Tuesday, September 9, 2008

Clinical Training Center (CTC) dan Institute of Medical Molecular Biotechnology (IMMB) UiTM Sungai Buluh - Suatu Kebanggaan UiTM dan Bangsa Melayu




Saya menghadiri mesyuarat tapak projek Design, Construction, Commissioning, Building Certification and Maintenance of The Post-graduate Training Center, Medical and Health Research Centre and Residential Colleges for UiTM at Sg. Buluh, Selangor Darul Ehsan daripada pagi sehingga lewat tengah hari. Setakat ini, pembinaan projek ini mengikut jadual yang ditetapkan malahan mendahului 20 hari daripada jadual asal.

Projek ini dibina di atas tanah kerajaan persekutuan berkeluasan 40 ekar berhampiran Hospital Sungai Buluh, tapak projek ini adalah bekas tapak Pusat Kawalan Kusta Negara. Disinilah Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian UiTM akan beroperasi untuk melahirkan doktor-doktor bumiputera yang berkalibar dan menjadi pemimpin dalam bidang perubatan dan merela bakal mengubah landskap perubatan negara di masa akan datang.

Kempen Kesedaran Keselamatan Jalanraya Di Kampus UiTM Shah Alam Malaysia 2008


Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) sedang menganjurkan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalanraya Di Kampus UiTM Shah Alam 2008. Kempen tersebut bermula pada 8/9/2008, 9/9/2008 dan 10/9/2008. Diharapkan semua mahasiswa UiTM terutama yang memandu kereta dan menunggang motorsikal dapat mengambil bahagian dalam kempen tersebut.

Marilah bersama-sama kita seluruh warga UiTM disemua peringkat bermula daripada mahasiswa, mahasiswi, pensyarah, staf sokongan dan pengurusan universiti membudayakan satu budaya pemanduan yang berhemah di dalam UiTM dengan pengutamakan penjalan kaki. Sentiasa senyum diantara satu sama lain, sentiasa sabar, saling menghormati diantara satu sama lain dan sentiasa menjaga keselamatan orang lain dan diri sendiri semasa memandu di dalam kawasan UiTM.