Showing posts with label Mahasiswa Baru UiTM. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa Baru UiTM. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Selamat Mengharungi Dunia Kemahasiswaan Kpd Semua Pelajar Baru UiTM

Kepada semua mahasiswa baru UiTM yang mendaftar pada hari ini diseluruh negara, saya ucapankan selamat datang ke UiTM, anda telah menjadi mahasiswa, justeru berfikir, bertindak dan beretikalah sebagai seorang mahasiswa. Di UiTM segala macam kemudahan ada, gunakan kesempatan belajar di UiTM ini untuk mengembangkan bakat dan potensi yang ada dalam diri saudara/i sekelian. Semoga hari-hari yang akan dilalui oleh saudara/i sekelian akan menjadi lebih baik daripada semalam.

Monday, June 29, 2009

Selamat Datang Ke UiTM Kepada Semua Pelajar Baru

Semalam dan kemarin adalah hari pendaftaran kepada pelajar baru UiTM. Saya mengucapkan selamat datang dan tahniah kerana anda telah terpilih menjadi pelajar UiTM, terutama kepada pelajar baru perubatan, pergigian dan sportrek yang mendaftar dikolej delima UiTM. Perjalanan masih jauh, disini anda bermula, justeru itu, tanamkanlah azam dalam diri saudara/i untuk menjadi mahasiswa cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tuesday, July 1, 2008

Nasihat Kepada Mahasiswa Baru UiTM : Dua

Pada jam 9.00 malam saya bersama dengan semua Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Delima, semua staf asrama dan semua Jawatankuasa Perwakilan Kolej menghadiri sesi taklimat asrama kepada semua pelajar baru. Mereka terdiri daripada pelajar Fakulti Pergigian, Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Semasa sesi soaljawab seorang mahasiswa baru daripada Fakulti Pergigian bertanyakan soalan tentang perkhidmatan internet wireless di kolej delima, soalan itu, dijawab oleh pengetua bahawa tiada perkhidmatan wireless internet di kolej delima tetapi saya membetulkan kenyataan pengetua dengan membisikan kepada penolong pengurus asrama kanan bahawa internet wireless dipasang di kolej delima, coverage wifi terdapat di dalam dewan makan. Mungkin salah saya kerana tidak memaklumkan kepada beliau kewujudan wifi di situ.

Pengetua mengingatkan mahasiswa baru supaya mematuhi peraturan asrama, belajar bersungguh-sungguh, ingat pesanan ibubapa dan memberikan sokongan terhadap semua aktiviti yang dianjurkan oleh kolej. Walaupun saya adalah pengawai pembangunan pelajar NR namun saya tetap membantu PPP kolej delima dalam pengendalian aktivi kolej delima.

Sunday, June 29, 2008

Nasihat Kepada Mahasiswa Baru UiTM : Satu

Selamat datang ke UiTM kepada semua mahasiswa UiTM Malaysia. Lupakan soal kehebatan pencapaian akademik anda semasa SPM, anda akan melalui satu hidup baru sebagai 'mahasiswa', anda perlu terus belajar dan terus mengejar impian untuk menjadi graduan yang berguna kepada nusa, bangsa dan agama. Hormatilah pensyarah kerana mereka adalah guru anda. Belajarlah sesuatu ilmu kerana sifat ingin tahu, dekati guru anda. Belajarlah untuk taat kepada masa. Sesungguhnya anda sedang berjuang. Berjuang mendapatkan sekeping pengiktirafan. Tahniah! dan Selamat Maju Jaya.