangsaan Melayu yang tulen dan waras itu dituduh pula dengan tuduhan yang tiada waras maka jadilah Malaya tidak waras hingga hari ini.
Terlambat dan Salah Tiru
Pergerakan kebangsaan Melayu yang besar menyedari pentingnya perhubungan dan pertalian dengan British tetapi hak dan keadilan kebangsaan Melayu hendaklah dibuktikan menurut semangat treaty-treaty yang lalu tenaga kebangsaan Melayu yang tulen adalah tenaga yang kuat dan perkasa dapat dipergunakan untuk kepentingan mempertahan dan mengawal muslihat bersama yang hak dan adil.
Cadangan jawatankuasa di antara bangsa-bangsa (CLC) itu telah pun ditegur dan dibangkang oleh bangsa Melayu yang sedar - di setengah tempat dan bahagian membayangkan seperti beruang sayangkan tuan. Kapak naik pemidang. Mencapak perjuangan kebangsaan Melayu. Penganjur mengekor maka bagaimanakah perubahan nasib mereka yang dicita-cita. Sementelahan pula di dalam golongan pemimpin Melayu yang dahulunya menyokong (CLC) itu telah menunjuk dan menyuarakan tak setujunya yang boleh ditinjau mungkin menjarak dan membawa pertelingkahan di antara kaum-kaum hingga dalam satu-satu kaum itu sendiri maka bagaimanakah diharap sokongan rancangan atau cadangan yang bertentangan dengan rasa pusaka dan hasrat perjuangan kebangsaan Melayu yang tulen yang ingin aman dan damai serta kukuh berpegang kepada adat istiadat dan kebudayaannya.
Meniru Malaya jadi Malayan membandingkan Amerika – American. Indonesia – Indonesian itu cara (CLC) Terang-terang sudah ketewasan kedudukan dan hak Melayu bila dihalusi daripada dua segi perjuangan Melayu dan Malayan. Malaya dan Malayan pada orang Melayu serupa seperti kedudukan Theodor Land East Indies (Hindia Timur Belanda (N.E.I) di Indonesia dahulu sedang Indonesia dan Indonesian gerakan nasionalis yang mutlak dari umbi-umbinya maka Malaya Melayu itulah gerakan kebangsaan mutlak dan tuan rumah yang mutlak.
(Sumber - Majalah Qalam Bilangan 3 - Oktober 1950 )
Subscribe to:
Posts (Atom)